Hambali Akram, |
Namun, suka saya mengingatkan anda semua bahawa orang Melayu khususnya penyokong Umno tidak ambil kisah sangat tentang laporan audit tersebut. Bagi mereka selagi dapat cukup makan, ada tempat tinggal, setiap bulan dapat gaji dan sekali-sekala dapat BR1M – itu sudah memadai.
Orang Melayu yang menyokong Umno yang bersifat begini bukan sahaja tinggal di luar bandar, malah di bandar pun ramai juga, kalau tidak masakan Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya Umno boleh menang!
Oleh hal yang demikian, ingin saya menyarankan kepada cerdik pandai khususnya pemimpin dan penyokong Pakatan rakyat, marilah kita bersama-sama mencari jalan untuk menyedarkan para penyokong Umno ini tentang laporan audit ini.
Beri penerangan kepada mereka bahawa negara Malaysia semakin hari semakin kronik, semakin banyak hutang, semakin itu dan semakin ini. Tidak mustahil negara akan bangkrap suatu hari nanti. Oleh itu sudah sampai masanya Umno direhatkan dan beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah.
Yakinkan mereka bahawa PR telah berjaya di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang – juga Kedah, Terengganu dan Perak – walaupun sekejap. Yang paling mudah untuk dijadikan hujah ialah di Selangor. PR berjaya melakukan perbelanjaan berhemat dan mempunyai rizab tunai kira-kira 3 bilion, bahkan mampu memberi duit raya sebulan gaji ketika kerajaan pusat hanya mampu memberi RM500 kepada kakitangan kerajaan.
Oleh itu, selain media massa, kita perlua memikirkan cara yang paling sesuai dan ampuh untuk menyedarkan penyokong Umno daripada mimpi indah. Saya mencadangkan perkara ini kerana bimbang bahawa ramai penyokong Umno tidak membaca dan tidak ambil kisah tentang laporan audit ini. Tidak ada gunanya kita berhujah dan berceramah di merata tempat jika tidak sampai kepada sasarannya – penyokong Umno.
Maka, di sinilah terletaknya tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang prihatin nasib masa depan generasi akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan