,
|
04 Jun 2012
|
Sabtu, 02
Jun 2012 03:30 BlogMaster
Kerajaan mendakwa kualiti RON97
lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan
menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang
kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97
(RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).
Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol
RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi
subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi
menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.
Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45
seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah
RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya
berharga RM2.90!
Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang
subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97
(RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang
kurang berkualiti!
Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan
subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang
berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan
menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah.
Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh
rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).
Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan
petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga
RM1.45 seliter! Macam mimpi!
Tapi kerajaan Barisan Nasional
seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda
dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan
perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol
RON97. Ada berani?
Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan
yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan
Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97.
Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..
Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang
berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang
kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh
lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)
Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga
yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan
Pakatan Rakyat!
Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi
jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan
harga petrol!"
Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen
penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di
kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin
di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol.
- Blogmaster
Tiada ulasan:
Catat Ulasan