BACHOK: Ceramah penerangan isu kenaikan harga minyak
Dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) menarik ribuan
pengunjung di perkarangan Pusat Khidmat masyarakat Ahli Parlimen Bachok.
Ceramah
anjuran Urusetia penerangan kerajaan negeri Kelantan dengan kerjasama
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) serta SAMM itu telah menampilkan
tokoh seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar, YB Ahmad
Marzuk yang juga merupakan ahli parlimen Bachok, Che Bard Pengerusi
SAMM, Dato Omar Mohamad YDP Pas Bachok, Encik Azlan Ibrahim Pengerusi
MTEM
(Gambar atas)Isi utama ceramah yang
berkisar kepada kenaikan harga minyak dan bahaya kesan buruk sekiranya
kerajaan melaksanakan TPPA, telah menarik minat hadirin terutamanya
penduduk kawasan Bachok walaupun topik membicarakan tajuk berkaitan
ekonomi yang biasanya kurang diminati rakyat marhaen.
Sementara
itu ahli parlimen Bachok ketika dihubungi menyatakan puas hati atas
kehadiran yg ramai pada ceramah tersebut. Ini menandakan tahap
intelektual rakyat makin tinggi dan bukan mudah untuk diperbodohkan oleh
pemimpin Umno dan BN, sesuatu yang sangat menarik pada malam ini Kita
lihat rakyat terkesan dengan penjelasan penceramah dan tidak berganjak
sehinggalah ceramah tamat.
Apabila mengulas isu TPPA beliau
menyimpulkan bahawa kalau kerajaan meneruskan juga TPPA ini maka negara
dan rakyat akan berada dalam keadaan yang sangat bahaya kerana negara
kita belum sampai tahap yang mampu untuk bersaing dengan 12 negara lain
yang ada dalam kumpulan TPPA, sebab itu banyak negara membantah TPPA ini
termasuklah negara Jepun yang kalau dikira jauh lebih bersedia daripada
Kita Malaysia .
Beliau juga membuat kesimpulan dan sangat
bersetuju dengan pandangan tokoh veteran Umno yang juga Ahli Parlimen
Gua Musang yang mengatakan bahawa rakyat terpaksa menanggung harga dan
kos kenaikan harga minyak dan pengurangan subsidi minyak adalah kerana
gejala rasuah dan penyelewangan yang di lakukan oleh pemimpin negara,
maka rakyat yang terpaksa menanggung semua kos itu.
Terdahulu,
dalam ucapan beliau menyatakan bahawa parlimen sedang bersidang dan akan
meluluskan bajet tambahan untuk tahun 2013 berjumlah 14 bilion lebih
yang sepatutnya rakyat mendapat nikmat dan manfaat daripadanya namun apa
yang menyedihkan rakyat terpaksa tanggung kenaikan harga minyak dan
barangan.
Mengulas lanjut tentang TPPA beliau mengatakan bahawa ada lima perkara asas mengapa rakyat perlu Tolak TPPA
Perkara pertama berkaitan dengan soal
KESELAMATAN MAKANAN NEGARA
yang mana bila perjanjian ini ditandatangani maka tiada lagi kawalan
terhadap produk pertanian yang masuk dari luar. Dalam masa lima tahun,
memang seronok ada banyak jenis bahan pertanian luar. Negara besar
seperti US dan Jepun ada modal yang lebih besar untuk hasilkan makanan
dengan murah, exsport ke Malaysia. Lama kelamaan petani kita tidak ada
kerja, semua kerja kilang. Makanan tidak lagi di hasilkan dalam negara
tapi di import dari luar dan kita bergantung pada makanan ini. Apa akan
jadi jika nanti US dan Jepun buat hal, halang bekalan makanan.
Petani-petani kita pula semakin berkurang. Kebuluran boleh berlaku
seperti di Colombia dan Mexico dalam perjanjian NAFTA.
PIAWAIAN HALAL
untuk umat Islam sekarang ini pengeluar makanan, pengeluar barangan
penguna atau restoran tidak boleh suka-suka hati meletakkan logo Halal
pada produk mereka. Di Malaysia semua logo Halal mesti standard dan
mendapat pengiktirafan JAKIM setelah diperiksa dan di kaji. Jika TPPA
ditandatangani, standard JAKIM ini bakal dilongarkan kerana mengikut
standard US, tempat operasi makanan Halal dan tidak Halal boleh
bercampur. Ikut standard Malaysia tidak boleh. Maka sesukalah sesebuah
Syarikat itu mahu letak tanda Halal sendiri atau tidak. JAKIM tidak
boleh memeriksa kandungan bahan sebab rahsia Syarikat. Dalam perjanjian
ini, kandungan bahan adalah rahsia walaupun untuk kepentingan umat.
KESAN ALAM SEKITAR
dan saman-menyaman. Contohnya, ada sebuah kilang yang telah di benarkan
beroperasi di Malaysia. Ikut perjanjian, kilang tersebut boleh
beroperasi selama 20 tahun. Tapi selepas beroperasi, didapati kilang
tersebut mengeluarkan sejenis bahan yang merosakan alam sekitara,
masyarakat marah dan bawa ke Wakil Rakyat. Setelah dibuat kajian
terperinci, pengunaan bahan tersebut diharamkan menurut undang-undang.
Kilang terbabit tidak boleh lagi beroperasi. Maka dengan perjanjian TPPA
kilang ini boleh menyaman kembali Kerajaan Tempatan atau Kerajaan Pusat
kerana mereka telah mengalami kerugian akibat undang-undang yang baru
ini. Mereka bukan saja boleh saman kepada kerugian mereka alami tapi
termasuk keuntungan yang mereka tidak pasti akan dapat untuk masa depan
pun mereka boleh tuntut, Mereka boleh minta pampasan kerugian untuk 20
tahun. Contoh sebelum ini dalam Perjanjian FTA-FTA terdahulu antara lain
Chevron lawan masyarakat tempatan Ecuador. Dalam kes ini, hutan amazon
telah dicemari oleh sisa minyak Chevron. Walaupun Chevron telah di denda
oleh Mahkamah dalam Negara, mereka tidak mahu bayar dan bawa kes ini ke
Mahkamah Antarabangsa. Di Mahkamah Antarabangsa Perjanjian ini adalah
lebih tinggi tarafnya daripada Mahkamah Ecuador Dan Ecuador didapati
bersalah menyebabkan kerugian kepada Chevron dan perlu membayar kembali
RM80 Juta kepada Chevron.
UBATAN MAHAL apabila
telaksananya perjanjian ini. Tahu kah anda mengapa kita pelu membayar
RM1 jika ke Hospital Kerajaan walaupun mendapat pelbagai ubatan (bukan
ubatan khas). Hal ini kerana ubat tersebut dihasilkan di dalam negara
dan di negara-negara membangun secara murah melalui ramuan generik.
Ramuan generik adalah ubat yang menggunapakai ramuan asal atau hampir
sama dengan ubat asal tetapi tidak ada kos-kos lain seperti kos jenama
syarikat, kos penyelidikan dan sebagainya atau dengan kata lain tiada
lagi hak paten (hak monopoli) oleh Syarikat pengeluar. Jadi ubat ini di
hasilkan oleh kilang-kilang lain dengan murah. Ubat adalah bahan penting
kepada manusia, maka mengikut undang-undang sekarang, monopoli
pengeluar ubat oleh syarikat-syarikat tertentu hanya di benarkan selama
20 tahun (sudah cukup untuk mendapat untung yang besar). TPPA
mencadangkan tempoh paten ini dilanjutkan kepada 25 tahun. Hal ini
bermakna harga-ubatan untuk penyakit kronik akan naik kerana dimonopoli
oleh syarikat tertentu sahaja selama lima tahun lagi. Pesakit barah
(kanser) yang tidak mampu membeli ubatan mahal dan bergantung hanya
kepada ubat generik perlu menunggu 5 tahun lagi, jika mereka masih
hidup.
NASIB GOLONGAN PEKERJA. Golongan ini
merupakan golongan yang paling ramai di Malaysia. Mereka adalah nadi
ekonomi. Menurut perundangan sekarang, latihan/per pindahkan kemahiran
dan teknologi, piawaian kesihatan, piawaian keselamatan dan kebajikan
pekerja perlu di jaga oleh majikan dan dipantau oleh perundangan negara.
Menurut perjanjian TPPA, kerajaan perlu memberi lebih kebebasan kepada
syarikat untuk menetapkan standard mereka sendiri. Kita juga tidak boleh
memperkenalkan undang-undang pekerja baru termasuk undang-undang untuk
menjaga kebajikan pekerja, menaikkan gaji minima dan sebagainya. Hal ini
boleh menyebabkan eksplotasi pekerja berlaku. Gaji yang diterima tidak
setimpal, kerja banyak, Keselamatan dan kesihatan terabai. Pekerja juga
akan menerima kesan-kesan lain daripada pelbagai bab dalam TPPA termasuk
Kehilangan perkerjaan jika syarikat Malaysia terpaksa di tutup kerana
tidak mampu bersaing dengan syarikat luar, apabila cukai eksport
Malaysia dihapuskan dan barang kita jadi lebih mahal daripada syarikat
asing, harga ubat dan pendidikan naik dan banyak lagi. TPPA tidak
benarkan kita letak syarat pekerja tempatan untuk jadi pekerja. Jadi
selepas ini semua pekerja boleh diambil dari luar. Pekerja peringkat
bawahan dibawa masuk dari Bangladesh, Vietnam, Nepal sementara pekerja
atasan diambil dari negara kaya TPP seperti US, Singapora dan lain-lain.
Kesimpulannya, TPPA lebih banyak mendatangkan keburukan kepada negara dan rakyatlah yang bakal menerima akibatnya.