gambar (1)
gambar
(2)
Kesal dengan sikap manusia dimuka bumi Allah ini tidak takut
pada dosa dan pahala dan selalu ingkar akan arahan dan larangan Allah s.w.t.
Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat , menfitnah dan menghina para ulama
serta hukum Allah itu sendiri.
Kerana keuntungan sedikit didunia yang fana mereka
sanggup menempahan dosa untuk diri sendiri. Aku bukalah nak membodek sangat
pada Nik Aziz tapi kalau di lihat pada gambar sungguh menampakan kebodohan
manusia itu sendiri.
Kalau di tanya 100% aku tak mempercayai gambar yang
disebar oleh cybertropper Umno ini yang sengaja mereka cipta untuk kerja bodoh
mereka.Jadi untuk mengesahkan gambar itu betul betul fitnah aku lampirkan
gambar( 2 ) yang asli kemudian di potong gambar Haliry Clinton kemudian di
paste gambar Tok Guru...,adakah anda percaya TGNA akan melakukan benda yang
diharamkan oleh Allah?
Maka kita tidak hairan akan fitnah ini kerana fitnah sex,
rasuah , menyalahgunaan kuasa dari pucuk sehingga ke bawah dalam parti Umno
sudah sebati umpama aur dengan tebing. Busuk sampai keusus kata
Mahathir..
Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar
bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika
di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut
dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)
Firman Allah bermaksud:Wahai orang yang beriman, jika datang
kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga
menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.†(Surah al-Hujurat,
ayat 6)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan