Jumaat, 10 Mei 2013
Coretan pengundi saluran 3
Coretan pengundi saluran 3
| Pengundi saluran 3, |
Dahulunya sebelum cukup umur untuk saya mengundi, saya hanya mendapat maklumat daripada TV dan akhbar perdana. Ketika itu Tun Mahathir adalah Perdana Menterinya. Saya sendiri hampir mempercayai setiap berita yang disampaikan. Tetapi setelah saya membesar, timbul kesedaran bahawa adalah tidak adil untuk mengatakan hanya pembangkan sahaja yang salah. Pemikiran yang rasional akan mengatakan - kenapa tidak dinilai terlebih dahulu maklumat yang ingin disampaikan daripada kedua-dua belah pihak. Kalau di mahkamah sekalipun, hakim tidak terus menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dan hanya mendengar serta memihak kepada pendakwa setiap masa, sebaliknya didengari dahulu hujah, alasan serta melihat bukti dari kedua-dua belah pihak.
Begitu juga siaran tv dan akhbar pada hari ini. Walaupun saya tidak begitu arif dalam politik, di situ pun sudah cukup untuk saya menilai ketidakadilan yang berlaku pada hari ini dan era pemerintahan beberapa orang PM terdahulu. Tidak kira apa pun alasan, itulah ketidakadilan yang sentiasa berlaku di hadapan mata. Hal inilah mungkin tidak dapat dinilai dengan betul oleh sebahagian rakyat malaysia terutama orang kampung, pak cik dan mak cik, penjawat awam, dan sesiapa sahaja yang hanya bergantung kepada maklumat daripada melihat TV dan akhbar pro umno. Mereka gagal untuk menilai kezaliman kerajaan terhadap rakyat untuk mendapatkan maklumat yang seadilnya daripada kedua belah pihak.
Saya juga akhirnya sedar bahawa bahawa pemikiran dan pemahaman bahawa Umno itu adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah Umno adalah sesuatu yang tidak betul. Inilah pemahaman saya yang wujud sejak zaman 90-an lagi. Mana boleh sedemikian? Terpulanglah kepada saya untuk memilih mana-mana parti sekalipun. Hal ini kerana, apabila parti itu yang menang maka dialah yang akan membentuk kerajaan dan mentadbir negara.
Apabila tiba pilihan raya, undilah mana-mana parti yang menjamin masa depan anda. Dan saya tidak pernah dengar, undilah kerajaan BN, kerajaan Pas, kerajaan DAP atau lain-lain kerjaan untuk masa depan anda. Pengundi perlu memilih satu parti atau pakatan sahaja untuk diundi, bukan satu kerajaan untuk diundi. Tetapi itulah yang berlaku di kampung saya ke atas mak cik dan pak cik. Katanya saya tidak mengenang jasa kerajaan. Siapa kerajaan bagi mereka? Umno lah kerajaan,dan kerajaan itulah Umno. Tidak boleh pilih lain dari kerajaan (Umno).
Namun, generasi saya yang kebanyakannya telah celik maklumat telah memilih parti yang mereka sedar dan tahu akan membela masa depan negara. Hanya generasi dahulu yang masih lagi bergantung maklumat daripada media arus perdana yang dikuasai Umno akan menjadikan kerajaan hari ini terus berkuasa.
[VIDEO & GAMBAR] 120K Berhimpun: Najib, SPR & BN Tiada Pilihan Kecuali Akui Penipuan PRU13!
[VIDEO & GAMBAR] 120K Berhimpun: Najib, SPR & BN Tiada Pilihan Kecuali Akui Penipuan PRU13!

Akhabar online, Malaysiakini menganggarkan 120,000 orang hadir di dalam perhimpunan "Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13" yang diadakan malam tadi, satu perhimpunan terbesar Pakatan Rakyat berbanding perhimpunan-perhimpunan lain mutakhir ini.
Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang berucap di pentas memberi amaran kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.
Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.
Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.
Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?".
Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.
"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.
"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.
Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.













DILUAR NEGARA

MELBOURNE

SINGAPURA

TAIPEI
40 comments:
View Comments/Post a Comment
40 comments:
Khamis, 9 Mei 2013
KELAB GREENBOC: [VIDEO] Rafizi Mengaum: Kita Akan Buru Semua Yang ...
KELAB GREENBOC: [VIDEO] Rafizi Mengaum: Kita Akan Buru Semua Yang ...: P akatan Rakyat akan mencari semua yang terlibat di dalam penipuan semasa pengundian pada 5 Mei lalu termasuk Pegawai Suruhanjaya Pilihan Ra...
Rakyat Bersama Pakatan, UBN Hanya Menang Kerusi!
Rakyat Bersama Pakatan, UBN Hanya Menang Kerusi!

Hidup ini kerana nyawa dan semangat. Jasad kita bergerak kerana ada nyawa (roh). Jasad pula akan jadi segar sekiranya ada semangat. Bila semangat lemah, maka kita akan sakit-sakitan. Seleasai pilihan raya maka saya jadi tidak sihat. Seluruh tubuh jadi sakit-sakit. Kesan berjaga malam dua minggu memberi ketidakselesaan kepada diri. Tanpa makan teratur dan tidur sudah pasti tidak mencukupi itulah menjadikan badan sakit.
Keadaan yang lemah itu ditambah lagi dengan 'kekalahan'. Saya yakin saya akan sihat, bersemangat dan lancar membuat ulasan demi ulasan kalau menang. Maksudnya jasad akan jadi kuat kerana ia di go head oleh kemenangan. Pasti tubuh tidak akan jadi lemah gemulai.
Bukan saja saya, semua orang yang cintakan damai dan perubahan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Saya percaya hari ini ramai yang sakit dan lemah semangat macam saya. Namun kita tidak boleh ikutkan hati sangat, bertawakuslah. Apapun kita hanya mampu merancang, tetapi Allah juga yang Maha Mentadbir.
Semua yang berlaku dalam pilihan raya dua hari lepas di luar jangka kita. Apa yang kita jangkankan tidak menjadi. Dari kalangan penyokong sampai kepada pemimpin atasan tidak menyangka. Bahkan pemerhati dari luar negara juga terperagah menerima keputusan. Masih ada yang termangu panjang di birai jendela memikirkan nasib badan dan keputusan yang telah diumumkan. Jangan begitu, perjuangan masih panjang dan Tuhan tetap memelihara orang yang sabar dan bertaqwa.
Bagi saya apa yang berlaku tidak akan berganjak. Bahawa UBN akan membentuk kerajaan untuk lima tahun lagi dalam keadaan yang lemah kerana tidak memperolehi 2/3 di parlimen. Walaupun banyak kecacatan dan ketidaksempurnaan itulah yang harus diterima kini. Apabila Najib Razak dalam kenyataan awalnya meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan, sudah dapat dibaca apa yang termaktub di dalam hatinya. Apa yang beliau tahu mengenai pilihan raya berkenaan? Bahawa kecacatan dan penipuan berlaku. Ini realiti yang kita kena terima. Betapa kita membencinya tetapi ia hadir dalam hidup demokrasi kita. Penipuan bukan saja dalam PRU-13 tetap sejak dari PRU-1 lagi.

Selepas ini akan ada beberapa petisyen atau bantahan. Anwar Ibrahim sudah membuat kenyataan pihaknya sedang mengkaji untuk membuat bantahan. Ada kawasan yang terdapat bukti jelas berlaku penyelewengan. Misalnya apa yang diterima Lajim Okin di Sabah adalah satu bukti besar. Semua orang tidak mempercaya Lajim akan kalah. Inlah ibu segala kebusukan dalam pilihan raya ini. Anwar meyifatkan kemenangan di pihak pakatan rakyat telah dicuri oleh UBN.
Sehubungan itu beliau juga meminta satu badan suruhanjaya pilihan raya lain perlu dibentuk menggantikan SPR yang ada hari ini yang tidak telus. Badan baru itu harus telus dan terbuka. Bagi Anwar peranana SPR hari ini bukan memberikeadilan dan hak sama rata tetapi membela UBN. Kebimbang ini sudah lama bersarangan, beberapa desakan dan tuntutan dilakukan kepada badan itu namun ia tidak juga memberi apa-apa perubahan.
Saya menarik dengan satu figure dikeluarkan mengenai undi popular di mana Pakatan Rakyat memperolehi 50.3% undi manakala UBN mendapat 46.8%. Jika angka ini tepat dan benar maka jelas dari sudut angka dan undi popular Pakatan Rakyat yang berhak diumum sebagai pemenang. Ertinya kalau amalan demokrasi sama seperti di Indonesia, Pakatan berhak mendapat anggota kabinet yang lebih ramai berbanding dengan UBN.

Sekiranya angka ini sahih rakyat berharap menuntut kemenangan mereka. SPR perlu memberi penjelasan dari semua sudut dengan jelas macam mana mereka boleh mengumumkan UBN menang. Kemunasabahan melampau hak perlu digunakan oleh SPR untuk mempertahankan keputusannya. Oh ya mungkin ia berdasarkan kepada jumlah kerusi diperolehi tetapi bukan peratus undi. Ertinya kalau kemenangan UBN itu berdasarkan kepada jumlah kerusi bukan kepada peratus suara. Ini bermakna kemenangan itu bukan dari atas suara.
Saya sudah lama menyarankan agar sistem pilihan raya kita diubah. Dari mengira kerusi kepada mengira suara. Kemenangan berdasarkan siapa yang mendapat kerusi lebih dan bukan kepada suara rakyat tidak relevan lagi. Ini bermakna parti yang kurang mendapat sokongan menjadi kerajaan. Suara rakyat yang mahukan perubahan terus terabai dan dinafikan oleh jumlah kerusi yang mana kemenangannya boleh direka dan diusahakan?
Bedasarkan hakiat itu tadi, sokongan rakyat, PRU-13 memang dimenangi oleh rakyat. Suara yang inginkan kepada Pakatan Rakyat lebih tinggi berbanding dengan suara yang inginkan kepada UBN. Perbezaan sebanyak 3.5% adalah besar. Hakikat ini mungkin jarang diketahui oleh orang ramai. Justeru kalau kita memahami ini tidak perlu merasa sedih atau merasa kalah kerana hakikatnya apa yang diterima oleh UBN itu dari segi kelebihan kerusi bukan sokongan.
Kelebihan kerusi bukan menggambarkan sokongan sepenuhnya, kalau dikira dari setiap individu. Yang perlu diperkiranya ialah jumlah semua individu yang mengundi pada 5 Mei lalu. Makanya Najib Razak dan pemimpin BN tidak boleh merasa 'manggak' dengan kemenangan itu kerana ia bukan kemenangan mutlak. Sekiranya Najib dan UBN seorang dan sebuah badan berintegriti beliau kena serahkan kemenangan itu kepada Pakatan Rakyat atau dikongsi bersama.
Jadi kepada penyokong Pakatan jangan bersedih. Saya pun sudah segar dan bersemangat kembali kini. Sebenarnya tidak ada kekalahan mutlak di sebelah kita. Dari segi punggutan kerusi Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi parlimen dari 83 pada tahun 2008 kepada 89 kerusi bertambah sebanyak enam kerusi. Pecahan DAP 38, PKR 30 dan PAS 21. UBN mengalami kesusutan sebanyak tujuh kerusi. Dulu 140 kini 133 kerusi.
Manakala dari segi kedudukan kerusi Negeri pula UBN kehilangan 32 kerusi. Dalam tahun 2008 UBN mendapat 306 kerusi sementara dalam pilihan raya lalu mendapat 274 kerusi. Walaupun parti itu berjaya merampas Kedah namun dari segi hakikatnya parti itu merosot.

Lonjakan besar bagi Pakatan Rakyat ialah di negeri Terengganu. PAS hanya kekurangan dua kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan di negeri itu. Daripada lapan kerusi dalam tahun 2008 kepada 15 kerusi. Begitu juga di Perak Pakatan Rakyat kekurangan juga empat kerusi saja. Kedudukan menunjukkan sokongan dan kekuatan Pakatan Rakyat masih ada dan diberi kepercayaan oleh rakyat.
Kekalahan mengikut bilangan kerusi harus diterima kerana kita memahami apakah peranan SPR didalam menguruskan pilihan raya ini. Dalam keadaan SPR tidak berlaku adil tetapi Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan dan melonjakkan diri, jelas bahawa tuntut massa mahukan kepada Pakatan Rakyat.
Di sini saya tidak mahu menyebut atau membuat postmortem mengenai kenapa Pakatan Rakyat masih belum boleh membentuk kerajaan. Saya akan mengambil ruang lain. Cuma apa yang hendak ditegaskan ialah agar penyokong Pakatan Rakyat tidak mudah berputus asas. Semua pihak perlu merasakan kita telah melakukan yang terbaik di dalam pilihan raya lalu. Di samping itu dalam menilai kenapa kita 'menang kalah, kalah menang' perlu menyenaraikan kelemahan atau sesuatu tindakan yang kita tidak sempat lakukan menyebabkan berlaku apa yang berlaku.
Renung ke dalam diri, di antara kita akan menemui sesuatu kesilapan kecil yang kita lakukan baik sengaja atau tidak. Kalau kita tulus kita akan menemui perkara itu dan itulah yang memungkinkan kita gagal. Apabila menemuinya, kita perbetulkan dan tidak akan mengulangi benda sama di tahun akan datang.
Yang dapat saya simpulkan berhubung keputusan semalam ialah, BN menang dari segi jumlah kerusi tetapi kalah dari segi suara dan kehendak rakyat. UBN kena sedar bahawa sebanyak 3.5% adalah rakyat yang tidak bersetuju dengan UBN. Tanpa memikirkan bahawa matlamat kemenangan itu untuk membentuk kerajaan dan mentadbir negara semata-mata, sesungguhnya Pakatan Rakyat telah memenangi pilihan raya ke-13 lalu. Hakikat ini diketahui oleh semua dunia. -msomelayu

Kerusi parlimen di bandar-bandar besar dikuasi oleh Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat menguasai kerusi parlimen di Semenanjung.
Langgan:
Catatan (Atom)
Kalau dalam stadium ada 120 ribu di luar yang kandas macam aku pasti ada 2 atau 3 kali ganda lagi.
So, hari ni aku cuma makan angin duduk dalam kereta berjam-jam
Dan jgn lupa kami yg tak dpt terbang ke kl krana bkerja di Sabah. Kalau ada petisyen admin tolong maklumkn kat mana boleh sign, website ke
SPR perlu dipertanggungjawabkan!
Pakcu harap "ubah"lahperangai sikit dari terlolong tu..tunggulah 5 tahun lagi..kalau dah kalah mengaku ajalah..tak kemana pun dengan cara ni...buat penat dan ganggu pengguna jalan raya adalah.....ko guano??.
kami menentang penipuan yg dilakukan oleh spr tuk menangkan pemimpin kesayang pakcu..adil ke?kami cuma minta pilihanraya yg bersih..kalau tak dilawan sekarang tkut nanti 'kotor' yg ada pada pilihanraya akan jadi berkarat susah nk hilangkan..
Ini blog pro pr, anda suda jelas tetamu tak diundang tetapi anda dtg juga utk memberi komen yg menyakitkan hati org, maka insyaAllah smoga dimakbulkan doa ku supaya anda terima balasan nanti.
ZAMAN INI ZAMAN EDAN, ZAMAN INI AKHIR ZAMAN
perangai sokong kezaliman...
Ini soal keadilan? Ini soal antirasuah? Pakcu ni manusia yang tidak mahu dan tidak mampu melaksanakan keadilan. Jadi lebih baik pakcu dok diam sebab itu adalah selemah-lemah iman. Jangan ganggu iman yang lemah tu, nanti jadi munafik dan fasik.
Islam tuntut keadilan bukan saja pada manusia tetapi pada Allah swt juga. Cara pakcu bercakap sama seperti puak-puak UMNO. Awat cara UMNO tu sopan???? Sopan ... dalamnya mengandungi racun.
Sedarlah pakcu. Entah hang ni berlagak tua aja kot. Sebiji macam PAPAGOMO, kaki temberang kot. Kalau betul, maka haramjadahlah kau tu.
Alhamdullillah !!!!
Alhamdullillah !!!!
Perkara yang HAQ akan membenamkan yang BATIL , dan sessungguhnya si Bahalol juga akan tersungkur ke kubur bagai MahaFiraoun mati di Mesir. Hanya masa dan waktu saja yang menentukan kehinaan umat umat Bahalol menipu aniaya Rakyat.
Ketahuilah.
BRIM RM1200 ~ 2 tahun+.
p/s: aku nak cuti tanpa gaji lps ni..takyah kerja.
1) Semua di peringkat negeri buat petisyen PRU13 bagi mana-mana kawasan yang punyai bukti kukuh berlaku penyelewengan / penipuan.
2) Kita pakat turun ramai-ramai di
hadapan Mahkamah dihari perbicaraan nanti untuk beri sokongan.
Cuba renung sekejap.
1. PM Najib sebelum pilihanraya dia kempen 1 Malaysia iaitu penyatuan rakyat. Lepas pilihanraya dah menang tapi tak puas hati dia kata Tsunami Cina.
2. Sebelum pilihanraya dia bagi BR1M lepas pilihanraya saja cukai eksais dah naik.
Pak Cu fikir dan renung dengan hati yang murni.
Marilah Pak Cu kita kembali ke jalan yang benar iaitu jalan Islam yang ada keadilan. Kita hidup di dunia tak lama kita mesti balik ke tempat asal kita.
Harap Pak Cu fikir dan kalau baik ambillah kalau tak baik terserahlah pilihan Pak Cu kerana dunia adalah tempat ujian.
Dasar pemuda umno.. Roti gardenia naik 30 sen. Kalo kau bising aku terajang muka ko.
Dasar pakcu banggang..
Celakalah org2 yg zalim tolak islam..
Org2 BN gembira hudud x jd buat. Bolehla makan duit haram, main gro2, judi, minum arak tiap2 malam, dll..
Ingatlah azab allah itu benar..
Cuba fikir sejenak.. Bagaimana sedang anda rehat atas katil sedap2, tp pd ms yg sama ada org yg amat menderita skit di hoapital sana.
Samalah mcm org bn, sedap2 enjoy duit rakyat, tp pada masa yg sama rakyat derita x cukup makan..
Aku benci najib selamanya
1.samada dia sengaja nak tipu rakyat atau
2.spr sengaja benarkan dia kena tipu ngan supplier dakwat (biasa lah gomen punya projek).
Lain kali pakai INAI la ..gerenti tahan kekal sebulan kah kah kah