Khamis, 31 Mei 2012
Rabu, 30 Mei 2012
Meluruskan saf sebahagian daripada solat
Meluruskan saf sebahagian daripada solat
9 Rejab 1433H. [MOD] -
Luruskan
saf dan rapatkan antara jemaah solat sering diperingatkan setiap kali
hendak memulakan solat. Peringatan imam itu hanya tinggal ingat tanpa
diindaahkan oleh jemaah. Persoalan yang timbul dalam fikiran saya apakah
jemaah tidak faham peringatan itu, atau tidak dengar atau memang jemaah
degil.
Sebenarnya
isu saf ini seperti tidak pernah selesai kerana sehingga ke hari ini,
saf solat umat memang tidak pernah lurus. Bahkan di Makkah dan Madinah
juga tidak boleh berlaku lurus.
Adakah
mereka tidak sedar bahawa luruskan saf itu sebahagian daripada solat,
malah menyempurna solat itu sendiri. Sabda Rasulullah seperti yang
diriwayatkan Anas bin Malik,
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ، فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ
Maksudnya:
Samakan atau luruskan saf-saf solat kamu, maka sesungguhnya menyamakan
saf solat itu sebahagian daripada kesempurnaan solat. (Hadis Marfuk)
Kalau
anda tahu bahawa meluruskan saf sebahagian daripada kesempurnaan solat,
apakah patut anda tidak meluruskannya. Sedarkah anda bahawa tanpa
meluruskannya boleh mencacatkan solat anda atau dalam kata lain tidak
sempurna solat yang dilakukan itu.
Selain lurus,
merapatkan
antara jemaah penting diberi perhatain. Hal ini kerana kedudukan yang
renggang mengundang gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya (kekuasaannya), aku
melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak
kambing.” (Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97)
Mengapa perlu lurus dan rapat
Sesuatu
yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya tentu ada tujuan dan hikmahnya.
Antara tujuannya ialah dengan rapatkan antara jemaah boleh menghilangkan
rasa ego. Kalau anda perasan kedudukan saf solat anda pada hari ini,
jarang. Apabila kita cuba hendak rapatkan, dia akan anjakkan lagi. Ini
menunjukkan mereka ego, tempat solat tidak mahu dikongsikan dengan orang
lain.
Ketahuilah
kalau kita masih merenggangkan kedudukan antara jemaah, itulah petunjuk
bahawa hati anda tidak serasi dengan orang lain. Ketika itu, anda tidak
bersedia untuk bersatu padu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kamu merapatkan saf-saf kamu, atau Allah akan memecah-belahkan hati-hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Jelas
di sini orang yang boleh menjaga saf selain diganjari dengan ganjaran
besar, Allah jalinkan hubungan persaudaraan sesama mereka. Hal ini
disokong oleh hadis daripada Ibnu Umar r.a dia berkata, Rasulullah SAW
bersabda: “Siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan
menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan
memutuskannya.
” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)
Dalam
hadis yang diriwayat Abu Hurairah r.a. dia berkata, “Rasulullah biasa
masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung
yang lain, baginda memegang dada dan bahu kami seraya bersabda,
“Janganlah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana demikian itu akan
menjadikan hati kalian berselisih.” (Riwayat Muslim)
Bagaimana boleh lurus dan rapat
Untuk merealisasikan perintah ini setiap orang perlu lakukan langkah berikut:
1.
Cara berdiri, setiap jemaah perlu berdiri mengikut keselesaan
masing-masing. Maksudnya kalau anda kurus berdirilah mengikut yang
sepadan dengannya. Dan kalau gemuk berdirilah mengikut keselesaannya
juga.
2.
Rapatkan antara jemaah. Untuk ini, betulkan cara meletak tangan ketika
berdiri seperti yang dijelaskan dalam keluaran edisi 8. Yang penting
siku kiri berada dicelah rusuk kanan jemaah lain. Manakala bahu dan jari
kelingking kaki bersentuhan antara satu sama lain.
3.
Kedudukan tumit, perhatikan tumit anda sentiasa berada di atas garisan
yang disediakan. Dalam keadaan itu kalau anda duduk di hujung saf, anda
akan kelihatan seperti satu. Rasullah sendiri sewaktu hayat memeriksa
saf tersebut seperti yang diriwayatkan Anas bin Malik.
أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ أَنْ أُقِيمَتِ
الصَّلاَةُ، أَقْبَلَ بِوَجْهِهِ عَلَى أَصْحَابِهِ، فَقَالَ: سَوُّوا
صُفُوفَكُمْ ، فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي.
Maksudnya:
“Bahawa Rasulullah setelah bersedia untuk solat (selepas iqamat)
baginda melihat wajah sahabat dan berkata, samakan saf-saf kamu kerana
sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku.” (Hadis Sohih yang
dikeluarkan al-Bukhari)
أَقِيمُوا
الصُّفُوفَ ، فَإِنَّمَا تَصُفُّونَ بِصُفُوفِ الْمَلَائِكَةِ ، وَحَاذُوا
بَيْنَ الْمَنَاكِبِ ، وَسُدُّوا الْخَلَلَ ، وَلِينُوا فِي أَيْدِي
إِخْوَانِكُمْ ، وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ ، وَمَنْ وَصَلَ
صَفًّا ، وَصَلَهُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى ، وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا ،
قَطَعَهُ اللَّهُ تبَارك وَتَعالَى .
Dalam
hadis daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Hendaklah kamu luruskan saf, sesungguh kamu berbaris bersama saf para
Malaikat, samakan di antara tumit-tumit kamu dan penuhi ruang-ruang
kosong, lembut tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong
untuk dipenuhi oleh syaitan,
siapa
yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan
siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat
Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)
Ahmad Baei Jaafar
Responses
Ibnu Hasyim: Servey Perlecehan Seks Wanita Di London
Ibnu Hasyim: Servey Perlecehan Seks Wanita Di London: SERVEY terbaru menunjukkan bahawa lebih dari 4 dari setiap10 wanita London mengaku mendapatkan pelecehan seksual di te...
Ibnu Hasyim: Gambar Inikah Fesyen Pakaian Islam & Ciri-cirinya?...
Ibnu Hasyim: Gambar Inikah Fesyen Pakaian Islam & Ciri-cirinya?...: TAHUKAH anda apakah yang di maksudkan dengan fesyen menurut perspektif Islam serta sejauh manakah berfesyen itu di benarkan dalam Isla...
Ibnu Hasyim: Mesej Twitter: Nizar Mohon Maaf. Tidak Hina Sultan...
Ibnu Hasyim: Mesej Twitter: Nizar Mohon Maaf. Tidak Hina Sultan...: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi ...
Ibnu Hasyim: Mengapa Rumah-Rumah Ini Dibakar?
Ibnu Hasyim: Mengapa Rumah-Rumah Ini Dibakar?: BEBERAPA buah rumah yang sering digunakan sebagai tempat maksiat dibakar oleh warga setempat yang merasa resah dengan aktiviti jaha...
Ibnu Hasyim: B/Pemimpin Komunis China Terlibt Skandal Seks
Ibnu Hasyim: B/Pemimpin Komunis China Terlibt Skandal Seks: Aktres popular China Zhang Ziyi ini dilaporkan berhadapan dengan siri kontroversi sejak dua tahun lalu. ...
MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan Dan Lihat Lihat video kemalangan (8.04 min)
MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan
11:45AM Mei 29 2012 |
Persatuan
Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini tampil dengan penjelasan kepada
menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus
untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor seperti yang menyebabkan
17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia, Sabtu lalu.
Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.
"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Kos untuk meluluskan perlumbaan itu termasuk perlindungan insurans yang meliputi pelumba, anggota pasukan lumba dan juga penonton, katanya.
Beliau mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan.
"Kita ada beberapa badan dan persatuan yang melibatkan sukan permotoran tetapi adakah ia merangkumi perlumbaan seperti ini. Saya perlu mendapatkan lebih maklumat tentang perkara itu," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Ahad lalu.
Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.
"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami," kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.
Sementara itu, penganjur kepada acara perlumbaan tersebut berkata mereka tidak dapat menyuraikan orang ramai yang memenuhi kawasan larangan di tepi litar terbabit.
Seorang pegawai perlumbaan tersebut, dari syarikat MUSC Motorsports berkata para penonton tidak sepatutnya berdiri di tepi jalan yang tidak dipagar dengan penghadang besi itu.
MUSC Motorsports telahpun bertindak menghalau individu yang berada di bahagian jalan tersebut, sejam sebelum acara dimulakan, katanya yang enggan dinamakan.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat menghalang kesemua individu berkenaan kerana jumlah yang ramai, katanya.
[Baca berita penuh]
Lihat video kemalangan (8.04 min)
Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.
"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Kos untuk meluluskan perlumbaan itu termasuk perlindungan insurans yang meliputi pelumba, anggota pasukan lumba dan juga penonton, katanya.
Beliau mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan.
"Kita ada beberapa badan dan persatuan yang melibatkan sukan permotoran tetapi adakah ia merangkumi perlumbaan seperti ini. Saya perlu mendapatkan lebih maklumat tentang perkara itu," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Ahad lalu.
Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.
"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami," kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.
Sementara itu, penganjur kepada acara perlumbaan tersebut berkata mereka tidak dapat menyuraikan orang ramai yang memenuhi kawasan larangan di tepi litar terbabit.
Seorang pegawai perlumbaan tersebut, dari syarikat MUSC Motorsports berkata para penonton tidak sepatutnya berdiri di tepi jalan yang tidak dipagar dengan penghadang besi itu.
MUSC Motorsports telahpun bertindak menghalau individu yang berada di bahagian jalan tersebut, sejam sebelum acara dimulakan, katanya yang enggan dinamakan.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat menghalang kesemua individu berkenaan kerana jumlah yang ramai, katanya.
[Baca berita penuh]
Lihat video kemalangan (8.04 min)
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan
melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak
semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Selasa, 29 Mei 2012
Isnin, 28 Mei 2012
Ahad, 27 Mei 2012
Ibnu Hasyim: Niaga: Mani RM650-RM900, Ovum RM100,00..
Ibnu Hasyim: Niaga: Mani RM650-RM900, Ovum RM100,00..: SPERMA boleh mencecah harga RM900 sebotol kecil manakala ovum kadangkala berharga RM100,000 Wanita Malaysia dipercayai jual ovum KUALA...
Ibnu Hasyim: S'pura, Rakyat Mula Sokong Pembangkang?
Ibnu Hasyim: S'pura, Rakyat Mula Sokong Pembangkang?: PERDANA MENTERI SINGAPURA, Lee Hsien Loong (kiri) berjabat tangan dengan seorang penyokong pada satu perhimpunan politik di daerah H...
Ibnu Hasyim: Begini... Bila Non Muslim Berpurdah Di Finland
Ibnu Hasyim: Begini... Bila Non Muslim Berpurdah Di Finland: Seorang Wartawan Finland Menyamar Memakai Purdah ( Niqab@Burqa ) SEORANG perempuan memakai baju jubah hitam lengkap dengan purdahny...
Sabtu, 26 Mei 2012
Khamis, 24 Mei 2012
Rabu, 23 Mei 2012
Ibnu Hasyim: Polemik Wanita Bercadar , Kusai TV Di Mesir.
Ibnu Hasyim: Polemik Wanita Bercadar , Kusai TV Di Mesir.: SEBUAH stasyen televiyen satelit Mesir yang sedang dalam masa siaran ujicuba, menimbulkan kontroversi, berkait dengan penampilan penyiarn...
Ibnu Hasyim: Seks Terbuka Gadis 14 Tn, UMNO Tanggungjawab?
Ibnu Hasyim: Seks Terbuka Gadis 14 Tn, UMNO Tanggungjawab?: Kakak Terkejut Lihat Aksi Seks Adik Di Atas Buaian . HULU BESUT - Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya...
contoh kerja kursus sejarah tingkatan satu
KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 1 : SEJARAH DIRI DAN KELUARGA
1. ELEMEN 1 : Mengumpul fakta
- Majalah, akhbar, jurnal, buku, internet, orang sumber, CD/DVD
- Majalah, akhbar, jurnal, buku, internet, orang sumber, CD/DVD
2. ELEMEN 2 : Merekod fakta / Hasil Kajian
1. Muka hadapan (cover page)
· Sila rujuk Keratan 1
2. Isi Kandungan
· Sila rujuk Keratan 2
3. Penghargaan – Ucapan terima kasih kepada ibu bapa, guru sejarah, rakan-rakan dan saudara-mara atas bantuan yang diberikan
4. Objektif Kajian
· Sila rujuk Keratan 3
5. Kaedah kajian
· Sila rujuk Keratan 4
6. Laporan Kajian A. Salasilah keluarga
Carta keluarga (Family Tree) – Sila rujuk Keratan 5
B. perkembangan diri dan keluarga. Ceritakan biodata setiap ahli keluarga -
Rujuk Keratan 6.
C. Tokoh dalam keluarga ( orang yang paling kamu sanjungi dan hormati dalam keluarga -
kelayakan pendidikan, pencapaian, sumbangan terhadap keluarga dan teladan yang dapat
dipelajari ) . D.Peristiwa bersejarah keluarga
§ hari perkahwinan/ulang tahun.
§ berpindah ke tempat lain
§ melawat/melancong
§ rumah terbakar
§ banjir
§ kematian
§ anugerah cemerlang/pingat
§ konvensyen/konvokesyen
§ majlis rasmi/kursus /seminar
§ dan lain-lain
7. Rumusan – Sila rujuk Keratan 7
8. Lampiran
· Gambar yang berkenaan
· Dokumen-dokumen berkaitan
§ Salinan Sijil kelahiran,
§ Sijil perkahwinan,
§ Kad pengenalan,
§ Kad pekerjaan,
§ Sijil-sijil sekolah
§ Sijil penghargaan
§ Majalah
§ Lain-lain sumber
· Rakaman tv
· Sijil anugerah/ Sijil pengiktirafan
· Pingat-pingat (gambar)
· Potongan akhbar
· Surat rasmi
. Sijil kematian
9. Rujukan
· Orang sumber yang memberikan maklumat yang berguna seperti
ibu,bapa, datuk, nenek dan sebagainya.
· Sertakan nama penuh mereka, umur, No kad pengenalan, Alamat rumah,
No telefon dan emel.
10. Esei
· Tajuk : Menyayangi diri dan keluarga
· Soalan : Bagaimanakah anda seharusnya menyayangi keluarga anda?
§ Tulis esei anda melebihi 100 patah perkataan
§ Masukkan sekurang-kurangnya empat (4) unsur-unsur patriotisme
CONTOH :
Keratan 1
SEJARAH 21/2
KERJA KURSUS
Nama : ______________________________________________
Nombor Kad Pengenalan : ______________________________________________
Nama dan Alamat Sekolah : SMK Agama Johor Bahru
Jalan Anggerik 21, Taman Johor Johor81100 Johor Bahru, Johor.
Tajuk Kerja Kursus : Sejarah Diri dan Keluarga
Nama Guru Sejarah : ______________________________________________
Skor :
Elemen
|
Markah
|
Elemen 1 Mengumpul Fakta Sejarah
| |
Elemen 2 Merekod Fakta Sejarah
| |
Elemen 3 Penerapan Unsur Patriotisme
| |
Jumlah Markah
| |
Kod
| |
Tahap Pencapaian
| |
Tandatangan guru,
____________________
Bil.
|
Butir-butir
|
Muka surat
|
1.
|
Tajuk
|
(i)
|
2.
|
Isi Kandungan
|
(ii)
|
3.
|
1.0 - Penghargaan
|
(iii)
|
4.
|
2.0 - Objektif Kajian
|
(iv)
|
5.
|
3.0 - Kaedah Kajian
|
(v)
|
6
|
4.0 - Laporan Kajian
4.1 - Salasilah keluarga
4.2 - Perkembangan diri dan keluarga
4.3 - Tokoh dalam keluarga
4.4 - Peristiwa bersejarah dalam keluarga
|
(mula dengan nombor 1)
|
7.
|
5.0 - Rumusan
| |
8.
|
6.0 - Lampiran
| |
9.
|
7.0 - Rujukan
| |
10.
|
8.0 - Esei
| |
Keratan 3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa
objektif seperti yang berikut:
a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya
b) b)
Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya
bermula dari datuk dan nenek saya sehingga kepada generasi saya
c) c) . Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya
d)
Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala
kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya
e) e). Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya
Keratan 4
3.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:
a) Kaedah temuramah
Saya
telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi
mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui
penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar
menyaksikannya.
b) Kaedah pemerhatian
Saya
melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari
segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.
c) Kaedah analisis dokumen
Saya
melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa
saya, dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul
beberapa gambar dari album keluarga.
Keratan 5
|
Keratan 6
Di bawah Perkembangan Diri dan Keluarga, anda boleh menyenaraikan kesemua maklumat tentang biodata anda dan ahli keluarga anda seperti di bawah :-
Bapa
§ Nama
§ Umur
§ Tarikh Lahir
§ Tempat Lahir
§ Alamat
§ No. Telefon
§ Pekerjaan
§ Hobi
§ Makanan/Minuman kegemaran
§ Warna kegemaran
§ Rancangan kegemaran
§ Buku kegemaran
§ Haiwan kegemaran
| |
Bapa
§ Nama
§ Umur
§ Tarikh Lahir
§ Tempat Lahir
§ Alamat
§ No. Telefon
§ Pekerjaan
§ Hobi
§ Makanan/Minuman kegemaran
§ Warna kegemaran
§ Rancangan kegemaran
§ Buku kegemaran
§ Haiwan kegemaran
|
Abang (jika ada)
§ Nama
§ Umur
§ Tarikh Lahir
§ Tempat Lahir
§ Alamat
§ No. Telefon
§ Pekerjaan / Cita-cita
§ Hobi
§ Makanan/Minuman kegemaran
§ Warna kegemaran
§ Rancangan kegemaran
§ Haiwan kegemaran
| |
Kakak (jika ada)
§ Nama
§ Umur
§ Tarikh Lahir
§ Tempat Lahir
§ Alamat
§ No. Telefon
§ Pekerjaan / Cita-cita
§ Hobi
§ Makanan/Minuman kegemaran
§ Warna kegemaran
§ Rancangan kegemaran
§ Haiwan kegemaran
|
Adik Lelaki/Perempuan (jika ada)
§ Nama
§ Umur
§ Tarikh Lahir
§ Tempat Lahir
§ Alamat
§ No. Telefon
§ Cita-cita
§ Hobi
§ Makanan/Minuman kegemaran
§ Warna kegemaran
§ Rancangan kegemaran
§ Haiwan kegemaran
| |
Saya
§ Nama
§ Umur
§ Tarikh Lahir
§ Tempat Lahir
§ Alamat
§ No. Telefon
§ Sekolah Rendah
§ Sekolah Menengah
§ Cita-cita
§ Hobi
§ Makanan/Minuman kegemaran
§ Warna kegemaran
§ Rancangan/Filem/Drama kegemaran
§ Haiwan kegemaran
§ Tempat kegemaran
§ Laman Web kegemaran
§ Subjek kegemaran
§ Guru kegemaran
§ Kawan-kawan karib
|
Keratan 7
5.0 RUMUSAN
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi
pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini
belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui
asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya
mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku
dalam keluarga saya.
Selepas
penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan
saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin.
Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga
setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi
ahli keluarga antara satu sama lain.
Kajian
ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna.
Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan
menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya.
Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikan-kebaikan
yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.
Nama:
Tingkatan :
Tugasan semasa cuti 2 minggu ini, anak-anak didik cikgu hanya perlu mengumpulkan bahan bukti untuk lampiran iaitu :
1.
Surat beranak sendiri, ibu dan bapa
2. Kad
pengenalan sendiri, ibu dan bapa
3. Sijil nikah ibu bapa4. Sijil-sijil penghargaan yang pernah anak-anak terima di sekolah rendah
5. Gambar-gambar ahli keluarga
6. Gambar peristiwa penting yang memberi makna dalam keluarga
( contohnya hari raya, perkahwinan keluarga, percutian atau saat-saat gembira bersama
keluarga )
7. Gambar tokoh keluarga dan sedikit huraian diri dan pencapaian tokoh yang boleh dicontohi.
8. Biodata diri dan keluarga ( nama penuh, tarikh lahir dan salasilah keluarga )
Pastikan anak-anak didik pulang semula ke sekolah dengan bahan-bahan di atas dan bawa juga bahan untuk buku skrap/folio yang secukupnya.
Langgan:
Catatan (Atom)