Ahad, 20 Januari 2013

[Video -CCTV] Menyamar perempuan untuk curi tabung surau

[Video -CCTV] Menyamar perempuan untuk curi tabung surau

Video: "Listen Listen Listen" versi Kelantan

Bawani dakwa pelajar diwajib hadir forum SW1M

Bawani dakwa pelajar diwajib hadir forum SW1M
 
Mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS menegaskan bahawa pihak kampus itu harus bertanggungjawab terhadap penganjuran forum mahasiswa dan politik yang didakwanya sebagai satu 'brainwash'.

NONEBercakap dalam temubual dengan Malaysiakini petang semalam, Bawani (kanan) turut mempersoalkan mengapa kehadiran mahasiswa diwajibkan khususnya penghuni Dewan Penginapan Pelajar Proton, sekiranya universiti menyatakan mereka tidak mempunyai kaitan dengan forum itu.

"Kalau tak ada kaitan, ramai pelajar diminta hadir dalam program itu. Kalau tidak hadir, akan dibuang kolej dan sebagainya... Ramai pelajar Proton menyatakan kekecewaan, kerana terpaksa hadir.

"Kalau bukan program universiti, kenapa perlu diwajibkan," kata Bawani sambil menambah ada mendengar bahawa pelajar kolej lain turut diwajibkan hadir tetapi tidak pasti kolej kediaman tersebut.

Bawani mengulas kenyataan Naib Canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang dilapor berkata pihaknya hanya menyediakan dewan untuk forum itu melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada Bawani.

Dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina berkata, Mohamed Mustafa berkata universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.

Manakala laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.

NONEMengulas lanjut Bawani meluahkan kekecewaannya dengan
kenyataan Prof Mohamed Mustafa itu memandangkan hanya kampus sahaja berkuasa membenarkan pihak luar mengadakan program dalam kawasan universiti.
Benarkan NGO luar
"Pihak universiti yang membenarkan NGO luar datang sebab (forum) ini berlaku dalam universiti. Jadi kita tak boleh kata, universiti tidak ada kaitan dalam isu (forum) ini sebab ia berlaku dalam pagar universiti kita.

"(Ini) perkara yang mengecewakan saya. Universiti kata, kita pinjam tempat sahaja, kita universiti tak ada kaitan. Kita perlu lihat (bahawa) universiti perlu bebas dan neutral.

"NGO itu orang luar, apa-apa yang kita benarkan, universiti ada autoriti membenarkan pihak luar menjalankan apa-apa (program), di dalam (universiti) ini," katanya.

Hadir ke forum tersebut dengan inisiatif sendiri, Bawani turut mempersoalkan majlis bacaan ikrar yang didakwanya menggesa pelajar supaya tidak terlibat antaranya hadir dalam demonstrasi jalanan.

Sebelum itu Bawani berkata pada mulanya terdapat slot mengenai wanita dan politik dan tetapi secara tiba-tiba, dakwanya, terpapar di skrin antaranya mengenai "perhimpunan kotor" BERSIH 3.0, kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama dan kecaman terhadap pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

NONEBeliau yang juga pemegang ijazah sarjana muda psikologi dari
Univerisiti Kebangsaan Malaysia berkata beliau tidak pernah berdepan dengan situasi itu sepanjang beliau menghadiri pelbagai forum.

"Ini menunjukkan sesuatu yang salah, ada sesuatu makna yang tersembunyi," katanya yang juga seorang aktivis NGO yang dikaitkan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), JERIT.

Sekalipun dalam hati kecilnya ada perasaan marah sewaktu berdepan saat konfrantasi 'listen' dengan Sharifah, namun Bawani berkata beliau mampu mengawal perasaannya dan menghormati kepada Sharifah.

Bagaimanapun apabila beliau cuba meminta keizinan untuk bercakap berkaitan pendidikan percuma menyebabkan suara Sharifah menjadi semakin lantang sehingga dianggapnya boleh menyebabkan tanggapan buruk kepadanya.

"Orang akan lihat, orang besar kata berhenti. Saya sebagai mahasiswa, (hanya) orang kecil... Saya fikir Puan Sharifah sudah bentuk satu suasana untuk menarik penonton bahawa  saya, very bad, very rude.
'Kami bersama kamu
"Tapi saya tunggu, saya ingat Puan Sharifah akan berhenti untuk respons kepada soalan itu, dan akan beri peluang saya bercakap. (Jadi) cara dia jawab... Saya tidak akan mendapat jawapan.

"Saya akan dikutuk teruk. Penonton pula sudah mula tepuk tangan, macam sokong apa pun Puan Sharifah cakap. (Oleh itu) saya kata abaikan. Penonton akan menilainya. Kalau tengok video tu, (perasaan) saya memang kecewa," katanya.

Ditanya mengenai maklumbalas selepas insiden tersebut, Bawani berkata ramai rakan-rakannya marah dan mengutuk susulan tindakannya dalam forum tersebut.

Bagaimanapun selepas menonton video tersebut, mereka memohon maaf kepadanya khususnya di laman sosial Facebook miliknya.

"(Mereka kata) kami tidak dapat bayangkan apa yang kamu nak cakap. Ada orang cakap, (memang) betul kamu rude. Tapi lepas tengok (video) program itu, baru dapat tahu, kenapa kamu bersikap begitu.

"Secara umum ramai kawan sekolah rendah, menengah dan di UKM, mereka cukup gembira dan memuji saya. Mereka kata, saya berani. Dan ramai yang kata, kami bersama kamu, jangan bimbang," katanya.
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |

Pengajaran daripada isu “Listen Listen Listen”

Pengajaran daripada isu “Listen Listen Listen”



6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Dalam tempoh seminggu ini, tiba-tiba seluruh Malaysia mengfokus kepada dua nama baru iaitu Bavani KS dan Sharifah Zohra. Yang menariknya, pandemik yang dikenali sebagai isu “Listen Listen Listen” ini hanya meletup di alam maya. Video yang memaparkan adegan Bavani sedang bertanya soalan dalam sebuah forum di UUM telah dihalang oleh Sharifah Zohra selaku moderator ini, telah ditonton oleh hampir 0.7 juta penonton di laman Youtube dan dikongsi oleh lebih 31 000 pengguna facebook. Video ini juga telah mendapat respon oleh beberapa tokoh politik negara, 
tokoh masyarakat, agamawan, presiden MPP universiti-universiti , dan NGO-NGO di Malaysia. Pelbagai kartun, lagu parody, iklan produk, dan lawak jenaka yang berkaitan isu ini juga telah tersebar luas di laman sosial. Isu ini bukan sekadar sebuah peristiwa semata-mata, tetapi banyak pengajaran tersurat yang patut dipandang  oleh semua.
Pertama, hujah fakta lawan hujah auta. Sentimen orang tua vs orang muda sering kali dijadikan modal untuk mematikan hujah orang yang lebih muda dari kita. Inilah praktikaliti peribahasa “hormati yang tua, sayangi yang muda” yang telah disalahgunakan. Malah, kes seperti ini pernah berlaku dalam dewan rakyat sebagaiman yang telah tersebar di lama youtube, apabila Ahli Parlimen Pasir Salak menidakkan fakta-fakta dari Ahli Parlimen Gombak dengan hujah supaya Ahli Parlimen Gombak jangan kurang ajar dengan orang tua sepertinya. Sentimen karut ini perlu segera di-bakul sampahkan dari minda masyakat Malaysia, atau kita akan berhadapan dengan lambakan anak muda yang sekadar menjadi pak turut dan bengap berfikir.
Kedua, pembodohan mahasiswa. Agenda pembodohan supaya mahasiswa menjadi hamba kerajaan sangat ketara di universiti-universiti. Tindakan mewajibkan mahasiswa hadir ke program “brainwash” atau akan berhadapan dengan pemotongan merit, mengumpan dengan hadiah lumayan, mengugut mahasiswa yang ingin berpolitik, ugutan biasiswa dipotong, momokan supaya “mahasiswa bersyukur pada kerajaan”, dan lain-lain bentuk pembodohan. Mahasiswa yang akan ke luar negara diwajibkan hadir ke kursus “brainwash” Biro Tatanegara (BTN) yang kononnya memupuk sifat patriotisme, tapi hakikatnya diselit dengan cerita perkauman, memburukkan pemimpin parti lawan, dan bermotifkan kepentingan politik. Mahasiswa yang tidak bodoh sahaja akan menyedari bahawa mereka telah terjerat dengan agenda pembodohan.
Ketiga, isu pendidikan percuma kembali bergema. Sikap masyarakat Malaysia rupanya sangat bergantung pada peristiwa. Cakna kepada isu Palestin hanya bangkit apabila Israel menyerang. Isu Pendidikan percuma hanya dijulang apabila berlaku peristiwa penurunan bendera oleh Adam Adli & tragedi malam merdeka di UPSI. Tahniah kepada Bavani yang sekali lagi jadi pencetus kepada perbincangan tentang Pendidikan percuma. Momentum kesedaran tentang peri penting dan kemampuan negara untuk melaksanakan pendidikan percuma harus sentiasa dihangatkan sehingga PRU-13 nanti, seandainya masyarakat ingin melihat cadangan ini berjaya dilaksanakan.
Keempat, kuasa media alam maya. Andai dahulu jatuh bangun populariti seseorang bergantng pada cerita dari media kerajaan, tapi sekarang tidak lagi. Arab Spring juga dimulakan melalui letupan isu di alam maya. Fenomena Ustaz azhar Idrus juga tersebar melalui alam maya. Malah, BN sendiri mengakui tsunami PRU 2008 lalu juga adalah kesan kesedaran di alam maya. Dalam isu Bawani ini, sekalipun nama mereka berdua ini tidak pernah disebut di media kerajaan, tapi gelombang di media alam maya seolah telah menobatkan Bavani sebagai heroin Malaysia, dan Sharifah Zohra dijangka mengalami tekanan minda yang hebat untuk berhadapan dengan maysrakat.

Aceh: Bukan Tsunami, Letupan Bom Bawah Laut.

Aceh: Bukan Tsunami, Letupan Bom Bawah Laut.


Tsunami di Aceh kerana kejahatan AS dibongkar.

Presiden Persaudaraan Pekerja Muslim Indonesia (PPMI), DR Eggi Sudjana SH Msi menerangkan bahawa bencana yang menimpa Aceh dan sekitarnya bukanlah gempa dan gelombang tsunami yang semulajadi tetapi sebuah gelombang bom termonuklear yang sengaja diletupkan di bawah laut.

Pendapat Eggi tersebut dikemukakan kepada Wawasan dalam dialog seratus hari pemerintahan SBY (Presiden Indonesia), di pejabat peguam Taufik SH di Solo. 

"Melalui pendapat dan analisa yang dikemukakan pakar nuklear bebas dari Australia Joe Vialls, saya bersetuju bahawa ada petunjuk kuat penglibatan Amerika Syarikat dengan dua kapal perangnya satu diantaranya bernama USS Abraham Lincoln, berada disebalik tragedi itu," katanya.

Menurut Eggi sebelum berlaku bencana, Amerika telah mengeluarkan travel warning kepada rakyatnya agar tidak berkunjung ke Indonesia. Persoalan yang lain mengapa kerajaan Indonesia membenarkan dua buah kapal induk masuk ke perairan mereka.

"Ada lain penemuan diragui, CNN selama ini memberitahu bahawa pusat gempa berlaku di pulau We. Sementara yang berlaku gempa bumi tersebut adalah di bahagian pulau Nias dengan kekuatan gempa hanya 5.4 skala richter. Namun yang berlaku adalah sebuah gelombang susulan dengan kekuatan yang lebih dahsyat. Ironinya, syarikat AS Exxon yang ada di sana musnah akibat bencana itu. Sehingga ada menganggap ada senjata pemusnah besar-besaran yang diarahkan ke sana, "jelasnya.

Selepas kejadian itu, tentera AS yang berada di kapal induk USS Abraham Lincoln yang berjumlah 15,600 anggota dikerah untuk misi menyelamat. Sementara Kopassus dan Pasukan Reaksi Cepat (PRC) Indonesia yang berfungsi sebagai unit bencana sama sekali tidak diturunkan. Sementara India, Sri Lanka dan Thailand menolak kehadiran tentera asing itu. 

Televisyen Al Jazeera pernah menyiarkan bahawa bencana di Aceh bukanlah akibat gelombang tsunami. Tetapi sebenarnya sebuah bom helium.

"Kami mengesyaki India memang sudah tahu akan adanya bencana itu. Kerana negara itu mempunyai pencatat gempa bumi di mana ianya boleh membezakan antara gempa sebenar dan mana gempa buatan. Di India Tamil Nadu, merupakan pusat nuklear yang telah diketahui dari dulu."

Menurut Eggi, Joe Vialls tahu senjata termonuklear yang diletupkan di bawah laut akan menimbulkan gelombang dahsyat. Jika tsunami, ketinggian gelombang maksimum tidak akan mencapai seperti yang berlaku di Aceh. 

"Sejarah juga mencatat, sejarah tsunami tidak memberi kesan terbakar pada mangsa akibat air. Namun tiga orang nelayan Aceh ditemui terbakar dengan tubuh penuh dengan minyak."

Eggi memberitahu, AS ingin mewujudkan pangkalan ketenteraan di Aceh. Hal itu dikuatkan dengan tindakan cepat tentera AS menghulurkan bantuan di sana. Aceh juga akan dijadikan rangkaian pasaran bebas perdagangan AS. "Dalam kontek ini, SBY lemah, perisikan kita juga lemah dan juga TNI," jelasnya.(IH/DI)

Sabtu, 19 Januari 2013

fikiran Mahathir makin kusut

Suhu politik panas, fikiran Mahathir makin kusut

Harakahdaily, 19 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu Suruhanjaya Pendatang Asing (RCI) Sabah dari perspektif yang betul.
“Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Berikut ialah tulisan penuh beliau di dalam blog http://aspanaliasnet.blogspot.com.

Semakin hari semakin panas suhu politik di negara yang dikatakan pimpinan utama kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Entah apa kemajuan yang kita akan capai tidak pula kita ketahui. Tetapi apa yang kita lihat, kita semakin hari semakin ke belakang dan tidak maju ke hadapan. Isu bertambah rumit dan besar, dan semua isu ini berkait dengan tingkah laku dan salah gunakuasa oleh pucuk pimpinan negara dan UMNO.

Deepak pula memberikan reaksi marah-marah apabila Najib memperlekehkan tuduhannya (Deepak) terhadap terhadap Perdana Menteri yang ‘controversial’ itu. Deepak berjanji akan mengeluarkan lagi banyak isu yang belum diketahui umum yang  berkaitan dengan Najib suami isteri itu. Walau sebesar mana pun pawang dan dukun digunakan oleh Rosmah, isu terhadap mereka yang tinggal di Sri Perdana itu tetap datang bertalu-talu.

Nampaknya satu demi satu perkara yang disorokkan oleh pucuk pimpinan sejak tiga puluh tahun dahulu mula keluar dan ia memeranjatkan kepada setengah pihak. Tetapi tidak pula memeranjatkan kepada setengah pihak yang telah melihat dengan dekat perubahan nilai dalam UMNO dan kepimpinannya sejak dari masa itu.

Isu yang terakhir ialah berhubung dengan Suruhanjaya Pendatang Asing (RCI) Sabah yang telah ditubuhkan oleh kerajaan. Akhirnya Dr Mahathir mengakui yang beliaulah yang terlibat dan membenarkan pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah dahulu.

Dalam pada beliau mengakui kerja yang tidak baik itu, Mahathir cuba mencari tempat sandaran untuk meringankan perasaan bersalah beliau dengan membabitkan Tunku Abdul Rahman Putra yang pada kononnya telah memberikan sejuta orang Cina taraf kerakyatan semasa sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu.

Ternyata Mahathir ini semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu ini dari perspektif yang betul. Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu.

Membabitkan nama Bapa Kemerdekaan negara oleh Dr Mahathir ini amat memalukan bagi kita yang mendengarnya. Jawapan beliau tidak melambangkan yang beliau seorang yang jujur. Memang benarlah pandangan setengah pihak, Mahathir ini tidak boleh berjalan dengan betul di atas jalan yang lurus.

Tunku Abdul Rahman telah memberikan kerakyatan kepada orang Cina dahulu kerana ia merupakan pra-syarat bagi negara mencari jalan untuk pencapaian kemerdekaan. Pemberian kerakyatan itu juga diberikan kepada kaum India yang datang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah semasa kita dalam tadbiran penjajahan dahulu.

Bagaimana Dr Mahathir boleh tergamak membabitkan Tunku dalam hal ini dan menyamakan keadaan semasa itu dengan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Menyamakan beliau dengan Tunku Abdul Rahman serupalah menyamakan buah epal dengan buah sukun atau buah bacang. Pemberian kerakyatan kepada pendatang semasa itu adalah syarat yang telah ditetapkan oleh British bagi mencapai kemerdekaan untuk negara semasa itu. Setelah semua kaum bersatu maka Tunku dan rombongan untuk mencapai kemerdekaan itu terdiri dari rakyat Malaya yang berbilang kaum itu.

Pemberian kerakyatan itu adalah untuk membina sebuah negara baru yang merdeka. Di sebaliknya Dr Mahathir memberikan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah itu adalah untuk meruntuhkan negara. Kad pengenalan yang diberikan kepada pendatang asing di Sabah itu ialah untuk memenangkan parti kerajaan yang sudah lemah dan ia meruntuhkan sistem demokrasi negara ini.

Dr Mahathir tidak dapat membezakan diantara belacan dengan cencaluk. Apa pun, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan tuduhan banyak pihak yang Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya semata-mata. Ada di antara mereka yang berpengaruh dalam negara ini memberikan pendapat apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ini merupakan satu tindakan ‘treason’ yang amat serius. Mereka berpendapat Mahathir perlu disiasat tentang kesetiaannya terhadap negara ini.

Jelas sekarang Mahathir tidak boleh lari dari segala kesalahan beliau terhadap orang Sabah yang asal. Dengan pemberian kad-kad pengenalan kepada rakyat asing semata-mata kerana hendak menjaga kepentingan politik kepartian itu, sememangnya satu tindakan yang ‘treason’ yang sangat besar. Kita berharap RCI yang masih dalam peringkat penyiasatan itu, akan melaksanakan tugas dengan jujur dan baik untuk kepentingan Sabah khususnya dan negara amnya. Kita berharap Suruhanjaya itu akan membuat cadangan tindakan terhadap pelaku kesalahan ini tanpa memilih bulu.

Bagi saya , apa yang saya idamkan bersama dengan ramai yang lain ialah, sebuah negara demokrasi yang benar-benar jujur dan tidak menyelewengkan asas demokrasi itu secara sengaja semata-mata kerana kuasa. Rakyat mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan cara untuk membina keyakinan rakyat kita.

Saya berharap Pakatan Rakyat akan mampu melakukan perubahan itu.


Kewarganegaraan: RCI bukti Umno BN khianati negara

Kewarganegaraan: RCI bukti Umno BN khianati negara

Harakahdaily, 19 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Pendedahan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai isu pendatang tanpa izin di Sabah, satu lagi bukti pengkhianatan pemimpin Umno BN kepada negara kerana  kewarganegaraan negara diberi begitu mudah demi mencapai cita-cita politik jangka pendek.
Pengakuan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani menjadi bukti, bagaimana  kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Operasi itu dilakukan di rumah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Kuala Lumpur.

“Walaupun beliau kata Aziz Shamsuddin tidak ada peranan, persoalannya kenapa perkara yang melibatkan maruah negara dibenarkan beroperasi di rumah beliau.

“Sudah tentu ia melibatkan konspirasi peringkat tertinggi negara. Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu mesti bertanggungjawab, dan dibawa pengadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, pengakuan yang sama juga dibuat oleh bekas ketua JPN daerah Tamparuli Yakup Damsah yang merupakan sebahagian daripada kumpulan dikenali dengan unit 'G17' - yang berpangkalan di ibu pejabat JPN di Kota Kinabalu.

“Kita tentu masih ingat tahun 2011  pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi,  asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah,” katanya.


Pengakuan beliau  dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.


“Inilah watak pemimpin Umno BN yang mengendalikan negara tanpa memperduli keselamatan dan masa depan negara,” ujar Idris lagi.

Menurutnya, negara lain begitu ketat untuk memberi kewarganegaraan, sedangkan Malaysia memberi kerakyatan macam jual tapai ubi di pasar tani.

Justeru, tegas beliau perlu diingat RCI ditubuhkan apabila desakan Pakatan Rakyat dan banyak lagi penyelewengan dan pengkhianatan Umno BN akan terdedah apabila mereka kalah di peringkat Kerajaan Pusat.