Ahad, 23 September 2012

penganggur dipenjara 16 bulan kerana Mencuri untuk beli nasi

Mencuri untuk beli nasi, penganggur dipenjara 16 bulan

SEORANG penganggur yang kelaparan dikatakan tidak memiliki wang untuk membeli nasi telah mencuri dan tertangkap. Penjenayah itu akhirnya dikenakan hukuman penjara 16 bulan (setahun 4 bulan) oleh hakim.

Di bawah ini keratan berita laporan kes tersebut yang dipetik daripada akhbar Harian Metro. Kalau kita fikirkan, penganggur ini melakukan jenayah untuk membeli nasi, tentu sekali melibatkan jumlah wang yang kecil.
 

Berbeza dengan sebuah lagi kes, juga melibatkan kes jenayah. Bezanya jenayah ini dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor. Jenayah dilakukan untuk mendapatkan kesenangan diri dan tentu sekali melibatkan wang yang besar.

Memang benar kes jenayah ini melibatkan wang sebanyak RM6.5 juta. Namun apa yang menghairankan, hukuman yang dikenakan ke atas Khir Toyo selepas didapati bersalah cuma 12 bulan penjara (setahun).

Malah hukuman penjara tersebut masih lagi ditangguhkan sehingga ke hari ini.
     ReJaM© "Orang besar buat jenayah pusing sana pusing sini akhirnya lepas... "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan