Ahad, 29 September 2013
Sabtu, 28 September 2013
Kisah sahabat yang jenazahnya dilindungi lebah
| http://detikislam.blogspot.com, | 28 Sep 2013 |
Diriwayatkan dari Abu
Hurairah radhiallahu ' anhu dia berkata , "Rasulullah shallallahu '
alaihi wa sallam mengutus 10 mata-mata yang dipimpin Ashim bin Tsabit al
-Anshari datuk Ashim bin al -Khaththab. Ketika mereka tiba di daerah
Huddah antara Asafan dan Mekah mereka berhenti di sebuah kampung suku
Hudhail yang biasa disebut sebagai Bani Luhayan .
Kemudian
Bani Luhayan menghantar kira-kira 100 orang pasukan memanah untuk
mengejar para mata-mata Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.
Mereka berjaya menemui sisa makanan berupa biji kurma yang mereka makan
di tempat rehat itu. Mereka berkata , 'Ini adalah biji kurma Madinah,
kita harus mengikuti jejak mereka. '
Ashim
merasa rombongannya diikuti Bani Luhayan, kemudian mereka berlindung
di sebuah kebun. Bani Luhayan berkata, ' Turun dan menyerahlah, kami
akan membuat perjanjian dan tidak akan membunuh salah seorang di antara
kalian. ' Ashim bin Tsabit berkata , 'Aku tidak akan menyerahkan diri
pada orang kafir. ' Lalu memanjatkan doa, 'Ya Allah, beritakan keadaan
kami ini kepada Nabi -Mu shallallahu 'alaihi wa sallam. '
Rombongan
Bani Luhayan merejam utusan Rasulullah dengan tombak sehingga Ashim
pun terbunuh. Utusan Rasulullah tinggal tiga orang, mereka bersetuju
untuk membuat perjanjian. Mereka itu adalah Hubaib, Zaid bin Dasnah dan
seorang lelaki yang kemudian ditombak pula setelah mengikatnya. Lelaki
yang ketiga itu berkata, 'Ini adalah pengkhianatan pertama. Demi
Allah, aku tidak akan berkompromi kepadamu kerana aku telah mempunyai
teladan ( sahabat- sahabatku yang terbunuh ) . '
Kemudian
rombongan Bani Hudhail membawa pergi Hubaib dan Zaid bin Dasnah,
mereka berdua dijual. Ini berlaku setelah peperangan Badar. Adalah Bani
Harits bin Amr bin Nufail yang membeli Hubaib. Kerana Hubaib adalah
orang yang membunuh al -Harits bin Amir pada peperangan Badar. Kini
Hubaib menjadi tawanan Bani al -Harits yang telah bersepakat untuk
membunuhnya.
Pada
suatu hari Hubaib meminjam pisau cukur dari salah seorang anak
perempuan al-Harits untuk mencukur misainya, perempuan itu
meminjamkanya. Tiba-tiba anak lelaki perempuan itu mendekati Hubaib
bahkan duduk dipangkuannya tanpa sepengetahuan ibunya. Sementara tangan
kanan Hubaib memegang pisau cukur. Wanita itu berkata, "Aku sangat
terkejut". Hubaib tahu. Hubaib berkata, "Apakah kamu risau aku akan
membunuh anakmu? Aku tidak mungkin membunuhnya"
Wanita
itu berkata , "Demi Allah aku tidak pernah melihat tawanan sebaik
Hubaib. Dan demi Allah pada suatu hari, aku melihat Hubaib makan
setangkai anggur dari tangannya padahal kedua tangannya dibelenggu
dengan besi, sementara di Mekah bukan musim buah. Sungguh itu merupakan
rezeki yang dianugerahkan Allah kepada Hubaib."
Ketika
Bani al-Harits membawa keluar Hubaib dari tanah haram untuk
membunuhnya, Hubaib berkata, ' Berilah aku kesempatan untuk mengerjakan
solat dua rakaat" Mereka membenarkan solat dua rakaat. Hubaib berkata,
"Demi Allah, sekiranya kalian tidak menuduhku berputus asa pasti aku
menambah solatku" Lalu Hubaib memanjatkan doa, "Ya Allah, susutkanlah
jumlah bilangan mereka, musnahkanlah mereka, sehingga tidak ada seorang
pun dari keturunannya yang hidup" lalu mengucapkan syair :
Mati bagiku bukan masalah , selama aku mati dalam keadaan Islam
Dengan cara apa saja Allahlah tempat kembaliku
Semua itu aku kurbankan demi Engkau Ya Allah
Jika Engkau berkenan,
berkahilah aku berada dalam tembolok burung kerana lukaku ( syahid )
Lalu
Abu Sirwa'ah Uqbah bin Harits tampil untuk membunuh Hubaib. Hubaib
adalah orang Islam pertama yang dibunuh dan sebelum dibunuh melakukan
solat.
Nabi
Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam memberitahu para sahabat pada
hari diseksanya Hubaib, bahawa kaum Quraisy mengutus beberapa orang
untuk mencari bukti bahawa Ashim bin Tsabit telah terbunuh dalam
peristiwa itu, mereka mencari potongan tubuh Ashim kerana Ashim adalah
yang membunuh salah seorang pembesar Quraisy. Tetapi Allah melindungi
jenazah Ashim dengan menghantar sejenis sekawan lebah yang melindungi
jenazah Ashim , sehingga orang- orang itu tidak berjaya memotong
bahagian tubuh jenazah Ashim sedikit pun. " (HR. Al- Bukhari , no. 3989
; Abu Dawud , no. 2660. )
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber kisahmuslim.com
Kita ditipu oleh Yahudi tentang daging kambing
Mereka yang berpangkat doktor
menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana
daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang
mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi
serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi
dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah
makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada
kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut
sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat
sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada
memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung
Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai
masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi
kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur
molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih
mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing
mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan
mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada
daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan
ada di dalam daging kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan
protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan
kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.
Ikatan kolestrol tepu boleh
dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3
tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan
hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan
ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang
terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan
dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang
digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan
kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya
kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia
boleh mengakibatkan masalah jantung.
Sodium yang digunakan untuk mengawet
daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol
tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging
burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan
dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan
membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke
bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan
kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi.
Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol
tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi
yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat
peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak
sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang
tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar
tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang
tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar
mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah
tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit
terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan
menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang
banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami
masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening
kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing.
Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam
badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran
seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak
teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida
amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang
tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi
hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara
berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan
mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk
tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap
sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging
kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak
balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan
kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih
sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian
Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut
dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing.
Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang
lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu
yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan
mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan
daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa
getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya
menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran
kecintaan.
Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.
Wallahu'Alam.
KELAB GREENBOC: Isu Syiah: Jawapan Mantap Dari Mat Sabu
KELAB GREENBOC: Isu Syiah: Jawapan Mantap Dari Mat Sabu: K epimpinan ulama dan Unit Amal dari Iran, kata Mat Sabu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya b...
KELAB GREENBOC: Isu Syiah: Jawapan Mantap Dari Mat Sabu
KELAB GREENBOC: Isu Syiah: Jawapan Mantap Dari Mat Sabu: K epimpinan ulama dan Unit Amal dari Iran, kata Mat Sabu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya b...
Realiti duka pembangunan Sarawak
| Mohd Aizan Mohd Nor, | 28 Sep 2013 |
SAYA
baru pulang dari Bintulu seminggu lepas. Ia sememangnya suatu
pengalaman yang mengimbau kenangan lama bertugas di sini selama hampir
sedekad. Jika dibandingkan dengan zaman terdahulu sememangnya ‘gas town
of Sarawak’ yang masyhur ini telah jauh berubah. Saya yakin SCORE adalah
penyebabnya.Saya singgah sebentar di sebuah kedai kopi di sini untuk meluangkan masa berbual-bual dengan sahabat lama saya. Kami berbual panjang daripada peluang bisnes sehinggalah harga udang di sini. Kesimpulannya, Bintulu semakin maju dan membangun. Saya sedikit cemburu saya ditakdirkan bertugas di sini sekitar awal 2000-an dan bukan sekarang.
Namun, fikiran saya sedikit terganggu. Bagaimana pula dengan bahagian-bahagian lain di Sarawak? Adakah ini fenomena di bandar-bandar semata atau bagaimana?
Kunjungan ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang sekitar sedikit-sebanyak menjawab persoalan saya tadi. Ada jalan-jalan yang sudah ditar dan beberapa buah kampung dan rumah panjang sudah menerima bekalan elektrik. Namun, masih ramai yang bersungut tiada bekalan air bersih dan masih menggunakan air hujan untuk keperluan harian. Tidak kurang juga yang mengeluh klinik kesihatan terlalu jauh. Nampaknya perubahan di daerah ini tidak sepantas yang disangka.
MENGEJUTKAN!
Jika diteliti daripada perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Negara dalam Laporan Penyiasatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012, hanya 57.4% daripada penduduk luar bandar Sarawak menerima bekalan air paip di rumah-rumah mereka. Mengejutkan! Padahal purata luar bandar Malaysia adalah sekitar 81.8%.
Dari segi bekalan elektrik pula, 1.7% daripada penduduk luar bandar di Sarawak masih belum menikmati bekalan elektrik walhal purata luar bandar Malaysia hanyalah 0.7% iaitu mendekati elektrifikasi penuh!
Kemudian jika ditinjau dari sudut kemudahan kesihatan, lebih setengah iaitu 51.0% penduduk luar bandar Sarawak tinggal lebih 9 km daripada pusat-pusat kesihatan awam. Ini adalah angka paling tinggi di Malaysia. Suatu keadaan yang mungkin terlalu asing untuk kita di seberang sini.
Malahan, trend yang sama juga dapat dilihat dari aspek kemudahan sekolah rendah dan menengah di luar bandar Sarawak di mana 12.6% pelajar sekolah rendah dan 62.9% pelajar sekolah menengah tinggal lebih 9 km daripada kediaman masing-masing. Purata luar bandar Malaysia hanyalah 3.6% untuk sekolah rendah dan 20.5% untuk sekolah menengah!
Tidaklah dapat dinafikan bahawa Sarawak telah membangun dengan pesat selama 50 tahun bersama Malaysia. Negeri ini mempunyai kadar pertumbuhan antara yang tertinggi di Malaysia dan tahun lepas telah menyumbang 8% kepada pertumbuhan keluaran negara kasar Malaysia. Sarawak adalah penyumbang terbesar hanya di belakang Selangor, Pulau Pinang dan Johor! Namun, apa yang merunsingkan saya ialah bagaimana dalam jangkamasa yang sama, penduduk Malaysia di seberang sini menikmati kualiti hidup yang jauh berbeza dengan rakan-rakan di Malaysia Timur?
Ya, memang benar ‘Sarawak Harmoni’ tetapi adakah benar ‘Kemakmuran Dinikmati’ jika inilah realiti sebenar yang perlu diredahi rakyat Sarawak khususnya di luar bandar sejak sekian lama?
Mungkin ada yang akan menjelaskan bahawa angka-angka ini perlu dinisbahkan kepada keluasan Bumi Kenyalang itu sendiri dan keadaan geografinya yang mencabar, namun persoalannya, kenapa ketidakseimbangan pembangunan itu terlalu ketara seolah-olah kita berada di negara yang lain? Mungkin inilah sebabnya ada sesetengah rakyat Sarawak yang mempunyai sentimen negatif terhadap ‘orang Malaya’. Malahan, jangan terkejut jika anda terbaca komentar-komentar daripada rakan-rakan Sarawak yang mahukan Sarawak meninggalkan Malaysia.
Integrasi nasional bukanlah semata-mata menyanyikan lagu kebangsaan yang sama atau menggunakan kurikulum nasional yang serupa, tetapi yang juga sama penting ialah peluang pembangunan yang saksama tanpa mengira batasan geografi.
Saya yakin pemerintah di persekutuan mempunyai niat yang ikhlas untuk Sarawak. Namun, niat yang baik tidak memadai jika realiti hidup serba kekurangan ini perlu dihadapi oleh penduduk luar bandar Sarawak saban tahun. Saya belum bercerita tentang isu-isu lain. Pemerintah di persekutuan perlu insaf hakikat ini. Keadilan pembangunan di Sarawak harus ditegakkan!
Mohd Aizan Mohd Nor ialah Pengarah, Sarawak Centre
Langgan:
Catatan (Atom)