Khamis, 17 Oktober 2013
Ibnu Hasyim: Kemelut K'tan: Samada Husam Lonjakkan Diri Atau Di...
Ibnu Hasyim: Kemelut K'tan: Samada Husam Lonjakkan Diri Atau Di...: OLEH ZULKIFLI SULONG Husam berlaga pimpinan baharu, bibit kejatuhan PAS Kelantan? PERISTIWA pertembungan bekas Exco kerajaan negeri...
Ibnu Hasyim: Operasi Kecantikan, Bedah Hidung & Payudara.. Tash...
Ibnu Hasyim: Operasi Kecantikan, Bedah Hidung & Payudara.. Tash...: HALAMAN HIBURAN Tasha Shilla PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla menafikan dia melakukan pembedahan bagi mencantikkan hidung ...
Ibnu Hasyim: Pengkid, 'Bala' Gejala Sosial Baru, Bagaimana K'ja...
Ibnu Hasyim: Pengkid, 'Bala' Gejala Sosial Baru, Bagaimana K'ja...: SALIM menunjukkan laporan polis dan poster kehilangan isterinya yang dilarikan pengkid. Ipoh: Seorang lelaki hampir ‘hilang akal’ apa...
Ibnu Hasyim: M'sia Kejam Pada Kristian -The National (UAE). Ab...
Ibnu Hasyim: M'sia Kejam Pada Kristian -The National (UAE). Ab...: Penganut Kristian anggap pengharaman kalimah Allah usaha Umno dapatkan sokongan, kata BBC Ada yang berpendapat isu penggunaan kalimah...
Ibnu Hasyim: Pemuda itu Berjalan Kaki Menunaikan Haji Ke Makkah...
Ibnu Hasyim: Pemuda itu Berjalan Kaki Menunaikan Haji Ke Makkah...: SEORANG lelaki Pakistan bernama Kharlzada Kasrat Rai rela berjalan kaki menuju Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji tahun 2013 ...
Tidak tahu elok bertanya
| Ahmad Baei Jaafar, | 17 Okt 2013 |
Persoalan ini jika diajukan kepada orang ramai, mereka akan mengatakan bahawa, “Takbir itu perkara, baik takkan tidak disunatkan.” Jawapan lain, “Radio dan televesyen sering menyiarkan takbir itu sehingga 13 Zulhijjah.” Jelas daripada jawapan itu, mereka tidak berlandaskan ilmu yang sebenar. Beramal tanpa ilmu tentulah tidak dinilai oleh Allah.
Sebenarnya, ramai yang terkeliru tentang hukum takbir raya. Memang pada dasarkannya sunat bertakbir sebagai tanda syukur. Tetapi untuk melaksanakannya amalan itu tentu terdapat sunnahnya pula, ada kaedah dan ada tata caranya. Maknanya kalau kita tidak ikut garis panduannya, kita tidak dapat pahala walaupun tidak berdosa. Inilah yang selalu disebut sebagai makruh.
Takbir hari raya, sama ada Aidilfitri atau Aidiladha terbahagi kepada dua jenis; takbir mulsal dan takbir muqaiyad. Lihatlah perbezaan kedua-duanya:
Takbir Muqaiyad: Takbir yang mengiringi solat termasuk solat sunat dan jenazah. Takbir ini terikat dan berkait dengan solat yang dilakukan. Waktunya bermula dari waktu Subuh hari Arafah sehingga sebelum terbenam matahari hari ke 13 Zulhijjah. Walaupun waktunya panjang tetapi masa untuk takbir tidak luas. Maka tidak bolehlah kita bertakbir daripada rumah ke rumah sewaktu ziarah selepas solat hari raya. Tidak bolehlah juga takbir sebagai pembukaan sesuatu majlis untuk jamuan hari raya.
Tetapi untuk hari raya Aidilfitri, masanya hanya selepas masuk 1 Syawal hingga imam mulakan solat Aidilfitri. Maknanya takbir ini amat terhad. Sebab itu sesiapa yang terlepas waktu takbir ini amat besar ruginya.
Takbir Mursal: Takbir yang tidak terikat dengan masa dan tempat, boleh dilakukan dalam keadaan apa juga sekalipun kecuali di dalam tandas. Waktu takbir ini bermula daripada terbenam matahari hari raya; Aidilfitri pada satu Syawal dan Aidiladha pada 10 Zulhijjah. Berakhir takbir ini pada sebelum imam takbiratul-ihram solat sunat hari raya.
Takbir ini boleh dialunkan bukan sahaja di rumah-rumah yang kita ziarah pada malam raya itu, malah boleh dibaca dalam kenderaan dan sewaktu membeli belah pada malam raya atau pagi raya. Selepas Solat hari raya tidak ada lagi takbir mursal.
Supaya kita tidak terlepas begitu sahaja amalan sunat dan sunnah ini marilah kita baca takbir ini sendiri sewaktu solat sunat dan ikut imam jika kita solat berjemaah. Rugi kalau tidak takbir kerana ganjarannya amat besar.
Langgan:
Catatan (Atom)