Mohamad Zamzuarie Bin Mohamad Noor, |
Adakah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ada menerangkan dan menghebahkan kepada ibu bapa tentang perkara ini.? Saya tahu ibu bapa ada dimaklumkan tentang SPPBS ini semasa taklimat murid baru, tetapi berapa peratus ibu bapa yang mengambil cakna dan faham terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar? Sebabnya sehingga kini masih ada lagi ibu bapa yang masih tidak sedar dan tahu secara terperinci perlaksanaan sistem ini. Sepatutnya makluman dan hebahan perubahan sistem ini dibuat bukan setakat di sekolah malah perlu juga dibuat melalui iklan di media cetak mahupun media elektronik. Saya amat yakin dan percaya bahawa ramai ibu bapa yang tidak mengetahui kaedah perlaksanaan sistem ini. Sistem penyampaian maklumat harus dipertingkatkan untuk memastikan semua maklumat sampai kepada golongan sasar.
Saya agak kuatir dan was-was dengan tahap ketelusan, integriti dan kebolehpercayaan sistem SPPBS ini. Yang saya ketahui penilaian ini dilakukan oleh guru-guru yang mengajar murid masing-masing. Setakat yang saya ketahui, standard soalan ujian yang dilaksanakan oleh semua sekolah bergantung kepada guru yang mengajar mereka. Bagi pelajar yang tidak dapat menjawab soalan semasa dibuat ujian, pelajar ini akan dibenarkan mengulangi semula soalan bab yang diuji berulang kali sehingga pelajar tersebut dapat menguasai bab yang diuji. Maka terdapat kemungkinan akan wujudnya ”manipulasi” oleh sekolah-sekolah yang mempunyai rekod yang kurang baik untuk meningkatkan prestasi murid-murid mereka. Janganlah nanti kita terkejut bila pencapaian sekolah harian lagi tinggi dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mahupun Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) disebabkan perlaksanaan SPPBS ini.
Sistem SPPBS ini diwujudkan pada masa tersebut adalah bagi menutup isu yang menyatakan sistem pendidikan Malaysia hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sepatutnya pelbagai kaedah boleh dilaksakan, sebagai contohnya dengan melihat sistem pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di mana mereka menjalankan sistem peperiksaan dan kerja kursus. Dalam kerja kursus mahasiswa diberikan markah oleh pensyarah melalui tugasan, kuiz, ujian berkala dan sebagainya bergantung kepada IPT. Peperiksaan akhir semester tetap dilaksanakan dan biasanya mewakili 60 peratus-70 peratus daripada markah keseluruhan bergantung kepada subjek dan IPT masing-masing. Dalam SPPBS tiada peperiksaan untuk pelajar tingkatan 3 dan 100 peratus dinilai berasaskan sekolah.
Saya merasakan sistem ini terdapat banyak kelemahan dan memerlukan kajian yang lebih terperinci, janganlah hanya ”indah khabar dari rupa” disebabkan untuk transformasi pendidikan langkah ini dibuat secara tergesa-gesa. Saya amat percaya dan yakin sekiranya dibuat soal-selidik dalam kalangan guru persoalan yang diutarakan oleh saya ini ada benarnya. Saya juga amat percaya masih ada lagi pelaksana dasar ini iaitu guru masih lagi ada yang kabur dan kurang jelas tentang perlaksanaan sistem ini. Ini belum lagi mengambilkira sistem online yang masih lagi bermasalah hingga kini. Usahlah menafikan kebenaran semata-mata untuk ”menjaga kerusi” masing-masing.
Sebagai contohnya, sekiranya ada pelajar yang dimanipulasikan keputusan ini berjaya memasuki SBP mahupun MRSM di tingkatan 4, apa yang akan terjadi kepada generasi ini bila menghadapi SPM? Akhirnya negera yang akan rugi disebabkan kesilapan kita sendiri sekiranya kita tidak melihat balik kepada komen-komen dan ulasan-ulasan yang diutarakan oleh warga pendidik mahupun masyarakat.
- Anuar Daud · Top Commenter · UPM Serdang65% cikgu mengalami sakit jiwa, pendapat dan pandangan mereka tentang SPPBS diragui. Pengetua juga tak mahu pengurusan dan pentadbiran sekolah dibantu oleh Golongan Pentadbir sebab takut kononnya PTD rampas kuasa. Sedangkan Universiti2 sendiri dibantu oleh Golongan Pentadbir yg bkn PTD, tapi OK je. Pengetua2pun sakit jiwa gak.
- Farhan Ghazali · Guru Penolong at Sekolah Kebangsaan JerekSekolah memang menghebahkan kaedah PBS. Sppbs hanya medium mengisi penguasaan pelajar. Untuk makluman, penilaian pelajar bukanlah 100% kepada guru yang mengajar. Di sekolah kebangsaan misalnya, PBS baru berlansung setakat tahun 3. PBS menilai penguasaan dalam rangkuman 6 tahun, iaitu dari darjah 1 hingga darjah 6, yang mana pada tahun ke-6 murid di sekolah kebangsaan, mereka akan menjalani penilaian pusat, kaedah penilaian seakan UPSR yang berlansung seluruh negara. Penguasaan pada penilaian berpusat mengambil 60% markah manakala lagi 40% diambil sepanjang 6 tahun di sekolah kebangsaan. 40% itu merangkumi pemerhatian guru, latihan kerja rumah, kerja kursus, penglibatan ko-kurikulum, ko-akademik dan lain-lain. Jika mahu persoalkan unsur manipulasi, ibu bapa sendiri dapat mengesan kemampuan anak mereka kerana surat pelaporan diberikan kepada anak-anak mereka dalam satu tempoh masa yang sekolah tetapkan. Penilaian pusat pula berfungsi seakan-akan UPSR yang mana menguji kebolehan pelajar setelah 6 tahun. Konsep sama untuk sekolah menengah, walaupun PMR dimansuhkan, masih ada satu kaedah penilaian setelah 5 tahun pelajar di sekolah menengah. Tambahan pula, PBS baru berlansung 3 tahun, terlalu awal untuk dinilai keberkesanannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan