Isnin, 13 Mei 2013

Ibnu Hasyim: Gambar Himpunan "blackout" Peringkat Negeri Perak

Ibnu Hasyim: Gambar Himpunan "blackout" Peringkat Negeri Perak: Himpunan "Blackout" Negeri Perak, Di Hadapan Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat Perak, Medan Istana, Ipoh, Perak malam ini 12hb ...

Ibnu Hasyim: Sia-sia Balik Mengundi Dari Luar Negara...

Ibnu Hasyim: Sia-sia Balik Mengundi Dari Luar Negara...: Ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara pulang pada 5 Mei untuk mengundi. Ada dari Australia,Qatar,Saudi,New Zealand ,Taiwan da...

Hari ini 44 tahun lalu

Rossem, 13 Mei 2013
44 tahun dulu, tanggal 13 Mei 1969, rusuhan pecah. Langit Kuala Lumpur merah. Asap hitam berkepol, rumah-rumah dijarah, tinggal puing, mayat bergelimpangan, rakyat panik.

Ketika itu usia belasan tahun, menuntut disebuah institusi pembelajaran di pinggir Kuala Lumpur, tiba-tiba seorang pegawai Polis pangkat tinggi datang “Sesiapa mahu menjadi sukarelawan polis boleh daftar nama sekarang juga”

Setelah mendaftar nama bersama ratusan teman-teman pelajar. Esoknya dibekalkan selaras senapang setiap seorang dengan 10 biji peluru penabur. Kartu berwarna kuning dengan lambang polis yang tertera nama pemilik diberikan.

“Tugas kamu membantu mengawal pengungsi (pelarian) yang melarikan diri dari kawasan awan ke lokasi selamat yang disediakan pemerintah, iaitu di Stadium Negara dan Stadium Chinwoo yang berdekatan,” kata pegawai polis itu kepada komandan sekolah kami belajar.

Melihat anak-anak kecil yang menangis, ibu-ibu yang ketakutan, dan orang tua yang uzur dan saling curiga mencurigai tinggal dalam kondisi bersesak -sesak sehelai sepinggang dalam stadium, dengan bekalan air minum tak mencukupi apalagi untuk mandi, tandas tak sampai sepuluh buah untuk menampung ribuan penggusi, lalu pertanyaan pun timbul “Politik apa ini?”

Senasib dengan pengungsi ialah petugas seperti kami yang berkerja terus menerus siang malam tanpa ganti, stadium sudah menjadi rumah kami, makan ala kadar dan tanpa gaji atau elaun.

Dalam kepenatan itu, sambil baring, kami menolog “Wahai pemuka-pemuka negara yang bijaksana, kenapa kamu memilih politik perkauman seperti ini?”

Hari ini, genap 44 tahun tragedi Mei 13 berlalu, kita masih bersedih, ada lagi rupanya parti politik yang mengamalkan sikap perkauman!

Lalu teringat ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  di Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk Pengalaman Kelantan,  8 Oktober 2011,  PCB Resort, Kota Bharu.

“Perbalahan kaum seperti terjadi di Kuala Lumpur itu tak berlaku di Kelantan yang ketika itu di bawah pemerintahan PAS,” ujar Tok Guru.

“Ini bukan secara kebetulan, tapi lebih kepada usaha yang dilakukan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Asri Haji Muda memanggil semua penghulu seluruh Kelantan ke JKR 10, memberitahu mereka; "Kerajaan Kelantan tak mahu melihat  walau setitis  darah orang Cina tumpah di bumi ini,  atau sehelai bulu roma terlerai dari badan,” sambung  Tok Guru.  Khalayak non-Muslim yang hadir pun senyum lebar.

Sebuah harapan dari seorang pemimpin  yang meletakkan Islam segala-galanya melebihi ras.

Sekarang perjuangan itu diteruskan sosok yang baru, Datuk Haji Ahmad Yakob.

'Menyuap' 17 kerusi di Terengganu


 
ULASAN "Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah."

Demikian tutur Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang telah heboh seantero negara, setelah beliau diberikan mandat oleh rakyat Terengganu untuk mengemudi bumi Darul Iman.

Ahmad Said mengingatkan saya kepada Abdullah Quilliam. Nama mereka mungkin bermula dengan aksara ‘A' yang sama, namun pendekatan mereka jauh berbeza, bahkan lebih jauh antara aksara ‘A' dan ‘Z'.

Siapakah gerangan Abdullah Quilliam ini?

Abdullah Quilliam merupakan seorang peguam tersohor di kepulauan British pada penghujung abad ke-19. Abdullah, setelah memeluk Islam pada tahun 1887, telah membuka masjid pertama di Britain, di kota raya metropolitan Liverpool yang merupakan bandaraya kedua dalam Empayar British selepas London.

Abdullah Quilliam merupakan seorang tokoh masyarakat dan ulama yang sangat dihormati oleh penduduk Liverpool, sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II menggelar beliau sebagai ‘Sheikhul Islam of British Isle'.

Makanan percuma

Pada tahun 1888, beliau telah memulakan pendekatan menghidangkan sarapan pagi percuma kepada kanak-kanak miskin yang kelaparan, tanpa mengira batasan ras, agama dan keturunan.

Walaupun Islam merupakan agama minoriti di Liverpool pada zamannya (dan masih sehingga kini), beliau tidak membutakan matanya kepada anak-anak kecil yang majoritinya berbangsa Inggeris dan beragama Kristian.

Demi kanak-kanak miskin Kristian dan Muslim. Sama-sama disuap, sama-sama diusap.
Namun sayang sekali di Terengganu, hanya 17 kerusi yang ingin ‘disuap'.

Semasa sambutan hari Natal pula, Abdullah Quilliam akan menggandakan sesi pemberian makanan. Akhbar tempatan melaporkan antara 200 ke 400 orang kanak-kanak Inggeris dijamu makanan pada waktu pagi dan antara 400 ke 600 orang kanak-kanak Inggeris disuapkan sandwic daging dan menghirup teh panas, untuk mengatasi kedinginan musim sejuk yang mencengkam anak-anak kecil.

Berlaku adil dan berkasih sayang kepada rakyat yang susah, lebih-lebih lagi semasa sambutan hari Krismas, menjadikan Abdullah Quilliam lebih dekat dengan ajaran Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW.

Abdullah Quilliam berlaku adil tatkala Muslim merupakan etnik minoriti. Apa susah sangatkah untuk Ahmad Said berlaku adil semasa memimpin kumpulan majoriti? Guru hebat, murid sama hebat.
Lord Stanley of Alderley Edge merupakan salah seorang tokoh bangsawan yang telah memeluk Islam di hadapan Abdullah Quilliam.

Semasa beliau meninggal dunia pada Disember 1903, penyempurnaan jenazah beliau menjadi konflik antara Abdullah dan paderi-paderi gereja.

Paderi-paderi gereja menyangka Lord Stanley masih seorang Kristian. Hujah mereka ialah beliau berterusan menyumbang perbelanjaan menyenggara gereja-gereja sedia ada dan membina gereja gereja baru di tanah-tanah milik beliau.

Justeru mereka berpendapat bahawa jenazah Lord Stanley mesti diuruskan mengikut tatacara agama Kristian.

Namun Abdullah Quilliam menunjukkan surat wasiat Lord Stanley yang meminta agar jenazah beliau disemadikan berdasarkan tatacara Islam. Ini membuktikan beliau memang meninggal dunia sebagai seorang Muslim.

Sungguh menarik apabila Abdullah berhujah bahawa beliau terus membiayai penyenggaraan dan pemulihan gereja-gereja di atas tanah beliau yang luas itu kerana itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Lord Stanley sebagai seorang Muslim.

Indah sekali apabila "orang kita" dibiaya, "mereka" turut sama merasa.

Islam mendidik keadilan

Biarpun fizikal Abdullah Quilliam dan Lord Stanley lahir sebagai seorang Kristian, Islam telah
membangunkan roh mereka menjadi pemimpin yang adil. Mereka bertindak sebagai khadimul ummah, iaitu pelayan umah, melangkaui sempadan bangsa dan agama agar rakyat harmoni dan bahagia.

Adilkah jika pada tahun 2008 wakil rakyat BN daripada ‘team B' berterusan memulaukan Ahmad Said walaupun setelah diperkenaan Tuanku Sultan?

Adilkah jika seorang menteri besar digaji oleh seluruh rakyat namun hanya berkhidmat dengan syarat? Adilkah jika rakyat di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut menolak untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah?

Adilkah apabila royalti hasil minyak negeri Terengganu pernah dinafikan kepada rakyat Terengganu oleh orang Terengganu sendiri? Bibir kita boleh mengetap, namun hati kita pasti boleh menjawab.

Rakyat, sama ada yang memangkah atau tidak memangkah BN pada 5 Mei lalu, mesti bersikap adil dengan menghormati Ahmad Said sebagai menteri besar. Demikian juga Ahmad Said mesti berlaku adil kepada sekalian rakyat Terengganu.

Simbiosis keadilan ini yang akan mewujudkan kebahagiaan dan kemajuan. Legasi keadilan
Setelah seribu tahun, Khalifah Umar Abdul Aziz terus diingati walaupun hanya memerintah selama dua tahun.

Selepas seratus tahun, Abdullah Quilliam meninggalkan kesan di hati orang Melayu walaupun beliau seorang Inggeris. Selepas lima tahun, kami yakin Ahmad Said boleh bersifat lebih adil daripada kata-katanya.

Legasi ketokohan seorang pemimpin bukan pada tempoh pemerintahan mahupun pada bangsanya. Wibawa seorang pemimpin itu terletak kepada keupayaan melimpahkan keadilan untuk dinikmati seluruh rakyat jelata.

Orang Melayu, Cina dan India akan terus makmur dan sejahtera andai legasi Abdullah Quilliam dirasai bersama!

Himpunan rakyat berdepan puak rasis

Himpunan rakyat berdepan puak rasis

Perlumbaan ini pasti milik kita!

Uncle Brown, 13 Mei 2013
Tipu menang demi kuasa
Tipu menang bukan haknya
Tipu menang sampai gila
Tipu menang rakyat kecewa
Tipu menang rakyat sengsara
Tipu menang sampai bila?
Tipu tapi jangan lupa
Jangan lupa bila sampai masa kebenaran pasti ada
Jangan lupa kemenangan yang benar tetap membara
Jangan lupa suara rakyat suara perkasa
Jangan lupa hasrat rakyat pasti berjaya
Jangan lupa kuasa rakyat kuasa luar biasa

Ku utus salam perjuangan untuk semua
Salam untuk semua pencinta
Pencinta demokrasi Negara
Kukuh berpadu demi semua bangsa
Tolak perkauman yang sangketa
Mari terus bina semangat bersama
Kerana hari ini dalam sejarah bangsa
Bangsa bersatu bangsa bebas merdeka
Semoga dipanjangkan usia wahai pejuang bangsa
Terima kasih dan doaku kirim untuk semua
Kerana perlumbaan ini pasti milik kita!

Uncle Brown
13 Mei 2013

Biar Umno perintah, MCA dan Gerakan beralih arah

Biar Umno perintah, MCA dan Gerakan beralih arah