Oleh
kerana terdapat banyak lebihan nasi impit yang telah direbus, saya rasa
elok kalau dibuat kuah kacang berdaging untuk dimakan bersamanya supaya
tiada pembaziran. Lagi pulak, sepanjang Syawal baru ni, memang saya tak
dapat mengunjungi mana mana jemputan rumah terbuka kerana bercuti sakit
selepas menjalani prosedur pembuangan batu karang. Teringin juga untuk
makan makanan yang biasanya dihidang di majlis rumah terbuka. Hubby
bising juga melihat saya menggoreng kacang tanah walaupun saya duduk di
atas bangku tinggi. Saya buat pun secara berperingkat dimulai dengan
goreng kacang, esoknya baru diblend dan mula memasak.
Dalam tercari cari cara mudah menyediakan kacang goreng, saya terjumpa satu resepi yang dipelajari dari Datin Syuryani, isteri Dato' Mohd Shafie Apdal di mana kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk bersama kulit sehingga separuh halus. Jika ini caranya, memang banyak masa dapat dijimatkan. Yang paling saya tak suka dalam bab menyediakan kuah kacang ialah bab menggoreng kacang tanah tanpa minyak dan membuang kulitnya. Aduish memang bercinta sangat. Zaman dulu dulu, bahagian ini akan diserahkan kepada pembantu rumah sahaja. Bila dah tak ada pembantu rumah, kenalah belajar cara cara yang lebih ekonomi dari segi masa. Tapi untuk makluman lah, untuk kali ini, saya masih menggoreng kacang tanah tanpa minyak ya. Cuma lain kali, saya cadang nak goreng dengan menggunakan minyak jer.
Kalau nak tengok resepi Kuah Kacang Berdaging yang telah berpuluh tahun saya guna, boleh klik di SINI. Tapi hari ini, saya guna resepi blogger popular, Kak Jee yang
merupakan resepi turun temurun keluarga beliau yang memang berniaga
Satay Majid dan Satay Anika yang sangat famous satu ketika dulu.
Resepinya sangat simple, jadi sesuailah dengan saya yang bukan sihat
untuk memasaknya. Terima kasih banyak banyak kepada Kak Jee kerana
ikhlas berkongsi resepi beliau. Walaupun tajuk entri hari ini adalah
Satay Goreng dan Kuah Kacang, tapi saya akan letakkan entri berasingan
untuk satay sebab tak mahu ianya terlalu panjang sebab saya meletakkan
banyak gambar langkah demi langkah. Jadi nantikan resepi Satay pula ya.
Klik di SINI. Jom layan...
Kuah Satay
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
2-3 cawan air
Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus
Cara cara:
Kacang
tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan
dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna
air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat
air.
Bawang
besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan
tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan
goreng sampai naik minyak.
Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air.
Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.
Nota:
Boleh
goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya
sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga
kuning angkat toskan.
Kenapa guna entri dalam blog saya di sini?
BalasPadam