Kahwin katak untuk panggil hujan
TAKHATPUR - Upacara perkahwinan antara haiwan bukan lagi asing di kalangan masyarakat di India.
Terbaru, ritual perkahwinan antara katak berlangsung di sebuah perkampungan di wilayah Chhattisgarh, Takhatpur, India.
Penduduk
percaya, upacara perkahwinan luar biasa ini dapat menyelesaikan 'sumpah
kemarau' yang melanda kawasan itu sejak beberapa bulan hingga
mengakibatkan kekurangan bekalan air.
Perkahwinan
antara katak tersebut dilakukan dengan penuh adat istiadat perkahwinan
masyarakat Takhatpur, termasuk dihiburkan dengan pelbagai lagu dan
hadiah.
Mengikut
kepercayaan, sejurus pasangan katak itu 'bercium', seluruh masyarakat
di perkampungan itu akan bernazar untuk mohon hujan. Kemudian, pasangan
katak tersebut dilepaskan berhampiran sungai di perkampungan itu, sekali
gus membawa nazar daripada penduduk kampung terbabit.
Selain
katak, perkahwinan antara haiwan seperti keldai dan kerbau juga masih
dilakukan oleh beberapa golongan masyarakat di India bagi memenuhi niat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan