- PTPTN: Bayar RM50 sebulan pun kita terima'Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini berkata badan itu tidak mengkhianati atau menganiayai pelajar sebaliknya bertolak ansur dalam memungut kembali wang pinjaman itu.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said (kiri) berkata pihaknya sentiasa membuka pintu untuk rundingan dan menjadualkan semula bayaran kepada peminjam yang menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.
"Dakwa sesetengah pihak, PTPTN mengkhianati atau menganiayai pelajar (peminjam) tidak benar sama sekali, malah jika mereka bersedia membayar RM50 sebulan pun kita terima.
"Apa yang dikesalkan mereka yang mendapat pinjaman itu terus tidak menghubungi PTPTN setelah tamat pengajian walaupun berpuluh kali dihubungi dan jalan terkakhir kami adalah terpaksa keluarkan surat melalui mahkamah," katanya kepada pemberita di Temerloh semalam.
Ismail yang juga anggota parlimen Kuala Krau turut menggesa graduan yang menghadapi masalah dalam membayar semula pinjaman segera datang berunding dengan PTPTN bagi mengatasi masalah itu.
Mengenai keputusan PTPTN yang mewajibkan pelajar mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20 bagi mendapatkan pinjaman PTPTN berkuatkuasa 1 Jan lepas, katanya ia bertujuan menggalakkan budaya menabung di kalangan ibu bapa bagi pendidikan tinggi anak-anak mereka.
Dengan skim ini, katanya ibu bapa boleh merancang dana pembiayaan pendidikan anak-anak untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi.
Ismail berkata skim yang dijamin kerajaan itu turut memberi pelbagai keistimewaan merangkumi pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sebanyak RM3,000.
Katanya dari Januari hingga 31 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta akaun SSPN dibuka oleh pendeposit membabitkan simpanan RM605.43 juta.
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di NFC
PTPTN senyap lah!!!!. .Bila Menteri UMNO arahkan pinjaman utk Unisel dan KUIS dihentikan.. tak plak nko bersuara..tengok MB Selangor otaknya ligat berikthiar.. tengok org mcm nko dan menteri UMNO.. Otak elok-elok kat kepala letak kat lutut..
Ibnu Sabil · Langgani · Pengulas Tertinggi · Scorpène class submarine
Baik ada makna tuuu.. dah puas aniaya pelajar dgn..
1. Dakwa dimahkamah
2. Sekat ke luar negara
3. Senarai hitam
4. Hebahkan nama diakhbar
PTPTN kena ingat UMNO/BN bukan berkuasa selamanya.... Sedangkan gajah berkaki empat, tersadung kaki jatuh berlipat.. inikan pula UMNO/BN yang byk menyusahkan rakyat tergolek2 lah jawabnya lepas PRU13 nanti...
Apex Event Network
KEPALA HOTAK KO RM50 pun TERIMA...RM50 bila nk habis? Bunga RM75 setiap bulan, pokok RM25,000...setiap bulan loan bertambah ke berkurang?
Mujahid Yusoff · Pengulas Tertinggi · University of Texas Medical Branch
sepatutnya PTPN ni di letakkan bawah JPA - memberi pinjaman tanpa riba (kalau bahasa halusnya dipanggil kos operasi atau kos perkhidmatan) kepada pelajar. Tak perlulah PTPN ni perlu ada pengerusi dan bangunan yang berasingan dengan JPA. Kepada yang berkuasa, jadilah seorang pemimpin yang selalu fikirkan kebajikan rakyat dan jangan asyik fikirkan tembolok sendiri.
Chia Eric · Pengulas Tertinggi · Ums
na kan rm50 pun ok....bayarlah wahai peminjam ptptn..kalo tak mau bayar tunggu masa anda perintah, kasi cancell baru betul, sekarang yg pegang BN, setiap kerajaan tetap ada keputusan yg tidak popular kepada rakyatnya, tapi untuk kebaikan negaranya...
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di NFC
Mereka tidak berfikir kesan dan akibatnya Chia.. utk memerintah sebuah negara, jgn sesekali bermain dgn dasar yg telah diputuskan..tarik balik tidak menyembuhkan luka..kini bukan saja UMNO dibenci tapi apa saja yg berkaiitan dgn UMNO menerima akibat...harap sdr. Chia bukan dari komponent BN.. hehe
Muhamad Syafiq Bin Suhaimi · Pengulas Tertinggi · PUO
Simpanan SSPN dapat pelepasan cukai..PTPTN xda pulok..apa kerajaan la ni...x reti nak pikio...bayar 50 tolak service charge 37.50 da sama mcm bayar 12.50 sebulan..service charge apa mahal sgt tu...nampak beno nipunya
Jumaat, 8 Jun 2012
PTPTN: Bayar RM50 sebulan pun kita terima'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan