Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)
Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Satu kajian yang dijalankan terhadap
janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad
saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang
diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak
lebih 1400 tahun yang lalu.
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor
perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu
ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai
khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari
Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul
The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi
hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu
menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada
sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan,
mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami
anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang
disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara
saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit
dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami
dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)
Wallahu’alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan