Mkini perkenal KiniTV
Ketika
TV tradisional kini kurang mendapat sambutan, menonton daripada
platform baru seperti tablet dan telefon pintar semakin menempatkan
dirinya.Orang ramai kini mahu menonton berita di pelbagai tempat, pada masa yang mereka suka.
Untuk menangani keperluan ini, Malaysiakini melancarkan inisiatif baru dinamakan KiniTV yang akan memaparkan berita semasa sebagai pelengkap kepada portal berita Malaysiakini.
Ia boleh dilayari di www.kinitv.com atau di Youtube www.youtube.com/kinitv. Manakala laman sosialnya pula http://www.facebook.com/kinitv dan Twiter pula http://twitter.com/kinitv.
KiniTV dijangka ditonton sehingga dua juta orang pada bulan ini.
Jumlah ini dijangka berkembang cepat, terutamanya menjelang kehangatan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan