Apa Nak Hairan Rumah Anak Gaddafi Ada Arak
Ruang rumah anak Ghddafi digeledah
Laporan asal DailyMail
TRIPOLI - Para pemberontak kelmarin menggeledah sebuah lagi rumah anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Rumah itu milik Mutassim yang terletak di kawasan tepi pantai di pinggir Tripoli.Mutassim yang berusia 34 tahun merupakan komander tentera bapanya di Brega yang berjuang menentang para pemberontak di bandar Sirte. Bandar Sirte merupakan bandar kelahiran Gaddafi. Di dalam rumah itu, para pemberontak menemui hiasan perabot mewah selain botol arak yang berjenama mahal.
Beberapa jet ski, tab mandi air panas, katil kulit dan pintu besi terdapat di rumah berkenaan. Jika di kawasan Mediterranean di Itali, rumah itu mungkin bernilai berjuta-juta dolar. Rumah itu mempunyai botol vodka Absolut, arak Havana, Martini dan wiski Johnnie Walker Blue Label selain sebuah bar.
Ia merupakan antara rumah milik keluarga Gaddafi yang digeledah para pemberontak selepas mereka berjaya menawan Tripoli. Sementara itu, Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) telah memindahkan ibu pejabatnya dari bandar Benghazi ke Tripoli.
Seorang pegawai TNC, Ali al-Tarhuni berkata, majlis itu telah memulakan operasi di bandar ini, lapor stesen televisyen Al-Jazeera semalam. TNC merupakan badan yang mewakili para pemberontak yang berjaya menguasai hampir keseluruhan Tripoli sehingga mengakibatkan Gaddafi sehingga kini belum keluar dari tempat persembunyiannya.
Namun, tentera Gaddafi dilaporkan bertindak balas dengan mengebom sebuah lapangan terbang utama di sini. Jet-jet pejuang tentera Britain, Tornado juga melancarkan serangan semalaman di ibu pejabat Gaddafi di bandar kelahirannya di Sirte semalam.
Namun, Setiuasaha Pertahanan Britain, Liam Fox menafikan Gaddafi menjadi sasaran serangan. Puluhan mayat juga ditemui di sebuah hospital yang ditinggalkan di sini. Hospital itu di kawasan Abu Salim itu didadapti hampir kosong pada pagi semalam. Namun, puluhan mayat itu dipercayai askar Gaddafi kerana warna kulit mayat tersebut gelap dan tidak sama dengan penduduk tempatan.
Dalam perkembangan berkaitan, para pemberontak menemui gambar-gambar bekas Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice di rumah Gaddafi di sini. Rice pernah menjadi pujaan Gaddafi kerana pemimpin tersebut pernah menyatakan dia merupakan seorang wanita berketurunan Afrika yang boleh memberi arahan kepada penduduk berkulit putih. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rumah anak pemimpin No 1 Negara Umat Islam ada arak. Apa nak hairan, kerana dasar pemerintahan negaranya adalah bukan negara Islam. Negara Kebngsaan/Asobiah dayungnya sebelah kanan, negara sosialis/komunis dayungnya sebelah kiri. Matlamatnya sama ke pulau yang sama ke pulau dunia semata-mata. Tiada pedulikan Akhirat/halal haram.
Lihat pula gambar-gambar di bawah ini...
Anda mungkin juga meminati:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan