Pilihan raya Selangor mungkin berasingan juga
Subky Latif, | 21 Sep 2012 |
Ketika PM Najib hendak mengadakan PRU segera dulu, Selangor memutuskan
ia tidak akan mengadakan pilihan raya serentak selagi tidak masuk ke
tahun terakhir buat penggal lima tahun yang bermula 2008.
Sekarang Najib telah melewatkannya dan bersedia untuk mengadakannya bila-bila masa tetapi Selangor pula tidak mahu membubarkan DUN jika PRU diadakan tahun ini sekalipun ia sudah berada ditahun yang terakhir. Mungkin ia akan mengadakannya pada bulan terakhir penggal itu.
Alasannya ialah SPR tetap dilihat tidak bersih dan tidak adil. Panitia Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 masih melihat bergelumang dengan kekotoran. Selangor yang ada kuasa untuk menentukan bila DUNnya akan dibubarkan tidak mahu mengadakan pilihan raya dalam suasana tidak sihat itu.
Walaupun pilihan rayanya pada bulan terakhirnya nanti tidak menjamin ia diadakan dalam suasana yang dimahunya, tetapi ia mahu mendenda SPR yang sentiasa senget itu untuk membuat kerja dua kali.
Kalau pilihan raya itu serentak SPR buat kerja sekali saja. Kerja SPR tidak selesai kerana Selangor belum pilihan raya. SPR tidak dapat tutup buku. Pengerusi dan timbalannya serta sekian ramai petugasnya tidak dapat mengambil cuti kerana kerja masing-masing belum selesai.
Gara-gara SPR yang dilihat tidak telus, tidak adil dan tidak bersih itu menyebabkan negara terpaksa menanggung beban belanja yang sekali ganda.
Tiada siapa yang untung apabila kerajaan dan negara terpaksa menanggung beban kewangan yang lebih besar dan membazir tetapi ia adalah satu denda negara kerana membenarkan kecurangan berlaku.
Kerajaan dan pemimpin jadi curang kerana ia direlai beberapa aparat negara seperti SPR, polis, jabatan peguam negara, jabatan kehakiman dan lain-lain. Semua aparat yang sepatutnya bebas dan merdeka telah setuju dilacurkan oleh pemimpin kerajaan yang curang itu.
Dengan denda yang dilakukan oleh kerajaan Selangor itu, semua individu yang merelakan aparat di bawah tanggungjawabnya dilacurkan terpaksa menanggung beban kerugian negara itu. Keluarga dan anak cucu mereka ikut menanggung beban itu.
Selama ini orang sangka parti pembangkang dan rakyat saja yang menjadi mangsa dan hamba kerajaan dan pemimpinnya yang kejam dan zalim, jika sekalian hakim, pemimpin polis, pemuka SPR dan pembesar jabatan peguam negara terdiri orang yang merdeka dan bebas, mereka sepatutnya sedar bahawa bukan saja rakyat dan pembangkang terpaksa menjadi mangsa, tetapi mereka dan anak cucu mereka juga jadi mangsa kepada sistem negara yang menyeleweng itu.
Apabila ada antara anak cucu mereka yang sedar nanti, mereka akan mengutuk dan maki hamun datuk nenek mereka yang membenarkan institusi bebas itu dilacur.
Parti yang memerintah Selangor tetap tidak mendapat layanan yang adil oleh SPR yang sama sekalipun pilihan raya diadakan berasingan. Tetapi siapa tahu kalau PRU13 yang diadakan dulu itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat?
Jika fathul (pembebasan) Putrajaya dapat dilakukan, maka terbuka peluang bagi membersihkan SPR. Mungkin Ambiga dan pujangga A. Samad Said boleh dijadikan pengerusi bersama SPR bagi membersihkan segala yang comot.
Maka masa itu Selangor tidak ragu lagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. Dalam suasana yang bebas itu terserah kepada pengundi untuk menjadi Noh Omar atau Tan Sri Razali Ismail, bos Syabas untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru atau mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB.
Jika selepas itu mati Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, nescaya pejam mata masing-masing.

Next > |
---|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan