Selasa, 5 Ogos 2014
KELAB GREENBOC: Bekalan Eletrik Terputus, Rakyat Palestine Ada Car...
KELAB GREENBOC: Bekalan Eletrik Terputus, Rakyat Palestine Ada Car...: S ememangnya berada dalam keadaan serba kekurangan amat menguji kehidupan penduduk Palestin di Gaza. Air dan Elektrik yang merupakan keper...
KELAB GREENBOC: Hukum Wanita Jadi Pemimpin Dari Kacamata Prof Dr H...
KELAB GREENBOC: Hukum Wanita Jadi Pemimpin Dari Kacamata Prof Dr H...: P rof. Dr. HAMKA menjawab “hukum wanita menjadi pemimpin” Pertanyaan: “Saya pernah mendengar bahwa di negara islam yang harus menjadi kep...
Sabtu, 2 Ogos 2014
Sejarah Islam
Zaman Kegemilangan Islam
bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul
yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571 Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan emaknya Aminah binti Wahb meninggal dunia semasa beliau berusia 7 tahun. Kemudian beliau dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.
Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.
Isi kandungan
Pengenalan
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang.
Nabi Muhammad s.a.w.
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571 Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan emaknya Aminah binti Wahb meninggal dunia semasa beliau berusia 7 tahun. Kemudian beliau dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.
Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.
Perkembangan Islam
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.Khulafa al-Rasyidin
Untuk rencana utama: sila lihat Khulafa al-Rasyidin- 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
- 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
- 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
- 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
- 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
- 637M- Mesir ditawan.
- 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
- 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
- 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
- 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
- 646M- Kempen menentang Byzantine.
- 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
- 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
- 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
- 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
- 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.
- 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
- 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.
Kerajaan Bani Ummaiyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Ummaiyyah- 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
- 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
- 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
- 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
- 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
- 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
- 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
- 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
- 713M- Penaklukan Multan.
- 716M- Serangan ke atas Constantinople.
- 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
- 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
- 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
- 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kerajaan Bani Abbasiyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Abbasiyyah- 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
- 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
- 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
- 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
- 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
- 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
- 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
- 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
- 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
- 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
- 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
- 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
- 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
- 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
- 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
- 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
- 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
- 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
- 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
- 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
- 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
- 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
- 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.
Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Empayar Turki Uthmaniyyah- 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
- 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
- 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
- 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
- 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
- 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
- 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
- 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
- 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
- 1526M- Perang Mohacs
- 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
- 1571M- Perang Lepanto berlaku.
- 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
- 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
- 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
- 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
- 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
- 1792M- Perjanjian Jassy.
- 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
- 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
- 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
- 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
- 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
- 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
- 1829M- Perjanjian Adrianople.
- 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
- 1841M- Konvensyen Selat.
- 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
- 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
- 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
- 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
- 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
- 1912M- Perang Balkan pertama.
- 1913M- Perang Balkan kedua.
- 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
- 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
- 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
- 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
Rabu, 30 Julai 2014
KELAB GREENBOC: Khairiri Tukar Haluan Dari Seorang Maknyah kepada ...
KELAB GREENBOC: Khairiri Tukar Haluan Dari Seorang Maknyah kepada ...: D ulu Nyah Kini Daie PERNAH dihina sejak kecil hanya kerana memiliki naluri wanita mendorong Mohd Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk men...
Isnin, 28 Julai 2014
KELAB GREENBOC: [MENGEJUTKAN] Benarkah MH17 Itu Sebenarnya MH370 Y...
KELAB GREENBOC: [MENGEJUTKAN] Benarkah MH17 Itu Sebenarnya MH370 Y...: D oktor Belanda yang berada di kawawan kemalangan mengeluarkan kenyataan bahawa mayat-mayat yang ditemui telah reput kerana telah mati beber...
AYAM MASAK KICAP
Assalamualaikum..
Agaknya, kenapa ramai orang suka masak
kicap ye???.Pastinya setiap individu ada jawapan masing2kan..Bagi saya
masak kicap ni memang ada keenakan tersendiri ..Tak kiralah sama ada
olahan dari ayam, ikan mahupun daging.Kalau dah sebut masak kicap,
memang semua tunduk mengalah menjamahnya.Cukup2 berselera bila di atas
meja terhidang dengan resepi masak kicap macam ni..
Kiranya menu masak kicap ni memang dah
jadi menu wajip bulanan.Cuma mungkin cara penyediaannya ada sedikit
perbezaan, tapi tidak terlalu ketara kerana kebiasaannya lebih kurang
sama je.So, untuk menu mudah ni, bolehlah dilihat resepinya di bawah
bagi sesiapa yang baru berjinak2 nak menyediakan menu yang simple macam
ni.
AYAM MASAk KICAP
Oleh:rohaisha
Bahan-bahan:
1/2 kilo ayam
1 labu bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 tangkai cili merah | kisar
1 labu bawang besar | hiris bulat
1 tangkai cili merah | hiris
5 cm halia | ketuk
1 sudu kecil kicap soya pekat
Kicap manis secukupnya
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Lada putih kisar secukupnya
Garam
Cara:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan
kisar beserta hirisan bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan
halia hingga naik aroma.
2.Masukkan ayam, kacau rata.
3.Masukkan kicap pekat, kicap manis dan gaul rata.
4.Bubuh air, tutup kuali menggunakan tudung periuk dan renehkan sehingga ayam empuk.Sesekali dikacau alih.
5.Setelah masak perisakan dengan serbuk lada putih dan garam.Taburkan juga hirisan cili merah.Kacau rata.
6.Matikan api.
Ahad, 27 Julai 2014
9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam
9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam.( MUST WATCH!)
1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-panglima perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.
2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejayaannya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud
4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.
5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.
6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M
7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.
8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.
9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

Langgan:
Catatan (Atom)