-Umur - 53 tahun

-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM1,425 juta
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia
TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal।Latar belakang kehidupanTan
Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951।
Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan
menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk
berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an,
barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor
Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan
Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak
yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan
Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan
beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang
berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau
supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program
kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang
ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah
daripada program tuisyen itu.
Pendidikan Tan
Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila
beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan
bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari
darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar
kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung
persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.
Sebenarnya,
Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau
tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak
bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh
melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia
perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluargaDisebabkan
keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar
membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan
keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga
menjual roti canai di pasar yang sama.
Semasa waktu rehat di
sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat
simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu
menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan
dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan
pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniagaPada
tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami
kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak
ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang
ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar
mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi
melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging
secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke
pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual।
Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya
kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor
Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan
keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada
perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan
pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat
buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000
daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori
Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan
sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed
Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas
membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan
yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina
sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar
menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat
Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih
daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikatPada
tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di
Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau
Perbadanan Kemajuan Bandar।
Seterusnya, pada tahun 1975, beliau
menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada
Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak
di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi
membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga
Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan
syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee
dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan
pula pengilang beras.
Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed
Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong
Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang
diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai
1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembangDaripada
beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi
lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui
Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah
RM250 juta.
Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan
operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977.
Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada
masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary
(KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang
yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya
membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak
bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak
sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi
pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan
itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979.
Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang
memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang
memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah
jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Pada
tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso
Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar
menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari
China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara
besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit
dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaianSelepas
mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke
pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah
kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat
pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu
adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan
330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu,
beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus
daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau
kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek
Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division
bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah
syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang
Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa
Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian
yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan
dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek
Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama
Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalanTidak
cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan
perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya
dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker
kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed
Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada
harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan
bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau
bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau
terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak
USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau
mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau
membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa
projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaanBeliau
terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor
Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada
harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada
harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan
projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas
semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat
perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen
Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas।
Projek penswastaan ketiganya adalah
penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu
syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan
Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik
dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan Beliau
membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3
sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar
juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu
syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM
Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain
itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat
dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas
International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam
banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma
Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik
serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan
pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-BukharyYayasan
al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang
berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan
budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara
objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan
sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu
bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi
menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri
Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan
al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan,
kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya
membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah
membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di
Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-BukharyAntara
projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks
al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada
akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks
yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan,
pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat
pengajian tinggi.
Antara projek besar yang disiapkan adalah
Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta।
Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik
yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12
buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada
tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada
Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang
terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu
Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi
mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di
Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering
mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman
antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।
Penglibatan
Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga
terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek
kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang
dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary
menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang
dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek
pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar
yang kurang mampu.
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1।67 bilion.
Info ini diambil dari
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546