Bersabda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, maknanya:
- “dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72 di antaranya di neraka dan hanya satu yang di syurga iaitu al-Jama’ah”. (H.R. Abu Dawud)
Akal
adalah syahid atau saksi dan bukti, kebenaran syara’. Inilah
sebenarnya yang dilakukan oleh ulama tauhid atau ulama al-kalam atau
teologi. Yang mereka lakukan adalah taufiq atau pemaduan antara
kebenaran
syara’ dengan kebenaran akal. Mengikuti jejak nabi Ibrahim, seperti
dikisahkan al-Quran- ketika membantah raja Namrud dan kaumnya, di mana
beliau menundukkan mereka dengan dalil akal.
Fungsi akal dalam agama adalah sebagai saksi bagi kebenaran syara’, bukan sebagai peletak dasar bagi agama itu sendiri. Berbeza dengan golongan falsafah berbicara tentang Allah, malaikat dan banyak hal lainnya yang hanya berdasarkan penilaian akal semata-mata. Mereka menjadikan akal sebagai dasar agama tanpa memandang ajaran yang dibawa para nabi dan rasul.

Tuduhan
kaum Musyabbihah dan Mujassimah, iaitu kaum yang sama sekali tidak
memfungsikan akal dalam agama, terhadap Ahlussunnah Wal Jamaah sebagai
’Aqlaniyyun atau 'kaum yang hanya mengutamakan akal' atau sebagai kaum
Mu’tazilah atau Afrakh al-Mu’tazilah (anak bibit kaum Mu’tazilah). Tuduhan
dengan alasan kerana menggunakan akal sebagai salah satu sumber utama,
adalah suatu tuduhan yang amat salah.
Ini tidak ubah seperti kata pepatah Arab “Qabihul Kalam Silahulliam” Yakni, kata-kata yang buruk adalah senjata para pengecut. Secara ringkas tetapi namun padat, kita ketengahkan pembahasan tentang Ahlussunnah sebagai al-Firqah an-Najiyah atau golongan yang selamat, asal-usulnya, dasar-dasar ajaran dan sistemnya.
Sekilas, renung sejarah aqidah..

Sejarah
mencatat bahawa di kalangan umat Islam bermula dari abad-abad
permulaan, mulai dari masa khalifah Sayyidina Ali ibn Abi Thalib
sehinggalah
sekarang terdapat banyak firqah atau golongan dalam masalah aqidah yang
saling bertentangan di antara satu sama lain. Ini fakta yang tidak dapat
dibantah. Bahkan dengan tegas dan jelas Rasulullah telah menjelaskan
bahawa umatnya akan berpecah menjadi 73 golongan.
Semua ini sudah tentunya dengan kehendak Allah, dengan berbagai hikmah tersendiri, walaupun tidak kita ketahui secara pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Namun Rasulullah juga telah menjelaskan jalan selamat yang perlu kita ikuti dan panuti agar tidak terjerumus dalam kesesatan. Iaitu dengan mengikuti apa yang diyakini oleh al-Jama’ah; majoriti umat Islam.
Kerana Allah telah menjanjikan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad, bahawa umatnya tidak akan tersesat selama mana mereka berpegang teguh kepada apa yang disepakati oleh kebanyakan mereka. Allah tidak akan menyatukan mereka dalam kesesatan. Kesesatan akan menimpa mereka yang menyimpang dan memisahkan diri dari keyakinan majoriti. Majoriti umat Muhammad dari dulu sampai sekarang adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah.
Mereka adalah para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam Ushul al-I’tiqad atau dasar-dasar aqidah. Iaitu Ushul al-Iman al-Sittah atau dasar-dasar iman yang enam, seperti disabdakan Rasulullah dalam hadith Jibril bermaksud :

- “Iman adalah engkau mempercayai Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab- kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir serta Qadar (ketentuan Allah); yang baik mahupun buruk”. (H.R. al Bukhari dan Muslim)
Mengenai al-Jama’ah dan pengertiannya, sebagai majoriti umat Muhammad tidak
lain adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah tersebut dijelaskan oleh Rasulullah
dalam sabdanya yang bermaksud:
- “Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan kerana syaitan akan menyertai orang yang sendirian. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di syurga hendaklah ia berpegang teguh pada (keyakinan) al-Jama’ah”. (H.R. at-Tirmidzi; berkata hadith ini Hasan Shahih juga hadith ini dishahihkan oleh al-Hakim).
Iaitu hadith riwayat Abu Daud yang merupakan hadith Shahih Masyhur, diriwayatkan oleh lebih dari 10 orang sahabat. Hadith ini memberi kesaksian akan kebenaran majoriti umat Muhammad bukan kesesatan firqah-firqah yang menyimpang. Jumlah pengikut firqah-firqah yang menyimpang ini, jika dibandingkan dengan pengikut Ahlussunnah Wal Jama’ah sangatlah sedikit.
Seterusnya di kalangan Ahlussunnah Wal Jama’ah terdapat istilah yang popular iaitu “ulama salaf”. Mereka adalah orang-orang terbaik dari kalangan Ahlusssunnah Wal Jama’ah yang hidup pada 3 abad pertama hijriyah sebagaimana sabda nabi yang maknanya:
- “Sebaik-baik abad adalah abadku kemudian abad setelah mereka, kemudian abad setelah mereka”. (H.R. Tirmidzi)
Pada
masa ulama salaf ini, di sekitar tahun 260 H, mula tercetus bid’ah
Mu’tazilah, Khawarij, Musyabbihah dan lain-lainnya dari
kelompok-kelompok yang membuat fahaman atau mazhab baru. Kemudian
muncullah dua imam muktabar pembela Aqidah Ahlus sunnah iaitu Imam Abu
al-Hasan al-Asy’ari (W. 324 H) dan Imam Abu Manshur al-Maturidi (W. 333
H) –semoga Allah meridhai keduanya.
Mereka menjelaskan aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah yang diyakini para sahabat Nabi Muhammad, juga orang-orang yang mengikuti mereka, dengan mengemukakan dalil-dalil naqli atau nas-nas al-Quran-Hadith, dan dalil-dalil aqli atau argumentasi rasional. Juga disertai dengan bantahan-bantahan terhadap syubhat-syubhat (atau sesuatu yang dilontarkan untuk mengaburkan hal yang sebenarnya) golongan Mu’tazilah, Musyabbihah, Khawarij dan ahli bid’ah lainnya.

Disebabkan
inilah Ahlussunnah dinisbahkan kepada keduanya. Mereka; Ahlussunnah Wal
Jamaah akhirnya dikenali dengan nama al-Asy’ariyyun (para pengikut Imam
Abu al-Hasan Asy’ari) dan al-Maturidiyyun (para pengikut Imam Abu
Manshur al-Maturidi). Hal ini menunjukkan bahawa mereka adalah satu
golongan iaitu al-Jama’ah. Kerana sebenarnya jalan yang ditempuhi oleh
al-Asy’ari dan al-Maturidi dalam pokok aqidah adalah sama dan satu. Perbezaan yang terjadi di antara keduanya hanyalah pada
sebahagian masalah-masalah furu’ (cabang) aqidah.
Hal tersebut tidak menjadikan keduanya saling berhujah dan berdebat atau saling menyesatkan. Serta tidak menjadikan keduanya terlepas dari ikatan golongan yang selamat (al-Firqah al-Najiyah). Perbezaan antara al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini adalah seperti perselisihan yang terjadi di antara para sahabat nabi, tentang adakah Rasulullah melihat Allah pada saat Mi’raj? Sebahagian sahabat, seperti ‘Aisyah dan Ibn Mas’ud mengatakan bahawa Rasulullah tidak melihat Tuhannya ketika Mi’raj.
Sedangkan Abdullah ibn ‘Abbas mengatakan bahawa Rasulullah melihat Allah dengan hatinya. Allah memberi kemampuan melihat kepada hati Nabi Muhammad atau membuka hijab sehingga dapat melihat Allah. Namun demikian al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini tetap bersama atau bersefahaman dan sehaluan dalam dasar-dasar aqidah. Al-Hafiz Murtadha az-Zabidi (W. 1205 H) mengatakan:

- “Jika dikatakan Ahlussunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksud adalah al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah “. (Al-Ithaf Syarah li Ihya Ulumuddin, juz 2 hlm 6)
Maka
aqidah yang sebenar dan diyakini oleh para ulama salaf yang soleh
adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah.
Kerana sebenarnya keduanya hanyalah merumuskan serta membuat ringkasan
yang mudah (method) dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi
dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahlusssunnah adalah aqidah yang
diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para pengikut
madzhab Syafi’i, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari
madzhab Hanbali (Fudhala’ al-Hanabilah).
Aqidah
ini diajarkan di pondok-pondok Ahlussunnah di negara kita
Malaysia, Indonesia, Thailand dan lain-lainnya. Dan Alhamdulillah, aqidah
ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia
seperti Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama al-Azhar),
negara-negara Syam (Syria), Jordan, Lubnan dan Palestin), Maghribi,Yaman,
Iraq, Turki, Chechnya, Afghanistan dan banyak lagi di negara-negara
lainnya.
Maka
wajib bagi kita untuk sentiasa memberi penuh perhatian dan serius dalam
mendalami aqidah al- Firqah al-Najiyah yang merupakan aqidah golongan
majoriti. Kerana ilmu aqidah adalah ilmu yang paling mulia, sebab ia
menjelaskan pokok atau dasar agama. Abu Hanifah menamakan ilmu ini
dengan al-Fiqh al-Akbar. Kerana mempelajari ilmu ini wajib diutamakan
dari mempelajari ilmu-ilmu lainnya. Setelah selesai atau khatam
mempelajari ilmu ini barulah disusuli dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.
Inilah method yang diikuti para sahabat nabi dan ulama rabbaniyyun dari kalangan salaf mahupun khalaf dalam mempelajari agama ini. Tradisi ini telah bermula dari zaman Rasulullah, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Umar dan Jundub, maknanya:

- “Kami ketika remaja saat mendekati baligh- bersama Rasulullah mempelajari iman (tauhid) dan belum mepelajari al-Qur’an. Kemudian kami mempelajari al-Qur’an maka bertambahlah keimanan kami”. (H.R. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Hafidz al-Bushiri).
Ilmu
aqidah juga disebut dengan ilmu kalam. Hal ini kerana ramainya golongan
yang menyalahgunakan nama Islam namun menentang aqidah Islam yang
sebenar dan banyaknya kalam (argumentasi) dari setiap golongan
untuk membela aqidah mereka yang sesat. Tidak semua ilmu kalam itu
tercela, sebagaimana dikatakan oleh golongan Musyabbihah (kelompok yang
menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya).
Tetapi ilmu kalam terbahagi menjadi dua bahagian; ilmu kalam yang terpuji dan ilmukalam yang tercela. Ilmu kalam yang kedua inilah yang menyalahi aqidah Islam kerana dikarang dan dipelopori oleh golongan-golongan yang sesat seperti Mu’tazilah, Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya) dan ahli bid’ah lainnya. lmu kalam yang terpuji pula, ialah ilmu kalam yang dipelajari oleh Ahlussunah untuk membantah golongan yang sesat.
Dikatakan terpuji kerana pada hakikatnya ilmu kalam Ahlussunnah adalah taqrir. Penyajian prinsip-prinsip aqidah dalam formatnya yang sistematik dan argumentatif; dilengkapi dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Dasar-dasar ilmu kalam ini telah wujud di kalangan para sahabat. Di antaranya, Imam Ali ibn Abi Thalib dengan argumentasinya yang kukuh dapat mengalahkan golongan Khawarij, Mu’tazilah dan juga dapat membantah empat puluh orang yahudi yang meyakini bahwa Allah adalah jisim (benda).
Demikian pula Abdullah ibn Abbas, Al-Hasan ibn Ali ibn Abi Thalib dan Abdullah ibn Umar juga membantah kaum Mu’tazilah. Sementara dari kalangan tabi’in; Imam al-Hasan al-Bashri, Imam al-Hasan ibn Muhamad ibn al-Hanafiyyah; cucu Saidina Ali ibn Abi Thalib dan khalifah Umar ibn Abdul Aziz juga pernah membantah kaum Mu’tazilah. Kemudian juga para imam dari empat mazhab; Imam Syafi’i, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, dan Imam Ahmad juga menekuni dan menguasai ilmu kalam ini.
Sebagaimana dinukilkan oleh al-Imam Abu Manshur al-Baghdadi (W 429 H) dalam kitab Ushul ad-Din, al-Hafizh Abu al-Qasim ibn ‘Asakir (W 571 H) dalam kitab Tabyin Kadzib al Muftari, al-Imam az-Zarkasyi (W 794 H) dalam kitab Tasynif al-Masami’ dan al ‘Allamah al Bayyadli (W 1098 H) dalam kitab Isyarat al-Maram dan lain-lain. Allah berfirman yang bermaksud:

- “Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah dan mohonlah ampun atas dosamu”. (Muhammad :19)
- “Iman kepada Allah dan rasul-Nya”. (H.R. Bukhari)
- “Akulah yang paling mengerti di antara kamu tentang Allah dan paling takut kepada-Nya”. (H.R. Bukhari)
Kerana
itu, sangat banyak ulama yang menulis kitab-kitab khusus mengenai
penjelasan aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah ini. Seperti..
- Risalah al-’Aqidah ath-Thahawiyyah karya al-Imam as-Salafi Abu Ja’far ath-Thahawi (W 321 H),
- kitab al‘Aqidah an-Nasafiyyah karangan al Imam ‘Umar an-Nasafi (W 537 H),
- al-‘Aqidah al-Mursyidah karangan al-Imam Fakhr ad-Din ibn ‘Asakir (W 630H),
- al ‘Aqidah ash-Shalahiyyah yang ditulis oleh al-Imam Muhammad ibn Hibatillah al-Makki (W 599H); beliau menamakannya Hadaiq al-Fushul wa Jawahir al Uqul, kemudian menghadiahkan karyanya ini kepada sultan Shalahuddin al-Ayyubi (W 589 H).
Tentang
risalah aqidah yang terakhir disebutkan, sultan Shalahuddin sangat
tertarik dengannya. Se hingga beliau memerintahkan untuk diajarkan sampai
kepada anak-anak kecil di madrasah-madrasah. Akhirnya risalah
aqidah tersebut dikenal dengan nama al ‘Aqidah ash-Shalahiyyah. Sultan
Shalahuddin adalah seorang ‘alim yang bermadzhab Syafi’i, mempunyai
perhatian khusus dalam menyebarkan al ‘Aqidah as-Sunniyyah.
Beliau memerintahkan para muadzdzin untuk mengumandangkan al ‘Aqidah as-Sunniyyah di waktu tasbih (sebelum adzan shubuh) pada setiap malam di Mesir, seluruh negara Syam (Syria, Jordan, Palestin dan Lebanon), Mekkah, Madinah, dan Yaman, sebagaimana dikemukakan oleh al Hafizh as-Suyuthi (W 911 H) dalam al Wasa-il ila Musamarah al Awa-il dan lainnya.
Sebagaimana banyak terdapat buku-buku yang telah dikarang dalam menjelaskan al ‘Aqidah as-Sunniyyah dan sentiasa penulisan itu terus berlangsung. Kita memohon kepada Allah semoga kita meninggal dunia dengan membawa aqidah Ahlissunah Wal Jamaah yang merupakan aqidah para nabi dan rasul Allah. Amin.
Apa Pandangan Jumhur Ulama Tentang Aqidah Asy'ariyyah?

As-Subki
dalam Thabaqat nya berkata: “Ketahuilah bahawa Abu al-Hasan al-Asy’ari
tidak membawa ajaran baru atau madzhab baru. Beliau hanya menegaskan
kembali madzhab salaf, menghidupkan ajaran-ajaran sahabat Rasulullah.
Penisbatan nama kepadanya kerana beliau konsisten dalam berpegang teguh
ajaran salaf. Hujjah (argumentasi) yang beliau gunakan sebagai landasan
kebenaran aqidahnya, juga tidak keluar dari apa yang menjadi hujjah para
pendahulunya. Kerana itu para pengikutnya kemudian disebut Asy’ariyyah.
Abu al-Hasan al-Asy’ari bukanlah ulama yang pertama kali berbicara tentang Ahlussunnah wal Jama’ah. Ulama-ulama sebelumya juga banyak berbicara tentang Ahlussunnah wal Jama’ah. Beliau hanya lebih memperkuat ajaran salaf itu dengan argumen-argumen yang kuat. Bukankah penduduk kota Madinah banyak dinisbatkan kepada Imam Malik, dan pengikutnya disebut al Maliki.
Ini bukan bererti Imam Malik membawa ajaran baru yang sama sekali tidak ada pada para ulama sebelumnya. Melainkan kerana Imam Malik menjelaskan ajaran-ajaran lama dengan penjelasan yang lebih terang, jelas dan sistematik. Demikian juga yang dilakukan oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari”.

Habib Abdullah ibn Alawi al-Haddad menegaskan bahawa..
“kelompok yang benar adalah kelompok Asy’ariyah yang dinisbatkan kepada Imam Asy’ari. Aqidahnya juga aqidah para sahabat dan tabi’in, aqidah ahlul haqq dalam setiap masa dan tempat. Aqidahnya juga menjadi aqidah kaum sufi sejati. Hal ini sebagaimana diceritakan oleh Imam Abul Qasim al-Qusyayri.
Alhamdulillah aqidahnya juga menjadi aqidah kami dan saudara-saudara kami dari kalangan habaib yang dikenal dengan keluarga Abu Alawi, juga aqidah para pendahulu kita.
Kemudian beliau melantunkan satu bait sya’ir:
وكن أشعريا في اعتقادك إنه هو المنهل الصافي عن الزيغ والكفر
- “Jadilah pengikut al Asy’ari dalam aqidahmu, kerana ajarannya adalah sumber yang bersih dari kesesatan dan kekufuran”.
Ibnu
‘Abidin al Hanafi mengatakan dalam Hasyiyah Radd al Muhtar ‘ala ad-Durr
al Mukhtar:
Apa yang dikemukakan oleh al ‘Izz ibn Abd as-Salam ini disetujui oleh para ulama di masanya, seperti Abu ‘Amr Ibn al Hajib (pimpinan ulama Madzhab Maliki di masanya), Jamaluddin al Hushayri pimpinan ulama Madzhab Hanafi di masanya, juga disetujui oleh al Imam at-Taqiyy as-Subki sebagaimana dinukil oleh puteranya Tajuddin as-Subki.
Garis Panduan Aqidah Asy'ariyyah
- “Ahlussunnah Wal Jama’ah adalah al Asya’irah dan al Maturidiyyah”.
- “Aqidahku adalah aqidah Asy’ariyyah Hasyimiyyah Syar’iyyah sebagaimana Aqidah para ulama madzhab syafi’i dan Kaum Ahlussunnah Shufiyyah”.
Apa yang dikemukakan oleh al ‘Izz ibn Abd as-Salam ini disetujui oleh para ulama di masanya, seperti Abu ‘Amr Ibn al Hajib (pimpinan ulama Madzhab Maliki di masanya), Jamaluddin al Hushayri pimpinan ulama Madzhab Hanafi di masanya, juga disetujui oleh al Imam at-Taqiyy as-Subki sebagaimana dinukil oleh puteranya Tajuddin as-Subki.
Garis Panduan Aqidah Asy'ariyyah
Secara
garis besar aqidah asy’ari yang juga merupakan aqidah ahlussunnah wal
jama’ah adalah meyakini bahawa..
Walaupun begitu, kerajaan Malaysia masih menumpukan masalah Syiah, sebagai kesesatan aqidah Islam atau ajaran sesat di negara ini masakini. Kerana itu kita perlu lihat kembali menikmati kejernihan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Sekian, wallahul'aklam. Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
- Allah ta’ala maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.
- Allah bukanlah benda yang boleh digambarkan, dan juga bukan benda yang berbentuk dan berukuran. Allah tidak serupa dengan sesuatupun dari makhluk-Nya (laysa kamitslihi syai’).
- Allah ada dan tidak ada permulaan atau penghabisan bagi wujud-Nya, Allah maha kuasa dan tidak ada yang melemahkan-Nya, serta Allah tidak diliputi arah.
- Allah ada sebelum menciptakan tempat tanpa tempat, Allah wujud setelah menciptakan tempat dan tanpa bertempat. Tidak boleh ditanyakan tentangnya bila, dimana dan bagaimana ada-Nya.
- Allah ada tanpa terikat oleh masa dan tempat. Maha suci Allah dari bentuk (batasan), batas akhir, sudut-sudut, anggota badan yang besar dan anggota badan yang kecil.
- Allah tidak diliputi satu arah atau enam arah penjuru. Allah tidak seperti makhluk-Nya. Allah maha suci dari duduk, bersentuhan, bersemayam, menyatu dengan makhluk-Nya, berpindah-pindah dan sifat-sifat makhluk lainnya.
- Allah tidak terjangkau oleh fikiran dan tidak terbayang dalam ingatan, kerana apapun yang terbayang dalam benakmu maka Allah tidak seperti itu.
- Allah maha hidup, maha mengetahui, maha kuasa, maha mendengar dan maha melihat. Allah berbicara dengan kalam-Nya yang azali sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain juga azali, kerana Allah berbeza dengan semua makhluk-Nya dalam dzat, sifat dan perbuatan-Nya.
- Barang siapa menyifati Allah dengan sifat makhluknya sungguh dia telah kafir.
- Allah yang telah menciptakan makhluk dan perbuatan-perbuatan-Nya,
- Alah juga yang menentukan rezeki dan ajal mereka. Tidak ada yang boleh menolak ketentuan-Nya dan tidak ada yang boleh menghalangi pemberian-Nya.
- Allah berbuat dalam kerajaan-Nya ini apa yang Allah kehendaki. Allah tidak ditanya perihal perbuatan-Nya melainkan hamba-Nyalah yang akan diminta tanggungjawab atas segala perbuatan-Nya.
- Apa yang Allah kehendaki pasti terlaksana dan yang tidak Allah kehendaki tidak akan terjadi. Allah bersifat dengan kesempurnaan yang pantas bagi-Nya dan Allah maha suci dari segala bentuk kekurangan.
- Nabi Muhammad adalah penutup para nabi dan penghulu para rasul. Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah ke muka bumi ini untuk semua penduduk bumi, jin mahupun manusia. Nabi Muhammad jujur dalam setiap apa yang disampaikannya.
Walaupun begitu, kerajaan Malaysia masih menumpukan masalah Syiah, sebagai kesesatan aqidah Islam atau ajaran sesat di negara ini masakini. Kerana itu kita perlu lihat kembali menikmati kejernihan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Sekian, wallahul'aklam. Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan