Isnin, 29 Oktober 2012

PBS membebankan guru



PBS membebankan guru

Syahril Hasan,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sangat membebankan guru. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrumen (soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting, memasukkan data ke dalam sistem – yang melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. Bayangkan berapa banyak - 160 X 216 = 34,560 data dan berapakah masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi internal error.

Saya amat berharap instrumen (soalan) dapat dikurangkan supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu. Selain itu, deskriptor (kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami. Saya menghadapi masalah untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6. Saya berharap PBS dapat dikaji semula agar guru dapat memberi fokus kepada pengajaran dan mendidik kerana itulah kerja guru yang sebenar. Terus terang guru tidak dapat fokus kepada pengajaran kerana mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan