Jofri Jaraiee, PAS Sarawak, |
Pemandu yang memandu kereta dengan lampu HID ini mungkin menyukainya sebab ianya terang dengan kecerahan yang tinggi namun bagi pemandu yang terpaksa berdepan dengan lampu HID ini terpaksa berhati-hati sebab lampu HID terlalu silau lebih-lebih lagi ketika mereka membuka lampu tinggi pada waktu malam. Begitu juga ketika waktu hujan lebat sukar untuk nampak cahaya lampu putih HID dan ini pasti boleh membawa kepada kemalangan sekiranya tidak berhati-hati ketika memandu.
Laman sesawang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara jelas menyebut bahawa penggunaan High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon. Pemasangan lampu HID secara aksesori (Retrofit) adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.
Pada 19 November 2007, JPJ telah mengemaskini C&U dan memasukkan peraturan kawalselia terhadap penggunaan lampu HID di dalam Kaedah 96 (2) (i) yang menyatakan "sekiranya lampu HID digunakan, pemasangan,spesifikasi dan sistem lampu tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99".
Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori (Retrofit) boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan berbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya', kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987. Pemandu/pemilik akan diberi masa selama sepuluh hari (10) untuk memperbetulkan lampu tersebut kepada lampu asal
Bagaimanapun, peraturan ini tidak dikuatkuasa sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Semakin banyak kenderaan yang memasang lampu putih ini walaupun ia membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Mungkin lampu HID ini hanya sesuai untuk kenderaan yang masuk ke dalam pedalaman atau kawasan yang gelap. Kalau mereka hendak memasang juga, perlulah cari keadah yang terbaik seperti dipasang untuk lampu tinggi saja dan lampu rendah hendaklah dipasang dengan lampu biasa. Lampu ini hanya sesuai digunakan di tempat yang gelap yang tiada kenderaan menuju arah yang bertentangan agar ianya tidak merbahayakan pengguna jalan yang lain.
Pihak JPJ dan kerajaan sepatutnya mengawal lampu HID dijual secara bebas di kedai aksesori kenderaan dan kenderaan baru juga perlu mengikut spesifikasi asal bukannya boleh diubah-suai sesuka hati sehingga menyalahi peraturan pengangkutan jalanraya.
Walaubagaimana pun kepada mereka yang berkenaan seharusnya memikirkan juga pengguna jalanraya lain, jangan disebabkan mereka pentingkan diri sendiri sehingga ianya boleh mengancam nyawa pengguna jalanraya lain Jadilah pemandu yang bertimbang rasa ketika memandu di jalanraya agar pengguna jalanraya selamat sampai ke destinasi. Tindakan undang-undang adalah jalan terakhir untuk mereka yang ingkar mematuhi peraturan jalanraya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan