Isnin, 25 Mac 2013

Stesen radio lancar siaran dengan wawancara Anwar

Stesen radio lancar siaran dengan wawancara Anwar
3:42PM Mac 25 2013  
Satu stesen radio baru, Radio Free Malaysia (FRM) akan memulakan siaran sulung mereka pada malam ini dengan menyiarkan wawancara dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RFM, yang diusahakan pihak sama di belakang stesen radio gelombang pendek Radio Free Sarawak (RFS), mula bersiaran pada jam 9 malam ini di frekuensi MW 1,359kHz.

PKR dalam satu kenyataan hari ini berkata stesen radio itu merancang untuk bersiaran bermula jam 9 malam sehingga 11 malam dalam bahasa Melayu.

“Siaran wawancara yang menggemparkan ini, adalah untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah lama tidak mendengar Anwar Ibrahim bercakap di radio sejak penyingkiran beliau dari kerajaan pada tahun 1998,” kenyataan PKR dipetik.

Stesen radio berkenaan boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1-800-815-309, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Anwar itu.
Stesen radio BFM, yang meliputi kawasan siaran Lembah Klang, sebelum ini mewawancara Anwar tetapi menyiarkan wawancara tersebut, awal bulan ini, kerana bimbang tidak dibenarkan kerajaan.

Wawancara itu hanya disiarkan melalui laman webnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan