Selasa, 6 Mac 2012

Dr M dakwa Amerika sokong Anwar jadi PM



Dr M dakwa Amerika sokong Anwar jadi PM
Berdasarkan laporan akhbar dan majalah yang disiarkan di Amerika Syarikat, adalah jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada negara itu untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

mahathir khir toyo kmu forum 010408 06Dalam entri terbarunya di blognya yang bertajuk 'Peperangan Mesir Melawan NGO', bekas perdana menteri itu berkata, apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap negara Arab akan dilakukan juga di Malaysia.

"Campur tangan Amerika dalam gerakan bagi menjatuhkan kerajaan negara yang tidak sependapat dengannya amat jelas,” katanya.

Menurut Dr Mahathir dalam usaha mengangkat Anwar menjadi perdana menteri, bantuan dari segi kewangan dan media turut diberi oleh negara itu kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat cenderung menghasut dan memburukkan kerajaan pusat.

“Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan 'Regime Change' (pertukaran pemerintah).

"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan mengenai hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapus institusi perkahwinan dan kekeluargaan, dan liwat).

“Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika agar Malaysia dapat menjadi alat mereka," kata Dr Mahathir.

Selain itu, katanya, setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, tuntutan 'NGO' berkenaan akan dihalalkan.

iran protest election results obama reaction 260409 04Menurut beliau lagi, sebagai penyokong kuat Israel, Amerika akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?” soalnya.

Dr Mahathir berkata terpulang kepada rakyat negara ini menentukan sama ada mereka mahu  Malaysia menjadi alat Amerika yang merupakan penyokong kuat Israel dengan menyokong puak yang menerima bantuan dan sokongan berkenaan.

"Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh mereka untuk menukar kerajaan," katanya lagi.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan