Tamadun ini terletak di pinggir Teluk Parsi dan merangkumi keseluruhan Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Tamadun ini tumbuh subur di sini dan merupakan tamadun tertua di dunia.
Lokasi
Tamadun awal manusia dikenali dengan
nama Mesopotamia. Ia juga dikenali dengan nama Tamadun
Sumeria. Istilah Mesopotamia berasal
dari perkataan Yunani. Membawa maksud tanah di antara dua sungai. Daerah lingkaran
tamadun Mesopotamia ialah antara Sungai Tigris
dengan Sungai Euphrates.
Tamadun ini merangkumi dari kawasan
pergunungan di Turki merentasi Iraq hingga ke Teluk Parsi. Kawasan ini
dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di kawasan timur laut, dataran tinggi Arab
di barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.
Jangka Waktu
Bermula dengan perkembangan zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M. Wilayah
Mesopotamia berkembang menjadi sebuah tamadun awal dunia. Kerajaan awalnya
ialah kerajaan Sumeria sekitar tahun 3500 S.M. Manakala kerajaan yang
terakhirnya ialah kerajaan Chaldea, tumbang pada tahun 539 S.M.
Tamadun Mesopotamia merangkumi tujuh
zaman pemerintahan yang silih berganti iaitu:
Tujuh zaman
pemerintahan tamadun Mesopotamia
Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea,
Kerajaan Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga menghilangkan pengaruh dan
tamadun Mesopotamia.
Proses Pembentukan
Tamadun Mesopotamia terbahagi kepada
dua bahagian, iaitu utara dan selatan bandar Baghdad. Bahagian utara Baghdad
merangkumi kawasan Sungai Tigris sehingga ke kawasan Sungai Zab (Assyria).
Bahagian selatan Baghdad pula merangkumi kawasan Sungai Tigris dan Sungai
Euphrates. Juga dikenali sebagai kawasan Babylon.
Babylon pula terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Akkad di utara dan Sumeria di selatan. Tamadun Mesopotamia
bermula di kawasan selatan iaitu di Sumer. Namun orang Sumeria bukan penduduk
asal kawasan tersebut. Mereka berhijrah ke kawasan ini dan menjalankan kegiatan
pertanian seperti menebus guna tanah dan membina sistem pengairan bagi
memastikan kegiatan pertanian mereka mendapat pengairan yang baik.
Usaha ini berjaya menghasilkan
lebihan hasil pertanian dan menyebabkan pertambahan penduduk. Lebihan hasil
pertanian ini juga mampu menampung keperluan penduduk. Lama-kelamaan kawasan
ini berkembang dan menyebabkan kewujudan bandar dan seterusnya menjadi kota
seperti Ur, Uruk, Kish, Nippur, Lagash, Eridu, Mari dan Ussur. Kota-kota ini
terletak di sepanjang sungai dan terusan.
Kedudukan kerajaan dan
Negara kota dalam tamadun Mesopotamia
Ciri-ciri Tamadun
Mesopotamia
Tamadun Mesopotamia memiliki
pembangunan fizikal yang tersendiri. Setiap negara kota mempunyai pusat kota,
tembok kota, luar kota dan pelabuhan. Ia juga memiliki kubu atau tembok
pertahanan dengan pintu gerbang yang pelbagai. Kepelbagaian ini melambangkan
kemahsyuran dan keagungan negara kota tersebut.
Dalam kota pula terdapat istana,
rumah kediaman rakyat, rumah kedai, rumah ibadat, dan pasar. Kesemuanya
berkedudukan sejajar dan lurus. Di pusat kota ini juga terdapat rumah ibadat
yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada setiap masa. Setiap negara kota
juga mempunyai unit politik dan sistem kepercayaan yang tersendiri. Ia juga
memiliki sistem pengangkutan seperti kapal, pedati dan keldai.
Taman Tergantung
Babylon
Di sekitar kota mempunyai mempunyai
kawasan tanah pamah bagi memudahkan kegiatan pertanian. Manakala jalan laut
berhubung terus ke pelabuhan. Melaluinya juga mereka boleh berhubung dengan
kota-kota lain seperti Sumeria dan Mari yang digunakan oleh pedagang untuk
berhubung dengan kota di luar Mesopotamia. Kehidupan bermasyarakat dalam kota adalah
lebih teratur kerana memiliki organisasi sosial yang lebih sistematik.
Malah dalam kota juga wujud dua
golongan manusia iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah (rakyat).
Golongan pemerintah terdiri daripada golongan pembesar, ketua tentera dan
golongan agama (pendeta). Golongan yang diperintah (rakyat) terdiri daripada
rakyat bebas iaitu rakyat biasa, artisan dan pedagang. Manakala rakyat yang
tidak bebas ialah golongan hamba.
Dalam tamadun Mesopotamia sistem
raja berbentuk teokrasi. Dalam sistem ini, raja dianggap tuhan atau wakil tuhan
dan pemilik negara kota. Raja bertindak sebagai ketua pentadbir, ketua agama,
dan ketua pendeta. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi
mereka tidak menyembah raja kecuali pada era pemerintahan Raja Naramsin
(2291-225 S.M.) di kota Akkad.
Ukiran besi Raja
Naramsin
Raja Naramsin memaksa rakyat
menyembah baginda. Baginda menganggap dirinya paling hebat dalam kalangan
raja-raja yang wujud dalam tamadun Mesopotamia. Pendakwaan ini dilakukan kerana
baginda berjaya meluaskan wilayah takluk. Lantaran itu, mengelarkan dirinya
sebagai Raja Empat Penjuru Alam. Raja mendirikan Zigurat yang dijadikan pusat
ibadat, pusat pentadbiran, pusat perdagangan, dan pusat khazanah negara.
Tamadun Mesopotamia juga mempunyai
kepelbagaian kegiatan ekonomi dan setiap rakyat memiliki pengkhususan kerja.
Ada yang menjadi petani, peniaga, pedagang, dan artisan. Selain itu, terdapat
juga rakyat yang menjadi pengusaha tekstil, pembuat barangan tembikar, dan
membuat alatan keperluan harian seperti pisau, sudu, dan sebagainya.
Golongan pedagang amat penting
kerana mereka menjalankan kegiatan perdagangan sehingga ke Lembah Indus. Mereka
mengamalkan sistem barter yang berjaya membawa masuk barangan seperti logam,
kayu-kayan, emas dan perak, apabila ditukarkan dengan hasil pertanian mereka.
Dalam tamadun Mesopotamia terdapat juga sistem tulisan, bermula dengan tulisan
bergambar. Kemudian berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis
atas tanah liat. Ia dikenali sebagai tulisan berbentuk pepaku dan juga dikenali
dengan nama cuneiform.
Sumbangan Tamadun
Mesopotamia
Penciptaan Kod Undang-undang
Hammurabi yang digubal oleh Raja Hammurabi, Raja Babylon. Mengandungi 282
undang-undang. Dipahat pada tiang-tiang besar dan tembok kota agar rakyat dapat
mengetahuinya. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat dan keadilan. Dalam Kod
Undang-undang menegaskan bahawa denda dan hukuman mesti setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan. Kod Undang-undang Hammurabi menjadi teras kepada
perundangan tamadun Mesopotamia dan membantu perkembangan peradaban
Mesopotamia.
Kod Undang-undang
Hammurabi
Kod undang-undang ini berjaya
mewujudkan keadilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Penciptaan sistem
tulisan berjaya mengembangkan sistem pendidikan dan perkembangan ilmu
pengetahuan. Malah melahirkan jurutulis yang memudahkan urusan pentadbiran dan
perniagaan kerana segala urusan dapat direkodkan. Ia juga berjaya melahirkan
dan mengembangkan tradisi kesusasteraan yang terkenal dalam tamadun Mesopotamia
iaitu epik Gilgamesh. Kod undang-undang ini diakui sebagai epik tertua di
dunia.
Kod undang-undang berjaya
memperkembangkan ilmu astronomi. Kemudian membawa kepada perkembangan ilmu
hisab seperti sistem perpuluhan, kaedah tambah, tolak, bahagi dan punca
gandaan. Akhirnya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Perkembangan ilmu
perubatan khususnya era pemerintahan kerajaan Assyria. Malah berjaya mencipta
500 jenis ubat-ubatan yang dikatalog dan disampelkan. Mencatatkan kaedah
panduan penggunaannya kepada pengamal perubatan.
Salah satu kejayaan besar tamadun
Mesopotamia ialah penciptaan roda. Bagi memudahkan pengendalian kereta kuda
sama ada bagi penggunaan ketenteraan ataupun perdagangan dan perhubungan.
Dengan terciptanya roda maka kincir air juga dapat dihasilkan bagi memudahkan
penyaluran air dilakukan ke kawasan pertanian.Tamadun ini juga berjaya mencipta
kapal layar dan pengangkutan beroda oleh orang Sumeria sejak 3000 S.M. Lantaran
itu, jalan darat dan jalan laut dapat dimanfaatkan.
- See more at:
http://www.miraahussin.com/2011/10/tamadun-mesopotamia.html#sthash.fGCKRKUk.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan