Ahad, 13 Oktober 2013

Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap - Resepi II






Oleh kerana terdapat banyak lebihan nasi impit yang telah direbus, saya rasa elok kalau dibuat kuah kacang berdaging untuk dimakan bersamanya supaya tiada pembaziran. Lagi pulak, sepanjang Syawal baru ni, memang saya tak dapat mengunjungi mana mana jemputan rumah terbuka kerana bercuti sakit selepas menjalani prosedur pembuangan batu karang. Teringin juga untuk makan makanan yang biasanya dihidang di majlis rumah terbuka. Hubby bising juga melihat saya menggoreng kacang tanah walaupun saya duduk di atas bangku tinggi. Saya buat pun secara berperingkat dimulai dengan goreng kacang, esoknya baru diblend dan mula memasak. 

Dalam tercari cari cara mudah menyediakan kacang goreng, saya terjumpa satu resepi yang dipelajari dari Datin Syuryani, isteri Dato' Mohd Shafie Apdal di mana kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk bersama kulit sehingga separuh halus. Jika ini caranya, memang banyak masa dapat dijimatkan. Yang paling saya tak suka dalam bab menyediakan kuah kacang ialah bab menggoreng kacang tanah tanpa minyak dan membuang kulitnya. Aduish memang bercinta sangat. Zaman dulu dulu, bahagian ini akan diserahkan kepada pembantu rumah sahaja. Bila dah tak ada pembantu rumah, kenalah belajar cara cara yang lebih ekonomi dari segi masa. Tapi untuk makluman lah, untuk kali ini, saya masih menggoreng kacang tanah tanpa minyak ya. Cuma lain kali, saya cadang nak goreng dengan menggunakan minyak jer.





Kalau nak tengok resepi Kuah Kacang Berdaging yang telah berpuluh tahun saya guna, boleh klik di SINI. Tapi hari ini, saya guna resepi blogger popular, Kak Jee yang merupakan resepi turun temurun keluarga beliau yang memang berniaga Satay Majid dan Satay Anika yang sangat famous satu ketika dulu. Resepinya sangat simple, jadi sesuailah dengan saya yang bukan sihat untuk memasaknya. Terima kasih banyak banyak kepada Kak Jee kerana ikhlas berkongsi resepi beliau. Walaupun tajuk entri hari ini adalah Satay Goreng dan Kuah Kacang, tapi saya akan letakkan entri berasingan untuk satay sebab tak mahu ianya terlalu panjang sebab saya meletakkan banyak gambar langkah demi langkah. Jadi nantikan resepi Satay pula ya. Klik di SINI. Jom layan...




Kuah Satay

Bahan bahan:
600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus

Cara cara:
Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air. 





Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.






Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air. 






Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit. 






Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.





Nota:
Sedap dimakan dengan satay, nasi himpit, bawang hiris, timun dan cili api bubuh kicap.  





Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Jika lebih, boleh disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.

Menu Kuah Kacang dengan Daging




Resepi ini saya simpan berpuluh tahun lamanya. Saya belajar dari kawan sepejabat saya, Kak Kamariah yang waktu itu bertugas di klinik di mana pada satu pot luck party di pejabat dia telah membawa kuah kacang dengan ayam. Oleh kerana rasanya yang sangat sedap, saya minta beliau memberi resepi dengan anggaran sukatan bagi memastikan ketepatan rasa kuah kacangnya. Sejak dari itu, saya membuat kuah kacang resepi keluarga saya menggunakan resepi beliau. Kata Kak Kamariah, kuah kacang mesti rasa manis manis sikit, baru ada kick. 

Kuah kacang kali ini dimasak oleh Nana dengan dibantu oleh Juita. Hahaha saya cuma membeli barang barang dan bahan yang diperlukan sahaja. Jom kita lihat resepi dan gambar gambarnya ....


Kuah Kacang dengan Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 ekor ayam (grill sekejap atau guna daging)
1/2 kilo kacang tanah (goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar)


Bahan kisar
9 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih
1 inci halia

1 inci lengkuas
4 batang serai
1 cawan cili kisar
1 gelas (dari 1 kepal) air asam jawa
1 cawan gula pasir
2 sudu besar garam

Sedikit gula Melaka (tambahan terbaru)
3/4 cawan minyak mazola

Cara cara:
Tumis bahan kisar hingga wangi dengan minyak mazola, setelah wangi masukkan cili giling, goreng lagi hingga garing. 

Masukkan daging yang dihiris kecil dan direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Masukkan sedikit air dan kacang tanah, air asam jawa, gula, garam. 

Masak dengan api perlahan dan sesuaikan rasa dan kepekatannya. Siaaap... 

Update:
Semasa bertemu dengan Kak Kamariah waktu mengerjakan umrah Ramadhan 2013, Kak Kam telah memberitahu supaya dimasukkan sedikit Gula Melaka supaya kuahnya menjadi lebih sedap.


Keajaiban Kaabah beri kesan positif


http://detikislam.blogspot.com, 12 Okt 2013
Dewasa ini tidak dapat dinafikan impak atau kuasa dimiliki teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti Facebook dan laman sosial lainnya terhadap pemikiran masyarakat. Saban hari pelayar laman sesawang dan tuan punya Facebook akan tersentuh dan disentuh pelbagai berita serta maklumat.

Salah satu contoh maklumat yang telah menarik perhatian ramai khalayak Facebook ialah 15 rahsia keajaiban Kaabah. Antara ciri-ciri keajaiban Kaabah termasuk ia terletak di Makkah yang berada di kawasan graviti paling tinggi

Graviti yang tinggi menarik bunyi-bunyi (dalam bentuk gelombang/tenaga) yang tidak dapat didengar, tetapi mempunyai kesan positif kepada manusia. Graviti tinggi mempunyai kesan ke atas sistem imun badan dan berinteraksi dengan niat yang dibuat dalam hati untuk memberi kekuatan dalaman.

Pergerakan mengelilingi Kaabah mengikut arah berlawanan gerakan jarum jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Yang nyata, ciri-ciri keajaiban Kaabah digambarkan melalui konsep saintifik.

Dari sudut sainsnya, manusia memang mempunyai keupayaan mendengar gelombang bunyi yang terletak dalam bahagian tertentu keseluruhan julat gelombang bunyi yang ada di dunia ini. Ada pelbagai bunyi yang tidak dapat ditangkap telinga manusia kerana Allah SWT menjadikan keadaan sedemikian.

Namun, antara bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia ini ada yang dapat didengar oleh haiwan tertentu dan bahagian atau anggota badan manusia tanpa kita menyedarinya.

Peristiwa Israk dan Mikraj

Maklumat ciri-ciri keajaiban Kaabah menjelaskan bagaimana antara bunyi-bunyian ini ada yang mempunyai impak positif kepada perasaan dan pemikiran manusia seperti pergerakan tawaf mempunyai kesan baik terhadap kesihatan fizikal dan mental manusia.

Malangnya tidak banyak saintis yang memberi maklum balas bagi menjawab persoalan mengenai kelebihan ciri-ciri keajaiban Kaabah. Bagi mereka yang selesa dengan berita kemukjizatan Nabi Muhammad SAW dan al-Quran, keajaiban Kaabah diterima dengan keraguan minimum.

Ini kerana dalam pandangan jagat Islami mereka, perkara luar biasa seperti mukjizat nabi-nabi sememangnya sebahagian daripada landskap keimanan orang Islam dan hal itu diceritakan dalam al-Quran.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang juga satu keajaiban Rasulullah SAW yang menjadi sebahagian ilmu asas (pernah dihuraikan secara saintifik) umat Islam. Namun, masih ada yang berminat untuk memahami keajaiban Kaabah dari sudut dapat dijelas serta difahami secara rasional.

Bukti saintifik

Secara mudahnya sains cuba memahami alam melalui bidang seperti fizik (yang mengkaji graviti dan gelombang cahaya dan bunyi), kimia (contohnya sifat dan zat-zat jirim seperti kandungan mineral yang luar biasa dalam air zamzam) dan biologi (yang menjelaskan fenomena pengaliran darah dan kesannya pada kesihatan fizikal serta emosi manusia).

Bukti saintifik boleh dilihat melalui penggunaan alat-alat (teknologi) dan kaedah uji kaji yang boleh dikongsi oleh semua yang berminat.

Persoalannya, kenapa golongan ini memerlukan pengesahan saintifik kepada ciri-ciri keajaiban Kaabah? Mungkin dua sebab, pertama, jiwa yang mengimani Maha Pencipta dan Rasulnya akan sentiasa merindui penyaksian apa yang dipercayainya.

Dalam konteks ciri-ciri keajaiban Kaabah ini, rumah Allah itu yang terletak di kota Makkah berkait erat dengan ibadat haji, di samping elemen penting lain seperti Hajar Aswad dan air zamzam.

Dari sudut saintifiknya, apabila muncul maklumat mengenai ciri-ciri keajaiban Kaabah itu, perlu ada inisiatif oleh umat Islam sendiri untuk menyiasat sama ada pernyataan yang dibuat jelas sumber maklumatnya serta kesahihan fakta dikemukakan.

Perlulah ada situasi yang mana saintis Muslim dan ulama bergabung tenaga serta saling membantu bagi membolehkan proses pengukuran ciri-ciri graviti istimewa yang disebut boleh dijalankan.

Bagi mereka masih tertanya-tanya, analisis umum yang dilakukan terhadap laporan ciri-ciri keajaiban Kaabah menunjukkan kebarangkalian yang baik, memandangkan ada rujukan boleh dijejaki untuk data sokongan.

Pada masa yang sama, keistimewaan Kaabah ini sepatutnya menyedarkan umat Islam luasnya serta banyak lagi kajian saintifik yang dilakukan saintis bukan Islam (tetapi yang tidak semestinya prejudis terhadap Islam) wujud dan boleh dirujuk.

Firman Allah SWT bermaksud: Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani - supaya Engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk nenek mereka telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran sebab itulah mereka lalai. (Surah Yaasin, ayat 5-6).

*Sumber dari al-bakriah.com.my/ suatuperjalananmaya.com

Sabtu, 12 Oktober 2013

Kalau Umno, UiTM boleh bantu


http://kachipemas.blogspot.com, 12 Okt 2013

Perghhh ..Kalau Pasai UMNO..UITM Boleh Bantu Kempen

Menyedihkan ..bila UMNO buat pemilihan atau program .student UiTM  boleh bantu atas alasan mereka perlu dilatih dari segi proses pengendalian pemilihan ,kalau bantu parti PR kena buang kampus...di mana keadilan? fikir fikirkanlah..

Elaun ketua pembangkang perkembangan baik – Khir


Selangorku, 12 Okt 2013
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo memandang positif terhadap pemberian elaun kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor.

“Ini satu perkembangan yang baik,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Rabu lalu, Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian elaun kepada ketua pembangkang, antaranya elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja dan kereta rasmi kerajaan berjumlah RM8,620 sebulan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan keistimewaan tambahan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

Mohamed Khir berkata, pemberian elaun itu perlu disusuli dengan memperkasa peranan ketua pembangkang dalam sistem demokrasi di Selangor dengan memberi lebih akses dalam semua aktiviti di Selangor.

“Kita harap kerajaan negeri lebih terbuka untuk melihat semua program dan projek di Selangor dapat dikongsi bersama,” katanya.

Ketika beliau masih menteri besar, Mohamed Khir mengakui, ketua pembangkang tidak diberi kemudahan sama kerana situasi dan peranan pembangkang berbeza berbanding masa kini.

Ibnu Hasyim: Siapa Perancang 13 Mei 69? -Pembongkar Dato' Tamr...

Ibnu Hasyim: Siapa Perancang 13 Mei 69? -Pembongkar Dato' Tamr...: Video: Dalang sebenar Mei 13 dibongkar oleh Dato' Mohd Tamrin Ghafar Video: Tunku Abdul Rahman UMNO Mahathir Khianati Saya...

Pelaksanaan Islam tidak halang kerjasama PAS-PR

Saidah Hairan, 12 Okt 2013

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak menghalang kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat termasuk rakan bukan Islam kerana mereka tidak terlibat dengan undang-undang tersebut sebaliknya mereka harus melihat undang-undang itu dilaksanakan terlebih dahulu.

Katanya, PAS menyatakan dasarnya secara terbuka manakala DAP turut menyatakan perjuangannya secara terbuka dengan berdialog maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa menghalang dalam perkara yang berbeza.

Beliau turut menegaskan untuk melaksanakan undang-undang Islam kuasa politik  merupakan syarat utama untuk menggubal undang-undang dalam perlembagaan negara.

Katanya, undang-undang merupakan salah satu rukun dalam negara mengikut kaedah politik dan undang undang sebuah negara tidak boleh diikhtiraf  kecuali mempunyai lima syarat.

"Sebuah negara mesti mempunyai pemimpin iaitu kerajaan yang memerintah, negeri atau negara, rakyat, ada perlembagaan dan kedaulatan sebuah negara mesti bebas sepenuhnya," katanya dalam ucaptama `56 tahun Merdeka: Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia', di Unisel, Shah Alam.

Beliau menegaskan sebab itu negeri Kelantan, Terengganu ketika memerintah bahkan Selangor mempunyai bidang kuasa yang terhad untuk melaksanakan undang-undang Islam.

Menurut beliau, penjajah telah meminggirkan undang-undang Islam setelah mereka gagal untuk memurtadkan penduduk supaya meninggalkan ajaran Islam kerana melaksanakan konsep sekularisma memisahkan agama dengan urusan dunia.

Undang-undang Islam itu katanya telah dipinggirkan secara halus dengan cara mewujudkan Jabatan Agama Islam sedangkan Islam itu lebih besar dan tidak perlu berada di bawah satu jabatan.

"Mengapa Islam ada pejabat seperti pejabat haiwan, pejabat hutan dan bermacam-macam pejabat lagi. Islam ditadbirkan bukan Islam dikongkong," tegasnya.

Beliau berkata, undang-undang Islam bukan sekadar undang-undang keluarga, pusaka serta berkait dengan wakaf bahkan undang-undang keluarga tidak boleh diasingkan daripada undang-undang lain.

Mengulas tentang Suruhanjaya Reid katanya, PAS bersama NGO Islam pernah menghantar memorandum mendesak supaya Islam diletakkan dalam pelembagaan kerana umat Islam merupakan majoriti besar selepas kemerdekaan.

Katanya, tekanan itu menyebabkan Suruhanjaya Reid meletakkan Perlembagaan Fasa 3 Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain boleh diamalkan.

Menurut beliau, selepas 56 tahun negara mencapai kemerdekaan pemikiran pimpinan negara masih jumud kerana mereka tidak mengikut ajaran Islam.

PAS mendesak supaya syariat Islam yang sempurna dilaksanakan secara umum malangnya ada kalangan yang menentang kerana menganggap syariat Islam lemah sehingga mereka menghentam undang-undang Islam, katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengimbas sejarah PAS menyertai kerajaan campuran pada tahun 1970-an yang tegas dengan pendirian sehingga menegaskan majlis tari menari bercampur lelaki dan perempuan.

"PAS membantah minuman arak dihidangkan dalam jamuan negara menuntut laungan azan di radio dan TV di adakan," katanya.

Begitu juga tambah beliau, iklan arak dan judi dihapuskan dalam media kerajaan dan PAS minta supaya ada hak untuk menyebarkan kefahaman Islam di Kementerian.