Khamis, 31 Januari 2013
Ibnu Hasyim: Kereta Ini Bergerak Guna Udara
Ibnu Hasyim: Kereta Ini Bergerak Guna Udara: KERETA hibrid keluaran PSA Peugeot Citroen yang bergerak menggunakan tenaga udara mampat.- Agensi JOM KREATIF PARIS - Gergasi pengeluar...
Rabu, 30 Januari 2013
Selasa, 29 Januari 2013
Omak Kau!!!!: JOM LIHAT BETAPA MISKIN, DAIF PAPA KEDANANYA KAUM ...
Omak Kau!!!!: JOM LIHAT BETAPA MISKIN, DAIF PAPA KEDANANYA KAUM ...: Inilah gambar kerabat keluarga besar Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri pertamanya dahulu sebelum digantika...
Isnin, 28 Januari 2013
Sabtu, 26 Januari 2013
Ibnu Hasyim: Rokok Elektronik, Bagaimana Hukum Dalam Islam?
Ibnu Hasyim: Rokok Elektronik, Bagaimana Hukum Dalam Islam?: BEBERAPA sampel rokok elektronik. JOM KREATIF Jualan rokok elektronik semakin meningkat di pasaran dunia PARIS 2 Jan 11: Pihak pengu...
Ibnu Hasyim: Di Mana Kekuatan HAMAS Yg Israel Akui?
Ibnu Hasyim: Di Mana Kekuatan HAMAS Yg Israel Akui?: Mujahidin Hamas bersiap menembakkan roket Qassam ke wilayah selatan Israel. (au.ibtimes.com) 282 RANAN Gissin, man...
Ibnu Hasyim: Kreatif! China Jual Udara Segar Dalam Tin.
Ibnu Hasyim: Kreatif! China Jual Udara Segar Dalam Tin.: JOM KREATIF BUKAN rahsia lagi, China terkenal akan masalah polusi udaranya. Sementara pemerintah dikatakan tutup mata untuk menangan...
penciptaan tujuh petala langit
penciptaan tujuh petala langit
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Firman Allah SWT: Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi Yang Maha mengetahui. (Yasin: 81)
Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman mengkhabarkan dan mengingatkan kita tentang kekuasaan-Nya yang agung dalam menciptakan tujuh lapis langit dan yang terkandung di dalamnya berupa bintang-bintang yang beredar dan tetap, serta mencipta tujuh lapis bumi dan apa yang terkandung di dalamnya berupa gunung-gunung, batu-batuan, lautan, hutan dan isinya. Dia pun mengarahkan untuk mengambil dalil tentang dikembalikannya jasad-jasad dengan penciptaan sesuatu yang agung ini."
Al-Maraghi berkata: "Allah SWT memperingatkan manusia, bahawa Dia mampu mencipta tujuh petala langit berserta bintang dan lain-lainnya serta bumi dengan segala isinya. Allah SWT juga memperingatkan bahawa Dia yang berkuasa mencipta alam semesta Yang Maha Besar itu, sudah tentu Dia berkuasa mengembalikan semua tulang-temulang manusia yang hancur menjadi seperti sediakala."
Sayid Qutub berkata: "Itulah matahari-matahari yang tidak terhitung banyaknya. Setiap matahari mempunyai jalan peredarannya masing-masing dan kebanyakannya mempunyai planet-planet pengikut yang beredar di sekelilingnya seperti bumi beredar di sekeliling matahari kita."
Semuanya beredar dan berlari dengan tepat dan tetap, tidak pernah berhenti sesaat pun dan tidak pernah kacau. Jika tidak, alam ini akan binasa dan bintang-bintang yang besar yang terapung-apung di angkasa itu akan berlanggaran satu sama lain.
Angkasa raya menjadi tempat terapung-apung jutaan bintang yang tidak terbilang itu adalah di luar keupayaan kita untuk menggambarkan dan memahaminya. Ia merupakan sesuatu yang memeningkan kepala manusia.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!." Maka ia terus menjadi. (Yasin: 82)
Ibnu Kathir berkata: "Iaitu, Dia memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu pengulangan dan penguat seperti kata penyair, Jika Allah menghendaki satu perintah, Dia hanya mengatakan satu perkataan, Jadi, maka ia pun jadi."
Al-Maraghi berkata: "Ayat di atas menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga boleh terjadi. Setelah menjelaskan akan keagungan kekuasaan-Nya, Allah SWT kemudian menyucikan diri-Nya daripada segala tohmahan batil orang musyrik."
Syed Qutub berkata: "Sama ada sesuatu itu langit atau bumi, lalat atau semut semuanya sama sahaja di hadapan kalimat kun dan semuanya akan terus muncul ke alam al-wujud. Di sana tiada yang mudah dan tiada yang payah, tiada yang dekat dan tiada yang jauh."
Sebaik sahaja wujudnya iradat Allah SWT untuk menciptakan sesuatu sudah cukup untuk mewujudkan biarpun apa sahaja sesuatu itu. Allah hanya mendekatkan gambaran urusan penciptaan itu kepada manusia supaya mereka dapat memahaminya dengan ukuran manusia yang terbatas.
Kisah Budak Nakal
Kisah Budak Nakal, Apa Maksud Tuan Ibrahim?
-, |
SEORANG pelajar bernama Amin terkenal dengan kenakalannya di sekolah. Amin suka memberontak, tidak memberikan penumpuan dalam kelas, keputusannya tidak cemerlang, suka mengacau rakan lain, mempersendakan dan melawan kata-kata cikgunya.
Selepas tamat sesi persekolahan tahun lepas, dan tiba masa untuk mengagihkan pelajar, tiada guru di sekolah yang sudi menerima Amin di dalam kelas mereka.
“Saya tak mahu. Nanti sakit jantung,” kata Puan Halimah.
“Saya tak mahu. Dah serik setahun dengannya,” kata Cikgu Kamala.
“Jangan pandang saya. Kalau saya, saya dah tendang dia keluar,” kata Tuan Kassim.
“Tak apa saya ambil,” jawab Ustaz Ismail Nihat.
Semua menarik nafas lega, tapi sahabat baik Ustaz Ismail, Cikgu Timmy berkata, “Ustaz fikir baik-baik. Kena ada kesabaran tinggi untuk mengajar budak itu. Kalau tak tahan, ustaz tukar dengan saya.”
“Takkan budak ini saya tak dapat kawal hehehhe,” jawab Ustaz Ismail dengan berseloroh.
Malangnya, perbualan guru-guru itu telah didengari Amin. Amin berbisik di hatinya, “Ustaz Ismail nak kawal saya ya? Kita tengok siapa lebih hebat!”
Sesi persekolahan baru pun bermula, Amin memasuki kelas Ustaz Ismail.
Ustaz Ismail mengaturkan Amin duduk di barisan depan kelas.
Amin cuba buat perangai, tapi Ustaz Ismail tetiba bersuara…
“Saya nak cadangkan seorang pelajar untuk jadi Ketua Kelas. Dia ini keputusan tak berapa baik. Akan tetapi, dia pandai bergurau. Jika dia jadi Ketua Kelas, sudah tentu kita dapat senyum tiap-tiap hari,” kata Ustaz Ismail sambil menunjuk kepada Amin.
Para pelajar kelas Ustaz Ismail terus terdiam dan berbisik sesama sendiri.
“Orang macam dia pun, Ustaz pilih jadi Ketua Kelas? Ustaz tahu ke dia terkenal sebagai pelajar ternakal di sekolah.”
Amin yang muka kemerahan kerana segan hendak menolak tawaran, tapi Ustaz Ismail tidak memberi peluang…
“Jadi Ketua Kelas bukan lihat pada keputusan sahaja. Yang paling penting dia boleh jadi contoh kepada pelajar lain. Saya percaya Amin boleh melakukannya dan dia amat berpotensi. Apa kata kita beri dia satu peluang?”
“Baik ustaz,” jawab para pelajar. Kata-kata ini menyebabkan Amin terasa malu dan segan sehingga muka bertambah merah.
Akhirnya, Amin menjadi Ketua Kelas.
Besok harinya, apabila masuk ke kelas, pelajar mendapati Amin sudah berada di tempat duduknya dan tidak mengacau pelajar lain ketika Ustaz Ismail mengajar.
“Amin sudah tak buat perangai dan kacau orang?” tanya seorang pelajar bernama Zul yang selalu dibuli Amin.
“Saya Ketua Kelas. Saya perlu jadi contoh pada orang lain,” jawab Amin.
Apabila melihat Amin menumpukan perhatian di dalam kelas, seorang pelajar lain Jannah bertanya pada Amin, “Mengapa Amin tak perlekehkan ustaz seperti biasa sehingga cikgu menghalau Amin keluar?”
“Saya Ketua Kelas. Saya perlu jadi rajin dan bagus keputusan barulah orang lain boleh terima saya sebagai Ketua Kelas dengan hati terbuka ,” jawab Amin.
Peperiksaan menjelang dan keputusannya, Amin melonjak dari tangga terakhir di sekolah ke tangga ke 15.
“Dia meniru ke ustaz?” tanya Tuan Kassim pada Ustaz Ismail.
“Berdasarkan ketekunan dia, saya rasa keputusan ini benar. Ini memang hasil dia,” jawab Ustaz Ismail.
“Ustaz Ismail memang hebat,” kata Cikgu Timmy.
“Apa yang Ustaz buat kat dia?” tanya Puan Halimah.
“Dia nakal sebab ego nak perhatian. Saya bagilah dia dapat perhatian secukupnya sebagai Ketua Kelas. Kerana egonya, maka dia memaksa dia menjadi baik supaya orang tak kata dia tak layak jadi Ketua Kelas. Sama seperti najis binatang, jika diletakkan pada tempat yang tidak betul, ia busuk dan tidak menyenangkan pandangan. Jika ia terkena tanah dan ditanam, ia bertukar menjadi baja yang menghasilkan banyak pokok yang berbuah,” jawab Ustaz Ismail sambil tersenyum.
Senyum.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Dipetik dari www.facebook.com/ustaztitm
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah ilmu kepimpinan.
Jumaat, 25 Januari 2013
Khamis, 24 Januari 2013
Rasulullah gilap OKU demi perjuangan Islam
Rasulullah gilap OKU demi perjuangan Islam
Mohammad Faizal Che Yusof, | 24 Jan 2013 |
Mahu tidak mahu, suka atau tidak, urusan pilihan raya tidak boleh dipisahkan dengan apa yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Baginda bukan sekadar pendakwah biasa, Baginda adalah segala-galanya. Demikianlah dalam hal kenegaraan, Baginda telah menunjukkan contoh terbaik bagaimana Islam perlu dimartabatkan di mana saja seorang pemerintah Islam itu berada.
Saya akan menfokuskan perbincangan kita dalam suasana yang ada ini bagaimana Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat memberi teladan yang amat hebat dalam membangunkan OKU. Sesungguhnya teladan itulah menjadi aspirasi untuk saya mengenengahkan apakah model pembangunan OKU yang perlu di Malaysia.
Mari kita telusuri, apakah yang telah dibentangkan dalam perjalanan sirah Islam yang amat mengkagumkan itu.
Sikap meraikan keperluan OKU di kalangan sahabat-sahabat telah mula dilakukan sejak zaman awal Islam, di kota Mekkah lagi. Antara kisah yang dapat dikesan bagaimana Saidina Abu Bakar Al-Sidiq telah diberi suatu jaminan oleh keluarga Ad-Daghna seorang terhormat di Mekah.
Dalam satu tempoh, Ad-Daghna telah memberi jaminan keselamatan kepada Saidina Abu Bakr As-Sidiq untuk beliau melakukan ibadat sebebasnya tanpa gangguan dari kaum Quraisy Mekah. Jaminan tersebut telah diberikan kerana sikap Saidina Abu Bakar yang amat penyantun kepada golongan daif termasuk OKU. Dalam suasana umat Islam ditindas oleh kaum Quraisy, Saidina Abu Bakar masih utuh menjaga keperluan-keperluan OKU yang ada di Mekah ketika itu.
Sikap Saidina Abu Bakar ini diteruskan hinggalah ke akhir hayatnya. Bagaimana sebaik kewafatan Baginda Rasulullah SAW, beliau telah menanyakan kepada anaknya Saidatina Aishah RA adakah lagi yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW yang masih belum beliau kerjakan.
Aishah RA telah menceritakan bagaimana setiap hari Baginda Rasulullah SAW telah menziarahi seorang Yahudi yang buta dan memberikan beliau makanan dengan menyuapkan langsung ke mulut Yahudi itu. Walhal Yahudi yang buta mata itu tidak pernah berhenti dari mencaci Baginda Rasulullah SAW tanpa disedari bahawa orang yang dicacinya itulah yang memberikan beliau makan.
Saidina Abu Bakar kemudiannya bergegas ke tempat yang diceritakan oleh anak perempuannya itu dan membuat sebagaimana dikhabarkan oleh Aishah RA. Sebaik beliau menyuapkan Yahudi yang buta itu, berkatalah sibuta itu “Siapakah kamu?”. Saidina Abu Bakar menjawab, “Akulah orang yang biasa menyuapi kamu”. Yahudi itu lalu membentak, “Bukan, bukan. Kamu bukan yang biasa itu. Dia menyuapkan aku dengan amat lembut tidak macam kamu”.
Mendengar kata-kata Yahudi yang buta itu, Saidina Abu Bakar terus mengalir air matanya mengenangkan hebatnya jasa Rasulullah SAW. Kemudian Saidina Abu Bakar menceritakan siapakah beliau dan kewafatan Rasulullah SAW. Si Yahudi itu lalu menangis dan merasa kesal atas sikapnya yang tidak henti-henti mencaci orang yang sebenarnya menyuapinya setiap hari.
Yahudi yang buta itu akhirnya memeluk Islam atas kehebatan sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq.
Dua contoh di atas cukup memberi pengajaran bagaimana pemerintah perlu menyantuni OKU dari aspek kebajikan dan keperluan asasinya.
Jika nak dibincangkan, masih banyak contoh yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah dan para sahabat dalam menjaga kebajikan OKU hinggakan mereka cukup senang dalam menempuh kehidupan sebagai hamba Allah yang cacat.
Jika Rasulullah SAW dan para sahabat telah menyediakan satu teladan hebat dalam aspek kebajikan, demikianlah juga dalam aspek hak-hak asasi OKU.
Bagaimana sikap Rasulullah SAW kepada seorang buta yang masyhur iaitu Abdullah Ibn Ummu Maktum? Beliau yang buta telah diberikan kepercayaan yang cukup besar setelah dibekalkan ilmu oleh Baginda Rasulullah SAW. Bermula sebagai pendakwah ke Madinah sebelum era hijrah, hinggalah imam solat menggantikan Rasulullah SAW, muazin dan penjaga kota Madinah ketika Rasulullah SAW keluar berperang. Bahkan di zaman khulafah al-Rasyidin kedua, Saidina Umar RA telah membenarkan untuk beliau menyertai tentera Islam dan beliau akhirnya syahid dalam pertempuran tersebut.
Selain itu, Ammar Ibn Jumuh yang seorang OKU anggota telah dibenarkan untuk menyertai tentera dalam Perang Uhud. Beliau sekali-kali tidak menjadikan kecacatannya sebagai helah untuk tidak berjihad. Bahkan beliau menyebut bila ditanya apakah beliau ingin berperang dengan keadaannya yang cacat itu, beliau menjawab “Kaki aku yang cacat inilah akan mendaki tangga-tangga syurga”. Ammar ibn Jumuh kemudiannya telah syahid di Medan Uhud.
Lebih dari itu, Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat mampu melihat potensi setiap OKU di Madinah untuk digilap demi perjuangan Islam.
Jika dunia hari ini membicarakan betapa OKU perlu dibangunkan dari aspek kebajikan dan hak, Islam telah awal mengiktiraf prinsip-prinsip tersebut dengan ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah SAW dan para sahabat radhiallahuanhum.
Nah, apa lagi yang perlu kita tunggu? Kehebatan tamadun Islam dalam membangunkan OKU kini terus diamalkan oleh dunia barat hari ini. Pelbagai dokumen telah diadakan sebagai komitmen mereka kepada golongan dhaif yang sengaja dicipta Allah SWT guna menunjukkan kekuasaan-Nya yang Maha Agung.
Kini terpulanglah kepada kita untuk menteladani apa yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat. Impian itulah menjadi cita-cita saya bersama Malaysia baru pasca PRU13, Insya Allah.
Penulis ialah Sekretariat Prihatin OKU LKKP.
Jangan disamakan Tunku dengan Mahathir
Jangan disamakan Tunku dengan Mahathir
Harakahdaily, | 24 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara, tulis Aspan Alias di dalam blognya.
Menurutnya, Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap negara merdeka kita.
“Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot dan rakyat wajar menghukumnya,” ujar beliau lagi.
Tulisan penuh beliau di dalam blog http://aspanaliasnet.blogspot.com/ sebagaimana di bawah.
Saya cuba untuk mengelak hendak menulis dan memberi komen tentang isu Dr Mahathir memalitkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan isu pemberian kerakyatan kepada bangsa Cina seramai sejuta orang semasa dalam mengusahakan kemerdekaan negara dahulu. Saya gagal untuk mengelak dari membuat komen dalam isu yang di sebut oleh Dr Mahathir terhadap beliau dan saya terus menulisnya mengikut pengamatan saya terhadap isu yang disebut oleh Dr Mahathir ini.
Tunku telah lama meninggalkan kita dengan nama yang baik sebagai Bapa Kemerdekaan Negara Malaysia ini. Setelah mengaku bertangungjawab terhadap pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Filipina dan lain-lain di Sabah Dr Mahathir cuba untuk membawa Tunku nampak sama bersalah dengan beliau dan ini merupakan satu penginayaan moral yang paling buruk di lakukan terhadap Bapa Kemerdekaan yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan kita dahulu.
Rakyat tahu pemberian kerakyatan kapada kaum Cina dan India adalah merupakan pra-syarat untuk mendapatkan kemerdekaan itu dan dirundingkan secara terbuka. Mereka yang diberikan kerakyatan itu termasuklah dari India sama ada India yang beragama Hindu mau pun yang beragama Islam. Suruhanjaya apa yang Mahathir cadangkan dalam isu pemberian kerakyatan semasa Tunku dahulu. Ia di buat secara terbuka dengan persetujuan semua pihak, bukannya dilakukan di dalam gelap seperti kerja mencuri seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir.
Ada di antara keturunan mereka telah mendapat kerakyatan itu telah menempa kejayaan seperti menjadi pemimpin besar negara ini. Tidak payah kita mengulangi kenapa Tunku dan pimpinan semasa itu memberikan kerakyatan kerana ia di baca oleh murid-murid sekolah menengah dan di universiti di seluruh dunia. Ia dilakukan untuk membina negara dan menolak kerajaan penjajah di bumi kita.
Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara. Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap negara merdeka kita. Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot dan rakyat wajar menghukumnya. Saya pernah memberikan label terhadap Mahathir sebagai seorang yang mempunyai ‘migrant mentality’ beberapa ketika dahulu dalam blog ini dan beliau sendiri membuktikan tuduhan saya itu benar.
Mahathir tidak habis-habis dendamnya terhadap Tunku tetapi bagi sesiapa yang benar-benar bersikap sayang kepada negara akan tahu yang Tunku merupakan manusia yang tidak dapat dicari ganti dengan mudah bersabit dengan sikap pengorbanan terhadap negara ini. Mahathir cuba untuk menjatuhkan imej Tunku semasa beliau sudah tiada dan tidak dapat mempertahankan diri dengan tuduhan jahat Mahathir itu.
Tunku adalah seorang pemimpin yang disayangi oleh rakyat semua kaum dan beliau merupakan pemimpin yang mempunyai ‘magnanimity’ yang amat tinggi dan tiada siapa yang mampu menandingi beliau jika dipandang dari susut kemanusiaannya. Mahathir tidak boleh menyamakan dirinya dengan Tunku kerana menyamakan dirinya dengan Tunku serupalah menyamakan buah epal dengan buah bacang. Itu sahaja.
Kenyataan Mahathir ini amat melukakan hati banyak rakyat terutamanya kepada rakyat yang berhati dan berjiwa bersih dan ia meliputi semua kaum. Tidak siapa yang menyangka Mahathir akan sampai ke tahap ini memainkan politik beliau, kerana hendak menutup kelemahan serta jenayah moral beliau sendiri.
Siapa pun boleh mempertahankan Dr Mahathir ini tetapi hakikatnya beliau telah membuka segala kelemahan beliau untuk di tontoni oleh semua orang. Rakyat sekarang boleh membuat pandangan yang ‘conclusive’ terhadap bekas Perdana Menteri ini dan kita tahu rakyat sekarang memandang beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pemikiran dan keterampilan sebagai seorang negarawan.
Dr Mahathir gagal segagal-gagalnya untuk duduk dan berdiri sebagai seorang negarawan dan beliau tidak akan mencapai taraf itu buat selama-lamanya. “Mahathir is disgusting leader” kata saorang rakan yang bercakap dengan saya tentang isu ini.
Tunku, marilah kita panjatkan doa kepada Allah swt agar roh beliau dibariskan bersama roh-roh orang yang beriman dan syuhada….al-Fatihah

Minyak di atas daratan di Kelantan
Minyak di atas daratan di Kelantan
Rizal Tahir, | 24 Jan 2013 |
Bagi mengesahkan perkara itu, kerajaan negeri bakal melantik sebuah syarikat untuk mengkaji secara sah wujudnya ura-ura berhubung penemuan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata walaupun Petronas enggan mendedahkan maklumat itu, namun ianya sampai juga pada kerajaan negeri.
“Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,”ujarnya.
Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim.
Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas identiti syarikat terbabit buat masa sekarang.
Bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri akan berunding dengan syarikat terbabit secepat mungkin disamping mengguna pakai setiap undang-undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak.
Antaranya melalui saman kerajaan negeri kepada Petronas, kerajaan Pusat menyatakan minyak di atas daratan adalah hak sepenuhnya negeri berkenaan bukannya pusat.
Beliau juga turut mengakui, rizab penemuan minyak itu lebih besar jika dibandingkan dengan yang ada di laut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kerajaan Pusat dan Petronas yang mendakwa Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kedudukannya melebehi tiga batu nautika dari daratan.
Ini bermakna, katanya apabila penemuan minyak di darat dalam negeri Kelantan, kerajaan Pusat tidak boleh berbuat apa-apa berdasarkan hujah tersebut.
“Adakah kerajaan Pusat boleh menerima dengan dakwaan mereka sendiri dan Kelantan tidak akan membayar pada mereka walaupun satu sen berdasarkan hujah tersebut, sekiranya benar hasil minyak benar-benar terdapat di darat,”ujarnya.
Husam juga turut menyifatkan kenyataan Petronas dan kerajaan sebagai berbahaya apabila mendakwa Kelantan hanya boleh mendapat hasil sekiranya ia dikeluarkan dari bumi negeri itu.
Selasa, 22 Januari 2013
Hikayat 7 Janji
Hikayat 7 Janji
-, | 21 Jan 2013 |
Janji ditatah permata janji
Lidah menutur bibir mengukir
Arakian janji berganti janji
Dulu tagih kini mungkir
UMNO janji berganti janji
Dulu janji sekarang janji
Pak Lah Badawi berjanji
Najib Tun Razak berjanji
Muhyidin Yassin pun berjanji
Janji buat jambatan
Janji bina rumah kos rendah
Janji kawasan wifi percuma
Janji lapangan terbang
Janji lebuhraya
Janji tak nak buat janji palsu
Janji tiada projek mee segera
Janji nak tepati janji
Namun realiti janji tinggal janji
Hanya sambung legasi janji
Mengumpul tambah koleksi janji
Berjanji untuk terus berjanji
Berjanji tidak henti berjanji
Berjanji senantiasa berjanji
Seminggu tujuh hari berjanji
Sehari tujuh kali berjanji
Sejam tujuh perkara berjanji
Janji lama belum dikota
Janji baru menyumbat telinga
Janji Bagan Pinang janji yang hilang
Janji Tenang hanya untuk dikenang
Janji Manek Urai belum terurai
Janji Galas pun tidak tergalas
Sifat munafik suka mungkir janji
Islam benci tabiat mungkir janji
Rakyat tolak pemimpin mungkir janji
Banyak sungguh berjanji
Siang berjanji
Malam berjanji
Perdana Menteri berjanji
Timbalannya berjanji
JKKK pun nak berjanji
Asal cakap berjanji
Adal pidato berjanji
Asal ceramah berjanji
Asal melawat berjanji
Asal jumpa orang berjanji
Asal masuk tv berjanji
Asal dekat pilihanraya berjanji
Asal berjanji pilihanraya dekat
Nukilan
Nasrudin bin Hassan
Isnin, 21 Januari 2013
Ahad, 20 Januari 2013
Video: "Listen Listen Listen" versi Kelantan
Bawani dakwa pelajar diwajib hadir forum SW1M
Bawani dakwa pelajar diwajib hadir forum SW1M
|
Mahasiswa
jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS
menegaskan bahawa pihak kampus itu harus bertanggungjawab terhadap
penganjuran forum mahasiswa dan politik yang didakwanya sebagai satu
'brainwash'.
Bercakap dalam temubual dengan Malaysiakini petang semalam, Bawani (kanan) turut mempersoalkan mengapa kehadiran mahasiswa diwajibkan khususnya penghuni Dewan Penginapan Pelajar Proton, sekiranya universiti menyatakan mereka tidak mempunyai kaitan dengan forum itu.
"Kalau tak ada kaitan, ramai pelajar diminta hadir dalam program itu. Kalau tidak hadir, akan dibuang kolej dan sebagainya... Ramai pelajar Proton menyatakan kekecewaan, kerana terpaksa hadir.
"Kalau bukan program universiti, kenapa perlu diwajibkan," kata Bawani sambil menambah ada mendengar bahawa pelajar kolej lain turut diwajibkan hadir tetapi tidak pasti kolej kediaman tersebut.
Bawani mengulas kenyataan Naib Canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang dilapor berkata pihaknya hanya menyediakan dewan untuk forum itu melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada Bawani.
Dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina berkata, Mohamed Mustafa berkata universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.
Manakala laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.
Mengulas lanjut Bawani meluahkan kekecewaannya dengan
kenyataan Prof Mohamed Mustafa itu memandangkan hanya kampus sahaja berkuasa membenarkan pihak luar mengadakan program dalam kawasan universiti.
"(Ini) perkara yang mengecewakan saya. Universiti kata, kita pinjam tempat sahaja, kita universiti tak ada kaitan. Kita perlu lihat (bahawa) universiti perlu bebas dan neutral.
"NGO itu orang luar, apa-apa yang kita benarkan, universiti ada autoriti membenarkan pihak luar menjalankan apa-apa (program), di dalam (universiti) ini," katanya.
Hadir ke forum tersebut dengan inisiatif sendiri, Bawani turut mempersoalkan majlis bacaan ikrar yang didakwanya menggesa pelajar supaya tidak terlibat antaranya hadir dalam demonstrasi jalanan.
Sebelum itu Bawani berkata pada mulanya terdapat slot mengenai wanita dan politik dan tetapi secara tiba-tiba, dakwanya, terpapar di skrin antaranya mengenai "perhimpunan kotor" BERSIH 3.0, kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama dan kecaman terhadap pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.
Beliau yang juga pemegang ijazah sarjana muda psikologi dari
Univerisiti Kebangsaan Malaysia berkata beliau tidak pernah berdepan dengan situasi itu sepanjang beliau menghadiri pelbagai forum.
"Ini menunjukkan sesuatu yang salah, ada sesuatu makna yang tersembunyi," katanya yang juga seorang aktivis NGO yang dikaitkan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), JERIT.
Sekalipun dalam hati kecilnya ada perasaan marah sewaktu berdepan saat konfrantasi 'listen' dengan Sharifah, namun Bawani berkata beliau mampu mengawal perasaannya dan menghormati kepada Sharifah.
Bagaimanapun apabila beliau cuba meminta keizinan untuk bercakap berkaitan pendidikan percuma menyebabkan suara Sharifah menjadi semakin lantang sehingga dianggapnya boleh menyebabkan tanggapan buruk kepadanya.
"Orang akan lihat, orang besar kata berhenti. Saya sebagai mahasiswa, (hanya) orang kecil... Saya fikir Puan Sharifah sudah bentuk satu suasana untuk menarik penonton bahawa saya, very bad, very rude.
"Saya akan dikutuk teruk. Penonton pula sudah mula tepuk tangan, macam sokong apa pun Puan Sharifah cakap. (Oleh itu) saya kata abaikan. Penonton akan menilainya. Kalau tengok video tu, (perasaan) saya memang kecewa," katanya.
Ditanya mengenai maklumbalas selepas insiden tersebut, Bawani berkata ramai rakan-rakannya marah dan mengutuk susulan tindakannya dalam forum tersebut.
Bagaimanapun selepas menonton video tersebut, mereka memohon maaf kepadanya khususnya di laman sosial Facebook miliknya.
"(Mereka kata) kami tidak dapat bayangkan apa yang kamu nak cakap. Ada orang cakap, (memang) betul kamu rude. Tapi lepas tengok (video) program itu, baru dapat tahu, kenapa kamu bersikap begitu.
"Secara umum ramai kawan sekolah rendah, menengah dan di UKM, mereka cukup gembira dan memuji saya. Mereka kata, saya berani. Dan ramai yang kata, kami bersama kamu, jangan bimbang," katanya.
Bercakap dalam temubual dengan Malaysiakini petang semalam, Bawani (kanan) turut mempersoalkan mengapa kehadiran mahasiswa diwajibkan khususnya penghuni Dewan Penginapan Pelajar Proton, sekiranya universiti menyatakan mereka tidak mempunyai kaitan dengan forum itu.
"Kalau tak ada kaitan, ramai pelajar diminta hadir dalam program itu. Kalau tidak hadir, akan dibuang kolej dan sebagainya... Ramai pelajar Proton menyatakan kekecewaan, kerana terpaksa hadir.
"Kalau bukan program universiti, kenapa perlu diwajibkan," kata Bawani sambil menambah ada mendengar bahawa pelajar kolej lain turut diwajibkan hadir tetapi tidak pasti kolej kediaman tersebut.
Bawani mengulas kenyataan Naib Canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang dilapor berkata pihaknya hanya menyediakan dewan untuk forum itu melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada Bawani.
Dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina berkata, Mohamed Mustafa berkata universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.
Manakala laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.
Mengulas lanjut Bawani meluahkan kekecewaannya dengan
kenyataan Prof Mohamed Mustafa itu memandangkan hanya kampus sahaja berkuasa membenarkan pihak luar mengadakan program dalam kawasan universiti.
Benarkan NGO luar
"Pihak
universiti yang membenarkan NGO luar datang sebab (forum) ini berlaku
dalam universiti. Jadi kita tak boleh kata, universiti tidak ada kaitan
dalam isu (forum) ini sebab ia berlaku dalam pagar universiti kita."(Ini) perkara yang mengecewakan saya. Universiti kata, kita pinjam tempat sahaja, kita universiti tak ada kaitan. Kita perlu lihat (bahawa) universiti perlu bebas dan neutral.
"NGO itu orang luar, apa-apa yang kita benarkan, universiti ada autoriti membenarkan pihak luar menjalankan apa-apa (program), di dalam (universiti) ini," katanya.
Hadir ke forum tersebut dengan inisiatif sendiri, Bawani turut mempersoalkan majlis bacaan ikrar yang didakwanya menggesa pelajar supaya tidak terlibat antaranya hadir dalam demonstrasi jalanan.
Sebelum itu Bawani berkata pada mulanya terdapat slot mengenai wanita dan politik dan tetapi secara tiba-tiba, dakwanya, terpapar di skrin antaranya mengenai "perhimpunan kotor" BERSIH 3.0, kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama dan kecaman terhadap pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.
Beliau yang juga pemegang ijazah sarjana muda psikologi dari
Univerisiti Kebangsaan Malaysia berkata beliau tidak pernah berdepan dengan situasi itu sepanjang beliau menghadiri pelbagai forum.
"Ini menunjukkan sesuatu yang salah, ada sesuatu makna yang tersembunyi," katanya yang juga seorang aktivis NGO yang dikaitkan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), JERIT.
Sekalipun dalam hati kecilnya ada perasaan marah sewaktu berdepan saat konfrantasi 'listen' dengan Sharifah, namun Bawani berkata beliau mampu mengawal perasaannya dan menghormati kepada Sharifah.
Bagaimanapun apabila beliau cuba meminta keizinan untuk bercakap berkaitan pendidikan percuma menyebabkan suara Sharifah menjadi semakin lantang sehingga dianggapnya boleh menyebabkan tanggapan buruk kepadanya.
"Orang akan lihat, orang besar kata berhenti. Saya sebagai mahasiswa, (hanya) orang kecil... Saya fikir Puan Sharifah sudah bentuk satu suasana untuk menarik penonton bahawa saya, very bad, very rude.
'Kami bersama kamu
"Tapi saya
tunggu, saya ingat Puan Sharifah akan berhenti untuk respons kepada
soalan itu, dan akan beri peluang saya bercakap. (Jadi) cara dia
jawab... Saya tidak akan mendapat jawapan."Saya akan dikutuk teruk. Penonton pula sudah mula tepuk tangan, macam sokong apa pun Puan Sharifah cakap. (Oleh itu) saya kata abaikan. Penonton akan menilainya. Kalau tengok video tu, (perasaan) saya memang kecewa," katanya.
Ditanya mengenai maklumbalas selepas insiden tersebut, Bawani berkata ramai rakan-rakannya marah dan mengutuk susulan tindakannya dalam forum tersebut.
Bagaimanapun selepas menonton video tersebut, mereka memohon maaf kepadanya khususnya di laman sosial Facebook miliknya.
"(Mereka kata) kami tidak dapat bayangkan apa yang kamu nak cakap. Ada orang cakap, (memang) betul kamu rude. Tapi lepas tengok (video) program itu, baru dapat tahu, kenapa kamu bersikap begitu.
"Secara umum ramai kawan sekolah rendah, menengah dan di UKM, mereka cukup gembira dan memuji saya. Mereka kata, saya berani. Dan ramai yang kata, kami bersama kamu, jangan bimbang," katanya.
1. kumpulan pelajar cabar Sharifah berdebat dengan Bawani | Remove | |
2. 'Saya akan jelaskan', kata Sharifah | Remove | |
3. UUM kata tiada kena mengena dengan forum SW1M | Remove | |
4. Pemuda MCA, Gerakan turut kecam penalis | Remove | |
5. Sokongan pada Bawani, kritikan untuk Sharifah | Remove | |
6. Umno jauhkan diri dari Sharifah Zohra tapi... | Remove | |
Pengajaran daripada isu “Listen Listen Listen”
Pengajaran daripada isu “Listen Listen Listen”
6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Dalam
tempoh seminggu ini, tiba-tiba seluruh Malaysia mengfokus kepada dua
nama baru iaitu Bavani KS dan Sharifah Zohra. Yang menariknya, pandemik
yang dikenali sebagai isu “Listen Listen Listen” ini hanya meletup di
alam maya. Video yang memaparkan adegan Bavani sedang bertanya soalan
dalam sebuah forum di UUM telah dihalang oleh Sharifah Zohra selaku
moderator ini, telah ditonton oleh hampir 0.7 juta penonton di laman
Youtube dan dikongsi oleh lebih 31 000 pengguna facebook. Video ini juga
telah mendapat respon oleh beberapa tokoh politik negara,
tokoh
masyarakat, agamawan, presiden MPP universiti-universiti , dan NGO-NGO
di Malaysia. Pelbagai kartun, lagu parody, iklan produk, dan
lawak jenaka yang berkaitan isu ini juga telah tersebar luas di laman
sosial. Isu ini bukan sekadar sebuah peristiwa semata-mata, tetapi
banyak pengajaran tersurat yang patut dipandang oleh semua.
Pertama, hujah fakta lawan hujah auta. Sentimen orang tua vs orang
muda sering kali dijadikan modal untuk mematikan hujah orang yang lebih
muda dari kita. Inilah praktikaliti peribahasa “hormati yang tua,
sayangi yang muda” yang telah disalahgunakan. Malah, kes seperti ini
pernah berlaku dalam dewan rakyat sebagaiman yang telah tersebar di lama
youtube, apabila Ahli Parlimen Pasir Salak menidakkan fakta-fakta dari
Ahli Parlimen Gombak dengan hujah supaya Ahli Parlimen Gombak jangan
kurang ajar dengan orang tua sepertinya. Sentimen karut ini perlu segera
di-bakul sampahkan dari minda masyakat Malaysia, atau kita akan
berhadapan dengan lambakan anak muda yang sekadar menjadi pak turut dan
bengap berfikir.
Kedua, pembodohan mahasiswa. Agenda pembodohan supaya mahasiswa
menjadi hamba kerajaan sangat ketara di universiti-universiti. Tindakan
mewajibkan mahasiswa hadir ke program “brainwash” atau akan berhadapan
dengan pemotongan merit, mengumpan dengan hadiah lumayan, mengugut
mahasiswa yang ingin berpolitik, ugutan biasiswa dipotong, momokan
supaya “mahasiswa bersyukur pada kerajaan”, dan lain-lain bentuk
pembodohan. Mahasiswa yang akan ke luar negara diwajibkan hadir ke
kursus “brainwash” Biro Tatanegara (BTN) yang kononnya memupuk sifat
patriotisme, tapi hakikatnya diselit dengan cerita perkauman,
memburukkan pemimpin parti lawan, dan bermotifkan kepentingan politik.
Mahasiswa yang tidak bodoh sahaja akan menyedari bahawa mereka telah
terjerat dengan agenda pembodohan.
Ketiga, isu pendidikan percuma kembali bergema. Sikap masyarakat
Malaysia rupanya sangat bergantung pada peristiwa. Cakna kepada isu
Palestin hanya bangkit apabila Israel menyerang. Isu Pendidikan percuma
hanya dijulang apabila berlaku peristiwa penurunan bendera oleh Adam
Adli & tragedi malam merdeka di UPSI. Tahniah kepada Bavani yang
sekali lagi jadi pencetus kepada perbincangan tentang Pendidikan
percuma. Momentum kesedaran tentang peri penting dan kemampuan negara
untuk melaksanakan pendidikan percuma harus sentiasa dihangatkan
sehingga PRU-13 nanti, seandainya masyarakat ingin melihat cadangan ini
berjaya dilaksanakan.
Keempat, kuasa media alam maya. Andai dahulu jatuh bangun populariti
seseorang bergantng pada cerita dari media kerajaan, tapi sekarang tidak
lagi. Arab Spring juga dimulakan melalui letupan isu di alam maya.
Fenomena Ustaz azhar Idrus juga tersebar melalui alam maya. Malah, BN
sendiri mengakui tsunami PRU 2008 lalu juga adalah kesan kesedaran di
alam maya. Dalam isu Bawani ini, sekalipun nama mereka berdua ini tidak
pernah disebut di media kerajaan, tapi gelombang di media alam maya
seolah telah menobatkan Bavani sebagai heroin Malaysia, dan Sharifah
Zohra dijangka mengalami tekanan minda yang hebat untuk berhadapan
dengan maysrakat.
Aceh: Bukan Tsunami, Letupan Bom Bawah Laut.
Aceh: Bukan Tsunami, Letupan Bom Bawah Laut.
Tsunami di Aceh kerana kejahatan AS dibongkar.
Presiden Persaudaraan Pekerja Muslim Indonesia (PPMI), DR Eggi Sudjana SH Msi menerangkan bahawa bencana yang menimpa Aceh dan sekitarnya bukanlah gempa dan gelombang tsunami yang semulajadi tetapi sebuah gelombang bom termonuklear yang sengaja diletupkan di bawah laut.

Pendapat Eggi tersebut
dikemukakan kepada Wawasan dalam dialog seratus hari pemerintahan SBY
(Presiden Indonesia), di pejabat peguam Taufik SH di Solo.
"Melalui pendapat dan analisa yang dikemukakan pakar nuklear bebas dari Australia Joe Vialls, saya bersetuju bahawa ada petunjuk kuat penglibatan Amerika Syarikat dengan dua kapal perangnya satu diantaranya bernama USS Abraham Lincoln, berada disebalik tragedi itu," katanya.

Menurut Eggi sebelum
berlaku bencana, Amerika telah mengeluarkan travel warning kepada
rakyatnya agar tidak berkunjung ke Indonesia. Persoalan yang lain
mengapa kerajaan Indonesia membenarkan dua buah kapal induk masuk ke
perairan mereka.
"Ada lain penemuan
diragui, CNN selama ini memberitahu bahawa pusat gempa berlaku di pulau
We. Sementara yang berlaku gempa bumi tersebut adalah di bahagian pulau
Nias dengan kekuatan gempa hanya 5.4 skala richter. Namun yang berlaku
adalah sebuah gelombang susulan dengan kekuatan yang lebih dahsyat.
Ironinya, syarikat AS Exxon yang ada di sana musnah akibat bencana itu.
Sehingga ada menganggap ada senjata pemusnah besar-besaran yang
diarahkan ke sana, "jelasnya.
Selepas kejadian itu,
tentera AS yang berada di kapal induk USS Abraham Lincoln yang berjumlah
15,600 anggota dikerah untuk misi menyelamat. Sementara Kopassus dan
Pasukan Reaksi Cepat (PRC) Indonesia yang berfungsi sebagai unit bencana
sama sekali tidak diturunkan. Sementara India, Sri Lanka dan Thailand
menolak kehadiran tentera asing itu.
Televisyen Al Jazeera pernah menyiarkan bahawa bencana di Aceh bukanlah akibat gelombang tsunami. Tetapi sebenarnya sebuah bom helium.
Televisyen Al Jazeera pernah menyiarkan bahawa bencana di Aceh bukanlah akibat gelombang tsunami. Tetapi sebenarnya sebuah bom helium.
"Kami mengesyaki India
memang sudah tahu akan adanya bencana itu. Kerana negara itu mempunyai
pencatat gempa bumi di mana ianya boleh membezakan antara gempa sebenar
dan mana gempa buatan. Di India Tamil Nadu, merupakan pusat nuklear
yang telah diketahui dari dulu."
Menurut Eggi, Joe Vialls
tahu senjata termonuklear yang diletupkan di bawah laut akan
menimbulkan gelombang dahsyat. Jika tsunami, ketinggian gelombang
maksimum tidak akan mencapai seperti yang berlaku di Aceh.
"Sejarah juga mencatat, sejarah tsunami tidak memberi kesan terbakar pada mangsa akibat air. Namun tiga orang nelayan Aceh ditemui terbakar dengan tubuh penuh dengan minyak."
"Sejarah juga mencatat, sejarah tsunami tidak memberi kesan terbakar pada mangsa akibat air. Namun tiga orang nelayan Aceh ditemui terbakar dengan tubuh penuh dengan minyak."
Eggi memberitahu, AS
ingin mewujudkan pangkalan ketenteraan di Aceh. Hal itu dikuatkan dengan
tindakan cepat tentera AS menghulurkan bantuan di sana. Aceh juga
akan dijadikan rangkaian pasaran bebas perdagangan AS. "Dalam kontek
ini, SBY lemah, perisikan kita juga lemah dan juga TNI," jelasnya.(IH/DI)
Sabtu, 19 Januari 2013
fikiran Mahathir makin kusut
Suhu politik panas, fikiran Mahathir makin kusut
Harakahdaily, | 19 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata semakin hari semakin
kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu Suruhanjaya
Pendatang Asing (RCI) Sabah dari perspektif yang betul.
“Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.
Berikut ialah tulisan penuh beliau di dalam blog http://aspanaliasnet.blogspot.com.
Semakin hari semakin panas suhu politik di negara yang dikatakan pimpinan utama kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Entah apa kemajuan yang kita akan capai tidak pula kita ketahui. Tetapi apa yang kita lihat, kita semakin hari semakin ke belakang dan tidak maju ke hadapan. Isu bertambah rumit dan besar, dan semua isu ini berkait dengan tingkah laku dan salah gunakuasa oleh pucuk pimpinan negara dan UMNO.
Deepak pula memberikan reaksi marah-marah apabila Najib memperlekehkan tuduhannya (Deepak) terhadap terhadap Perdana Menteri yang ‘controversial’ itu. Deepak berjanji akan mengeluarkan lagi banyak isu yang belum diketahui umum yang berkaitan dengan Najib suami isteri itu. Walau sebesar mana pun pawang dan dukun digunakan oleh Rosmah, isu terhadap mereka yang tinggal di Sri Perdana itu tetap datang bertalu-talu.
Nampaknya satu demi satu perkara yang disorokkan oleh pucuk pimpinan sejak tiga puluh tahun dahulu mula keluar dan ia memeranjatkan kepada setengah pihak. Tetapi tidak pula memeranjatkan kepada setengah pihak yang telah melihat dengan dekat perubahan nilai dalam UMNO dan kepimpinannya sejak dari masa itu.
Isu yang terakhir ialah berhubung dengan Suruhanjaya Pendatang Asing (RCI) Sabah yang telah ditubuhkan oleh kerajaan. Akhirnya Dr Mahathir mengakui yang beliaulah yang terlibat dan membenarkan pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah dahulu.
Dalam pada beliau mengakui kerja yang tidak baik itu, Mahathir cuba mencari tempat sandaran untuk meringankan perasaan bersalah beliau dengan membabitkan Tunku Abdul Rahman Putra yang pada kononnya telah memberikan sejuta orang Cina taraf kerakyatan semasa sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu.
Ternyata Mahathir ini semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu ini dari perspektif yang betul. Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu.
Membabitkan nama Bapa Kemerdekaan negara oleh Dr Mahathir ini amat memalukan bagi kita yang mendengarnya. Jawapan beliau tidak melambangkan yang beliau seorang yang jujur. Memang benarlah pandangan setengah pihak, Mahathir ini tidak boleh berjalan dengan betul di atas jalan yang lurus.
Tunku Abdul Rahman telah memberikan kerakyatan kepada orang Cina dahulu kerana ia merupakan pra-syarat bagi negara mencari jalan untuk pencapaian kemerdekaan. Pemberian kerakyatan itu juga diberikan kepada kaum India yang datang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah semasa kita dalam tadbiran penjajahan dahulu.
Bagaimana Dr Mahathir boleh tergamak membabitkan Tunku dalam hal ini dan menyamakan keadaan semasa itu dengan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Menyamakan beliau dengan Tunku Abdul Rahman serupalah menyamakan buah epal dengan buah sukun atau buah bacang. Pemberian kerakyatan kepada pendatang semasa itu adalah syarat yang telah ditetapkan oleh British bagi mencapai kemerdekaan untuk negara semasa itu. Setelah semua kaum bersatu maka Tunku dan rombongan untuk mencapai kemerdekaan itu terdiri dari rakyat Malaya yang berbilang kaum itu.
Pemberian kerakyatan itu adalah untuk membina sebuah negara baru yang merdeka. Di sebaliknya Dr Mahathir memberikan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah itu adalah untuk meruntuhkan negara. Kad pengenalan yang diberikan kepada pendatang asing di Sabah itu ialah untuk memenangkan parti kerajaan yang sudah lemah dan ia meruntuhkan sistem demokrasi negara ini.
Dr Mahathir tidak dapat membezakan diantara belacan dengan cencaluk. Apa pun, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan tuduhan banyak pihak yang Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya semata-mata. Ada di antara mereka yang berpengaruh dalam negara ini memberikan pendapat apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ini merupakan satu tindakan ‘treason’ yang amat serius. Mereka berpendapat Mahathir perlu disiasat tentang kesetiaannya terhadap negara ini.
Jelas sekarang Mahathir tidak boleh lari dari segala kesalahan beliau terhadap orang Sabah yang asal. Dengan pemberian kad-kad pengenalan kepada rakyat asing semata-mata kerana hendak menjaga kepentingan politik kepartian itu, sememangnya satu tindakan yang ‘treason’ yang sangat besar. Kita berharap RCI yang masih dalam peringkat penyiasatan itu, akan melaksanakan tugas dengan jujur dan baik untuk kepentingan Sabah khususnya dan negara amnya. Kita berharap Suruhanjaya itu akan membuat cadangan tindakan terhadap pelaku kesalahan ini tanpa memilih bulu.
Bagi saya , apa yang saya idamkan bersama dengan ramai yang lain ialah, sebuah negara demokrasi yang benar-benar jujur dan tidak menyelewengkan asas demokrasi itu secara sengaja semata-mata kerana kuasa. Rakyat mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan cara untuk membina keyakinan rakyat kita.
Saya berharap Pakatan Rakyat akan mampu melakukan perubahan itu.

- Adam Ahmad · Top Commenter · KluangBagi orang muslim dn mukmin, hukum Allah perlu ditegakkan dahulu..
- Othman Jamal · Top Commenter · Med Lab TechnologySEMAKIN HARI SEMAKIN NYANYUKLAH MADEY NI, TAMBAHAN UMNO MAKIN CELARU SEKARANG, BILA UMNO KALAH LAGI TAMBAH NYANYUKLAH MADEY NI.
- Nain Arshavin · Top Commenter · University of Mumbai
- Shah Rosli · Follow · Top Commenter · Selangor, Selangor, MalaysiaGulam Mahathir Kutty Mohamad marah coz beliau juga adalah sebenarnye sebahagian drp project ic zaman Tengku abd rahman....
- Polis Tangkap Lalat · Top Commenternik ajis pun dah nyanyok juga, dah tua2 pun masih gila kuasa nak jadi MENTERI BESAR... nak bawak title menteri besar dalam kubor ke?
- Cikgu Saari · Top Commenter
- Abd Razak Ahmad Hejas · Top Commenter · Gaya College, Kota Kinabalu '78-'79Msh SEGAQ dlm ingatan akan DOA ALLHYRHM AL-FADHIL DATO UST FADHIL NOR, agr Allah pnjangkn usia DR.MAHATHIR bg mmbolehkn Tun mnyaksikn sendiri segala tindakan negatif beliau spnjg jd piem MALAYSIAku TERCINTA ini.ddoakn agr TUN M, mmpu jd NEGARAWAN ULUNG tnpa melibtkn diri dlm POLITIK SEMASA secara berterusan sbb zaman tun sdh berlalu.wallahhuaklam.
- Johari Talib · Bayan Lepasinilah kejahatan ubn memberi warganegara kat PATI dgn sewenang2nya utk kekal kuasa.apa akan jadi kat ank cucu kita di msa akn dtg...fikir2kan lah UBAH SKRG SEBELUM MENJADI PARAH...tumbang UBN PRU13 negara akn selamat dari PATIII.
- Mohd Azizol Abdullah · Top Commenter · SMK Anjung Batucepat2 la.. pilihan raye.. kang meninggal pulak madey nie... tak sempat nak siasat & jatuh hukum!
- Mohd Nizam · Sek men seri mahkotaKebenaran akan terdedah jua akhirnya walaupun cuba disembunyikan....Allah lebih mengetahui segalanya apa yg berlaku n balasannya akan ditunjukkan seperti yg berlaku skrg atas pemimpin yg tidak amanah dan yg zalim
- Ulit Mayang · Top Commenter · Eksekutif at Putrajayaseharusnya , PR jadi kan 1 manifesto khusus PRU13 bagi kes2 yg melibatkan mahathir.
- mesti ada komitmen dr semua pimpinan PR.
- mesti ada resolusi khusus.
- 1. usd40 billion , miliknegara kan harta mahathir.
-2. RCI , PR akan hadapkan mahathir ke mahkamah , sebaik saja Putrajaya ditawan [ bersama2 dgn , hasrat utk turunkan minyak sebaik saja menang dll ].
dll
- meletakkan SPR , PETRONAS , POLIS , HAKIM , PEGUAM NEGARA di bawah Parlimen.
- mengembalikan 1.5billion duit yg mirzan pakai utk selamatkan co kapal dia tu masas dia dikatakan nak bunuh diri.
dll
dll
dll - Ayob Mat Idris · Top Commenter · Sek Men Sultan Ibrahim Satu (1)orang islam selagi tak gila kena buat kerja2 ugama, hakyang tahu dan reti.
Langgan:
Catatan (Atom)