Coretan pengundi saluran 3
Pengundi saluran 3, |
Dahulunya sebelum cukup umur untuk saya mengundi, saya hanya mendapat maklumat daripada TV dan akhbar perdana. Ketika itu Tun Mahathir adalah Perdana Menterinya. Saya sendiri hampir mempercayai setiap berita yang disampaikan. Tetapi setelah saya membesar, timbul kesedaran bahawa adalah tidak adil untuk mengatakan hanya pembangkan sahaja yang salah. Pemikiran yang rasional akan mengatakan - kenapa tidak dinilai terlebih dahulu maklumat yang ingin disampaikan daripada kedua-dua belah pihak. Kalau di mahkamah sekalipun, hakim tidak terus menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dan hanya mendengar serta memihak kepada pendakwa setiap masa, sebaliknya didengari dahulu hujah, alasan serta melihat bukti dari kedua-dua belah pihak.
Begitu juga siaran tv dan akhbar pada hari ini. Walaupun saya tidak begitu arif dalam politik, di situ pun sudah cukup untuk saya menilai ketidakadilan yang berlaku pada hari ini dan era pemerintahan beberapa orang PM terdahulu. Tidak kira apa pun alasan, itulah ketidakadilan yang sentiasa berlaku di hadapan mata. Hal inilah mungkin tidak dapat dinilai dengan betul oleh sebahagian rakyat malaysia terutama orang kampung, pak cik dan mak cik, penjawat awam, dan sesiapa sahaja yang hanya bergantung kepada maklumat daripada melihat TV dan akhbar pro umno. Mereka gagal untuk menilai kezaliman kerajaan terhadap rakyat untuk mendapatkan maklumat yang seadilnya daripada kedua belah pihak.
Saya juga akhirnya sedar bahawa bahawa pemikiran dan pemahaman bahawa Umno itu adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah Umno adalah sesuatu yang tidak betul. Inilah pemahaman saya yang wujud sejak zaman 90-an lagi. Mana boleh sedemikian? Terpulanglah kepada saya untuk memilih mana-mana parti sekalipun. Hal ini kerana, apabila parti itu yang menang maka dialah yang akan membentuk kerajaan dan mentadbir negara.
Apabila tiba pilihan raya, undilah mana-mana parti yang menjamin masa depan anda. Dan saya tidak pernah dengar, undilah kerajaan BN, kerajaan Pas, kerajaan DAP atau lain-lain kerjaan untuk masa depan anda. Pengundi perlu memilih satu parti atau pakatan sahaja untuk diundi, bukan satu kerajaan untuk diundi. Tetapi itulah yang berlaku di kampung saya ke atas mak cik dan pak cik. Katanya saya tidak mengenang jasa kerajaan. Siapa kerajaan bagi mereka? Umno lah kerajaan,dan kerajaan itulah Umno. Tidak boleh pilih lain dari kerajaan (Umno).
Namun, generasi saya yang kebanyakannya telah celik maklumat telah memilih parti yang mereka sedar dan tahu akan membela masa depan negara. Hanya generasi dahulu yang masih lagi bergantung maklumat daripada media arus perdana yang dikuasai Umno akan menjadikan kerajaan hari ini terus berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan