Ahad, 31 Mac 2013
Sabtu, 30 Mac 2013
Kantoi!! Adik PM Najib Baru Dapat IC?
30 Mac, 2013
Kantoi!! Adik PM Najib Baru Dapat IC?
Posted by
Addin Deen
at
3/30/2013
Pilihan raya atau 'paksa raya'
Pilihan raya atau 'paksa raya'
|
ULASAN Dengan
tempoh pembubaran automatik Parlimen Malaysia hanya berbaki kurang
lebih sebulan lagi, rata-rata rakyat Malaysia dilihat semakin ‘galak'
bercakap tentang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan dipanggil
pada bila-bila masa.
Dari lobi parlimen, pejabat kerajaan, kampus universiti, sekolah sehinggalah ke warung kopi, dari Perlis sehinggalah ke Sabah, topik perbualan utama rakyat jelata mutakhir ini lebih menjurus kepada ‘cakap-cakap PRU13'.
Apa jua isu, tragedi dan kejadian yang berlaku dalam negara ketika ini akan diolah, dianalisa dan dikomen oleh pelbagai pihak berdasarkan aspirasi politik masing-masing untuk mendapatkan laba politik sebagai persediaan menghadapi PRU.
Tidak kurang juga para penganalisis politik, sama ada yang bertauliah di universiti atau yang ‘tak bertauliah' di warung-warung kopi yang tidak melepaskan peluang memberikan komentar dan pandangan tentang tarikh PRU13 dan trend pengundian berdasarkan hasil kajian dan kecenderungan politik masing-masing.
Entah kenapa kedatangan PRU begitu mengujakan. Manakan tidak, kesempatan untuk menunaikan hak mengundi ini hanya datang sekali setiap lima tahun. Sudah pasti ia amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata terutamanya pengundi-pengundi baru.
Dari lobi parlimen, pejabat kerajaan, kampus universiti, sekolah sehinggalah ke warung kopi, dari Perlis sehinggalah ke Sabah, topik perbualan utama rakyat jelata mutakhir ini lebih menjurus kepada ‘cakap-cakap PRU13'.
Apa jua isu, tragedi dan kejadian yang berlaku dalam negara ketika ini akan diolah, dianalisa dan dikomen oleh pelbagai pihak berdasarkan aspirasi politik masing-masing untuk mendapatkan laba politik sebagai persediaan menghadapi PRU.
Tidak kurang juga para penganalisis politik, sama ada yang bertauliah di universiti atau yang ‘tak bertauliah' di warung-warung kopi yang tidak melepaskan peluang memberikan komentar dan pandangan tentang tarikh PRU13 dan trend pengundian berdasarkan hasil kajian dan kecenderungan politik masing-masing.
Entah kenapa kedatangan PRU begitu mengujakan. Manakan tidak, kesempatan untuk menunaikan hak mengundi ini hanya datang sekali setiap lima tahun. Sudah pasti ia amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata terutamanya pengundi-pengundi baru.
Menurut statistik terkini
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), jumlah pengundi berdaftar yang layak
mengundi pada PRU13 adalah seramai 13.1 juta orang dengan 2.9 juta
daripadanya pengundi baru.
Pastinya, apa jua pilihan
yang dibuat oleh 13.1 juta pengundi berdaftar ini akan memberi kesan
kepada keseluruhan 28 juta rakyat Malaysia.
Meskipun
tarikh pembubaran parlimen masih menjadi teka-teki, bendera-bendera
parti politik yang bakal bertanding sudah sedia terpasang di pokok dan
jalan di seluruh pelosok negara.
Media cetak dan elektronik tidak terlepas peluang menghiasi muka-muka hadapan dan berita utama mereka dengan berita politik dan pilihan raya.
PRU umpama pesta dan perayaan besar yang bakal disambut oleh semua rakyat Malaysia khususnya dalam menunaikan hak politik sebagai rakyat Malaysia sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Perkara 119 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan syarat-syarat menjadi pengundi sekaligus memberikan jaminan kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan hak memilih pemimpin.
Perlembagaan tidak menyebut parti atau pihak mana yang perlu dipilih. Justeru, siapa atau pihak mana jua yang dipilih oleh rakyat Malaysia sebagai pemimpin adalah tidak bercanggah dengan perlembagaan.
Sesungguhnya hak dan kebebasan memilih pemimpin ini adalah suatu cabang daripada hak asasi manusia yang perlu dihormati dan dilindungi.
Namun, sejauh mana kebebasan rakyat memilih pemimpin adalah suatu yang memerlukan perbahasan lanjut kerana ia berkait dengan mentaliti dan trend pilihan raya negara.
Sebagai contoh, di Malaysia, terdapat kecenderungan untuk menyamakan parti politik dan kerajaan atau negara hanya kerana parti politik itu menguasai kerajaan di dalam PRU sebelumnya.
Ia menyebabkan mentaliti rakyat menganggap pertembungan di dalam pilihan raya antara kerajaan dan pembangkang, bukannya parti politik melawan parti politik.
Media cetak dan elektronik tidak terlepas peluang menghiasi muka-muka hadapan dan berita utama mereka dengan berita politik dan pilihan raya.
PRU umpama pesta dan perayaan besar yang bakal disambut oleh semua rakyat Malaysia khususnya dalam menunaikan hak politik sebagai rakyat Malaysia sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Perkara 119 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan syarat-syarat menjadi pengundi sekaligus memberikan jaminan kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan hak memilih pemimpin.
Perlembagaan tidak menyebut parti atau pihak mana yang perlu dipilih. Justeru, siapa atau pihak mana jua yang dipilih oleh rakyat Malaysia sebagai pemimpin adalah tidak bercanggah dengan perlembagaan.
Sesungguhnya hak dan kebebasan memilih pemimpin ini adalah suatu cabang daripada hak asasi manusia yang perlu dihormati dan dilindungi.
Namun, sejauh mana kebebasan rakyat memilih pemimpin adalah suatu yang memerlukan perbahasan lanjut kerana ia berkait dengan mentaliti dan trend pilihan raya negara.
Sebagai contoh, di Malaysia, terdapat kecenderungan untuk menyamakan parti politik dan kerajaan atau negara hanya kerana parti politik itu menguasai kerajaan di dalam PRU sebelumnya.
Ia menyebabkan mentaliti rakyat menganggap pertembungan di dalam pilihan raya antara kerajaan dan pembangkang, bukannya parti politik melawan parti politik.
Untuk memahami dengan lebih jelas,
saya ingin ambil contoh suasana di peringkat DUN Selangor dan Parlimen
di peringkat Persekutuan memandangkan pemimpin di kedua-kedua peringkat
kerajaan tersebut diwakili oleh gabungan parti politik yang berbeza.
Di Selangor, perlu difahami bahawa Pakatan adalah parti politik dan Selangor adalah negeri.
Di Selangor, perlu difahami bahawa Pakatan adalah parti politik dan Selangor adalah negeri.
Meskipun
pemimpin Pakatan dipilih oleh rakyat Selangor untuk menjadi peneraju
kerajaan negeri dalam pilihan raya yang lalu, menjatuhkan Pakatan dalam
pilihan tidak bererti menjatuhkan negeri Selangor, menghuru-harakan atau
mengancam keselamatan negeri.
Pihak yang menentang Pakatan dalam pilihan raya adalah musuh politiknya sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai musuh negeri Selangor.
Musuh Pakatan dan musuh Selangor dua perkara berbeza. Maka, menumbangkan Pakatan dan meruntuhkan negeri Selangor juga dua perkara berbeza.
Pihak yang menentang Pakatan dalam pilihan raya adalah musuh politiknya sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai musuh negeri Selangor.
Musuh Pakatan dan musuh Selangor dua perkara berbeza. Maka, menumbangkan Pakatan dan meruntuhkan negeri Selangor juga dua perkara berbeza.
Begitu juga dengan
BN. BN adalah parti politik dan Malaysia adalah negara. Keduanya entiti
berbeza walau saling berkaitan. Meskipun pemimpin utama BN juga
pemimpin utama Malaysia, usaha menumbangkan mereka tidak boleh dianggap
sebagai usaha menjatuhkan atau menghuru-harakan Malaysia.
Pihak yang menentang BN tidak boleh dilabel musuh negara kerana mereka hanya musuh politik BN. Bahkan persaingan politik termasuk menentang BN melalui pilihan raya ini dibenarkan oleh undang-undang.
Ini kerana mengadakan pilihanraya adalah sebahagian daripada syarat asas sesebuah negara demokrasi. Jika menentang BN suatu yang mengancam dan membawa malapetaka kepada negara, sudah pasti PRU akan diharamkan.
Bukankah PRU itu membuka ruang untuk BN ditentang?
Pihak yang menentang BN tidak boleh dilabel musuh negara kerana mereka hanya musuh politik BN. Bahkan persaingan politik termasuk menentang BN melalui pilihan raya ini dibenarkan oleh undang-undang.
Ini kerana mengadakan pilihanraya adalah sebahagian daripada syarat asas sesebuah negara demokrasi. Jika menentang BN suatu yang mengancam dan membawa malapetaka kepada negara, sudah pasti PRU akan diharamkan.
Bukankah PRU itu membuka ruang untuk BN ditentang?
Apabila
pilihan raya berlangsung, pertandingan ialah antara parti politik
melawan parti politik bukannya kerajaan melawan pembangkang.
Ini
kerana, setelah Parlimen dan DUN dibubarkan, tempoh mandat untuk
kerajaan sedia ada telah tamat dan tiada pihak yang sepatutnya mendakwa
diri mereka sebagai kerajaan sehinggalah keputusan pilihan raya
berikutnya diumumkan.
Apabila DUN dan Parlimen dibubarkan, dengan sendirinya status ADUN dan ahli Parlimen akan luput sekali gus jawatan menteri besar dan perdana menteri yang disandang.
Dalam tempoh tersebut, suatu entiti berkecuali yang di sesetengah negara dipanggil kerajaan sementara atau ‘caretaker government' seharusnya diwujudkan untuk menguruskan pentadbiran negara.
Justeru, semasa tempoh berkempen seharusnya tiada pihak yang menggunakan kelebihan atau kemudahan kerajaan di peringkat negeri mahupun persekutuan sama ada dalam bentuk jawatan, kewangan, agensi dan sebagainya untuk kepentingan parti politik masing-masing.
Sama ada menteri besar Selangor atau perdana menteri Malaysia, kedua-duanya tidak boleh lagi menggunakan kelebihan jawatan tersebut sebagaimana sebelumnya untuk berkempen sebaik sahaja DUN Selangor dan Parlimen Malaysia dibubarkan.
Ia tidak adil kepada pihak yang tidak mempunyai kelebihan tersebut bahkan bercanggah dengan asas demokrasi yang menitikberatkan pertandingan pilihan raya berteraskan prinsip 'padang sama rata'.
Apabila DUN dan Parlimen dibubarkan, dengan sendirinya status ADUN dan ahli Parlimen akan luput sekali gus jawatan menteri besar dan perdana menteri yang disandang.
Dalam tempoh tersebut, suatu entiti berkecuali yang di sesetengah negara dipanggil kerajaan sementara atau ‘caretaker government' seharusnya diwujudkan untuk menguruskan pentadbiran negara.
Justeru, semasa tempoh berkempen seharusnya tiada pihak yang menggunakan kelebihan atau kemudahan kerajaan di peringkat negeri mahupun persekutuan sama ada dalam bentuk jawatan, kewangan, agensi dan sebagainya untuk kepentingan parti politik masing-masing.
Sama ada menteri besar Selangor atau perdana menteri Malaysia, kedua-duanya tidak boleh lagi menggunakan kelebihan jawatan tersebut sebagaimana sebelumnya untuk berkempen sebaik sahaja DUN Selangor dan Parlimen Malaysia dibubarkan.
Ia tidak adil kepada pihak yang tidak mempunyai kelebihan tersebut bahkan bercanggah dengan asas demokrasi yang menitikberatkan pertandingan pilihan raya berteraskan prinsip 'padang sama rata'.
Hakikatnya, pilihan raya
adalah medan untuk rakyat jelata membuat pilihan siapa yang mahu dipilih
untuk berkhidmat kepada mereka untuk tempoh lima tahun mendatang.
Rakyat membayar pelbagai bentuk cukai - seperti cukai tanah, cukai pintu, cukai pendapatan, cukai jalan, duti import dan duti eksport - yang sebahagian kutipan itu digunakan untuk membayar gaji pemimpin untuk melaksanakan program pembangunan dan infrastruktur kemudahan semua rakyat.
Tempoh lima tahun adalah tempoh untuk rakyat membuat penilaian sejauh mana janji dan manifesto yang dibuat semasa pilihan raya ditepati. Sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi pemimpin sedia ada, undang-undang memberi hak dan kebebasan kepada rakyat melalui pilihan raya untuk memilih mana-mana pemimpin lain yang mereka sukai.
Usaha mengubah pemimpin sedia ada, sama ada kepimpinan kerajaan Selangor mahupun kerajaan persekutuan usaha yang dibenarkan undang-undang.
Tuntasnya, setiap rakyat perlu diberi kebebasan yang mutlak untuk menentukan sendiri pemimpin pilihan mereka bersesuaian dengan falsafah pilihan raya itu sendiri.
Rakyat membayar pelbagai bentuk cukai - seperti cukai tanah, cukai pintu, cukai pendapatan, cukai jalan, duti import dan duti eksport - yang sebahagian kutipan itu digunakan untuk membayar gaji pemimpin untuk melaksanakan program pembangunan dan infrastruktur kemudahan semua rakyat.
Tempoh lima tahun adalah tempoh untuk rakyat membuat penilaian sejauh mana janji dan manifesto yang dibuat semasa pilihan raya ditepati. Sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi pemimpin sedia ada, undang-undang memberi hak dan kebebasan kepada rakyat melalui pilihan raya untuk memilih mana-mana pemimpin lain yang mereka sukai.
Usaha mengubah pemimpin sedia ada, sama ada kepimpinan kerajaan Selangor mahupun kerajaan persekutuan usaha yang dibenarkan undang-undang.
Tuntasnya, setiap rakyat perlu diberi kebebasan yang mutlak untuk menentukan sendiri pemimpin pilihan mereka bersesuaian dengan falsafah pilihan raya itu sendiri.
Namun,
jika ada unsur paksaan, intimidasi, ancaman, ugutan dan tekanan -
sehingga menyebabkan kebebasan memilih itu dinafikan, barangkali
perkataan pilihan raya perlu ditukar kepada ‘paksaraya'.
Selamat mengundi kepada seluruh rakyat Malaysia!Jumaat, 29 Mac 2013
Ibnu Hasyim: Bersalin Kulit, Shopping Topshop, Di Tanah Suci..
Ibnu Hasyim: Bersalin Kulit, Shopping Topshop, Di Tanah Suci..: SATU hari pada Disember tahun lalu. Fatimah tengah asyik mematut diri di depan cermin dalam Topshop, salah satu kedai berjenama di Kota ...
Ibnu Hasyim: Filipina Akan Tuntut Sabah Kerana M'sia Kini Lemah...
Ibnu Hasyim: Filipina Akan Tuntut Sabah Kerana M'sia Kini Lemah...: Justice Secretary Leila de Lima. INQUIRER FILE PHOTO Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah MANILA 25 Mac - Kerajaan Filipi...
Ibnu Hasyim: Parlimen Mungkin Bubar Sendiri -Wan Junaidi:
Ibnu Hasyim: Parlimen Mungkin Bubar Sendiri -Wan Junaidi:: SHAH ALAM - Semua pihak harus membiarkan Per...
Khamis, 28 Mac 2013
Rabu, 27 Mac 2013
Ibnu Hasyim: K'jaan Sementara NS Bermula Tengah Malam Ini
Ibnu Hasyim: K'jaan Sementara NS Bermula Tengah Malam Ini: KUALA LUMPUR: Bermula tengah malam ini Negeri Sembilan akan ditadbir oleh kerajaan sementara dan Menteri Besar, Datuk Ser...
Ibnu Hasyim: Artis Masuk Politik, Sebuah Polemik.
Ibnu Hasyim: Artis Masuk Politik, Sebuah Polemik.: BERIKUT petikan-petikan menarik Wacana Sinar Siri ke-18 bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi. Ahli panel terdiri da...
