Pensyarah bela Tunku
Menurut Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk Dr Zainal Kling, UMNO ketika itu sedar tidak ada gunanya menentang British kerana masyarakat di Tanah Melayu tidak mempunyai senjata, sedangkan British adalah kuasa imperial terkuat dunia ketika itu.
Menurut Zainal, tiga pihak yang terlibat dalam rundingan itu adalah Raja-raja Melayu, delegasi rakyat (diketuai Tunku Abdul Rahman) dan kerajaan British di mana rundingan lebih berkisar tuntutan Tanah Melayu untuk diberikan 'self-government' iaitu pemerintahan sendiri orang Melayu di Tanah Melayu.
"Kita menuntut self-government bukan sahaja untuk pemerintahan Tanah Melayu, tetapi juga menguasai hubungan luar dan pertahanan negara melalui konsep penentuan nasib sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ini berbeza dengan perjuangan golongan haluan kiri seperti Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng yang mengikut cara konfrontasi, yang bukan untuk tujuan murni mencapai kemerdekaan tetapi untuk menubuhkan negara komunis.
Zainal berkata, golongan berhaluan kiri terutamanya komunis tidak memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu itu sendiri, sebaliknya lebih ke arah agenda mereka menubuhkan negara komunis.
Menurutnya lagi, komunis memberontak atas nama melawan penjajahan British, jadi istilah negara di bawah jajahan British itu adalah istilah golongan berhaluan kiri, sebaliknya istilah rasmi yang digunakan ialah negara di bawah pentadbiran British.
"Berbeza dengan orang Melayu, komunis melakukan perjuangan bersenjata kerana mereka menggunakan senjata-senjata yang dibekalkan oleh pihak British sendiri kepada Tanah Melayu ketika menentang tentera Jepun terdahulu.
"Dan walaupun kemerdekaan berjaya dicapai, komunis yang terpaksa menyerah kalah dan harus menyerahkan senjata, masih berusaha menyebarkan propaganda penubuhan negara komunis sehingga membawa kepada pengharaman pihak itu," katanya.
Menurut Zainal, pengharaman komunis adalah kerana ia bertentangan dengan agama Islam, agenda penubuhan negara komunis akan menghapuskan kedaulatan Raja-raja Melayu dan mereka lebih cenderung untuk melakukan pemerintahan yang berkonsepkan keganasan dan penindasan.
Zainal berkata, sistem demokrasi berperlembagaan dipilih berbanding dengan sistem komunis kerana sistem yang berasal dari teori Karl Marx dan Friedrich Engels itu tidak membenarkan sebarang penubuhan dan parti politik yang mempunyai ideologi berbeza, sekaligus menidakkan kebebasan bersuara.
Sementara itu, Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata visi jauh Tunku dan Datuk Onn Jaafar ketika itu berjaya meminimumkan pengorbanan yang melibatkan titisan darah waima untuk kemerdekaan sekali pun.
Beliau berkata, usaha rundingan yang diilhamkan oleh Tunku lebih bersifat diplomatik dan rasional berbanding golongan berhaluan kiri yang lebih cenderung melakukan konfrontasi.
"Paling penting, di atas kebijaksanaan Tunku, kita dapat menyatukan negeri-negeri Melayu yang ada dalam negara kita dalam membentuk gagasan negara bersifat persekutuan, serta dapat juga membebaskan negeri-negeri yang ditadbir secara terus oleh British seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
"Mungkin Tunku berfikir apa ertinya merdeka kalau anak watan lebih ramai terbunuh, sedangkan kita nak bangunkan modal insan, nak jamin supaya anak cucu cicit wujud, kita nak merdeka dengan kewujudan generasi yang bertunjangkan keturunan kita sendiri," katanya.
Sebaliknya, menurut Md Shuib, jika generasi terdahulu lebih mengutamakan fahaman yang diamalkan golongan berhaluan kiri, kemungkinan besar proses kemerdekaan itu sendiri akan lambat serta Persekutuan Tanah Melayu tidak akan terbentuk.
"Pemimpin-pemimpin kita terdahulu sudah nampak, kalau berperang dengan British, secara tidak langsung lebih ramai rakyat negara kita akan terkorban akibat kekurangan pengalaman berperang, senjata dan sebagainya.
"Inilah kebijaksanaan pemimpin kita yang berpandangan jauh, dapat menilai sejauh mana pengorbanan yang diperlukan dan meminimumkan korban akibat konfrontasi," katanya.
Md Shukri berkata, pemimpin-pemimpin terdahulu lebih rasional sehingga mengangkat nilai nyawa menjadi salah satu elemen daripada aspirasi nilai-nilai murni dalam usaha ke arah kemerdekaan negara.
Dr Zainal mahupun Md Shukri mengakui tidak dapat memahami atau menduga sejauh mana kedangkalan pemikiran Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang secara tiba-tiba cuba mengangkat Mat Indera yang jelas seorang komunis sebagai hero kemerdekaan.
Md Shukri berkata Mohamad Sabu selamanya akan hidup dalam dosa terhadap rakyat Malaysia dan negara tercinta jika betul itulah yang dikatakannya dan usaha beliau untuk menulis semula sejarah tanah air.
- Drs Zainuddin Awang Hamat · Pengulas Tertinggi · Ahli Dewan Undangan Negeri N30 Limbongan di Kerajaan Negeri KelantanSejarahwan yang faham Ilmu Sirah SAW sudah pasti cintai mati @ syahid tetapi yang buta Sirah SAW pasti cintai hidup dan dunia semata-mata
- Kreuuky Kiko · KMM - Kolej Matrikulasi Melakamacamana Tunku boleh terfikir melayu tak mampu kalahkan british bila ketika jepun mendarat dan menjaja, h British awal-awal lagi cabut lari meninggalkan melayu, cina dan india terpaksa berjuang sendiri memberi tekanan kepada Jepun? Tidakkah dokumen sejarah yang ada di arkib menunjukkan British dalam keadaan tertekan untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana tidak tahan dengan asakan pejuang-pejuang kemrdekaan dari apa yang mereka labelkan golongan kiri. Mengapa mereka cuma mahu berunding dengan UMNO yang mengejek-ejek slogan `Merdeka 'yang dilaungkan oleh Golongan Kiri dengan berkata `nak merdeka konon, jarum pun belum boleh buat sendiri...' sambil bertempik `Hidup Melayu!!!'. Mengapa UMNO menyokong pengharaman semua pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan secara total dan telah sedia mewujudkan perlembagaan rak...Lihat seterusnya..
- Andy SoveskyOrg Melayu nak lawan melalui peperangan?? Jepun antara negara termaju & kuat pun sudah surrender kerana Bom Atom pd perang dunia ke-2.. Negara China yang kuasa BESAR DUNIA pun berjaya mendapat semula HONG KONG melalui kemerdekaan autonomi dari British pada tahun 1997. oleh itu.. hanya melalui rundingan tanpa senjata sajalah kita mampu.... kita waktu itu hanyalah "mentimun, mereka (durian) golek pun kena tak golek pun kena" bersyukurlah dgn tindakan bijaksana & jasa pemimpin UMNO.. belum tentu kita mendapat kejayaan seperti hari ini.
- Nur Atika Binti Atan · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MalaysiaMengapa UMNO menyokong pengharaman semua pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan secara total? sbb UMNO tu ANAK DIDIK BRITISH... nama umno shj x melambangkan ciri2 Melayu. Nk harapkan umno perjuangkan naseb org2 Melayu... jauh panggang dr api la... depa boleh perjuangkan nasib kroni depa je. So Melayu generasi Y n Z kena la bgn.. sbb umno dh tak relevan lg untuk generasi hr ini.
- Raini Anwar · Pengulas Tertinggi · Johore Bahru, Johor, MalaysiaMalaysia diberi kemerdekaan tu sbb pejuang pemberontak haluan kiri yg British x tahan. Jd sila junjung name pejuang2 itu juga ye. Mereka berkorban darah..itula pejuang. UMNO ni moderator jek lebih kearah pak turut..tula org2 melayu skrg jd mcm ni ekonomi malaysia 30% jek yg dia nak. Inilah hasil didikan Melayu UMNO.. so padan muka dgn org Melayu termasuk sy sekali.
- Haji Mohd Yusof Muda · Bekerja di Sk chukaiBukan nak herokan komunis, cuma nak pastikan betu ke Mat Indera berfahaman komunis atau hanya helah kerajaan penjajah ketika itu untuk memburuk-burukkannya. Ketokohan Tunku Abd. Rahman memujuk penjajah memberi kemerdekaan harus disanjung tetapi janganlah pula dilupakan tokoh-tokoh yang menentang penjajah...
- Nik Aziz · Pengulas Tertinggi · Cairo University
- Corleone Don · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
- فايروز سليمان · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaProf. Dr.Zainal ini memang terkenal dari dahulu untuk bela UMNO dan kuncu2nya. Maka tidak hairanlah apa yang diperkatakan akan pro kepada parti tersebut. Perkara ini telah dirakam semenjak beliau berada di UM lagi. Kalau benarlah Prof ini jujur dengan ilmu, kenapa tidak berani merungkai sejarah negara bahawa golongan agama merupakan golongan pertama bangkit menentang penjajah. Usah kerana jawatan yang ada, maka kamu kaku berkata benar. Ingatlah di Mahsyar. mulut dikunci. anggota tubuhmu akan menjadi saksi. Ketika itu. UMNO dan kuncu2nya tidak dapat nak bela kamu. Berkata benar walaupun sakit diterima.
- Nik Aziz · Pengulas Tertinggi · Cairo University
- Faisal Kun · Pengulas Tertinggi · 宮城県名取市YA ALLAH.fairus sulaiman.anda bukak sejarah tingkatan 2 anda baca buku tersebut semula..tokoh2 yg berada dlm buku tue kebyakannye tokoh agama yg menentang penjajah.dorang xdigelar pengkhianat negara.. malah dlm buku teks tersebut pon menerangkan kehebatan tokoh2 tersebut.. tetapi tokoh2 tersebut ini menentang penjajah untuk mnyelamatkan kaum mereka,agama mereka,mereka hnye mmbunuh askar british sahaja.tetapi dlm kes mat indera nie adakah beliau membunuh askar british sahaja? tidak malah polis melayu turut terkorban. beras2 org2 kg diambil,kampung dibakar oleh komunis.parti yg disertai mat indera.mcmmane nak digelar tokoh kemerdekaan?
- Arteta Harith · Pengulas Tertinggi...kalau nak berhujah gunalah fakta mcm Prof Zainal ni bukan auta raja lawak mcm Mat Sabu.... Mat Sabu sejarah bilik 121 dgn Cik Normah dia tahulah..hehe...
- Namia Aiman · Pengulas Tertinggi · Engineer di Infineon Technologies
- Nik Aziz · Pengulas Tertinggi · Cairo University
Tiada ulasan:
Catat Ulasan