Isnin, 14 Oktober 2013

Umno akan hancur dengan sendirinya jika tiada perubahan, tunggu sahaja saat kematian

Aspan Alias, 13 Okt 2013
Saya amat percaya, setelah selesai pemilihan di peringkat sayap UMNO semalam, UMNO jauh dari penyelesaian dari masalah. UMNO tetap sebuah parti yang memerlukan penyelenggaraan yang rapat kerana terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Masalah datang satu persatu dengan cepat sedangkan penyelesaiannya datang dengan begitu lambat dan perlahan.

Kemenangan Khairy Jamaludin merupakan satu perkara yang baik dan ini sahajalah satu kejadian yang sangat jarang dan payah terlihat di dalam UMNO itu. Kemenangan Khairy macam mana positif pun kepada UMNO ia tidaklah boleh menjamin transformasi itu akan berlaku.

Transformasi dalam kontek penyelesaian UMNO memerlukan pucuk pimpinan UMNO berkorban untuk memastikan transformasi itu boleh dilaksanakan, kerana penyebab yang mendesak dilakukan transformasi itu adalah hasil kesalahan mereka juga. Pelaku-pelaku kepada kesalahan terhadap negara itu tidak mungkin boleh melakukan transformasi itu.

Itu sebabnya dalam posting semalam saya menyatakan yang tugas dan tanggungjawab Khairy amat berat, malahan lebih berat dari tanggungjawab pemimpin yang lain dalam UMNO itu yang sudah pasti akan terus menghalang apa-apa kemajuan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO itu. Malahan, Khairy terpaksa berhadapan dengan masalah barisan kepimpinan Pemuda (Exco) yang ada bersama beliau itu. Khairy akan menghadapi masalah memberikan kefahaman dan semangat untuk perubahan yang perlu dilakukan dan yang perlu dipelopori oleh pemuda itu sendiri.

Sebelum Khairy memberikan dan menyuntikkan semangat untuk melakukan perubahan itu Khairy sendiri mesti terlebih dahulu tahu apa yang hendak diubah itu. Dan sebelum memutuskan apa yang hendak diubah dan diselesaikan itu, Khairy perlu tahu apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh kepimpinan negara kita. Hanya apabila sudah difahami segala apa masalah yang ada yang perlu diselesaikan, barulah Khairy boleh menentukan arah dan cara untuk melakukan perubahan itu.

Kita semua faham yang masalah yang dihadapi oleh pimpinan UMNO itu melibatkan masa depan negara dan tentulah masalah yang hendak difahami itu mesti berkait dengan masalah negara dan rakyat. Negara sedang berhadapan dengan masalah yang besar dan kalau difikirkan dengan halus-halusan masalah yang wujud itu adalah ‘beyond computation’ dan bukannya isu yang semudah ABC untuk penyelesaiannya.

Khairy mesti faham untuk melakukan perubahan ini beliau perlu mencari pihak yang boleh memberikan jalan dan semangat untuk perubahan itu. Secara lojiknya beliau perlu mentelaah segala masalah dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, tetapi ini juga menjadi masalah kepada Khairy. Masalah yang wujud pada hari ini adalah dihasilkan oleh pucuk pimpinan dan pemimpin-pemimpin yang lebih ‘senior’ dari beliau sendiri. Bagaimana orang yang membawa masalah kepada kepimpinan negara itu boleh dibawa untuk melakukan perubahan?

Masalah yang Pemuda mesti fahami ialah krisis keyakinan yang tidak ada tolok bandingnya terhadap kepimpinan negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tidak diyakini oleh semua pihak. Rakyat yang sedang merasakan keperitan hidup hasil dari kenaikkan harga barangan makanan dan perkhidmatan bukan isu kecil. Rakyat kecewa, walaupun ada terasa yang pimpinan hari ini tidak berkemampuan untuk membendung cabaran zaman ini. Rakyat masih memberikan kepercayaan untuk mentadbir negara dengan janji-janji yang manis beserta dengan permohonan maaf dan berbagai-bagai lagi pendekatan palsu yang dilakukan oleh pimpinan sebelum pilihanraya yang lalu. Akhirnya apa yang dirasakan sebelum memberikan mandat itu benar-benar berlaku dan rakyat sedang menghadapi kesusahan hasil dari kepercayaan mereka terhadap kepimpinan negara sekarang ini.

Jika Khairy benar-benar mahu menjadi pemimpin masa depan, beliau wajar melakukan tindakan yang pernah dilakukan sebelum ini. Yang wajar dilakukan ialah mencari sesiapa yang benar-benar mempunyai roh perjuangan UMNO dan yang telah banyak memberikan jasa kepada negara dan UMNO bagi mencapai matlamat perubahan sebenar. Cara untuk membetulkan permasalahan ialah dengan tindakan drastik tanpa takut dan silu.

Sebagai pemimpin muda Khairy wajar berani kerana sesiapa yang berani bertindak lain dari yang lain untuk kebenaran, maka dialah yang akan menjadi pimpinan utama di masa depan.

Jika Khairy mengambilnya sebagai cabaran untuk membetulkan dan memperkasakan UMNO itu, ia merupakan satu tugas yang teramat berat. Tetapi jika beliau mengambilnya untuk mendapat kedudukan dan ‘glamour’ hidup seperti pemimpin-pemimpin Pemuda dan UMNO yang lazim kita lihat, maka ia bukanlah tugas yang susah.

Jika politiking peribadi adalah pilihan Khairy, apa yang perlu beliau lakukan, hanya bermain politik ‘kau sokong aku, aku sokong kau’ atau bak kata Najib sebelum pilihanraya dahulu kepada orang Cina, ‘lu tolong gua, gua tolong lu’.

UMNO akan terus bermasalah sementara menunggu mati. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Ahad, 13 Oktober 2013

Ibu Tak Mampu Cegah Zina & Pesta Seks Anak Gadisnya. Salah Siapa?



Kuala Lumpur: Hari ini Blog Pen Buruk Online melaporkan..

Seorang ibu sanggup bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah rakan anak perempuannya di Kajang, di sini, selama sejam sebelum ‘menangkap’ anaknya yang baru selesai ‘berpesta’ seks di premis berkenaan.

Dalam kejadian bermula kira-kira jam 5.45 petang itu, wanita terbabit dilaporkan terpaksa berbuat demikian selepas rakan perempuan anaknya itu mendakwa remaja berkenaan tiada di rumah terbabit, ketika dia mencarinya.

Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu mengambil keputusan bersembunyi di kawasan berhampiran kerana yakin anaknya berada di dalam rumah berkenaan selepas menemui kasut remaja terbabit ditinggalkan di pintu masuk. Menceritakan semula kejadian, sumber itu berkata, wanita terbabit curiga dengan tingkah laku anaknya mengambil keputusan pergi ke rumah rakan remaja berkenaan kira-kira jam 5.45 petang untuk menyiasat.

“Ketika berada di hadapan rumah itu, wanita berkenaan berulang kali memanggil nama anaknya, namun tiada jawapan biarpun melihat kasut digunakan remaja itu berada di hadapan pintu.
“Tidak lama kemudian, rakan perempuan anak mangsa keluar sebelum memberitahu remaja berkenaan tiada di situ,” katanya.

Sumber itu berkata, meragui kenyataan rakan anaknya itu, wanita terbabit berpura-pura beredar sebelum bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah berkenaan.
“Sejam kemudian, anak mangsa keluar daripada rumah itu bersama tiga remaja lelaki dan seorang perempuan,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit segera bergegas mendapatkan anaknya menyebabkan kumpulan remaja itu mula panik.
“Selepas didesak, anak wanita terbabit mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang daripada tiga remaja lelaki itu,” katanya sambil memberitahu, rakan anaknya yang lain turut melakukan hubungan seks.

Berikutan itu, wanita terbabit membawa anaknya ke Balai Polis Kajang, di sini, untuk membuat laporan polis. Remaja terbabit juga dirujukkan ke hospital berhampiran sebelum disahkan ada melakukan hubungan seks. Disebabkan remaja perempuan terbabit masih di bawah umur, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai rogol dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah 'bala gejala sosial' dari Allah SWT. Apakah amaran Allah ini tidak ada kena mengena dengan pemimpin yang memerintah negara ini lebih dari 1/2 abad? UMNO boleh lepas tangan? Ini, 15 jenis maksiat yang Allah janji akan turunkan bala jika berlaku dalam negerinya. Dengar dan lihatlah wahai pemimpin negara!! 

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. 
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 
  3. Zakat dijadikan hutang. 
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri. 
  5. Anak derhaka terhadap ibunya, 
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. 
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka. 
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. 
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung. 
  14. Muzik banyak dimainkan. 
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain ". H.R Termizi
Apakah membebaskan negara dari maksiat bukan tanggungjawab pemerintah dan pemimpin UMNO? Anak gadis itu berzina bukankah kerana dosa UMNO yang tidak bertanggungjawab? Shit!!

ASB2 untuk siapa?


Zairil Khir Johari Roketkini, 13 Okt 2013
KETIKA Datuk Seri Najib Razak awal-awal menjadi Perdana Menteri, beliau menjanjikan perpaduan nasional melalui kempen 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru (MEB). Dasar ekonomi yang diuar-uarkan ini dikatakan akan mengambil pendekatan tindakan afirmatif berasaskan keperluan, yakni kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah tanpa mengira kaum.

Usaha ini menandakan pemisahan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini yang berasaskan kaum. Dengan anjakan paradigma ini, Najib mengisyaratkan bahawa pembangunan ekonomi negara pada masa depan akan bertunjangkan prinsip keterangkuman sosial, di mana setiap rakyat Malaysia akan dihitungkan, khususnya mereka yang paling memerlukan bantuan.

Malangnya, janji Najib semua sudah terbatal. Konsep 1Malaysia kini menjadi tidak lebih daripada jenama bagi kedai runcit subsidi, klinik bergerak, skim perumahan mampu milik, menu makanan bajet, serta peruncit tekstil dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, MEB pula jelas dipinggirkan oleh NEB versi baru yang dinamakan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB).

Dasar PEB yang baru dilancarkan ini membabitkan pelbagai inisiatif berasaskan kaum, termasuk pembentukan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, penubuhan Unit Pembangunan Bumiputera di setiap kementerian, jaminan bahawa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) utama akan meningkatkan penyertaan vendor Bumiputera, serta pelancaran 10 bilion unit saham baru Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Sementara MEB menawarkan liberalisasi pasaran dan tindakan afirmatif berasaskan keperluan yang akan memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin, PEB pula seolah-olah usaha untuk mengembalikan DEB yang terbukti gagal membela golongan Melayu miskin, tetapi sebaliknya lebih memanfaatkan golongan kapitalis Melayu yang mempunyai hubungan akrab dengan parti pemerintah.

Hakikat ini adalah jelas apabila kita pertimbangkan perangkaan yang menunjukkan bahawa setelah empat dekad bantuan yang kononnya disasarkan kepada Bumiputera, masih terdapat 40 peratus isi rumah Bumiputera yang hidup dengan pendapatan bulanan RM1,686 secara purata. Pada masa yang sama, si kaya yang mempunyai hubungan politik mampu untuk membeli rumah banglo RM7 juta dengan begitu sahaja.

Justeru, cadangan pelancaran 10 bilion unit ASB2 adalah sangat meragukan. Siapakah yang sebenarnya mendapat manfaat daripada saham ASB tambahan yang bakal disediakan? Adakah kumpulan 40 peratus isi rumah Bumiputera terendah dapat melabur dalam saham yang berhasil tinggi ini sedangkan pendapatan mereka hanya cukup makan dan pakai?

Menurut laporan tahunan PNB, pelaburan purata pelabur Bumiputera adalah RM14,097 seorang pada akhir 2012. Sekali pandang, angka ini tampak menunjukkan bahawa ramai orang Melayu sudah mencapai kadar simpanan yang agak selesa.

Bagaimanapun, apabila laporan ini diperhalusi, angka ini benar-benar mengelirukan. Setelah dicerakinkan, didapati bahawa 74 peratus atau hampir tiga perempat pelabur Amanah Saham Bumiputera sebenarnya mempunyai pelaburan purata hanya RM611 setiap seorang. Angka ini jauh berbeza dengan purata keseluruhan pelabur dan lebih mencerminkan realiti rakyat.

Dalam erti kata lain, hanya golongan pelabur elit Bumiputera yang mampu melabur dengan jumlah yang ketara, sementara majoriti pelabur Bumiputera yang lain ternyata tidak mampu menikmati tawaran saham ini. Oleh itu, bagaimanakah mungkin langkah Kerajaan untuk menyediakan lebih banyak unit ASB dapat memberi manfaat kepada Bumiputera kebanyakan?

Malah, satu kajian oleh pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid mendapati bahawa perbezaan kekayaan antara pelabur ASB adalah sangat mencolok, di mana 0.1 peratus teratas pelabur Bumiputera mempunyai portfolio terkumpul yang bernilai 1,526 kali lebih banyak berbanding gabungan 80 peratus pemegang saham terbawah. Oleh itu, tidak syak lagi bahawa kumpulan elit Bumiputera ini juga yang akhirnya akan mendapat manfaat daripada tambahan 10 bilion unit ASB2, dan bukannya Melayu biasa yang sekadar mampu untuk melabur sebanyak RM611.

Maka, persoalannya – untuk siapakah ASB2 ini sebenarnya? Pastinya bukan untuk Bumiputera kebanyakan.

KELAB GREENBOC: Kalimah Allah: Bukan Islam Boleh Guna Tapi Jangan ...

KELAB GREENBOC: Kalimah Allah: Bukan Islam Boleh Guna Tapi Jangan ...: M enuju keputusan kes Kalimah Allah yang kini dibicarakan di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Oktober nanti, Presiden PAS Datuk Seri Abdul ...

Menangkap Pencuri Di Negeri Pencuri


Di sebuah kampung, seorang pemuda kelihatan dikejar puluhan orang yang ingin menangkapnya. “Pencuri! Dasar pencuri! Gantung,” teriak masyarakat desa ke arah si pemuda. Sepanjang jalan, celaan, hardikan, bahkan pukulan tertuju ke diri si pemuda yang dituduh mencuri. Si pemuda cuma diam pasrah.

Di sebuah balai pertemuan desa, si pemuda itu diadili. Seorang hakim bertanya,“Mana barang buktinya?” Seorang pegawai desa menunjukkan sebuah bungkusan.” Ini, Pak!” Tampak dari luar balai desa, beratus-ratus pengunjung terus saja berteriak, ”Gantung! Habiskan!"

Entah kenapa, suara teriakan-teriakan itu tiba-tiba diam ketika hakim membuka bungkusan.“Hmm, apa ini?” Tanya hakim ke si pemuda. Agak lambat, pemuda itu menjawab, ”Gelas emas, Pak!” Sebuah benda berwarna emas menyerupai gelas besar antik. Gelas emas itu jelas bukan barang sembarangan. Persis seperti barangan kerajaan ratusan tahun lalu. Nampaknya, pengunjung yang sebahagian besar petani miskin begitu takjub dengan barang bukti itu.

“Dari mana kamu dapatkan benda ini?” Tanya hakim kemudian. ”Rahsia!” Jawab si pemuda spontan.“Kenapa?” Tanya hakim lagi.” Kerana di sana masih banyak yang lebih bagus,” jawab si pemuda mantap.“Kalau begitu, kamu akan dihukum gantung!” Gertak si hakim mulai galak. ” Sila! ” Ucap si pemuda lagi – lagi tenang.

Tapi, si hakim mulai bimbang. “Baiklah. Apa syaratnya agar kami boleh tahu lokasi emas – emas itu?” Tanya si hakim diplomatik. Si pemuda mula berfikir. Tak lama, ia berkata,“Bebaskan saya.” Semua pengunjung spontan berteriak,” Huuuuuuu!“

Malamnya, si pemuda termenung dalam penjara ketika sang hakim tib -tiba di hadapannya. Ia agak kaget. ”Pak Hakim ? ” Suaranya spontan.“Esok, aku akan membebaskan kamu dari semua tuntutan. Asal kamu ceritakan di mana emas – emas itu berada, ” ucap si hakim agak berbisik.

”Hm,” suara lain tiba-tiba menelusup. Ketua keselamatan tiba- tiba sudah berada di belakang hakim. “Tidak semudah itu. Aku saksi yang boleh memberatkan! ” Ucap ketua keselamatan agak mengancam. Si hakim mula berfikir.“Baiklah. Bagaimana kalau kita kerjasama? ” Suara hakim ke arah ketua keselamatan.” Setuju!“

Tiba -tiba, seseorang masuk ke lokasi penjara. Seorang pembantu kepala desa menyampaikan surat. Isinya, kepala desa ingin bertemu dengan si pemuda malam ini juga. Empat mata. Hakim dan ketua keselamatan terdiam. Wajah mereka agak pucat.

Di rumah kepala desa, si pemuda dijamu dengan begitu istimewa. Ia tampak bahagia.” Jangan kuatir. Kamu akan saya jamin bebas! ”Ucap sang kepala desa penuh wibawa. ” Jadi, di mana barang itu …..“

Belum lagi tuntas ucapan kepala desa, ratusan orang berdemo persis di depan rumah. Ada yang membawa parang, besi, potongan kayu, dan batu. Mereka berteriak berulang-ulang, “Bebaskan dia. Bebaskan pemuda itu. Dia tidak bersalah!“

Ternyata, tidak mudah menangkap pencuri di negeri pencuri….. Cerita Asal:Islampos

KELAB GREENBOC: Susahnya Menangkap Pencuri Di Negeri Pencuri

KELAB GREENBOC: Susahnya Menangkap Pencuri Di Negeri Pencuri: D i sebuah kampung, seorang pemuda kelihatan dikejar puluhan orang yang ingin menangkapnya. “Pencuri! Dasar pencuri! Gantung,” teriak masyar...

Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap - Resepi II






Oleh kerana terdapat banyak lebihan nasi impit yang telah direbus, saya rasa elok kalau dibuat kuah kacang berdaging untuk dimakan bersamanya supaya tiada pembaziran. Lagi pulak, sepanjang Syawal baru ni, memang saya tak dapat mengunjungi mana mana jemputan rumah terbuka kerana bercuti sakit selepas menjalani prosedur pembuangan batu karang. Teringin juga untuk makan makanan yang biasanya dihidang di majlis rumah terbuka. Hubby bising juga melihat saya menggoreng kacang tanah walaupun saya duduk di atas bangku tinggi. Saya buat pun secara berperingkat dimulai dengan goreng kacang, esoknya baru diblend dan mula memasak. 

Dalam tercari cari cara mudah menyediakan kacang goreng, saya terjumpa satu resepi yang dipelajari dari Datin Syuryani, isteri Dato' Mohd Shafie Apdal di mana kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk bersama kulit sehingga separuh halus. Jika ini caranya, memang banyak masa dapat dijimatkan. Yang paling saya tak suka dalam bab menyediakan kuah kacang ialah bab menggoreng kacang tanah tanpa minyak dan membuang kulitnya. Aduish memang bercinta sangat. Zaman dulu dulu, bahagian ini akan diserahkan kepada pembantu rumah sahaja. Bila dah tak ada pembantu rumah, kenalah belajar cara cara yang lebih ekonomi dari segi masa. Tapi untuk makluman lah, untuk kali ini, saya masih menggoreng kacang tanah tanpa minyak ya. Cuma lain kali, saya cadang nak goreng dengan menggunakan minyak jer.





Kalau nak tengok resepi Kuah Kacang Berdaging yang telah berpuluh tahun saya guna, boleh klik di SINI. Tapi hari ini, saya guna resepi blogger popular, Kak Jee yang merupakan resepi turun temurun keluarga beliau yang memang berniaga Satay Majid dan Satay Anika yang sangat famous satu ketika dulu. Resepinya sangat simple, jadi sesuailah dengan saya yang bukan sihat untuk memasaknya. Terima kasih banyak banyak kepada Kak Jee kerana ikhlas berkongsi resepi beliau. Walaupun tajuk entri hari ini adalah Satay Goreng dan Kuah Kacang, tapi saya akan letakkan entri berasingan untuk satay sebab tak mahu ianya terlalu panjang sebab saya meletakkan banyak gambar langkah demi langkah. Jadi nantikan resepi Satay pula ya. Klik di SINI. Jom layan...




Kuah Satay

Bahan bahan:
600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus

Cara cara:
Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air. 





Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.






Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air. 






Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit. 






Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.





Nota:
Sedap dimakan dengan satay, nasi himpit, bawang hiris, timun dan cili api bubuh kicap.  





Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Jika lebih, boleh disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.