Selasa, 26 Mac 2013
Isnin, 25 Mac 2013
Ibnu Hasyim: Saya Bom Kg Tandao.. Mati 12 Militan -Zaid Hamidi....
Ibnu Hasyim: Saya Bom Kg Tandao.. Mati 12 Militan -Zaid Hamidi....: Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zaid Hamidi (REUTERS/Stringer ) BERITA DARI INDONESIA Menhan Malaysia Ahmad Zaid Hamid...
Stesen radio lancar siaran dengan wawancara Anwar
Stesen radio lancar siaran dengan wawancara Anwar
3:42PM Mac 25 2013 |
RFM, yang diusahakan pihak sama di belakang stesen radio gelombang pendek Radio Free Sarawak (RFS), mula bersiaran pada jam 9 malam ini di frekuensi MW 1,359kHz.
PKR dalam satu kenyataan hari ini berkata stesen radio itu merancang untuk bersiaran bermula jam 9 malam sehingga 11 malam dalam bahasa Melayu.
“Siaran wawancara yang menggemparkan ini, adalah untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah lama tidak mendengar Anwar Ibrahim bercakap di radio sejak penyingkiran beliau dari kerajaan pada tahun 1998,” kenyataan PKR dipetik.
Stesen radio berkenaan boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1-800-815-309, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Anwar itu.
Stesen radio BFM, yang meliputi kawasan siaran Lembah Klang, sebelum ini mewawancara Anwar tetapi menyiarkan wawancara tersebut, awal bulan ini, kerana bimbang tidak dibenarkan kerajaan.
Wawancara itu hanya disiarkan melalui laman webnya.
Ahad, 24 Mac 2013
Catatan peribadi mengenali Dr Bouti
Catatan peribadi mengenali Dr Bouti
Oleh Nik Nasri Nik Malek
Mar242013
Tiada siapa menyangka Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti akan meninggal dunia dengan cara dibom tetapi penuh misteri. Pelbagai cerita, berita, pandangan diberi. Macam-macam pendapat tentang siapa yang mengebom atau membunuhnya dan mereka di dalam masjid Iman dengan pelbagai versi. Namun, hakikatnya taqdir Allah jua yang mengatasi. Barangkali ada hikmah tersembunyi. Boleh jadi juga niat Dr Bouti yang benar dengan Ilahi. Tiada siapa yang mengetahui. Namun, kebenaran tetap akan terbongkar nanti.
Saya tidak yakin pengeboman dibuat oleh anasir FSA atau aktivis revolusi. Kalau masih ada iman di dalam dada tidak tergamak membunuh diri dan membunuh ulama sedang mengajar dan muridnya yang mengaji. Tidak mustahil kalau diandaikan talibarut regim Basyar yang membuat operasi. Tidakkah Dr Bouti berada dalam kawalan ketat di Damsyik yang tidak mudah anasir FSA menyelinap masuk membawa bom pada diri? Apatah lagi apabila dikatakan Dr Bouti sudah mempunyai kecenderungan untuk tidak menyokong Bashar lagi.
Saya kenal Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti melalui buku dan karyanya yang dibaca dan dibeli. Pelbagai kitabnya dalam pelbagai jurusan masih banyak tidak dibaca disimpan dalam almari. Kitab Fiqh Sirahnya diterjemah dalam bahasa Melayu saya jadikan teks kuliah Maghrib di Masjid Sultan Mizan, Kerteh dan dikupas selama 7 tahun menelusuri sirah Nabi. Ketika belajar di Jordan, saya sentiasa menonton TV Syria yang boleh dicapai dari Jordan mengikuti kuliah Dr Bouti di TV. Dalam kesempatan ke Syria (Kembara Ilmu 14), saya pernah solat Jumaat di masjid berhampiran rumahnya mendengar khutbah Jumaat dari mulutaya sendiri. Di Masjid Jenghiz Khan di tengah Damsyik, beliau mengajar kitab Fiqh Sirahnya dengan kehadiran melimpah dan Alhamdulillah saya pernah hadiri. Keset syarah kitab Hikam saya beli berjumlah lebih 200 buah dan sehingga kini masih tersimpan tak habis dengar lagi. Barangkali dari keset itu kemudiannya jadi kitab berjilid sekarang yang boleh dibaca dengan huraian menarik dan mudah sekali.
Beliau pernah ditanya tentang bentuk jihad yang dilalui oleh Ibn Taimiyyah dan beza jalan yang dilalui oleh Imam Ghazali. Huraiannya ilmiah dan menarik untuk diteliti. Ketika itu mereka yang mendengar kuliahnya di Damsyik itu ramai juga anak muda dari Algeria yang menurut jalan Salafi jihadi. Banyak juga ilmu dari Dr Bouti yang saya jadikan dalil dan hujah bahan ilmiah dalam disertasi.
Dalam konteks politik, suasana Syria menguji para alim ulama, pendokong gerakan Islam termasuk Dr Bouti. Sheikh Said Hawa dari Hama kalau tak silap tapi anaknya Ahmad, Muaz dan lain-lain berada di Jordan kerana tak dapat kembali. Ramai para ulama dan pendokong Islam dipenjara, dibunuh semenjak zaman ayah Basyar iaitu Hafiz Asad lagi. Ikhwan tidak dapat bergerak malah terpaksa aktif dari luar negeri. Setiap rumah di Syria ada mukhabarat (SB), tak terkecuali majlis ilmu ada yang sentiasa memerhati.
Pada pandangan Dr Bouti dan ijtihadnya, pendekatan silmiyyahnya membuahkan beberapa hasil seperti alim ulama yang dapat dikeluarkan dari penjara dan balik dari luarnegeri. Di zaman Basyar yang muda ini, Dr Bouti sudah begitu tua dan barangkali mengharapkan anak muda ini tidak sama dengan bapanya yang sudah pergi. Namun, sangkaan meleret kerana Dr Basyar yang merupakan seorang doktor perubatan ini juga tak ubah seperti kata peribahasa ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Malah fitnah di zaman pemerintahan Basyar ini kelihatan lebih dahsyat lagi.
Dr Bouti dalam kuliahnya banyak sebut ‘nastalihu maaAllah’ (kita mesti sentiasa kembali dan perbetulkan diri dengan Ilahi). Mudah-mudahan ijtihadnya dalam politik penuh fitnah di Syria-walaupun kita tidak bersetuju dengan pandangannya-diberi satu pahala dan beliau diampunkan Allah, sebelum melihat fitnah lain yang entah besar mana lagi.
Kemaman, Terengganu.
Ibnu Hasyim: Ini, Tarian Lucah Lentok Kekal Kerana UMNO/BN..
Ibnu Hasyim: Ini, Tarian Lucah Lentok Kekal Kerana UMNO/BN..: Kelab malam yang menghidangkan tarian berahi. HALAMAN HIBURAN Tarian liuk lentok. KL: Dua kelab malam berlainan lokasi di ibu kota d...
Taib Mahmud mana mahu lari,Rakayat Sarawak sudah bangki?
Jawapan lemah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung pendedahan rasuah pembalakan dalam satu video seolah-olah mengesahkan kesalahannya.
Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, NGO Global Witness (GW) mengeluarkan sebuah video yang merakam perbualan di antara penyiasat persendiran GW dengan dua pupu Taib.
Video itu mendedahkan bagaimana Taib dan anggota keluarganya menimbun kekayaan secara haram dengan memunggah kekayaan hasil dari aktiviti pembalakan secara berleluasa. Video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan rangkaian TV Aljazeera pada 18 Mac lalu.
Menyamar sebagai pelabur asing untuk membeli tanah hutan balak untuk dijadikan ladang kelapa sawit, penyiasat GW berbual dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak-anak bapa saudara Taib iaitu Abdul Rahman Ya’acob, ketua menteri sebelum Taib.
Perbualan mereka adalah seperti berikut:
Fatimah: Ample Agro adalah syarikat milik keluarga kami, tetapi empat daripada saudara kami ada dalam syarikat itu. Jabatan Survei dan Tanah yang mengeluarkan lesen.
Sudah tentu atas arahan Ketua Menteri dan saya boleh bercakap dengan Ketua Menteri dengan mudah.
GW: Boleh ke? Fatimah: Ya.
GW: Kamu fikir beliau akan setuju? Fatimah: Ya, dialah yang memberi tanah kepada kami. Dia sepupu saya (ketawa). Ibunya dan bapa saya adalah kakak dan adik. Dia sepupu saya, jadi agak mudah.
Taib tidak dapat menjawab Kedua-dua beradik itu berkata Ample Agro memiliki 5,000 hektar tanah yang diberi oleh Taib dan dibeli pada kadar harga yang sangat rendah. Mereka bercadang untuk menjual syarikat itu dan dalam klip video itu mereka meminta RM4,000 se ekar (menjadikan jumlah keseluruhan RM50 juta).
Di antara pemilik bersama ialah Norah Abdul Rahman, ahli parlimen Tanjong Manis dan Khatijah Abdul Rahman, kakak ipar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dan apa yang dikatakan Taib berhubung dakwaan kedua-dua sepupunya itu dalam video itu apabila beliau diasak oleh para pemberita, kata beliau:
“Awak kenal, mereka itu sepupu saya? Adakah awak tahu apa hubungan di antara bapa mereka dan saya……….sama ada mesra atau tidak? Kami bergaduh pada suatu ketika dulu. Dua pupu saya itu bukannya orang yang saya paling percayai……tapi bergantunglah kepada awak.”
Apa yang dimaksudkan Taib ialah beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga sepupunya itu dan oleh itu, apa yang disebutkan oleh kedua-dua sepupunya itu harus dipandang dengan perasaan ragu dan tidak mempunyai kredibiliti.
Sememangnya Taib pernah bergaduh dengan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya’acob. Tetapi perkara itu berlaku pada tahun 1980an apabila berlaku pertembungan kepentingan kerana merebut kontrak kerajaan dan konsesi balak.
Bagaimanapun mereka berbaik semula selepas itu dan satu peristiwa yang mendapat liputan media secara meluas pada 2008 di mana mereka kelihatan berpelukan dan mengisytiharkan bahawa ‘air dicincang tidak akan putus’.
Kini pergaduhan di antara mereka telah pun tinggal dalam lipatan sejarah dan keluarga Abdul Rahman mendapat keuntungan besar daripada Taib berdasarkan kepentingan-kepentingan yang meluas dalam empayar perniagaan Taib.
Satu lagi tanda di mana terjalinnya hubungan mesra di antara kedua-dua keluarga mereka ialah Taib memilih Norah, anak perempuan Abdul Rahman untuk bertanding kerusi parlimen Tanjong Manis dalam pilihan raya umum lalu.
Ringkasnya, Taib berbohong apabila beliau mendakwa kedua-dua sepupunya itu tidak mempunyai hubungan yang baik dengannya dan justeru itu, kedua-dua sepupunya itu tidak perlu membabitkan beliau dengan mereka cipta cerita-cerita sebegini.
Lagi pun, maklumat mengenai pemilikan dan bayaran premium yang minima untuk 5,000 hektar tanah itu mudah diperolehi di pejabat pendaftar tanah dan untuk berbohong dalam isu ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. Malahan tindakan Taib untuk mempertahankan diri memberi isyarat jelas bahawa beliau bersalah seperti didakwa.
Peguam dedah korupsi Taib
Video berdurasi 16 minit itu juga memaparkan perbualan yang berasingan di antara GW dengan dua peguam yang mendedahkan tindakan Taib yang melanggar undang-undang dan terlibat dengan rasuah.
Salah seorang daripada mereka ialah Alvin Chong, peguam yang terlibat dalam urusan perniagaan keluarga Taib dan kerajaan negeri Sarawak. Seorang lagi peguam ialah Huang Lung Ong yang berusaha untuk menjual tanah bagi pihak bapa saudaranya, tokoh korporat Hii Yii Peng yang rapat dengan Taib.
Dalam perbualan dengan Alvin, GW memberitahu apa yang telah diberitahu oleh kedua-dua sepupu Taib sebelum itu berhubung cara haram yang digunakan untuk mengelak dari membayar cukai keuntungan hartanah.
Alvin juga menggariskan kaedah yang selamat tetapi secara haram yang sering digunakan oleh mereka untuk mengelak dari peraturan kerajaan bahawa pemilikan saham dalam sesebuah syarikat tempatan mestilah tidak kurang dari 51%.
Huang berusaha untuk menjual 32,000 hektar tanah dengan harga RM230 juta yang dimiliki Billion Venture, di mana bapa saudaranya Hii merupakan pemegang saham majoriti.
Beliau memberitahu GW secara terus terang bahawa untuk menjayakan urusniaga itu, vendor tersebut harus memberi komisyen peribadi kepada Taib sebanyak 10% dari nilai jualan, yang dianggap sebagai amalan biasa.
Apabila Taib mendesak para pemberita supaya membuat komen tentang pendedahan video ini, beliau mengakui beliau telah menonton video tersebut dan menganggapnya sebagai “nakal” dan tidak mempunyai kredibiliti dan beliau menafikan mempunyai orang tengah.
Kata beliau: “Boleh jadi seseorang itu mencuba untuk mempromosi dirinya untuk menjadi agen untuk mendapatkan layanan istimewa daripada saya? Ia tidak ada kena mengena dengan saya, betul?”
Jawapan yang samar-samar dan tidak relevan seperti itu berhubung pendetailan khusus tentang rasuah, salah guna kuasa dan mengelak dari membayar cukai dan keperluan statut yang didedahkan secara terang-terang oleh mereka yang berwibawa seolah-olah beliau memberitahu seluruh dunia: “Saya memang bersalah, apa jadahnya?”
Perlu disebut disini bahawa peguam Huang tidak menafikan kesahihan perbualan dalam video tersebut. Dalam satu wawancara menerusi telefon yang disiarkan Malay Mail 19 Mac lalu, beliau bagaimanapun menyifatkan perbualan tersebut sebagai “perbualan kedai kopi” dengan seorang “pelabur asing”.
Beliau menjelaskan: “Saya diperangkap. Saya meminta nasihat tentang aspek undang-undang berhubung urusan tanah. Saya mungkin telah menuturkan beberapa perkataan akibat dari kekecewaan kerana dia (pelabur asing itu) bertanyakan banyak soalan. Saya tertekan.
” Perkataan-perkataan ini dengan sendirinya menjelaskan tentang kebenaran yang didedahkan Huang berhubung amalan rasuah Taib.
Tali hayat akhir Umno?
Sebagai pemimpin Sarawak yang korup selama 32 tahun, Taib Mahmud sudah tentu tidak asing lagi dengan pelbagai skandal.
Dalam rak-rak dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini penuh dengan debu, beribu-ribu muka surat mencatat pelbagai penyelewengan dan dosa Taib yang memusnahkan hutan rimba tebal Sarawak sehingga hampir pupus.
Beliau merampok sebahagian besar kekayaan hutan balak untuk keluarga dan kroni perniagaannya secara haram dengan memusnahkan kehidupan dan alam sekitar penduduk pribumi.
Tetapi Taib tetap kebal, walaupun berbagai laporan dibuat terhadapnya dalam tempoh beberapa tahun yang silam, dilindungi oleh kemampuannya untuk menjadi juara dengan rekod memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya.
Namun, kali ini masanya luar biasa dan video Global Witness merupakan satu pendedahan yang luar biasa.
Sejak video ini tersebar beberapa tahun lalu, pendedahan di YouTube telah berjaya menarik lebih sejuta pelawat. Ini bermakna rasuah bersaiz mega Taib itu sudah tersebar ke dalam lebih sejuta rumah dan akan terus tersebar seperti api yang cepat merebak sehingga hari pengundian.
Mampukah Najib berdiam diri dan membiarkan Taib menjadi tugu peringatan sebagai tanda amalan rasuah BN sehingga menjelangnya pilihan raya umum akan datang? Tidakkah Taib yang degil dan tidak boleh disentuh itu melambangkan regim BN yang korup itu tidak mahu bertaubat dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Mungkinkah ini tali hayat terakhir sebagai isyarat keruntuhan hegemoni Umno yang berusia lebih separuh abad itu?
Kit Siang guna lambang PAS, Umno hilang punca
Kit Siang guna lambang PAS, Umno hilang punca
Oleh Harakahdaily
Mar242013
Jika sebelum ini, Umno BN sering menggunakan senjata perkaumannya meyerang Pakatan Rakyat khususnya dalam isu kebersamaan PAS dan DAP, namun dengan kenyataan terbaru Kit Siang itu membuatkan Umno mati akal.
“Umno cuba pecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?
“Kalau pilih (lambang) PKR, ini biasa sebab KEADILAN parti berbilang kaum tapi pemilihan guna lambang PAS pasti beri kesan luar biasa,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik KeadilanDaily.
Beliau berkata demikian dengan disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 penduduk tempatan pada Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Melayu Majidee, Jphor Baharu malam tadi.
Kit Siang semalam membayangkan kesediaan itu jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatal pendaftaran DAP sekaligus menghalang parti itu bertanding PRU 13.
Ianya ekoran parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) akibat kesilapan pengiraan undi akhir tahun lalu.
PAS alu-alukan
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika mengulas perkara itu semalam mengalu-alukan cadangan Kit Siang itu.
“Jika berlaku pembatalan (DAP), PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” katanya kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13 dan melihat tindakan tersebut bermotif politik.
Pandangan sama turut dikongsi Saifuddin yang mempersoal kenapa ROS langsung tidak mengambil tindakan terhadap Umno Kelantan berikutan tidak pernah mendaftar mengikut Akta Pertubuhan sejak 1987.
“Hampir 90 peratus ranting dan cawangan Umno Kelantan tidak pernah didaftar selepas diharamkan pada 1987 tapi tiada tindakan dari ROS kerana Umno parti pemerintah,” kata Ahli Parlimen Machang itu.
Sabtu, 23 Mac 2013
Ibnu Hasyim: 20 Tahun Tunggu, PR Perintah, Baru Dapat Geran.
Ibnu Hasyim: 20 Tahun Tunggu, PR Perintah, Baru Dapat Geran.: SELAYANG: Selepas menunggu lebih 20 tahun dan menerima janji demi janji akhirnya 111 penduduk asal Kampung Bendahara mener...
Ibnu Hasyim: Trend Tak Pakai Bra Serang M'sia? Lihat Gambar...
Ibnu Hasyim: Trend Tak Pakai Bra Serang M'sia? Lihat Gambar...: TAK pakai baju dalam, kini menjadi trend selebriti Korea. Budaya inikah yang ingin dibawa masuk oleh pemimpin-pem...
Ibnu Hasyim: Amanat MB K'tan: Umno Silapnya Di Sini...
Ibnu Hasyim: Amanat MB K'tan: Umno Silapnya Di Sini...: Tuan Guru Nik Aziz bercakap kepada wartawan hari ini PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertahan...
Ibnu Hasyim: Himpunan Ninja Wanita Sedunia. Seni Silat Melayu?
Ibnu Hasyim: Himpunan Ninja Wanita Sedunia. Seni Silat Melayu?: GAMBAR menunjukkan pengamal seni mempertahankan diri ninjutsu sedang berlatih di gimnasium seni mempertahankan diri Budo-kan, Tokyo sema...
Jumaat, 22 Mac 2013
Ibnu Hasyim: Burung Helang Terbang Terbalik
Ibnu Hasyim: Burung Helang Terbang Terbalik: UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik di P...
Ibnu Hasyim: Dr M/S/Ramadhan Al-Buti, Sejarah & Pemikiran (2)
Ibnu Hasyim: Dr M/S/Ramadhan Al-Buti, Sejarah & Pemikiran (2): 0leh Ustazah Syarifah Fatimah Al Yahya (Diangkat dari Blog Perjalanan Hi dup ) PADA awalnya sy gusar spt enta juga krn Syeikh ant...
Ibnu Hasyim: Dr M/S/Ramadhan Al-Buti, Sejarah & Pemikiran (1)
Ibnu Hasyim: Dr M/S/Ramadhan Al-Buti, Sejarah & Pemikiran (1): SHEIKH PROF. DR. MU H AMMAD SA I D RAMA DA N AL-B UTI Nama penuh al-B uti ialah Mu h ammad Sa i d bin Rama da n bin Umar bin Mur a d ....
Ibnu Hasyim: Dr. S/Ramadhan Al-Buti Terbunuh Ketika Berkuliah.....
Ibnu Hasyim: Dr. S/Ramadhan Al-Buti Terbunuh Ketika Berkuliah.....: As-Syahid Sheikh Dr Ramadhan Al Buthi KL : PAS menyifatkan pemergian tokoh ulama terkenal Syria, al-Syeikh al-Allamah Dr. Sa...
Ibnu Hasyim: Payudara Terkoyak.. Islam, Hukum Cantikkan?
Ibnu Hasyim: Payudara Terkoyak.. Islam, Hukum Cantikkan?: London : Walaupun menghabiskan wang sehingga £4,000 (RM18,888) untuk mencantikkan payudaranya, seorang wanita terpaksa berdepan dengan ...
Ibnu Hasyim: Hasil Hijrah, Yatt Bawa Keluarga Ke Gaza
Ibnu Hasyim: Hasil Hijrah, Yatt Bawa Keluarga Ke Gaza: HALAMAN HIBURAN PENGHIJRAHAN banyak mengubah keseluruhan hidup pelakon dan pengacara, Haryati Hamzah, 33, atau lebih dikenali sebagai Ya...
Ibnu Hasyim: Banjir Manusia Di Kuliah N/Aziz & Ust Azhar Idrus
Ibnu Hasyim: Banjir Manusia Di Kuliah N/Aziz & Ust Azhar Idrus: Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz Dan Ust Azhar Idrus Di Kota Bharu semalam. ...
Ibnu Hasyim: N/Aziz Setuju Dr Jayum, Husam Tanding Di Putrjaya
Ibnu Hasyim: N/Aziz Setuju Dr Jayum, Husam Tanding Di Putrjaya: Bersetuju ‘makanan minda’ sebagai pendekatan pengundi. ANALISIS Prof. Dr. Jayum Jawan (Sinar Harian 20 Mac 2013) mengenai kem...
Ibnu Hasyim: Zina Dlm Ladang, Sesama Suka. Tapi Kes Rogol.
Ibnu Hasyim: Zina Dlm Ladang, Sesama Suka. Tapi Kes Rogol.: Pelajar Perempuan dilapor hilang, ditangkap sedang berzina belakang pokok. KULIM: Polis berjaya menemui semula seorang pelajar pere...
Mitos Si Kaya dan Si Miskin
Mitos Si Kaya dan Si Miskin
0 0 0 92
“ Mereka miskin kerana mereka pemalas”
“Ayah dia Tan Sri”
“Dia kenal orang dalam”
“Aku boleh berdiri seperti sekarang kerana usaha kuat aku selama ini”
Luahan-luahan ini biasa didengari dalam ‘borak kedai kopi’, setiap kali topik kaya dan miskin dibincangkan. Ramai pantas menyamakan isu jurang pendapatan yang tidak sama rata sebagai isu kebajikan atau sosialis. Ini berlaku di mana-mana, sedihnya termasuklah golongan ‘kelas menengah’ Malaysia, yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya penerima pendapatan dan pemilik kekayaan dalam kelompok teratas. Isi rumah yang memperolehi RM 10,000 ke atas sebulan sudah pun cukup meletakkan mereka dalam golongan 4% paling elit di Malaysia. Hakikatnya, ketika suara-suara kepartian terus menerus membincangkan wacana ketidaksamarataan bernada perkauman, Malaysia tanpa disedari telah bergerak ke dalam kancah peperangan baru, yang berkaitan dengan ketidaksamarataan di antara orang-orang sekaum, iaitu perang perbedaan kelas dan tingkat pendapatan.
Sering dihujahkan bahawa orang miskin dan berpendapatan rendah wujud disebabkan mereka malas, tidak bekerja keras dan sering mengharapkan bantuan. Ini tidak benar. Ramai yang tidak bernasib baik, dilahirkan dalam keluarga yang kurang pendidikan dan kurang kemahiran untuk melepaskan diri daripada cengkaman kemiskinan. Ada yang dilahirkan dengan kecacatan ataupun penyakit kekal, manakala ada yang hidup di kawasan yang sering ditimpa musibah dan merbahaya.
Di satu wajah kehidupan lain pula, kita melihat ahli-ahli perniagaan tidak berkompetensi yang dianak angkatkan oleh “ayahanda-ayahanda” politik, pewaris-pewaris kekayaan dan estet keluarga, serta individu yang bernasib baik ditempatkan dalam industri mewah dengan pulangan lumayan. Kemalasan di sini tidak lagi menjadi isu. Orang kaya pun boleh jadi malas!
Ramai yang tidak berhak miskin, seperti mana juga ramai yang tidak layak menjadi kaya. Kes-kes di atas menggambarkan dengan jelas bahawa bukan semua kemiskinan ialah hasil daripada keengganan untuk bekerja keras, dan bukan semua kekayaan disebabkan oleh usaha dan penat lelah. Maka, perjuangan menentang ketidaksamarataan sebenarnya ialah perjuangan untuk menyamaratakan peluang bagi menghasilkan lebih keseimbangan, dan bukannya untuk menghasilkan kesamarataan dengan campurtangan yang merencatkan. Ini bukanlah perjuangan menentang orang kaya, tetapi perjuangan untuk membantu orang miskin.
Ada Apa dengan Ketidaksamarataan?
Ketidaksamarataan itu realiti, tidak kisahlah sejauh mana kita percaya dengan pekali GINI sebagai pengukurnya. Malah, perhatian kepada ketidaksamarataan banyak digerakkan oleh kesan ketidaksamarataan itu sendiri yang sudah menunjukkan taringnya, dan bukannya kebangkitan untuk mengelaknya.
Kita boleh melihat kesan ketidaksamarataan kepada masyarakat; seperti ketidaksamarataan kuasa, kesan kepada kadar peningkatan gaji, kesan kepada pertumbuhan, jenayah dan kualiti kehidupan secara amnya. Selagi mana jurang pendapatan dan ketidaksamarataan kekayaan kekal luas, dan pelaburan institusi awam dalam pendidikan, latihan, kebajikan kanak-kanak dan kemudahan awam terus berkurangan, cukai yang progresif dan tindakan afirmatif dalam bentuk tulen dan mengekalkan cita-cita murninya, wajar diberi ruang dalam pembentukan dasar dan polisi institusi awam. Keperluan golongan kaya dalam masyarakat yang berkongsi tanggungjawab membantu golongan miskin cukup kritikal; sebenarnya demi kepentingan mereka juga, kerana kesan-kesan negatif ketidaksamarataan yang tinggi akan dirasai oleh semua.
Salah Anggapan tentang Pasaran Bebas
Dalam mana-mana wacana ketidaksamarataan kekayaan dan kemiskinan, isu ‘pasaran bebas’ tentu sekali akan diketengahkan. Ciri asas kepada pasaran bebas dapat digambarkan dengan konsep “Invisible Hand” yang diperkenalkan oleh ahli ekonomi kurun ke-18, Adam Smith. Konsep ini berpegang bahawa harga, pengedaran barangan, perkhidmatan, buruh, modal, tanah dan kemahiran manusia ditentukan oleh kuasa pasaran, atau ‘tangan’ yang tidak boleh di lihat secara fizikal. Penyokong sistem ini selalunya menentang peningkatan campur tangan kerajaan seperti derma, cukai, subsidi dan faedah. Ringkasnya, mereka percaya yang hanya pasaran yang dibenarkan bergerak bebas yang akan mencapai keseimbangan secara, seterusnya mencapai produktiviti dan kekayaan untuk negara.
Pasaran mempunyai elemen keadilan yang tidak dapat dinafi; kerja keras akan membolehkan kita mendapat pendapatan yang tinggi, dan kemalasan akan dihukum dengan kesusahan. Pekerjaan, barang-barangan dan tahap gaji ditentukan secara ‘semulajadi’ seperti yang dimintakan oleh masyarakat, berdasarkan keperluan dan keupayaan mereka dan bukan berdasarkan pengagihan kerajaan, yang cukup terdedah dengan situasi terlebih atau terkurang.
Walaupun begitu, keadilan dalam pasaran tidak boleh terlalu diagungkan. Kuasa pasaran boleh menjadi ‘ganas tanpa belas ihsan’, seperti yang dikatakan oleh Jeffrey Sachs. Kewujudan ruang kegagalan dalam pasaran tidak boleh dinafikan sama sekali kerana bukan semua manusia bermula daripada asas yang sama. Dalam sistem yang sama, titik permulaan seperti harta, peluang atau kesihatan fizikal berbeza antara satu sama lain. Ketika ada yang dapat keluar daripada kepompong pendapatan rendah dan berjaya, hasil daripada peluang keemasan, ada juga yang terus kekal terhimpit dalam kitaran ganas ini. Hakikatnya, bukan semua mendapat peluang keemasan.
Antagonis Percukaian
Antara penyokong tegar pasaran bebas ialah libertarian di mana etika asas mereka ialah kebebasan. Mereka mendukung idea bahawa hasil ekonomi terbaik hanya akan muncul apabila setiap individu dibiarkan bebas untuk bertindak dan hidup tanpa ada pihak berkuasa yang menetapkan aktiviti ekonomi mereka. Individu tidak perlu dan tidak bertanggungjawab kepada masyarakat, selain daripada menghormati kebebasan dan hak milik orang lain. Tanggungjawab kerajaan hanyalah untuk melaksanakan undang-undang dan mengekalkan keamanan bagi melindungi hak milik peribadi. Malah, pendukung libertarian yang ekstrem berpendapat bahawa tidak ada keperluan langsung untuk kerajaan membina prasarana, jalan atau lebuhraya; itu semua perlu ditentukan oleh kuasa pasaran kerana keperluannya sahaja sudah cukup untuk memastikan ada dalam pasaran yang akan membinanya.
Libertarian ialah ‘Antagonis Percukaian’. Antara banyak-banyak campurtangan kerajaan, libertarian menentang kerajaan yang mempromosikan keadilan dan kecekapan menerusi sistem percukaian. Cukai dianggap satu bentuk peras ugut oleh kerajaan yang menghapuskan motivasi mereka yang berkerja kuat, dan berpotensi untuk memberi ganjaran kepada yang tidak berusaha.
Tuntasnya, pendukung libertarian berpegang kepada pasaran bebas sebagai satu-satunya cara untuk mengagihkan ekonomi secara demokratik; kebebasan gaya libertarian ialah penyelamat demokrasi dan penjamin kemakmuran. Oleh itu, usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin juga menjadi isu yang dibantah oleh kelompok libertarian.
Libertarian di Malaysia
Banyak pihak gemar meremehkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), tetapi kejayaan dasar ini hampir menghapuskan kemiskinan tidak dapat dinafikan; kejadian kemiskinan telah berkurang dari 50% pada 1970 kepada 3.8% kini. Golongan yang dahulunya miskin, kini membentuk kelas menengah dan profesional Malaysia.
Malangnya, tidak ada apa yang boleh dibanggakan daripada DEB selepas pertengahan tahun 90-an. Korupsi, ketirisan dan kepincangan integriti yang diperlihatkan dalam sistem kerajaan telah memburukkan lagi situasi. Mungkin kekecewaan terhadap institusi kerajaan inilah yang menyuburkan ideologi libertarian di Malaysia.
Adakah Libertarianism untuk Malaysia? Kita boleh mula mencari jawapannya dengan kembali kepada persoalan keperluan mewujudkan kerajaan. Ada persoalan tentang siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan awam. Kita juga tidak memerlukan lebih daripada satu pasukan polis, bomba atau mahkamah undang-undang yang bersaing antara satu sama lain. Tanpa kerajaan, siapakah yang akan mengendalikan masalah alam sekitar, meregulasikan kebejatan moral, memastikan individu tidak mencederakan satu sama lain, dan melindungi kedaulatan rakyat Malaysia? Mengurangkan peranan sosok kerajaan mungkin boleh dipertimbangkan, tetapi menghapuskannya sama sekali boleh membawakan kemudaratan yang sukar dibayangkan.
Seterusnya kita tiba kepada isu kemiskinan pula. Niat baik libertarian yang terpuji yakni memberi ganjaran kepada usaha keras dan mengurangkan pengaruh kerajaan yang korup, sebenarnya turut membuka ruang yang terlalu luas kepada kesinambungan kekayaan bagi yang sudah kaya dan kitaran kemiskinan yang semakin ganas. Seperti yang dihujahkan, setiap manusia bermula dari latarbelakang yang berbeza. Yang kaya terus berada dalam kedudukan yang membenarkan mereka meluaskan empayar kekayaan mereka- malah mereka tidak boleh disalahkan kerana mereka diberi peluang dan dibenarkan berbuat demikian! Lebih teruk lagi jika kekayaan datang dari pemerolehan dan penggarapan kekayaan yang sedia ada, dan bukannya lahir dari perekaan kekayaan yang baru dan nilai tambah yang baru; lantas seterusnya meningkatkan saiz ekonomi.
Akhirnya, kuasa akan berada dalam genggaman sektor korporat dan golongan kaya, lantas memberikan mereka kuasa mempengaruhi dasar awam secara signifikan, bertentangan dengan hasrat murni asal ‘demokrasi’ libertarian tadi. Ahli lembaga pengarah dan ketua syarikat tidak dapat dipilih oleh rakyat, seperti kerajaan yang terlantik. Ketakutan libertarian terhadap negara sosialis yang akan menuju ke arah fasism sebenarnya juga boleh berlaku dalam pasaran bebas yang menyamar sebagai sektor korporat. Kegagalan pasaran bebas kemudiannya akan menjadi persoalan kegagalan politik, dan bukan sahaja persoalan kegagalan ekonomi!
Sekarang cuba bayangkan ‘pasaran bebas’ ini di Malaysia, dengan tahap ketidaksamarataan antara tertinggi di Asia (menurut ukuran GINI). Golongan miskin yang tidak berdaya akan terus ketinggalan dalam kuasa pasaran berbanding golongan kaya. Di sinilah keadaan di mana hasrat murni kebebasan ekonomi yang tulen seperti yang dicadangkan oleh libertarian tidak mampu menjanakan hasil yang diidamkan pada asalnya.
Manifesto Pakatan Rakyat: Manisfesto Yang Tepat Pada Masanya
Apapun pandangan politik kita, wajar kita bersetuju sedikit sebanyak dengan Manisfesto Pakatan Rakyat. Bagi menyelesaikan isu-isu asas ekonomi, empat teras utamanya selari dengan isu yang dihadapi oleh rakyat; yakni kebebasan rakyat, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat. Di Malaysia, statistik rasmi kemiskinan yang diterbitkan mungkin kelihatan rendah, tetapi secara relatifnya, ramai rakyat (terutamanya golongan miskin urban) boleh dikira miskin. Harga rumah yang meningkat dan taraf hidup yang semakin melonjak tinggi tidak selari dengan peningkatan gaji mengakibatkan rakyat biasa terhimpit dengan bebanan hutang yang banyak dan generasi-generasi yang terlahir mempunyai tahap produktiviti yang rendah disebabkan oleh kemahiran pendidikan yang terhad.
Bagi kerajaan untuk terus relevan dalam menahan serangan libertarian, campurtangan kerajaan perlu bersifat taktikal, dan bukannya haru biru mengikut keperluan meraih undi. Sekiranya pendirian kerajaan ialah pro-bisnes, ia perlu disandarkan bersama dengan jaringan keselamatan sosial untuk melibatkan isi rumah berpendapatan rendah dalam pencarian kekayaan dan pertumbuhan. Jika fokusnya ialah rakyat, perhatian perlu diberikan bagi memastikan kehendak perniagaan tidak dilupakan. Aspirasi begini mustahil untuk dicapai tanpa dasar seperti yang dicadangkan oleh Manifesto PR; peluasan peluang pendidikan (dengan memberi pendidikan tinggi percuma), pengurangan kos sara hidup (utiliti dan tol), subsidi terpilih, dan penekanan soal gaji dan pendapatan yang pada masa kini ditekan di tahap rendah oleh kerana kemasukan besar-besaran pekerja asing.
Kita belum melihat janji manifesto Barisan Nasional, tetapi sebagai permulaan, manifesto itu perlulah lebih diperincikan berbanding Manifesto 2008 yang umumnya berbunyi; ‘berjanji akan memacu ekonomi ke arah perkembangan’. Hakikatnya, memacukan ekonomi memanglah sudah menjadi tanggungjawab kerajaan!
Membangunkan Golongan Miskin: Menyamaratakan Padang Persaingan
Artikel ini bukan menyarankan kemunculan Robin Hood zaman moden, merompak golongan kaya yang bekerja keras dan memberikan harta mereka kepada yang miskin. Golongan kaya boleh memberikan bantuan dengan mengendong sedikit tanggungjawab untuk menaikkan tahap pendidikan, kesihatan dan kadar produktiviti golongan miskin. Bayangkan perbezaan sebuah komuniti yang mempunyai seorang hartawan bernilai RM40 bilion dan golongan miskin yang ramai, dengan sebuah komuniti yang mempunyai 400 isi rumah bernilai RM10 milion setiap satu. Sejauh mana kita tidak suka membayar cukai sekalipun, kita menerima kesahihannya selagi mana ia dijadikan undang-undang dan digunakan sebaiknya.
Hal ini juga tidak bermakna golongan miskin boleh goyang kaki. Peluang sudah diberikan, dan tiba masanya mereka menggunakannya. Ideanya ialah kek ekonomi yang lebih besar dan mewujudkan dan melahirkan nilai-nilai baru, yang Malaysia tidak dapat nikmati sekarang kerana golongan miskin yang berpotensi menghasilkannya tidak diberi peluang.
Dengan mengambil kira semua perkara ini, di manakah kedudukan libertarianism, cukai untuk golongan kaya dan perniagaan, dan pasaran bebas? Adakah peningkatan peranan kerajaan semestinya wenatijahkan korupsi? Negara kebajikan di rantau Skandinavia mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Amerika Syarikat dalam Index Pembangunan Manusia (HDI). Pada masa yang sama, negara-negara terbabit adalah antara negara yang paling seimbang dengan tadbir urus dan kawalan terhadap korupsi terbaik, walaupun mempunyai saiz kerajaan yang lebih besar.
Kesudahannya, ekonomi yang sihat ialah ekonomi campuran, di mana kerajaan dan kuasa pasaran memainkan peranan masing-masing. Nisbah yang tepat memang terus menjadi tanda tanya; tetapi permulaan yang baik adalah dengan berhenti daripada terus-menerus menidakkan realiti ketidaksamarataan. Ketidaksamarataan bukanlah sekadar hobi para aktivis anti-kapitalis yang cemburu dengan sektor korporat dan golongan cendikiawan ekonomi pembangunan yang sibuk mencari isu sensasi untuk penyelidikan mereka.
Benar, campurtangan kerajaan pelbagai bentuk dan saiznya mungkin mampu merencatkan kemampuan, tetapi kefahaman ‘orang miskin malas dan orang kaya rajin’ itu hanyalah satu mitos. Ke arah Malaysia yang lebih baik, kita tiada pilihan selain untuk terus meningkatkan produktiviti dengan suatu fokus yang baru; iaitu penglibatan semua golongan dalam semua kelas dan tingkat ekonomi.
Jika tidak, Malaysia akan terinjak-injak bergerak ke hadapan, dengan membawa bersama bebanan kesan dasar-dasar awam yang silam.
‘Negarawan ialah mereka yang berfikir untuk generasi masa hadapan, manakala ahli politik pula ialah mereka yang hanya berfikir tentang pilihanraya akan datang’- Abraham Lincoln
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/03/mitos-si-kaya-dan-si-miskin.html#ixzz2OGJjZL2z
Khamis, 21 Mac 2013
Ibnu Hasyim: Cerai, Kerana Anu Kecil, Boleh Ke Dalam Islam?
Ibnu Hasyim: Cerai, Kerana Anu Kecil, Boleh Ke Dalam Islam?: Taipei: Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil. Wanita itu, kakitangan kerajaan, Z...
Ibnu Hasyim: 9 Negeri BN Jatuh,Bubar Parlimen 28-30Mac -Dr Hatt...
Ibnu Hasyim: 9 Negeri BN Jatuh,Bubar Parlimen 28-30Mac -Dr Hatt...: KL : Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Ra...
Ibnu Hasyim: Rupanya,K/Militant Kiram, Ahli UMNO& ADO Kudat
Ibnu Hasyim: Rupanya,K/Militant Kiram, Ahli UMNO& ADO Kudat: Dari Blog Shalehudin: Fakta sebenar...!!! Ketua Militant Raja Muda Azzimuddin Kiram adalah warganegara Malaysia dan juga Ahli UMN...
Siasat Vedio Panas Ini Segera! -Salahudin Ayub
Siasat Vedio Panas Ini Segera! -Salahudin Ayub
KL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak segera terhadap pendedahan yang dibuat oleh Global Witnes melalui satu klip video yang kini menjadi video paling panas di Malaysia. Anggota Lembaga dan Penal SPRM, Salahudin Ayub membuat desakan ini ekoran pendedahan yang dibuat oleh klip video berkenaan.
"Saya meminta SPRM membuat tindakan segera. Lagi lambat tindakan diambil lagi rosak nama baik kita (SPRM)," kata Salahudin (gambar) kepada Harakahdaily.
Sehingga berita ini ditulis, sudah lebih 135,221 orang menonton klip video Bahasa Inggeris tetapi mempunyai terjemahan yang baik dalam Bahasa Malaysia ini. Sudah 2,337 penonton video ini menyatakan 'like' kepada video ini.
Video klip ini mendedahkan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Taib Mahmud mengumpul kekayaan untuk mereka dengan menipu dan melanggar undang-undang negara.
Klip bertajuk 'Di sebalik bayang-bayang sebuah negeri di Malaysia - sebuah filem oleh Global Witnes' mengisahkan cerita seorang aktivisnya yang menyamar untuk melabur di Sarawak. Ia berupa kisah korupsi yang berlaku dalam sebuah keluarga elit yang memerintah Sarawak yang mengeksloitasi segala hasil dan rakyat negerinya untuk kepentingan mereka.
"Dengan menyamar sebagai pelabur, Global Witnes telah ke Sarawak untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana perniagaan ini dijalankan dan ke manakah wang itu disalurkan," kata Global Witnes di awal video ini. Ekoran itu, mereka telah bertemu dengan pegawai kerajaan yang bertugas bagi membolehkan pelaburan dibuat.
Namun, pegawai ini telah memperkenalkan mereka dengan keluarga Taib Mahmud untuk menjalan perniagaan ini termasuklah sepupu Taib, Fatimah Abdul Rahman. Dari situlah Global Witnes mendedahkan segala-galanya tentang apa yang berlaku di Sarawak. (Hrkh))
Klik untuk tonton video ini sepenuhnya.
Ibnu Hasyim: Siasat Vedio Panas Ini Segera! -Salahudin Ayub
Ibnu Hasyim: Siasat Vedio Panas Ini Segera! -Salahudin Ayub: KL : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak segera terhadap pendedahan yang dibuat oleh Global Witnes melalui s...
Rabu, 20 Mac 2013
Selasa, 19 Mac 2013
Bekas DO dakwa Mahathir lulus 'Projek IC'
Bekas DO dakwa Mahathir lulus 'Projek IC'
|
Hassnar, berkata beliau menyertai satu “mesyuarat rahsia” pada tahun 1980-an, di mana Timblan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub “secara terbuka mengakui penglibatan Mahathir”.
Sejumlah 15 orang pegawai menghadiri mesyuarat tersebut, dakwanya, termasuk “tiga orang anggota pasukan polis, termasuk wakil daripada jabatan imigresen dan jabatan pendaftaran negara”, katanya.
Hassnar, 62, berkata demikian pada malam tadi dalam satu forum mengenai pencerobohan kumpulan Suluk di Lahad Datu, Sabah.
Acara berkenaan dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Beliau yang kini mengetuai PKR Batu Sapi berkata skim berkenaan untuk memberi kerakyatan kepada pendatang asing beragama Islam itu bermula pada awal 1980-an.
Beliau berkata, pengundi Cina pada masa itu menjadi kumpulan yang menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya di negeri berkenaan.
“Jadi, timbul perasaan bahawa kehadiran orang Islam di negeri itu mesti diperkukuhkan untuk memastikan negeri berkenaan kekal di tangan orang Islam,” katanya.
Beliau seterusnya mengimbau kembali pengalamannya pada hari pertama sebagai pegawai daerah Sandakan pada 1982 – jawatan yang disandangnya atas desakan ketua menteri Sabah masa itu, Tan Sri Harris Salleh – di mana beliau diarahkan untuk menandatangani 500 borang pendaftaran kewarganegaraan yang tidak mempunyai butiran pemohon.
“Di antara 1976 dan 1984, saya boleh kata tidak kurang dari 125,000 pendatang asing diberi kewarganegaraan di Sabah,” dakwanya.
Isnin, 18 Mac 2013
Hebat! Suasana dalam makmal cybertrooper Umno
Hebat! Suasana dalam makmal cybertrooper Umno
53 6007 0 6752
SALAH seorang sahabat pembaca yang mendakwa dirinya merupakan salah
seorang bekas cybertrooper Umno, di bawah seliaan Unit Media Baru, UMB
mendedahkan gambar makmal UMB.
Menurutnya, makmal UMB Umno dilengkapi deretan komputer untuk semua cybertroopers upahan menjalankan tugas. Kebanyakkan mereka ditugaskan menyebar propaganda di facebook.
Di bawah ini gambar yang dikirimkan oleh beliau. Pengirim memaklumkan, dia sudah tidak lagi bersama Unit Media Baru, UMB dan berjanji akan mendedahkan semua maklumat tentang cybertroopers upahan ini termasuk blogger dan lain-lain.
Antara maklumat yang dimaksudkan adalah, nama blog, alamat, gambar, no telefon, dan lain-lain bagi memudahkan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil tindakan saman ke atas mereka yang gemar menabur fitnah di dunia internet.
Selepas ini jika ada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas cybertroopers Umno ini, tugas sudah semakin senang kerana semua maklumat mereka ada dalam simpanan.
Menurutnya, makmal UMB Umno dilengkapi deretan komputer untuk semua cybertroopers upahan menjalankan tugas. Kebanyakkan mereka ditugaskan menyebar propaganda di facebook.
Di bawah ini gambar yang dikirimkan oleh beliau. Pengirim memaklumkan, dia sudah tidak lagi bersama Unit Media Baru, UMB dan berjanji akan mendedahkan semua maklumat tentang cybertroopers upahan ini termasuk blogger dan lain-lain.
Antara maklumat yang dimaksudkan adalah, nama blog, alamat, gambar, no telefon, dan lain-lain bagi memudahkan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil tindakan saman ke atas mereka yang gemar menabur fitnah di dunia internet.
Selepas ini jika ada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas cybertroopers Umno ini, tugas sudah semakin senang kerana semua maklumat mereka ada dalam simpanan.
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/03/hebat-suasana-dalam-makmal-cybertrooper.html#ixzz2NuEYeUne
bual bicara online dengan orang tegar Umno
- Percakapan dimulai Jumat
- Ezuddin Adnansihat abe...guano politik hebat komen2 he he
- Hari Ini
- Ezuddin Adnanabe...x bls pun msg sy
- Mohd Najman Yusoffsihatalhamdulillah
- Ezuddin Adnanplitk klte camne...msia hebat nmpkpe komen
- Mohd Najman Yusoffnampak makin panas apa2 pun kita mohon ke hadrat ilahi diberikan pilihan terbaik untuk seluruh umat Malaysis insyaAllah
- Ezuddin AdnanAmeen!!! nak beri blog minta komensy slalu buka harakdaily, mskini, kadilan dlyyg tukar tu blog ore kelate
- Mohd Najman Yusoffterima kasih , insyaAllah
- Ezuddin Adnanpndgn abe krjaan camne
- Mohd Najman Yusoffsemestinya yang yang boleh menjaminkan kehidopan kita dunia dan akhirat insyaAllah
- Ezuddin Adnanbetul tu...ada blog agama gak sy beri tu...senang2 ngeteh leh pjg smbgnti jika dah baca...komen ya
- Mohd Najman YusoffinsyaAllah
Langgan:
Catatan (Atom)