Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa menaiki penerbangan kelas pertama Malaysia Airlines System (MAS) bagi tujuan lawatan rasminya ke luar negara.
Ahli Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming berkata, Perdana Menteri seharusnya mencontohi rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang menaiki penerbangan Singapore Airlines bagi menjimatkan jutaan ringgit wang rakyat untuk membuat lawatan kerja ke luar negara.
"Kerajaan membelanjakan RM28.8 juta sebagai kos sewa tahunan pesawat Perdana Menteri dan RM5.5 juta untuk menyelenggara pesawat jet VVIP tersebut.
"Selain kos pesawat Perdana Menteri, kerajaan juga menanggung kos RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Perdana Menteri sejak 2008," dakwanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau berkata, demikian ketika mengulas lanjut jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim terhadap soalan bertulis beliau meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kos perbelanjaan yang terlibat untuk pembelian atau penyewaan, penyelenggaraan dan pembaikan kapal terbang jet rasmi Perdana Menteri dalam tempoh 2000 hingga tahun ini.
Menurut Shahidan, dalam tempoh tiga tahun dari 2010, kerajaan telah membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan kos pembaikan jet pula sebanyak RM3.32 juta.
"Dengan kata lain, kerajaan menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi PM dalam tempoh tiga tahun sahaja," katanya. -SH
http://www.youtube.com/watch?v=tJEFX0M9S_s&feature=player_embedded
3 comments:
View Comments/Post a Comment
Lihat saja laporan audit negara sejak dari 2008, apa tindakan kerajaan terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pembelian harta kerajaan? Dalam PDRM pun, kenderaan boleh "hilang", ini baru sewa kapal terbang, NO HAL le.
Sedarlah wahai rakyat, kita harus "menyokong" pemimpin yang "berbelanja boros", "tidak berhemah", "tiada integriti", ... Yang telus, berintegriti, berhemah, berwawasan, ... kita "tolak" bulat-bulat. Dengan ini, MalaysiaKu baru boleh menjana kemakmuran yang boleh membawa ke arah kemuflisan.
1.22 TRILION duit negara "lesap" entah ke mana? 732 bilion dari Petronas + 534 bilion hutang negara = 1.266 TRILION (JUTA JUTA). Kalau guna pendapatan dari Petronas untuk bayar hutang pun, kita masih berbaki 198 bilion. Sudah sampai masanya, kita berterima kasih kepada bangsa BN yang telah menjana "kemakmuran" negara dengan memperbanyakkan hutang negara. Terima kasih BN. JasaMu dikenang umpama Harimau mati meninggalkan belang.
HIDUP MALAYSIA. HIDUP MALAYSIA. HIDUP MALAYSIA.
HIDUP BN. HIDUP BN. HIDUP BN.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.
Semoga balasan Allah disegerakan keatas orang yang menzalimi rakyat.