Ibrahim Jusoh · Pengulas Tertinggi · Alor SetarMahathir
pun pernah ada cita-cita jadi PM ketika dulu.Sejarah tidak pernah
berbohong. Kematian Tun Abdul Razak menyebabkan Tun Hussein Onn
dilantik sebagai Perdana Menteri. Mahathir yang ketika itu ditunjukkan
oleh Tun Hussein memegang jawatan TPM walaupun ketika itu Mahathir
adalah salah seorang Naib Presiden (bukan undi terbanyak berbanding
Tengku Razaliegh Hamzah seorang lagi Naib Presiden UMNO ketika itu).
Selepas dilantik menjadi TPM, bermulalah gerakan "meracun" ahli-ahli
UMNO dan mula menampakkan ketidak sehaluan di antara Mahathir dan Tun
Hussein. Akhirnya Tun Hussein tersingkir dan meninggalkan UMNO.
Kedapatan beberapa ahli senior mula nampak akan kelicikan Mahathir dan
mula bangun menentangnya dan membawa kepada penentangan Tengku Razaleigh
menentang Mahathir bagi jawatan Presiden yang seterusnya kepada
pengharaman UMNO dan penubuhan Semangat
46 yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad,
Dato' Harun Idris, Shaberry Cheek dan lain-lain lagi. Ini merupakan satu
manifestasi penentangan orang UMNO terhadap Mahathir.Penentangan ini
tumpas kerana jentera kerajaan, badan kehakiman dan ISA digunakan
menyekat kebangkitan orang UMNO menentang Mahathir.Inilah kelicikan
Mahathir selama dalam UMNO dan selama 22 tahun menjadi PM. Tiga orang
TPM tersungkur kerana bukan yes mannya. Antara yang lantang menentang
Mahathir ialah Anwar. Anwar lah yang paling teruk diperlakukan.
Keengganan Anwar menurut semua perintahnya itulah punca utama Anwar di
pecat, difitnah dan dianayai.Sekarang Mahathir melihat kemaraan Anwar
tidak mudah disekat lagi.Gerun dan takut Anwar menjadi PM selepas PRU 13
nanti membuatkan Mahathir mengigau siang dan malam. Jarang sangat Anwar
menghentam Mahathir secara terang terangan. Ini sejata ampuh yang Anwar
ada. Terlalu banyak yang Anwar simpan. Yang terkeluar tentang Mahathir
dari Anwar sekadar menjawab tomahan dan mempertahankan diri.Ini bukan
masanya lagi untuk dihambur keluar dari Anwar. Itu yang paling Mahathir
gerun dan takut.Terlalu banyak yang Mahathir mencincang, hinggakan
bahunya dah mula tak tertanggung.Mahathir masih licik. Walaupun dalam
keadaan tertekan dengan pembongkaran skandal demi skandal semasa beliau
menjadi PM, Mahathir menggunakan kaedah "deception" atau mengalih
pandangan umum dari isu sebenar. Sekarang Mahathir mengalihkan pandangan
umum mengenai projek icnya. Anwar dijadikan sasaran. Dicari isu, dibuat
isu agar umum beralih arah. Dalam masa yang sama Mahathir ingin menebas
Anwar sampai lumat.Anwar adalah dangerman. Anwarlah yang paling
ditakuti oleh Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan