Kearah Kesatuan Gerakan
Islam___________________________________________________________________________ Fathi
Yakan
1
KE ARAH KESATUANGERAKAN ISLAM
Oleh
Ustaz Fathi Yakan
Kearah
Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________ Fathi
Yakan
2
PENGANTAR PENTERJEMAH
Alhamdulillah
dengan izin Allah, risalah kecil ini dapat disiapkan terjemahannya.
Mudah-mudahandengan izin Allah, risalah ini dapat berperanan membuka jalan ke
arah kesatuan amal dan gerakan Islam, untukberdepan dengan musuh-musuh Islam.Al
Ustaz Fathi Yakan, memulakan buku ini dengan melihat kelemahan-kelemahan
beberapa jama ‘ahIslam dengan tujuan mengambil pengajaran dan mengelakkan dan
kesilapan-kesilapan yang sama, jika ada danseterusnya menjadi panduan
melengkapkan harakah Islam kini dan akan datang. Kemudian barulah Ustaz
Fathimenerangkan tentang ciri-ciri harakah Islamiyyah ‘alamiyyah yang
dicadangkan.Semoga Allah sentiasa memberi taufik kepada kita dan memberkati
amal Islam kita.Insya Allah.Mohd. Kamil Abdul MajidAkademi Islam, Universiti
Malaya, Ramadhan 1404
KEWAJIPAN
MEMBENTUK HARAKAH ISLAMIYYAH‘ALAMIYYAH YANG TUNGGAL
Berbagai-bagai
cabang amal Islam yang terdapat di zaman moden ini menimbulkan ketakutan dan
kegelisahanbahawa ianya akan memberikan gambaran yang buruk kepada tabiat dan
ciri-ciri amal Islam yang betul dan asli.Berikutnya, ia akan melemahkan
kekuatan dan kekerasan Islam dalam pertarungan dan persaingan di antara
puakIslam dan jahiliyyah. Bukan setakat ianya tidak menolong Islam malah saya
berpendapat ia membawa kekacauanpada akal manusia dan akibatnya mereka akan
menjauhkan diri dan amal Islam itu tadi dan menjadikan merekaitu berada di
pihak yang menentang Islam. Dan alangkah banyaknya keadaan sedemikian berlaku pada
hari ini.Pertentangan yang berlaku mutakhir ini, selain daripada ianya menjadi
tuntutan syara’ dan Islam, kedua-duanya berkehendakan kesatuan kekuatan tenaga
Islam dalam satu saf untuk menghadapi jahiliyyah danmenegakkan daulah yang
berhukumkan syari’at Allah.
Alasan-alasan
kebangkitan sebuah harakah Islamiyyah ‘alamiyyah yang satu
Alasan-alasan yang memestikan terdirinya sebuah
harakah Islamiyyah Alamiyyah yang tunggal amatbanyak dan lebih daripada hanya
untuk dijadikan bahan perbincangan penting. Para pekerja, atau petugas
dalambidang amal Islam yang mengkaji dan menganalisa sehingga amal dan usaha
untuk mewujudkan harakahIs!amiyyah yang dicita-citakan terbentuk, hendaklah
melaksanakannya berdasarkan kepada iman dan keyakinan.Bukan berdasarkan kepada
emosi dan semangat yang sementara.Islam pada masa ini menghadapi cabaran yang
berat. Cabaran yang dihadapi datang Iebih dansatu pihak. Hukum hukum Islam dan
undang-undang yang terpancar dan syari’at Islam tidak dilaksanakan walaudi mana
sekalipun pelusuk watan Islam. Malah, hukum taghut, sistem-sistem dan pemikiran
materialisma ciptaanmanusia yang bertentangan dengan Islam, yang berdendam
dengan Islam dan bercanggah dan segi falsafah danprinsip akhlak, itulah yang
sedang berperanan. Pemikiran materialisma dan falsafah atheisma merosakkan
intelekgenerasi muda. Keadaan moral menurun hingga ke tahap yang paling rendah.
Kezaliman sistem yang memerintahdan undang-undang yang berjalan, serta
kurangnya keadilan, kebebasan dan persamaan membolehkan fahamanMarxisma yang
menafikan keujudan Allah men yerang umat Islam atas nama melaksanakan keadilan,
membelamereka yang terzalim dan meningkat taraf hidup golongan miskin
proletariat (yang tertindas).Peperangan yang berlaku pada hari ini diantara
Islam dan jahiliyyah bukan setakat perbincangan ilmiahsemata mata atau dalam
batas-batas perbincangan ideologi sahaja tetapi sampai ke peringkat berdarah
yang ganas. Jahiliyyah hari ini dalam serangannya terhadap Islam dan para
pendakwah menggunakan segala senjatayang menghancurkan, senjata dalam bentuk
pembunuhan, pengurungan, penyiksaan atau pembuangan. Fitnah,khianat, tashkik
usaha untuk timbulkan keraguan) dan tuduhan dalam berbagai bentuk dan rupa
adalah di antaracara-cara yang dilakukan oleh jahiliyyah moden untuk memukul
Islam dan menghapuskna para pendakwah disetiap tempat.Seluruh dunia hidup dalam
kesesatan, sedang menggigil di bawah tapak kaki penyelewengan.kekosongan dan
tidak normal.
Kearah
Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________ Fathi
Yakan
3
Dunia
yang dibalut dengan gejala ketamadunan moden, dibakar oleh api revolusi sex dan
diancam olehpertentangan gejala kebinatangan telah mengancam keujudan, akhlak
dan pemikiran manusia.Satu lagi alasan yang memerlukan keujudan sebuah harakah
Islam Alamiyyah (antarabangsa) yang satu,iaitu cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh Islam dan gerakan antarabangsa umpamanya gerakan zionisma,freemason,
komunisma dan missionary Kristian dan gerakan-gerakan lain yang seumpamanya;
gerakan-gerakanyang mempunyai kemampuan, kemudahan, tenaga manusia dan
kebendaan juga teknikal yang tidak mungkin,malah tidak harus dihadapi kecuali
dengan kemampuan pada peringkat yang sama.Alasan-alasan ini dan lain-lain
alasan membuktikan tanpa syak lagi bahawa perlu wujudnya sebuahharakah
Islamiyyah ‘Alamiyyah yang mempunyai peringkatpersediaan yang sama dalam
pertembungan denganmusuh Islam dan segi pemikiran, organisasi, perencanaan dan
persediaan. Firman Allah s.w.t.:
ﻢآودو
ﷲاوﺪﻋﺪﻋ
ﻪﺑ
نﻮﺒهﺮﺗ
ﻞﻴﺨﻟا
ط
ﺎﺑر
ﻦﻣو
ةﻮﻗ
ﻦﻣ
ﻢﺘﻌﻄﺘﺳا
ﻢﻬﻟاوﺪﻋأو
Pengalaman-Pengalaman
Dalam Skop Amal Islam
Sebelum
dibincangkan ciri-ciri umum dan asas yang perlu ada pada sesebuah gerakan
Islam, perlulahdibentangkan pengalaman-pengalaman yang telah dilalui dalam amal
Islam pada zaman moden ini sebagaimengambil pengajaran, semoga Allah membeni
petunjuk pada jalan yang betul.
1.
Cara nasihat (pengalaman Jama’ah Tabligh)
Uslub
ini digunakan oleh para pendakwah secara individu atau secara jamaah dalam satu
jamaah tabligh. Jama’ah Tabligh mewajibkan para pengikutnya mengorbankan
waktu tertentu bagi menunaikan tanggugjawab ini,satu jam dalam seminggu, sehari
dalam sebulan atau sebulan dalam setahun, di mana mereka berdakwah diseluruh
watan Islam. Jama’ah Targhib mempunyai semangat dakwah pada Allah dengan
keikhlasan dan kebersihan hati tetapimereka sebenarnya tidak mampu memerangi
jahiliyyah yang ganas jika cara dakwah ini masih berterusan hinggake masa
hadapan atau menjadi polisi yang berterusan dalam setiap peringkat amal dan
dalam setiap keadaan.a) Uslub atau cara ini tidak membawa natijah terdirinya
satu kumpulan harakah (pergerakan) yangtersusun yang mampu menghadapi
jahiliyyah dan cabaran yang semakin bertambah, apa lagimewujudkan satu
masyarakat Islam atau negara Islam.b) Cara seumpama ini akan terus mengekalkan
skop amalnya yang sempit dan akan terkurung di Masjid-Masjid dan khusus kepada
pengunjung-pengunjungnya. Dengan lain perkataan kesannya tidakmenjangkau kepada
orang lain yang merupakan majoriti manusia dan tidak kepada
kelompok-kelompokyang berbagai ragam.c) Cara ini tidák membolehkan ia
menghadapi cabaran serta menolak pemikiran dan falsafah materialismakerana ia
perlu mengambil cara uslub nasihat secara emosional yang berkesan. Uslub
targhib dan tarhib(dorongan dan ancaman) ini tidak akan berkesan kepada orang
orang yang asalnya tidak beragama.d) Dan cara zahir uslub ini tidak dijalankan
secara berencana (wallah hualam), mengawasi benih yangditabur, sehingga ia
berkembang dan menjadi pokok untuk melahirkan buah. Kadangkala ia
menyerupaiuslub yang digunakan oleh Tahir al-Jazairy dan Jamaludin al-Afghani
di mana Afghani pernahmengatakan “katalah kalimah kami dan pergi”. Cara ini
tiada terjamin hasil natijahnya selain daripadaianya lambat berkesan dan
sedikit buahnya.Ustaz Abul A’!a Al-Maududi, amir Jama’ah Islamiyyah Pakistan
pernah mengatakan tentang mandul ataukurang berhasilnya cara nasihat ini:
“Adalah menjadi sia-sia menjalan kan dakwah mengikut cara missionaryKristian.
Walaupun dicetak berjuta-juta sebaran yang mengajak ke arah berperang atas nama
Islam menjeritsupaya manusia bertakwa kepada Allah pagi dan petang tetapi ianya
mempunyai faedah yang boleh disebut.Langkah yang praktikal untuk membuktikan bahawa
Islam itu sesuai untuk semua masa dan tempat serta banyakfaedah dan
keistimewaannya bukan hanya melalui pena dan ucapan semata-mata tetapi
keperluan hari inimenuntut supaya keistimewaan ini dilahirkan secara praktikal
dalam alam realiti. Problem dunia materialismatidak boleh diselesaikan dengan
semata-mata mengatakan bahawa Islam mampu menyelesaikannya. Nilai Islamyang
sebenar semestinya dilahirkan ke alam nyata dalam bentuk satu sistem yang
praktikal yang mana kesannyadapat dirasai dan buahnya dapat dinikmati oleh
manusia. Kita hari ini hidup di alam pertentangan danperjuangan. Syarahan dan
nasihat sahaja tidak mungkin berjaya mengubah arus. Tetapi perjuangan
yangberbentuk revolusi sahaja yang mampu mengubah arus. (Rujuk Risalah Penyakit
Umat Islam dan Ubatnya,halaman 15)
ii. Cara kekerasan atau revolusi bersenjata
Kearah
Kesatuan Gerakan
Islam___________________________________________________________________________ Fathi
Yakan
4
Di
zaman moden ini telah berlaku beberapa percubaan dalam skop amal Islam yang
berbentuk revolusidan menjadikan kekuatan sebagai satu asas bagi menghadapi
cabaran dan memulakan kebangkitan Islam.Antara pengalaman-pengalaman ini ialah
pengalaman Al-Syahid Ahmad bin Irfan di India yang disokongoleh ramai
orang-orang Islam pada masa itu. Beliau telah mengepalai mereka itu mengangkat
bendera jihad danmereka telah mampu mengasaskan sebuah negara Islam di bandar
Pesyawar di Utara India. Tetapi Inggeris telahmenipu mereka dengan jahatnya dan
mengadu domba antara pemimpin kabilah untuk menentang beliau.Akibatnya,
berlakulah peperangan yang sengit di antara dua pihak yang menyebabkan beliau
dan sahabat-sahabatnya yang rapat terbunuh pada tahun 1246H.Antara lain ia!ah
pengalaman Al-Shahid ‘Izzudin Al Qassam yang merasa malu kepada Allah bila
iamengajar murid-muridnya mengenai jihad sedangkan beliau sendiri tidak bersama
mereka yang cuba mengambilalih bumi Palestin yang sedang dijajah pada masa itu.
Beliau te!ah mengumpu!kan pengikut-pengikutnya danmelatih mereka berperang lalu
mengisytiharkanjihad ke atas musuli Allah sehingga beliau gugur syahid
padatahun 1936.Bukanlah maksud kita untuk membincang us!ub yang digunakan o!eh
gerakan-gerakan ini melawanseteru-seterunya. Tetapi kita ingin menyatakan
menurut logik zaman, logik pertentangan dan logik Islam,wa!aupun ia
mementingkan kekuatan tetapi ia hanya merupakan satu bahagian daripada
strategi, bukanlahstrategi keseluruhannya.Kita ingin menunjukkan bagaimana
penggunaan kekuatan dalam skop amal Islam seperti yang dikatakanoleh Hassan Al-Banna;
“Ramai orang bertanya adakah Ikhwan Muslimin herazam untuk menggunakan
kekerasanbagi mencapai tujuan mereka dan untuk sampai kepada matlamat mereka?
Adakah Ikhwan Muslimin sedangbersedia mengadakan persiapan revolusi ke atas
sistem politik dan sosial? Saya tidaklah ingin meninggalkanmereka yang
tertanya-tanya itu dalam kehairanan, tetapi sukalah saya mengambil peluang ini
untuk memberi jawapan terus terang; bahawa kekuatan itu menjadi satu
daripada syiar Islam dalam setiap sistem danperundangannya. Al-Quran al-Karim
dengan terang menyebut;
ﻢآودو
ﷲاوﺪﻋﺪﻋ
ﻪﺑ
نﻮﺒهﺮﺗ
ﻞﻴﺨﻟا
ط
ﺎﺑر
ﻦﻣو
ةﻮﻗ
ﻦﻣ
ﻢﺘﻌﻄﺘﺳا
ﻢﻬﻟاوﺪﻋأو
“Hendaklah
kamu mempersiapkan kekuatan semampu bOleh, begitu juga tentera berkuda. Yang
bolehmenggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu “.Tetapi Ikhwan
Muslimin lebih mendalam pemikiran dan lebih jauh pandangan mereka dan
menyukaikerja kerja dan pemikiran yang dangkal, pemikiran yang tidak
berdasarkan kepada kefahaman yang mendalamdan pertimbangan matlamat dan natijah
yang waras. Mereka dan awal-awal lagi, meyakini bahawa kekuatan yanghakiki
bergantung kepada kekuatan ‘aqidah dan Iman. Berikutnya ialah kekuatan
penyatuan dan ikatan,kemudian barulah kekuatan tenaga dan persenjataan.
Sesebuah jama’ah tidak dapat disifatkan sebagai Jama’ahyang kuat. selagi tiga
faktor kekuatan ini tidak terbentuk. Kalau dipergunakan kekuatan tenaga dan
persenjataan.pada hal hubungan sesama mereka kacau bilau, peraturan Jama’ah
mereka tidak kemas, atau aqidah merekalemah dan kosong, maka masa hadapan
mereka akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran.Dilihat dan sudut yang
lain, satu persoalan boleh ditimbulkan. laitu adakah Islam yangditegakkan di
atas asas kekuatan itu tadi sepatutnya menggunakan kekuatan pada setiap masa
dan tempat? Atauadakah kita akan menentukan batas batas dan syarat-syarat
penggunaan kekuatan itu’? Malah, adakah kekuatanitu sebagai ubat pertama atau
ubat terakhir sekali? Islam juga mewajibkan supaya dibandingkan antara
natijah-natijah penggunaan kekuatan yang bermanfaat dengan kesan buruk yang
akan timbul daripada penggunaankekuatan itu. (Sila lihat, Risalah Muktamar Yang
Ke 5, Tahun 135H).
iii.
CARA REVOLUSI PEMIKIRAN (ATAU PENGALAM AN HIZBUL TAHRIR)
Hizbul Tahrir percaya operasi melepaskan umat
dan penyakit mereka ialah dengan mengembalikanmereka percaya kepada kebenaran
pemikiran dan hukum-hukum Islam. Caranya ialah dengan melalui revolusipemikiran
politik yang dapat menghancurkan pemikiran batil dan hukuman yang safah. Oleh
itu parti ini telahmenerbitkan buku-buku dan risalah-risalah dalam berbagai
tajuk, serta sebaran-sebaran pemikiran dan politik danmasa ke semasa, samada
menerangkan hukum Islam dalam satu-satu masalah atau menentukan sikap
partitersebut dalam kes-kes dan isu-isu tertentu.Pandangan golongan Islam
terhadap Hizbul Tahrir adalah berbagai ragam. Ada yang meragui tentangasas
penubuhan parti tersebut, serta meragui matlamat dan tujuannya. Di mana mereka
menganggap tertubuhnyaparti itu bertujuan untuk mengacau fikiran orang ramai
dan meragukan mereka terhadap gerakan-gerakan Islamyang mendahuluinya, atau
sekurang-kurangnya menimbulkan keraguan tentang peribadi peribadi
dalamgerakan-gerakan terdahulu.
Kearah
Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________ Fathi
Yakan
5
Alasan golongan Islam itu terhadap Hizbul Tahrir
ialah kesamaran yang melindungi gerakan tersebut danpimpinannya, tetapi juga
tentang isi pendahuluan risalah “al-Takattul al-Hizbi” yang menganggap
segalaperkumpulan dan harakah yang mendahuluinya merupakan
perkumpulan-perkumpulan yang gagal danbertentangan antara satu sama lain dan
masing-masing diasaskan atas asas yang salah belaka. Mereka jugaberpegang
kepada alasan bahawa Hizbul Tahrir cuba mempengaruhi golongan yang telah
bekerja untuk Islam(bukannya mengambil keahlian golongan baharu). Usaha ini
dibuat dengan menanamkan keraguan terhadapperjalanan jama’ah-jama’ah lain,
melalui usaha melemahkan fikrah fikrahnya dan membesar-besarkan
perbezaan-perbezaan fikrah ini hingga tidak ada penyatuan yang akhirnya
menyebabkan kegagalan harakah-harakah Islamitu untuk menegakkan Negara Islam
dalam beberapa tahun. Sebaliknya Hizbul Tahrir menarik elemen-elementersebut
dengan kekuatan parti dan kemampuan luarbiasa mereka untuk menegakkan negara
Islam dengan cepat,malah dikhayalkan kepada mereka negara Islam telah pun
tertegak.Mereka menyatakan tertegaknya negara Islam tidak perlu yang lain
kecuali pengisytiharan tertubuhnyanegara tersebut. Kesan psikologi yang ditujui
dan cara ini ialah untuk menghancurkan golongan yang telahtertarik dengan
psikologi Hizbul Tahrir ini sejak lama tetapi masih ragu ragu samada Hizbul
Tahrir inimendatangkan lebih mudharat dan manfaatnya kepada Islam, atau elemen
yang kacau fikiran mereka akibatrealiti yang pahit menimpa mereka.Ada pula
golongan yang menganggap Hizbul Tahrir merupakan suatu pengalaman yang telah
dilaluidalam amal Islam dan akan terus dilalui, iaitu pengalaman yang ada baik
dan buruknya. Pengalaman yangmenunjukkan kegagalan mereka untuk sampai kepada
matlamat secara cepat mengikut mereka tetapkan sendiri.Malah menjadi alasan
kepada perkumpulan perkumpulan yang diserangnya itu untuk berhujah.“Tidak
adanya kesan uslub Hizbul Tahrir ini kepada orang ramai dan segi fikrah
Islamiyyah yang asas,bukanlah timbul dan hasil kesilapan mereka dalam cara
bergerak, atau kerana kesalahan dalam praktiknya, ataukerana penyelewengan;
tetapi sifat uslub itu sendiri yang menyebab kan ianya tidak mendatangkan kesan
secaracepat, dan keadaan pemikiran masyarakat terutama masyarakat zaman
mutakhir yang memerlukan jangka masayang panjang dan ubat yang kuat untuk
terubah pemikiran mereka.Saya tidaklah bertujuan membentang secara terperinci
segala pandangan orang lain terhadap HizbulTahrir. Tujuan saya ialah untuk
mengambil pelajaran dan kajian ke atas Hizbul Tahrir ini sebagai
suatupengalaman dan pengalaman- pengalaman Amal Islam di zaman moden tanpa
terpengaruh dengan sikap oranglain. Lebih-lebih lagi jika diperhatikan bahawa
tiada satu dalil pun yang dapat disahkan terhadap khabar anginyang dilemparkan
kepada Hizbul Tahrir. Di kalangan gerakan Islam sepatutnya tidaklah berlaku
kata mengata,tetapi segala kritikan hendaklah secara objektif dan logik dengan
matlamat untuk memperbaiki, dan inilah saja jalan yang betul supaya
terbentuk sebuah harakah Islamiyyah yang layak memimpin.Berikut sebahagian
daripada kesalahan Hizbul Tahrir sebagai satu pengalaman dan
pengalaman-pengalaman umat Islam dan sebagai rang bagi penubuhan sebuah harakah
Islam antarabangsa yang tunggal: —1. Ia hanya menjadikan pemikiran sebagai satu
satunya jalan bagi pembinaan Syaksiyyah Islamiyyah. SedangkanIkhwan Muslimin
yang dipandang salah oleh Hizbul Tahrir, dalam waktu yang sama menggunakan
caraTarbiyyah dan takwin rohani dan akhlak dengan tidak mencuaikan aspek
pemikiran.Cara uslub Rasulullah s.a.w adalah jelas ber dasarkan kepada
kesedaran pemikiran, Tarbiyyah rohaniyyah, akhlakdan jihad dalam pembinaan
syaksiyyah Islamiyyah.2. Ia menggunakan konsep melompat dan peringkat
“pengetahuan” keperingkat “operasi”. Di sini Hizbul Tahrirtelah terjun ke
peringkat operasi sebelum melalui peringkat pembmaan dan dalam. Dalam ertikata
lain ia berusahamenentang pemikiran dan segala bentuk Jahiliyyah bagaikan orang
yang ingin melewati ke satu perlembahantanpa jambatan. Peringkat atau fasa
“Tatqif”, parti Hizbul tidak cukup untuk menghadapi cabaran
Jahiliyyahsekaligus. Ia jugà tidak memberikan kemampuan kepada anggota-anggota
parti supaya dapat menghadapicabaran yang ganas itu. Hizbul Tahrir seharusnya
mempengaruhi orang ramai selangkah dan membina rakizah-rakizah serta mengadakan
pengawalan-pengawalan yang sempurna terhadap mereka. Hijrah Rasulullah
s.a.wboleh dijadikan contoh dalam hal ini ianya satu contoh yang kemas kalau
dilihat dan sudut operasi ketenteraan.3. Ia menjadikan golongan luar atau dalam
Istilah mereka “mendapatkan nasrah” sebagai cara untuk sampaikepada matlamat
memerintah. Hizbul Tahrir memandang bahawa menggunakan kekuatan merupakan
sebagai jalan untuk mencapai kuasa dan memulakan kehidupan secara Islam.
Dalam waktu yang sama merekamemandang penting memiliki kekuatan itu.Dalam satu
sebarannya bertajuk “Soal Jawab”, Hizbul Tahrir telah meminta pertolongan di
Syria untukmembolehkan ia memikul tanggungjawab dakwah seterusnya kekuasaan
pemerintahan. Keadaan demikianberterusan sehingga awal tahun 1964 tanpa ada
mereka yang menyahut seruannya. Menurut sebaran itu lagi,
Kearah Kesatuan Gerakan
Islam___________________________________________________________________________ Fathi
Yakan
6
untuk memohon pertolongan dan
seorang ketua negara mereka memerlukan satu rombongan atau seorangpemuda
sahaja. Begitu juga untuk memohon pertolongan dan ketua kumpulan, pemimpin satu
jama’ah,pemimpin Kabilah atau dan seorang duta atau Seumpamanya, memerlukan
hanya beberapa orang sahaja.Anihnya, logik “memohon pertolongan” ini bagi
Hizbul Tahrir sepatutnya ditolak awal-awal lagi, keranaIa satu permohonan yang
tidak akan diterima oleh sesiapa pun. Harakah sepatutnya bergantung kepada
kekuatansendiri,. dan elemen-elemen harakah itu sepatutnya dapat menguasai
tempat-tempat strategik. Ini merupakanuslub yang lebih tepat dan selamat dalam
usaha mencapai matlamatnya, apa lagi dalam suasana buruk sepertisekarang di
mana dunia Islam sekarang berada di bawah kawalan perisik-perisik dalam dan
luar negeri.Adalah satu pandangan yang menyeleweng dan tidak masuk akal bagi
menjadikan uslub mengharapkanpertolongan puak luar ini sebagai jalan untuk
melaksanakan perubahan Islam dan mendapat kekuasaan.Natijahnya nanti perubahan
Islam yang dicita-cita itu akan tinggal menjadi suatu laungan sahaja atau
suatuhembusan dalam debu.4. Kesalahan Hizbul Tahrir seterusnya ialah apabila ia
berpegang kepada fikrah “membangunkan hukum danpemikiran secara umum”. Fikrah
ini mempercayai bahawa setiap soalan itu perlu dijawab dan setiap satupersoalan
ada satu jawapan. Perkara ini pada zahirnya baik terutama kepada para pemuda
yang terhadpengetahuan Islam mereka. Tetapi natijah jangka panjangnya. ia
memupuskan pengetahuan dan menyempitkanpemikiran Islam. Dalam buku buku yang
diterbitkan oleh Hizhul Tahrir tidak kedapatan pengetahuan danpemikiran Islam
ini dibicarakan secara meluas.Fikrah yang mengambil satu pendapat dalam
persoalan khilafiah dalam hal yang hersangkut paut denganharakah dan politik
adalah satu hal yang baik dan berfaedah, tetapi jika ianya diperluaskan bagi
mencakupi semuahal perundangan, natijah yang buruk dan menakutkan akan dapat
dirasai.Sukalah saya menukilkan satu perenggan dan buku Maalim FiT-Tariq’ —
Petunjuk sepanjang Sepanjang Jalan — di mana Syed Qutb telah menyatakan
“sebahagian golongan yang ikhlas tetapi gopoh gapah, yang tidakmemandang akan
tabiat agama ini manhajnya yang rabbani lagi betul; yang diasaskan atas hikmat
Allah YangMaha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah mengetahui akan segala
tabiat manusia dan keperluan hidupmereka”.Ada di kalangan umat Islam yang
mengkhayalkan bahawa dengan membentangkan asas-asas peraturan,sistem dan
perundangan Islam akan memudahkan jalan dan menyebabkan orang mencintai agama
ini Merekamenyangka Islam dapat ditegakkan dengan membentangkan Islam dalam
bentuk teori atau sebagai suatu sistemperundangan, sedangkan tidak ada
dimukabumi suatu masyarakat pun yang benar-benar mahu berhakimkansyari’at Allah
serta menolak segala syariat yang lain semudah itu. Orang-orang yang
menghendaki dan Islamsegala-galanya ini sebenarnya tidak faham akan tabiat
agama ini, tidak faham bagainiana cara Islam berkerjadalam kehidupan manusia,
sebagaimana dikehendaki oleh Allah.”Sesungguhnya, pada masa akhir-akhir ini
telah jelas bahawa Hizbul Tahrir telah terjebak dalam kesalahan-kesalahan dan
segi politik dan fekah hasil dan menyempit-nyempitkan perbincangan. Sebagai
contohnya, merekatelah meragukan kewujudan jama’ah Islam di Pakistan. Kedua:
mereka mengharuskan ‘kucupan’
1
sewaktumengucapkan selamat tinggal
atau memulakan musafir. Ini merupakan satu kesilapan besar. Ini disebarkan
dalamsebaran parti itu.Cukuplah setakat ini pembentangan kesilapan-kesilapan
Hizbul Tahrir sepanjang pengalaman yangdilaluinya.
iv. CARA IMAN YANG MENDALAM,
PEMBENTUKKAN YANG RAPI DAN KERJA YANGBERTERUSAN (ATAU PENGALAMAN IKHWAN
AL-MUSLIMIN).
Gerakan Ikhwan Muslimin buat masa
ini merupakan sebuah gerakan yang berpengaruh di seluruhpelusuk dunia Islam,
walaupun sehingga kini ia belum merupakan sebuah harakah yang satu dan
segiperencanaan dan penyusunan. Imam Hassan al-Banna, pengasas harakah telah
menjelaskan sejak awal lagi cara-cara dakwah, uslub dan wasilahnya:“Wahai
Ikhwan, Allah telah menghendaki untuk kita mewarisi pusaka yang amat
berattanggungjawabnya, maka cahaya dakwah kita hendaklah menerangi di
tengah-tengah kegelapan ini, dan kamuakan disediakan untuk meninggikan agama
Allah, menzahirkan syari’atNya dan menegakkan semula NegaraIslam”.
1
Kucupan yang diharuskan oleh
Hizbul Tahrir di sini ialah kucupan di antara lelaki dan perempuan yang sah
kahwin dimana hukum sebenarnya ialah tidak harus sama sekali — editor.
Kearah Kesatuan Gerakan
Islam___________________________________________________________________________ Fathi
Yakan
7
Adapun persoalan yang akan timbul
ialah, bagaimana kita bekerja untuk mencapai tujuan ini.Sesungguhnya, syarahan,
ceramah, tulisan, pengajian, menentukan penyakit dan ubat; kesemuanya itu
tidakmendatangkan manfaat dan tidak akan mencapai tujuannya sebelum kita
memahami bahawa dakwah itumempunyai jalan-jalan (wasilah) yang mesti diamalkan
di mana wasilah umum yang tidak berubah ialah:1. Iman yang mendalam.2. Takwin
(pembentukan) yang rapi.3. Aman yang berterusan.Para Ikhwan,“Kamu semua
bukanlah sebuah persatuan kebajikan, bukan juga parti politik
2
tidaklah sebuah pertubuhanyang
ditubuh bagi tujuan yang sempit. Tetapi kamu merupakan semangat baru yang
mengalir dalam jantungumat ini; yang menghidupkan umat dengan al-Qu’ran. Kamu
adalah cahaya yang memancar, yangmenghapuskan kegelapan malam dengan ma’rifat
Allah. Kamu juga adalah suara nyaring yang berkumandangmengulangi dakwah
Rasullullah s.a.w. Oleh itu kamu hendaklah merasakan bahawa diri kamu
memikultanggungjawab yang berat itu setelah semua orang menyisihkannya”.Maka
jika dikatakan, ke manakah dakwah kamu? Maka jawablah, dakwah kami ialah dakwah
kepadaIslam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Di mana pemerintahan (kerajaan)
adalah sebahagian daripadanya,kebebasan adalah satu kefardhuan dan
kewajipan-kewajipannya. Jika ini dikatakan politik! Jawablah: Inilah Islam
dan kami tidak mengenal pembahagian pembahagian seperti itu. Jika dikatakankamu
pendakwah revolusioner, jawablah: Kami pendakwah kebenaran danKeselamatan yang
kami beriman dan merasa bangga dengannya. Jika kamu semua melawan kami,
danmenyekat dakwah ini ditengah jalan, maka sampailah masanya kami mempertahan
diri kami dan kamulahrevolusioner yang zalim”. Jika dikatakan lagi, kamu
memohon pertolongan dengan individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan, jawablah:
kami beriman dengan Allah yang Esa, kami kufur dengan apa yang kamu syirikkan
itu Kalaulah merekameneruskan perseteruan mereka katakanlah: Selawat sejahtera
ke atas kamu, kami tidak mengingini orangorangyang jahilDan pembentangan di
atas, ternyata gerakan lkhwan Muslimin berbeza secara umumnya dengan
seluruhgerakan gerakan lain; Ia adalah dakwah dan segi fikrah kerana ia
mengajak supaya beriltizam dengan fikrah Islamdan hukum hukum syari’at Islam,
bahkan mengajak supaya meninggalkan kesemuanya selain daripada Islam baikdan
segi pemikiran, perundangan, prinsip, falsafah dan sebagainya, (semata-mata
untuk membentuk pemikiranatau rasional secara Islam).Ia juga dakwah tarbiyyah
(pendidikan) kerana ia menyeru supaya beriltizam dengan akhlak Islam,
adab-adabnya dan supaya menyucikan diri serta meningkatkannya dalam menuju
tangga rabbaniah (semata-matauntuk membentuk kejiwaan secara Islam).Ia juga
adalah dakwah jihad yang menyeru ke arab persiapan jihad dengan segala jalan
dan sebab-sebabnya. Sehinggalah kebenaran itu mempunyai kekuatan yang dapat
mengawalnya. dan sehinggamembolehkan dakwah menghadapi cabaran cabarannya.Imam
Hassan Al-Banna dalam risalah Ke Arab Mana Kita Menyeru, telah
mengisytiharkan:“Alangkah baiknya orang yang mengatakan: Kekuatan adalah
jaminan yang paling baik untukmembenarkan “kebenaran”. Alangkah indahnya pula
apabila kekuatan dan kebenaran itu berjalan seiring. Inilah jihad dalam
menyebarkan dakwah Islam, selain daripada kewajipan mempertahankan tempat tempat
suci Islam;kewajipan yang telah difardukan Allah ke atas umat Islam,
sebagaimana juga mereka difardhukan sembahyang,puasa, zakat dan haji, berbuat
baik dan meninggalkan keburukan. Tidak seorang pun terlepas dan
tanggungjawab jihad ini mengikut kemampuan masing-masing. Al-Qur’an
menegaskan:
ﷲا
ﻞﻴﺒﺳ
ﻲﻓ
ﻢﻜﺴﻘﻧأو
ﻢﻜﻟﻮﻣﺄﺑاوﺪﻬﺟو
ﻻﺎﻘﺛوﺎﻗﺎﻘﺥارﻮﻘﻧا
“Pergilah kamu sama ada ringan atau
berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu pada jalan Allah”
2
Maksudnya gerakan Ikhwan Muslimin
tidak menjadi sebuah pertubuhan yang hanya menitikberatkan aspek-aspek
tertentu sahaja, iaitu Ikhwan Muslim ini bukanya pertubuhan kebajikan atau
politik semata-mata tetapi sebuah gerakan yang menepatikehendak Islam yang
Syumul, di mana kebajikan & politik menjadi sebahagian darinya —
editor
Kearah Kesatuan Gerakan
Islam___________________________________________________________________________ Fathi
Yakan
8
Imam Hassan al-Banna telah
mengukuhkan pengertian jihad ini dalam kebanyakkan ucapan-ucapan,kerana
kebenaran yang tersisih tidak akan mencapai apa-apa dan tidak sampai ke
mana-mana tanpa jihad. Keranatidak ada nilai kebenaran yang tidak didokong oleh
kekuatan. Pemusatan demikian jelas dalam ucapannya dalamMuktamar kelima Ikhwan
Muslimin dalam tahun 1358H.“Dalam waktu di mana kamu — wahai para Ikhwan — 300
katibah yang telah dipersiapkan dirinyadengan iman dan ‘aqidah dan segi
kerohanian, dengan ilmu dan pengetahuan dan segi pemikiran, dan denganlatihan
dan kesukanan dan segi jasmani, pada waktu itu kamu meminta aku mengharungi
lautan atau meredahangkasa tinggi, atau memerangi setiap yang angkuh dan
sombong, sesungguhnya aku akan berbuat, insya-Allah.Benarlah sabda Rasullullah
s.a.w., Tidak akan kalah 12,000 dan kumpulan yang sedikit”.
HARAKAH ISLAMIYYAH DAN
SITUASI KAWASAN SERTA LOGIK PERTENTANGAN
Sepatutnya gerakan Ikhwan Muslimin
telah berjaya dan mencapai matlamat kewujudannya setelah iaditerima di seluruh
dunia, kalaulah tidak kerana dipukul bertubi-tubi dan semua sudut atau dibuat
pakatan jahatoleh kuasa-kuasa penjajah dan semua pihak. Pukulan demi pukulan
dan ujian demi ujian telah berlaku. Bermuladan kesyahidan pengasasnya Almarhum
Hassan Al-Banna pada tahun 1948 dan kemudiannya diikuti olehsebilangan besar
pemimpin serta tokoh-tokoh gerakan itu yang merangkumi mereka di peringkat
daerah danantara bangsa.Natijahnya, gerakan Ikhwan merosot dalam pertarungan
politik walaupun masih kekal kewujudannyadan segi aqidah dan fikrah.
Ujian-ujian yang menimpa gerakan Islam telah menjadikan sistem-sistem kufurmenguasai
negeri-negeri kaum Muslimin dan fahaman marxisma beroperasi merosakan akal dan
fikiran manusia.Dengan itu kawasan negeri Arab yang dulunya mengamalkan
kehidupan demokrasi yang mengizinkan kebebasanberpolitik telah hapus tanpa
kembali lagi.Sistem-sistem yang wujud di kawasan negeri Arab telah dipakaikan
dengan pakaian dendam kesumatterhadap Islam dan kaum Muslimin.Pertentangan
parti-parti politik bukan lagi sekadar perbincangan dan dialog ideologi tetapi
sudahmemasuki tahap pertumpahan darah.Itu semua faktor-faktor yang telah
membekukan gerakan Islam dan menyekat perjalanannya. Berikutnyatimbullah
fenomena kesempurnaan dan kerosakan dalam hidup gerakan Islam. Selain daripada
itu, kebanyakanharakah Islamiyyah di beberapa tempat telah surut ke belakang
bila berhadapan dengan gelombang materialisma,yang membolehkan pula kuasa-kuasa
Jahiliyyah di negara kaum Muslimin mengambil tempat dan memudahkanmereka sampai
ke mercu kekuasaan. Kekuasaan yang dirampas itu dipergunakan untuk menyerang
Islam secaraumumnya dan untuk memukul gerakan Islam berleluasa sebagaimana yang
telah berlaku.Sukalah saya berhenti sekejap untuk membincangkan sebab-sebab
timbulnya gejala-gejala kesempurnaandan kerosakan dalam kehidupan harakah
Islamiyyah semasa.Dimaksudkan dengan kesempurnaan dan kerosakan di sini
pengalaman-pengalaman yang berlaku dalamskop amal Islam yang hampir sampai
kepada kesempurnaan kemudian mula rosak; atau segala potensi yanghampir
terkumpul kemudian mula berkurangan sebelum tercapai kepada matlamat asasi
kewujudannya untukmenegakkan masyarakat Islam dan memula kehidupan Islam.
RAWATAN PENGESANAN
PENYAKIT
Para petugas dalam bidang amal Islam
yang menerima kewujudan fenomena ini mengambil penilaianyang berbeza beza
terhadap sebab-sebab tumbuhnya penyakit kepada gerakan Islam.Ada setengah
kalangan beranggapan bahawa kemerosotan kebaikan dan penguasaan kejahatan
terhadapdiri sebagai satu perkara tabi’e dan natijah yang pasti. Juga mereka
menganggap bahawa ‘kedagangan’ Islam danpara pendakwahnya di akhir zaman
sebagai suatu kemestian. Mereka membawa dalil-dalil dengan hadithRasulullah
s.a.w.
ﺮﻤﺠﻟا
ﻲﻠﻋ
ﺾﺑﺎﻘﻟﺎآ
ﻪﻨید
ﻲﻠﻋ
ﻢﻬﻴﻗﺮﺑ
ﺎﺼﻟا
نﺎﻣز
سﺎﻨﻟا
ﻲﻠﻋ
ﻲﻧﺄﺑ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan