Harakahdaily, | 13 Jul 2013 |
MESIR: Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi.
Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.
Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.
Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu.
Ini menunjukkan, yang menyokong Morsi di negara itu belum terpengaruh secara negatif oleh propaganda media yang dikawal tentera. Media pro-kudeta menyatakan bahawa majoriti rakyat Mesir menyokong rampasan kuasa.
Melalui hasil kajian itu, mereka mendapati demografi penyokong rampasan kuasa adalah dari kawasan luar bandar.
Di kawasan Mesir Hulu peratusan menyokong rampasan kuasa ini mencecah 83 peratus, berbeza dukawasan bandar seperti Kaherah iaitu 52.8 peratus.
Kajian itu juga mendapati, 91 peratus bersetuju dan mengatakan bahawa rampasan kuasa ini adalah usaha untuk menghapuskan "kerajaan Islam".
Selain itu 86 peratus responden yang terdiri dari pelbagai agama dan latar belakang politik juga percaya bahwa Morsi masih presiden sah negara tersebut.
"69 peratus menyokong Morsi kerana tidak mahu regim Mubarak kembali berkuasa, manakala 57 peratus menyokong Morsi karena menentang kekuasaan tentera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan