Rabu, 16 Oktober 2013

Binatang dikorban, apa kaitan pengorbanan manusia




Wahai anakku,
Engkau pernah bertanya erti pengorbanan. Apa erti pengorbanan sebenarnya pada seseorang manusia terutamanya di Hari Raya Adiladha?
Apakah cukup sekadar menyembelih binatang-binatang ternakan? Yang dikorbankan itu binatang, apa pula kaitannya dengan pengorbanan manusia?

Wahai anakku,
Aktiviti menyembelih haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dinamakan Qurban atau Udhiah.
Ia sebenarnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Antara salah satunya ialah untuk kamu memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

Wahai anakku,
Dalam aktiviti Qurban, kamu juga dapat menghayati nikmat bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah. Malah, kerana banyaknya aktiviti menderma untuk golongan fakir miskin, aktiviti Qurban ini juga dapat menanamkan rasa kasih sayang antara si kaya dengan si miskin.

Wahai anak kesayanganku, fadhilat yang kamu akan dapat daripada ibadah korban amat besar. Kamu akan dapat menambah amal kebajikan:

Seperti Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Wahai anakku,
Ibadah korban ini juga engkau boleh jadikan sebagai penebus dosa sepertimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidatina Fatimah:

"Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban).

Bukan itu sahaja, wahai anak kesayanganku, melalui ibadah korban ini, kamu juga boleh mendapat tempat yang mulia di sisi Allah di mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Diharap penjelasan aku yang sedikit ini dapat membantumu menghayati ibadah korban.

Selamat Menyambut Aidil Adha.
Senyum

Ubat untuk sembuh dan jauhi penyakit


http://www.tranungkite.net, 16 Okt 2013
"1.    Solat sunat Hajat setiap hari 2 rakaat selepas fardhu Maghrib. -  dengan niat hajat jauh dari penyakit dan wabak serta sihat dzahir dan bathin 

2.     Sedeqah setiap pagi selepas subuh RM1.00 dan setiap petang selepasa Asar RM1.00 (jika mampu lebih, lagi banyak ganjaran)

3.    Berdoa dengan Asmaul Husna Ya-Hayyuu, Ya-Qoyyum,  Ya-Salam afiatkan badanku, pendengaranku dan penglihatanku. Ya  Allah kurniakan kepadaku ilmu yang manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit.

4.    Istiqomah sumbangan sedeqah kepada ibu dan bapa kita setiap bulan ikut kemampuan. Minimum beras/minyak masak/telor/ gula/ kopi/susu cukup untuk bulan ini dan bulan depan.

5.    Untuk melihat hasil yang segera, amalkan solat sunat 2 rokaat sebelum fardhu Subuh dan solat Dhuha setiap hari.

6.    Waktu terabai/semasa di lampu isyarat/di kaunter/ semasa “Q”/sedang tunggu kenderaan LRT/ MAS/ tunggu anak sekolah/ semasa minum teh tarik/ semasa sedang hisap rokok/dll/. Amalkan Istiqfar (Astaq-firul-lah hal-azhim-10 kali) dan selawat (Allah Hum-Masol-li`Ala Saidina Muhammad Wa`ala Ali-Saidina Muhammad -10 kali.)

Kambing guna helah elak jadi korban (gambar)



15 Okt 2013



Menyamar jadi harimau......

Selasa, 15 Oktober 2013

Khutbah Hari Raya Haji Presiden PAS


Presiden PAS, 14 Okt 2013
Wahai hamba-hamba Allah! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya), maka sesungguhnya berjayalah orang-orang bertakwa.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi!

Hari ini kita menyambut Hari Raya bersempena dengan ibadah Haji dan Korban yang telah diasaskan oleh Nabi Ibrahim a.s dengan perintah Allah. Ia menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedua-dua ibadah ini di sisi Allah dan betapa besar fadhilatnya serta banyak hikmah dan pengajarannya

Muat turun teks lengkap Khutbah Iduladha 1434H oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di sini.

Isnin, 14 Oktober 2013

Umno akan hancur dengan sendirinya jika tiada perubahan, tunggu sahaja saat kematian

Aspan Alias, 13 Okt 2013
Saya amat percaya, setelah selesai pemilihan di peringkat sayap UMNO semalam, UMNO jauh dari penyelesaian dari masalah. UMNO tetap sebuah parti yang memerlukan penyelenggaraan yang rapat kerana terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Masalah datang satu persatu dengan cepat sedangkan penyelesaiannya datang dengan begitu lambat dan perlahan.

Kemenangan Khairy Jamaludin merupakan satu perkara yang baik dan ini sahajalah satu kejadian yang sangat jarang dan payah terlihat di dalam UMNO itu. Kemenangan Khairy macam mana positif pun kepada UMNO ia tidaklah boleh menjamin transformasi itu akan berlaku.

Transformasi dalam kontek penyelesaian UMNO memerlukan pucuk pimpinan UMNO berkorban untuk memastikan transformasi itu boleh dilaksanakan, kerana penyebab yang mendesak dilakukan transformasi itu adalah hasil kesalahan mereka juga. Pelaku-pelaku kepada kesalahan terhadap negara itu tidak mungkin boleh melakukan transformasi itu.

Itu sebabnya dalam posting semalam saya menyatakan yang tugas dan tanggungjawab Khairy amat berat, malahan lebih berat dari tanggungjawab pemimpin yang lain dalam UMNO itu yang sudah pasti akan terus menghalang apa-apa kemajuan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO itu. Malahan, Khairy terpaksa berhadapan dengan masalah barisan kepimpinan Pemuda (Exco) yang ada bersama beliau itu. Khairy akan menghadapi masalah memberikan kefahaman dan semangat untuk perubahan yang perlu dilakukan dan yang perlu dipelopori oleh pemuda itu sendiri.

Sebelum Khairy memberikan dan menyuntikkan semangat untuk melakukan perubahan itu Khairy sendiri mesti terlebih dahulu tahu apa yang hendak diubah itu. Dan sebelum memutuskan apa yang hendak diubah dan diselesaikan itu, Khairy perlu tahu apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh kepimpinan negara kita. Hanya apabila sudah difahami segala apa masalah yang ada yang perlu diselesaikan, barulah Khairy boleh menentukan arah dan cara untuk melakukan perubahan itu.

Kita semua faham yang masalah yang dihadapi oleh pimpinan UMNO itu melibatkan masa depan negara dan tentulah masalah yang hendak difahami itu mesti berkait dengan masalah negara dan rakyat. Negara sedang berhadapan dengan masalah yang besar dan kalau difikirkan dengan halus-halusan masalah yang wujud itu adalah ‘beyond computation’ dan bukannya isu yang semudah ABC untuk penyelesaiannya.

Khairy mesti faham untuk melakukan perubahan ini beliau perlu mencari pihak yang boleh memberikan jalan dan semangat untuk perubahan itu. Secara lojiknya beliau perlu mentelaah segala masalah dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, tetapi ini juga menjadi masalah kepada Khairy. Masalah yang wujud pada hari ini adalah dihasilkan oleh pucuk pimpinan dan pemimpin-pemimpin yang lebih ‘senior’ dari beliau sendiri. Bagaimana orang yang membawa masalah kepada kepimpinan negara itu boleh dibawa untuk melakukan perubahan?

Masalah yang Pemuda mesti fahami ialah krisis keyakinan yang tidak ada tolok bandingnya terhadap kepimpinan negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tidak diyakini oleh semua pihak. Rakyat yang sedang merasakan keperitan hidup hasil dari kenaikkan harga barangan makanan dan perkhidmatan bukan isu kecil. Rakyat kecewa, walaupun ada terasa yang pimpinan hari ini tidak berkemampuan untuk membendung cabaran zaman ini. Rakyat masih memberikan kepercayaan untuk mentadbir negara dengan janji-janji yang manis beserta dengan permohonan maaf dan berbagai-bagai lagi pendekatan palsu yang dilakukan oleh pimpinan sebelum pilihanraya yang lalu. Akhirnya apa yang dirasakan sebelum memberikan mandat itu benar-benar berlaku dan rakyat sedang menghadapi kesusahan hasil dari kepercayaan mereka terhadap kepimpinan negara sekarang ini.

Jika Khairy benar-benar mahu menjadi pemimpin masa depan, beliau wajar melakukan tindakan yang pernah dilakukan sebelum ini. Yang wajar dilakukan ialah mencari sesiapa yang benar-benar mempunyai roh perjuangan UMNO dan yang telah banyak memberikan jasa kepada negara dan UMNO bagi mencapai matlamat perubahan sebenar. Cara untuk membetulkan permasalahan ialah dengan tindakan drastik tanpa takut dan silu.

Sebagai pemimpin muda Khairy wajar berani kerana sesiapa yang berani bertindak lain dari yang lain untuk kebenaran, maka dialah yang akan menjadi pimpinan utama di masa depan.

Jika Khairy mengambilnya sebagai cabaran untuk membetulkan dan memperkasakan UMNO itu, ia merupakan satu tugas yang teramat berat. Tetapi jika beliau mengambilnya untuk mendapat kedudukan dan ‘glamour’ hidup seperti pemimpin-pemimpin Pemuda dan UMNO yang lazim kita lihat, maka ia bukanlah tugas yang susah.

Jika politiking peribadi adalah pilihan Khairy, apa yang perlu beliau lakukan, hanya bermain politik ‘kau sokong aku, aku sokong kau’ atau bak kata Najib sebelum pilihanraya dahulu kepada orang Cina, ‘lu tolong gua, gua tolong lu’.

UMNO akan terus bermasalah sementara menunggu mati. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Ahad, 13 Oktober 2013

Ibu Tak Mampu Cegah Zina & Pesta Seks Anak Gadisnya. Salah Siapa?



Kuala Lumpur: Hari ini Blog Pen Buruk Online melaporkan..

Seorang ibu sanggup bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah rakan anak perempuannya di Kajang, di sini, selama sejam sebelum ‘menangkap’ anaknya yang baru selesai ‘berpesta’ seks di premis berkenaan.

Dalam kejadian bermula kira-kira jam 5.45 petang itu, wanita terbabit dilaporkan terpaksa berbuat demikian selepas rakan perempuan anaknya itu mendakwa remaja berkenaan tiada di rumah terbabit, ketika dia mencarinya.

Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu mengambil keputusan bersembunyi di kawasan berhampiran kerana yakin anaknya berada di dalam rumah berkenaan selepas menemui kasut remaja terbabit ditinggalkan di pintu masuk. Menceritakan semula kejadian, sumber itu berkata, wanita terbabit curiga dengan tingkah laku anaknya mengambil keputusan pergi ke rumah rakan remaja berkenaan kira-kira jam 5.45 petang untuk menyiasat.

“Ketika berada di hadapan rumah itu, wanita berkenaan berulang kali memanggil nama anaknya, namun tiada jawapan biarpun melihat kasut digunakan remaja itu berada di hadapan pintu.
“Tidak lama kemudian, rakan perempuan anak mangsa keluar sebelum memberitahu remaja berkenaan tiada di situ,” katanya.

Sumber itu berkata, meragui kenyataan rakan anaknya itu, wanita terbabit berpura-pura beredar sebelum bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah berkenaan.
“Sejam kemudian, anak mangsa keluar daripada rumah itu bersama tiga remaja lelaki dan seorang perempuan,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit segera bergegas mendapatkan anaknya menyebabkan kumpulan remaja itu mula panik.
“Selepas didesak, anak wanita terbabit mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang daripada tiga remaja lelaki itu,” katanya sambil memberitahu, rakan anaknya yang lain turut melakukan hubungan seks.

Berikutan itu, wanita terbabit membawa anaknya ke Balai Polis Kajang, di sini, untuk membuat laporan polis. Remaja terbabit juga dirujukkan ke hospital berhampiran sebelum disahkan ada melakukan hubungan seks. Disebabkan remaja perempuan terbabit masih di bawah umur, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai rogol dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah 'bala gejala sosial' dari Allah SWT. Apakah amaran Allah ini tidak ada kena mengena dengan pemimpin yang memerintah negara ini lebih dari 1/2 abad? UMNO boleh lepas tangan? Ini, 15 jenis maksiat yang Allah janji akan turunkan bala jika berlaku dalam negerinya. Dengar dan lihatlah wahai pemimpin negara!! 

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. 
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 
  3. Zakat dijadikan hutang. 
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri. 
  5. Anak derhaka terhadap ibunya, 
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. 
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka. 
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. 
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung. 
  14. Muzik banyak dimainkan. 
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain ". H.R Termizi
Apakah membebaskan negara dari maksiat bukan tanggungjawab pemerintah dan pemimpin UMNO? Anak gadis itu berzina bukankah kerana dosa UMNO yang tidak bertanggungjawab? Shit!!

ASB2 untuk siapa?


Zairil Khir Johari Roketkini, 13 Okt 2013
KETIKA Datuk Seri Najib Razak awal-awal menjadi Perdana Menteri, beliau menjanjikan perpaduan nasional melalui kempen 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru (MEB). Dasar ekonomi yang diuar-uarkan ini dikatakan akan mengambil pendekatan tindakan afirmatif berasaskan keperluan, yakni kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah tanpa mengira kaum.

Usaha ini menandakan pemisahan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini yang berasaskan kaum. Dengan anjakan paradigma ini, Najib mengisyaratkan bahawa pembangunan ekonomi negara pada masa depan akan bertunjangkan prinsip keterangkuman sosial, di mana setiap rakyat Malaysia akan dihitungkan, khususnya mereka yang paling memerlukan bantuan.

Malangnya, janji Najib semua sudah terbatal. Konsep 1Malaysia kini menjadi tidak lebih daripada jenama bagi kedai runcit subsidi, klinik bergerak, skim perumahan mampu milik, menu makanan bajet, serta peruncit tekstil dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, MEB pula jelas dipinggirkan oleh NEB versi baru yang dinamakan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB).

Dasar PEB yang baru dilancarkan ini membabitkan pelbagai inisiatif berasaskan kaum, termasuk pembentukan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, penubuhan Unit Pembangunan Bumiputera di setiap kementerian, jaminan bahawa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) utama akan meningkatkan penyertaan vendor Bumiputera, serta pelancaran 10 bilion unit saham baru Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Sementara MEB menawarkan liberalisasi pasaran dan tindakan afirmatif berasaskan keperluan yang akan memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin, PEB pula seolah-olah usaha untuk mengembalikan DEB yang terbukti gagal membela golongan Melayu miskin, tetapi sebaliknya lebih memanfaatkan golongan kapitalis Melayu yang mempunyai hubungan akrab dengan parti pemerintah.

Hakikat ini adalah jelas apabila kita pertimbangkan perangkaan yang menunjukkan bahawa setelah empat dekad bantuan yang kononnya disasarkan kepada Bumiputera, masih terdapat 40 peratus isi rumah Bumiputera yang hidup dengan pendapatan bulanan RM1,686 secara purata. Pada masa yang sama, si kaya yang mempunyai hubungan politik mampu untuk membeli rumah banglo RM7 juta dengan begitu sahaja.

Justeru, cadangan pelancaran 10 bilion unit ASB2 adalah sangat meragukan. Siapakah yang sebenarnya mendapat manfaat daripada saham ASB tambahan yang bakal disediakan? Adakah kumpulan 40 peratus isi rumah Bumiputera terendah dapat melabur dalam saham yang berhasil tinggi ini sedangkan pendapatan mereka hanya cukup makan dan pakai?

Menurut laporan tahunan PNB, pelaburan purata pelabur Bumiputera adalah RM14,097 seorang pada akhir 2012. Sekali pandang, angka ini tampak menunjukkan bahawa ramai orang Melayu sudah mencapai kadar simpanan yang agak selesa.

Bagaimanapun, apabila laporan ini diperhalusi, angka ini benar-benar mengelirukan. Setelah dicerakinkan, didapati bahawa 74 peratus atau hampir tiga perempat pelabur Amanah Saham Bumiputera sebenarnya mempunyai pelaburan purata hanya RM611 setiap seorang. Angka ini jauh berbeza dengan purata keseluruhan pelabur dan lebih mencerminkan realiti rakyat.

Dalam erti kata lain, hanya golongan pelabur elit Bumiputera yang mampu melabur dengan jumlah yang ketara, sementara majoriti pelabur Bumiputera yang lain ternyata tidak mampu menikmati tawaran saham ini. Oleh itu, bagaimanakah mungkin langkah Kerajaan untuk menyediakan lebih banyak unit ASB dapat memberi manfaat kepada Bumiputera kebanyakan?

Malah, satu kajian oleh pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid mendapati bahawa perbezaan kekayaan antara pelabur ASB adalah sangat mencolok, di mana 0.1 peratus teratas pelabur Bumiputera mempunyai portfolio terkumpul yang bernilai 1,526 kali lebih banyak berbanding gabungan 80 peratus pemegang saham terbawah. Oleh itu, tidak syak lagi bahawa kumpulan elit Bumiputera ini juga yang akhirnya akan mendapat manfaat daripada tambahan 10 bilion unit ASB2, dan bukannya Melayu biasa yang sekadar mampu untuk melabur sebanyak RM611.

Maka, persoalannya – untuk siapakah ASB2 ini sebenarnya? Pastinya bukan untuk Bumiputera kebanyakan.