Ahad, 24 November 2013
KELAB GREENBOC: [VIDEO MELETUP] Mat Sabu Bercakap Dalam Bahasa Ing...
KELAB GREENBOC: [VIDEO MELETUP] Mat Sabu Bercakap Dalam Bahasa Ing...: V ideo di bawah ini telah disiarkan di dalam facebook Mat Sabu 4TP sebelum pemilihan dalam Muktamar ke-59. Ia telah masuk Youtube. GB petik ...
Selamat tinggal KPF
- Nov 18, 2013
- Irfan ES
Pada 27 Oktober lalu, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah meluluskan usul penjualan baki 51 peratus saham Felda Holdings yang dimilikinya kepada syarikat bermasalah yang kita kenali Felda Global Ventures Holdings (FGV).
Mulanya saya tidak sedar akan perkara ini akibat terlalu sibuk dengan kerja. Saya tahu menerusi laman Facebook saudara Mazlan Aliman tentang cadangan penjualan ini dalam sebulan lepas, tetapi sangka saya ia akan ditolak dalam mesyuarat agung KPF itu nanti. Cuma hari ini apabila ditanya oleh ayah saya (seorang peneroka Felda), baru saya gali semula perkembangan proses tersebut, dan apa yang saya jumpa amat memeranjatkan.
Hanya satu perkataan boleh saya gunakan untuk menggambarkan penjualan itu – gila!
Asal-usul Felda
Terlebih dahulu mari kita secara ringkas menyusuri asal-usul penubuhan Felda. Tanah rancangan Felda dibuka bagi membantu rakyat yang tidak bertanah agar mendapat tanah pertanian untuk diusahakan (walaupun sebenarnya hanyalah pajakan 99 tahun, bukan hak milik tetap).
Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 digubal membolehkan kerajaan persekutuan membuka tanah yang asalnya di bawah kuasa kerajaan negeri dengan syarat ia kemudiannya diberi kepada rakyat. Maka orang ramai pun masuk ke kawasan-kawasan tanah rancangan ini. Mereka dipanggil peneroka Felda.
Pada era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mengubah semua ini atas dasar pensyarikatan Malaysia dan penswastaan. Tanah masih dibuka, tetapi tidak diberikan kepada rakyat. Sebaliknya ia diletakkan di bawah syarikat Felda Holdings yang ditadbir oleh Felda di bawah seliaan kerajaan persekutuan. Sebab itulah kini kita tidak lagi mendengar rancangan Felda baru didirikan walaupun begitu ramai rakyat tidak mempunyai tanah dan rumah.
Meskipun ini sebenarnya melanggar matlamat asal Akta Tanah itu sendiri, tetapi ia masih diterima dengan janji bahawa keuntungan Felda Holdings akan diagihkan kepada peneroka (dan keluarga) dan staf Felda sedia ada menerusi pegangan saham KPF. Ada peneroka menerima saham KPF bernilai RM 10,000 dan bayaran semula dibuat beransur-ansur melalui potongan dividen saham berkenaan. Selebihnya perlu dibeli sendiri oleh peneroka sampai nilai maksimum tidak melebihi RM 200,000 bagi setiap keluarga.
Kemunculan FGV
Felda Global Ventures Holdings (FGV) ditubuhkan pada 2007 sebagai sayap Felda dalam bidang-bidang komersial. Pada Jun 2012, FGV telah disenaraikan di bursa saham Malaysia. Dengan kata lain, kini FGV dibuka untuk semua, tidak kira sama ada anda peneroka Felda, rakyat Malaysia, orang asing atau para kapitalis dari Barat atau Israel.
Pada waktu itu FGV memegang 49 peratus saham Felda Holdings, yang kini hasil dan keuntungannya bukan lagi untuk para peneroka sebagaimana asal tujuan Felda ditubuhkan, tetapi untuk para pelabur yang tidak kita kenali.
Malangnya (seperti yang dijangka), FGV tidak pergi jauh. Malah nilai sahamnya menyusut dari semasa ke semasa sehingga kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak terpaksa menggunakan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli saham-saham FGV bagi mencegah harganya daripada terus merundum.
Namun itu semua belum cukup.
Felda Holdings (dan hak peneroka) dijual
Perladangan kelapa sawit adalah nadi utama Felda. Dari situ pelbagai industri berasaskan minyak sawit boleh dibuka, daripada kilang pemprosesan minyak sawit, makanan, pengangkutan bahan-bahan ini, eksport dan lain-lain. Kebanyakan syarikat yang mengendalikan bidang-bidang ini berada di bawah Felda Holdings, yang 51 peratus sahamnya dipegang oleh KPF.
Pulangan dividen KPF buat peneroka dan staf Felda pula adalah agak memberangsangkan – tidak pernah kurang daripada 10 peratus setiap tahun, malah pernah mencecah 18 peratus. Pada tahun 2013 sahaja dividen KPF ialah 16.5 peratus. Dalam istilah perniagaan, Felda Holdings bolehlah disifatkan sebagai ‘cash cow’ – sumber utama kewangan KPF.
Tiba-tiba pada 27 Oktober lalu, semua baki 51 peratus saham KPF dalam Felda Holdings dijual kepada FGV. FGV memerlukan keseluruhan Felda Holdings untuk memperkukuh kedudukannya memandangkan Felda Holdings amat menguntungkan.
Apa yang tinggal untuk peneroka Felda?
Lalu diberitakanlah bahawa wang jualan saham Felda Holdings itu akan dilaburkan KPF dalam sektor-sektor lain. Persoalannya, sektor apa yang lebih menguntungkan?
Perumpamaan mudah. Anda sudah ada sebidang tanah subur dengan hasil yang sangat banyak setiap tahun. Tiba-tiba anda hendak jual tanah itu supaya anda boleh buka kedai di bandar dalam keadaan untung ruginya belum dapat dipastikan. Dalam masa yang sama anda turut menyedari bahawa perniagaan bukanlah kemahiran anda. Sebab itu saya katakan ini kerja gila.
Kembali kepada mesyuarat agung 27 Oktober lalu. Dikatakan hampir semua perwakilan KPF meluluskan usul penjualan tersebut. Tetapi, siapakah para perwakilan KPF ini?
Di setiap tanah rancangan Felda ada koperasinya. Koperasi ini menguruskan pelbagai urusan perniagaan berkaitan peneroka, termasuk membelikan baja untuk peneroka sehinggalah menjual barangan keperluan harian. Setiap koperasi ini ada ahli lembaga pengarah dan pemimpinnya.
Dan yang datang bermesyuarat pada 27 Oktober lepas adalah pemimpin-pemimpin koperasi ini, bukannya pemegang saham KPF. Sesetengah pemimpin koperasi ini ada yang sudah pun menjual semua sahamnya dalam KPF. Manakala para peneroka yang menyimpan dalam KPF tidak tahu-menahu langsung tentang mesyuarat terbabit.
Saya ada mengenali peneroka Felda yang menabung sejak usia mudanya untuk disimpan dalam KPF sehinggalah nilai sahamnya mencecah jumlah maksimum. Saya juga ada mengenali anak-anak peneroka yang membuat pinjaman besar di bank untuk digunakan bagi melabur dalam KPF. Jika mereka ini yang hadir ke mesyuarat tersebut, adakah usul penjualan Felda Holdings diluluskan semudah itu?
Kemudian datang pula cerita tentang saguhati buat peneroka Felda atas penjualan (dan kerugian) ini. Dan telah diputuskan bayaran dibuat sama rata untuk semua peneroka, tidak kira sama ada anda telah menabung seumur hidup buat menyimpan dalam KPF atau pun anda telah mengeluarkan semua wang anda daripada KPF.
Jadi, apa yang tinggal untuk peneroka Felda? Mungkin kenangan manis bagaimana suatu masa dahulu Felda berjaya mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan.
Syukurlah, sekurang-kurangnya Malaysia masih aman. Dan syukurlah sekurang-kurangnya Felda bayar zakat, bukan seperti Petronas.
Johor cuti Jumaat, Sabtu
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat
Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor membawa gelaran Datuk kepada
isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Muar, Johor semalam. - Bernama
Baginda bertitah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.
"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.
"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa.
"Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Jan 2014," titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ini.
Turut berangkat isteri baginda Raja Zarith Sofiah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain.
Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
Johor pernah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994.
"Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan sejarah juga telah menunjukkan bahawa pengembangan agama Islam di negeri ini menjadi contoh kepada negara lain," titah baginda.
Oleh yang demikian, baginda menyeru semua umat Islam di negeri ini supaya menjadikan nilai-nilai murni dan sifat terpuji orang Islam sebagai gaya hidup seharian.
Baginda turut menyarankan Majlis Agama Islam Johor supaya menyediakan pusat sumber ilmu agama secara dalam talian sebagai pusat rujukan kepada semua umat Islam bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat yang tepat hanya daripada satu sumber yang boleh dipercayai.
Pusat itu juga boleh dijadikan medium untuk masyarakat mengutarakan segala keraguan dan persoalan agar mereka boleh mendapat jawapan serta nasihat mengikut landasan agama Islam dan selari dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor.
Dalam perkembangan lain, baginda turut melahirkan rasa syukur kerana Johor terus berada di dalam keadaan aman, damai dan sentosa dan rakyat dapat hidup dengan sejahtera selain menikmati pembangunan ekonomi yang pesat dan seimbang.
"Pembangunan dan kemajuan ekonomi yang kita peroleh sekarang adalah hasil daripada usaha dan kerjasama erat antara pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin kerajaan persekutuan.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Persekutuan yang sentiasa memberikan bantuan, sokongan dan peruntukan dalam membangunkan kemudahan asas serta infrastruktur am untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini," titah baginda.
Baginda juga berharap rakyat di negeri ini akan sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan hidup yang dinikmati sekarang dengan bersikap sederhana dan bersatu hati bagi mengukuhkan perpaduan kaum dan keharmonian masyarakat. — BERNAMA
Sabtu, 23 November 2013
Siapa Orang Cina Terlibat Tubuh PAS Pada 1951?
Ibnu Hasyim
RAMAI yang tidak sedar bahawa PAS atau Parti Islam Se Malaysia juga
telah ditubuhkan oleh orang yang berbangsa Cina. Beliau adalah Haji Mansur JP.:Satu: Nama sebenarnya ialah Haji Mansur bin Haji Hasan. Hj Hasan pernah disebut-sebut sebagai Hj Hasan Kwantung (Canton). Ayahnya beragama Islam, Islam asal dari negara China, berambut panjang bertocang. Rumahnya di tengah pekan Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Dua: Beliau mendirikan sistem pendidikan Islam pondok yang pertama di pulau, tidak termasuk Seberang Prai, di kawasan surau simpang 3 Bayan Lepas, Kampung Seronok dan Teluk Kumbar. Surau tersebut masih ada sampai sekarang. (Sumber: temuramah Ibnu Hasyim dengan anak bongsunya Hj Murshid di awal 1990an. Rujuk buku Ibnu Hasyim: Krisis UMNO-PAS, Penyelesaian Menurut Islam ??).
Tiga: Hj Mansur JP berjawatan sebagai Naib Yang Di Pertua Aguang PAS yang pertama selepas penubuhan PAS pada tahun 1951. (Rujuk buku Ibnu Hasyim: 1950-200 PAS Kuasai Malaysia?). PAS waktu itu ada 2 Naib YDP Agung.
Empat: Beliau bermenantukan seorang ulama terkenal di Pulau Pinang waktu itu, iaitu Hj Ahmad Badawi, ayah kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Hj Ahmad Badawi. Ada kenyataan menyebutkan bahawa Hj Ahmad Badawi sendiri (ayah Pak Lah) adalah adalah penaja parti PAS dan menubuhkan Pemuda PAS, serta dilantik menjadi ketua Pemuda PAS yang pertama.
Lima: Sejarah juga menceritakan semasa akan berlaku penubuhan PAS, beberapa perjumpaan antara ahli-ahli UMNO telah
diadakan di Johor, Perak dan Kuala Lumpur. Mereka berjaya membentuk
sebuah panatia penaja untuk mengusahakan perlaksanaan penubuhan PAS. Antara yang terpilih ialah:
1.Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
2.Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
3.Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
4.Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
5.Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
6.Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
7.Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Penitia
penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan
pertubuhan yang dicita-citakan itu, iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama
Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan
persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam
Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.
Panitia
ini juga memilih UMNO Bahagian Seberang Prai dan Pulau Pinang sebagai
tuan rumah persidangan dua hari yang diadakan di Kelab Melayu Bagan,
Butterworth Seberang Prai, pada 22 &23 Ogos 1951 bersamaan 21 &
22 Zulkaedah 1370H.
Ada
juga yang menyebutkan Ustaz Uthman Hamzah guru Madrasah Ihya As-Syarif
juga bekas ahli jawatan kuasa eksekutif Hizbul Muslimin, dan Syed
Abdullah Hamid Al-Edrus seorang penulis dan penerbit di Singapura adalah
di antara yang memainkan peranan penting dalam penubuhan PAS. Begitu
juga penyokong-penykong terdiri dari guru-guru pondok, ustaz-ustaz,
imam-imam dan pelajar-pelajar sekolah agama.
Enam: Saya pernah menulis..
Pada 23 Ogos 1951, adalah
hari perasmian penubuhan Persatuan Ulama Se Malaya di Bangunan Kelab
Melayu Bagan, Butterworth. Setelah masing-masing setuju penubuhannya,
undang-undang tubuhpun dibahas untuk disahkan.
Seorang
perwakilan dari Persatuan Al-Ihya Al-Syarif, Gunung Semanggul Perak,
membahas nama yang tertera di rangka undang-undang tubuh tersebut.
Beliau adalah Ustaz Uthman Hamzah bekas anggota Hizbul Muslimin dahulu.
Beliau mencadangkan nama Persatuan Ulama Se Malaya dipinda kepada
Persatuan Islam Se Malaya, atau sebutan ringkasnya PAS.
Alasannya,
kerana ahli-ahlinya terbuka kepada umum, yakni orang-orang Islam yang
akil baligh (tidak semestinya ulama) dan beberapa alasan lain. Beliau,
meragui penyertaan ulama yang kurang memuaskan. Cadangannya tidak
diterima oleh jawatankuasa penaja dan Puan Dasimah Dasir yang mewakili
Kaum Ibu UMNO, terus menjadi perbahasan. Pengerusi waktu itu adalah Haji
Mohd Ghazali Abdullah, yang menghadkan kepada tiga nama sahaja untuk
diundi.
Iaitu :
i.Persatuan Islam Se Malaya (PAS) yang mendapat undi sebulat suara.
ii.Persatuan Ulama Se Malaya.
iii.Persatuan Muslimin Tanahair (PERMATA) atau Pertubuhan Islam Malaya (PERTAMA).
Maka PAS ditubuhkan hasil dari muktamar tersebut. Alamat pejabatnya waktu itu: No 721, Kepala Batas, Seberang Prai.
Tujuan-tujuan awalnya ialah:
1. Mewujudkan
satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama
bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan
demokrasi.
2. Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
3. Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
4. Bekerjasama
dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang
dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran-ajaran agama Islam
di dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
5. Pegawai-pegawai persatuan’ atau pimpinannya terdiri dari;
i.Seorang Yang Di Pertua.
ii.Seorang Timbalan Yang Di Pertua.
iii.3 orang Naib Yang Di Pertua.
iv.Seorang Setiausaha Agung.
v.Seorang Bendahari
vi.12
Ahli Jawatankuasa. Mereka hendaklah dipilih dan dilantik dalam
mesyuarat agung, kecuali 1/3 dari ahli jawatankuasa hendaklah dilantik
oleh Yang Di Pertua.
Jawatan
mereka hanya setahun, iaitu hingga bertemu mesyuarat agung tahun
hadapan. Tugas-tugas dan kewajipan juga terdapat dalam undang-undang
tubuh Persatuan Islam Se Malaya tersebut.
Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:
Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:
1.Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
2.Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
3.Tuan Haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
4.Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
5.Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan).
6.Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
7.Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Bendahari.
8.... * (Antara nama yang tertinggal di sini akhirnya difahamkan ialah Haji Mansur JP.:)
Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada:
1.Tuan Haji Yahya Joned
2.Tuan Haji Uthman Talib
3.Tuan Haji Mohammad Nor
4.Tuan Haji Zabidi Ali
5.Tuan Haji Abdul Wahab
6.Tuan Haji Assaiya
7.Muhammad Mahzub
8.Tuan Haji Ahmad Nadur.
Permohonan
pendaftarannya dibuat di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaya, di Pulau
Pinang. Apabila hampir pilihan raya kebangsaan 1955, barulah
kelulusannya didapati, iaitu pada 31 Mei 1955. Registration no 773
(Penang). Rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.
Begitu, kira-kira.
Oleh Dr Hj Mohd Hasyim
(Ibnuhasyim.com) Sempena muktamarPAS ke 59Perwakilan PAS takbir sambut cuti Jumaat di Johor
|
PAS
Johor mengemukakan usul tergempar menjunjung kasih titah Sultan Johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengumumkan secara rasmi cuti hujung
minggu di negeri itu pada hari Jumaat dan Sabtu bermula tahun depan.
Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfodz Mohamed yang membaca usul tersebut berkata pengumuman tersebut dibuat sempena dengan ulang tahun baginda ke-55 hari ini.
"Cuti Jumaat sejak zaman penjajah sehingga tahun 1994, namun cuti kepada Ahad ditukar kepada Ahad sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar.
"Sebagai tanda sokongan kepada cadangan ini, saya minta perwakilan berdiri," katanya sambil menyaksikan lebih 1,000 perwakilan berdiri dan melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai sokongan dengan titah tuanku.
Negeri Johor secara rasmi dilapor mengubah cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu bermula tahun depan dan baginda Sultan Johor mengumumkan perkara itu pagi ini di Muar.
Pengumuman itu dibuat selepas selepas spekulasi selama seminggu berhubung kemungkinan perubahan tersebut susulan dokumen sulit kerajaaan berkaitan perkara itu bocor di Internet.

Bukan isu Erdogan vs ulama tapi Mr Arrogant
- Nov 23, 2013
- Salmiyah Harun
Menurut perwakilannya, Hishamuddin Abdul Karim (gambar), Mr. Arrogant inilah yang telah muncul di dalam PAS dan menguasai diri dalam pimpinan parti itu sehingga merasai diri merekalah yang terbaik.
"Tetapi sebenarnya pimimpin parti dan ahli PAS telah melahirkan Mr. Arrogant dalam diri. Bolehkah kita setia dan sayangkan jemaah mengatasi kepentingan diri sendiri.
“Ya, saya menaruh keyakinan Arrogant telah menguasai sebilangan diri kita pada hari ini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-59, hari ini.
Demi memantapkan kekuatan parti, beliau mencadangkan agar semua pihak berusaha untuk memperkukuhkan wehdatul fikr di kalangan seluruh ahli.
"Berakhirnya muktamar ini, segala konflik dalaman hendaklah ditamatkan segera dan kebumikan terus di stadium ini bagi mengorak langkah yang lebih padu memartabatkan Islam," katanya yang juga Adun Tepoh.
Katanya, penyertaan ke dalam PAS hendaklah berasaskan penyertaan dalam sebuah jemaah Islam yang menuntut ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
"Walaupun kita datang dari pelbagai jemaah yang lain, kepimpinan jamaah yang mesti ditaati dan diberikan sepenuh kepercayaan hanyalah kepada tunggak kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang," jelasnya.
Justeru, PAS Terengganu berharap agar Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden dapat memberikan tumpuan untuk memperkasakan parti dan jamaah dan demikian juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang bakal dipilih selepas ini.
"Binalah kembali kekuatan jamaah yang dicintai ini, kembalikan semangat persaudaraan dan kesetiaan tinggi di kalangan semua ahli jamaah," ujarnya.

Perwakilan PAS bimbang penguasaan 'Mr Arrogant'
|
Perwakilan
Terengganu Hishammuddin Karim meluahkan rasa bimbang terhadap
penguasaan 'Mr Arrogant' dalam PAS yang boleh menjadi punca berlakunya
konflik dalaman parti Islam itu.
Sebaliknya tegasnya, pemimpin PAS perlu mempunyai kesatuan fikiran bagi mengelak konflik dalaman dan perkara itu perlu "dikebumikan terus di stadium ini" sebelum pulang ke kawasan masing-masing.
Memuji kepimpinan bekas presiden PAS Datuk Fadhil Mohd Nor sewaktu memimpin PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membantunya satu ketika dahulu sehingga populariti Abdul Hadi melonjak dan dicadangkan mencabar Fadhil merebut jawatan presiden.
"Saya difahamkan jawapan ringkas yang dikeluarkan terbit dari mulut murabbi presiden ini dengan hanya menyatakan solat sunat Ustaz Fadhil pun saya tidak boleh lawan, masakan saya masuk lawan presiden.
"Suasana yang lalu menggambarkan ketenangan dan keharmonian dalam perjuangan PAS yang kini dilihat seperti semakin menghilang daripada kian lenyap diamalkan oleh penyokong PAS.
"Saya bimbang konflik dalaman bukan hasil pertembungan ulama dan 'Erdogan' atau 'Erdogan' dengan Ulama, tetapi ia lahir dari satu perkara baru yang suka saya sifatkan sebagai 'Mr Arrogant' yang muncul dalam PAS.
"Arrogant inilah yang telah mengusai diri dalam sebilangan pemimpin PAS, sehingga kita merasakan kitalah yang terbaik, pandangan kita yang paling hebat menyebabkan kita memandang sinis kepada sebilangan kepimpinan diberi kepercayaan oleh perwakilan," katanya.
Membahaskan usul ucapan dasar presiden, Hishammuddin turut membidas pihak yang menghina Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib dalam media sosial sebagai "seorang yang berkerusi roda tapi menggilai jawatan".
Sebaliknya, wakil rakyat itu berasa hairan mengapa Harun tidak diangkat sebagai tokoh muraabi jika hendak dibandingkan Pemimpin Hamas Syeikh Ahmad Yassin yang juga berkerusi roda sehingga akhir hayatnya.

Langgan:
Catatan (Atom)