.
KUALA LUMPUR: Pemilihan dan perlantikan Raja bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara.
Dipetik laman web rasmi
Pejabat DYMM Sultan Perak,
sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat bakal Sultan dan
tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada
puteranya.
Berikut adalah petikan daripada laman web tersebut.
Raja PemerintahPemilihan
dan perlantikan Raja bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara. Sistem
yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak
mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya.
Mengikut
undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak seseorang yang layak dilantik
menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah
diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah
daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki,
cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun
menurun sehingga yang akhir sekali. Undang-undang Tubuh tidak sekali
membenar dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja
Pemerintah selain daripada seorang zuriat daripada Sultan kelapan belas
selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut
dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai sesuatu cacat yang
besar dan berat yang kerananya ia tidak akan diluluskan oleh Hukum
Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.
Sekiranya pada
mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan
belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja
Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang pertama.
Walau bagaimanapun sekiranya tiada zuriat daripada benih Sultan yang
Pertama yang difikirkan harus dipilih, maka wajiblah dipilih dan
dilantik sebagai Raja Pemerintah seseorang lelaki daripada zuriat Sultan
yang kelapan belas yang daripada tanah (ibu). Apabila menimbangkan
lantikan itu seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang telah mangkat
akhir sekali, dan jikalau sekiranya tiada seorang pun yang demikian itu,
maka hendaklah diutamakan seorang lelaki atau cucu lelaki daripada
seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang mendahului Raja Pemerintah
yang tersebut.
Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak
dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dan lantikan Raja
Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan
Dewan Negara. Setelah Raja Pemerintah dimasyurkan, dua orang Bakal
Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan
Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan ialah Raja Muda dan
Raja Di Hilir. Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada
gelaran biasa Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
dan tidak dengan gelaran Yang Amat Mulia Tuanku Raja Bendahara,
Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.
Perlantikan Bakal Sultan adalah
berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja
Pemerintah. Sebelum melaksanakan haknya atau menjalankan
tanggungjawabnya, bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani
sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi
perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian
barulah gelaran dianugerahkan mengikut adat Melayu.
Walau
bagaimanapun sebelum seseorang dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang
itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan
Raja-raja Bergelar. Gelaran yang diberikan kepada Raja-raja Bergelar
ialah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah, Raja
Kechil Bongsu, tetapi sekiranya berlaku di mana putera Raja-raja
Pemerintah menaiki takhta Kerajaan setelah mangkatnya Raja Pemerintah
ini adalah kerana putera itu memegang jawatan Bakal Sultan yang
terkanan.
Pada kebiasanya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja
Pemerintah setelah mangkatnya Raja Pemerintah dan Raja Di Hilir akan
mengambil tempat yang dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di
Hilir pula diganti oleh Raja Bergelar Raja Kechil Besar dan seterusnya
sehingga jawatan Raja Kechil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja
Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kechil Bongsu kepada
Putera sulong Baginda.
Walau bagaimanapun, Undang-undang Tubuh
Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan,
pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat
mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah
kepada tiap-tiap orang Raja-raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib
kedudukannya sebelum menimbang seseorang daripada peringkat atau
peringkat am daripada mereka harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.
Dewan NegaraDewan
Negara, yang dianggotai oleh Bakal-bakal Sultan, seseorang wakil
Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar
Delapan dan Mufti sebagai ahli-ahli rasmi dan sebelas orang tua dan
seorang yang bukan Melayu sebagai ahli-ahli bukan rasmi, adalah
ditubuhkan bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam
menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara
ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal
Sultan dan Raja-raja Bergelar.
Persidangan Dewan Negara hanya
boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah dan Raja Pemerintah
dengan kadar seberapa yang boleh, hendaklah berangkat menghadiri dan
mempengerusikan persidangan itu. Sekiranya Baginda tidak berangkat
hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu
atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa
Bakal Sultan yang hadir.
Tetapi sekiranya persidangan Dewan
Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja
Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan
Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut
dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu mengagap adalah
berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat
hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan
Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Yang Bergelar.
Orang Besar Negeri PerakDewan
Negara, selain daripada menasihati Raja Pemerintah dalam perlantikan
Bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar, juga menasihatkan Raja Pemerintah
dalam perlantikan Orang Besar Negeri yang turut membantu Raja Pemerintah
dalam menjalankan tugas-tugas hariannya.
Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Raja Pemerintah adalah terdiri:-
Orang
Besar Empat yang mempunyai gelaran-gelaran dan fungsi-fungsi tersendiri
dan orang-orang lelaki yang lain dengan gelaran Toh Muda Orang Kaya
Bendahara diberi.
Orang Besar Delapan yang mempunyai gelaran-gelaran dan fungsi-fungsi
tersendiri dan orang-orang lelaki yang lain kecuali gelaran Orang
Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan dan Orang Kaya-Kaya Mahakurnia dengan
syarat-syarat sebagaimana termaktub dalam Seksyen 38 (1) dan (2).
Orang Besar Enam Belas dan memegang gelaran-gelaran tertentu dangan
syarat-syarat sebagaimana termaktub di dalam Seksyen 47(2) Undang-undang
Tubuh Kerajaan. Orang Besar Enam Belas yang dilantik hendaklah terdiri
daripada orang lelaki yang berjasa kepada negeri.
Orang Besar Tiga Puluh Dua memegang gelaran-gelaran yang telah ditetapkan oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara dan
Tertib kedudukan bagi Orang Besar kecuali Toh Muda hendaklah mengikut tertib kedudukan:-
Orang
Besar Negeri mengikut taraf tetapi disyaratkan bahawa Toh Puan bagi
Orang Besar Negeri itu hendaklah mengambil tingkat kedudukannya yang
hampir di bawahnya.
Orang Besar Enam BelasToh
Muda Orang Besar Negeri mengikut tertib kedudukan Orang Besar Negeri
yang mengenainya. Gelaran-gelaran yang tiada ditentukan tertib kedudukan
dalam bahagian ini mengikut tarikh lantikan bagi mana-mana gelaran yang
demikian itu.
Selain daripada menjadi Ahli-ahli tetap Dewan Negara, Raja-raja
Bergelar, Orang Besar Negeri, Orang Besar Enam Belas atau Toh Muda
kepada Orang Besar Negeri, di atas nasihat Dewan Negara, Raja Pemerintah
boleh melantik di antara mereka menjadi Orang-orang Besar Jajahan yang
mempunyai fungsi-fungsi berikut:-
Menyempurnakan apa-apa tanggungan dan menggunakan apa-apa hak yang
harus diamanahkan kepadanya oleh Raja Pemerintah atau oleh Raja
Pemerintah dalam Dewan Negara;
Menyempurnakan apa-apa tanggungan dan menggunakan apa-apa hak yang
diberikan kepada seseorang Orang Besar Jajahan oleh mana-mana
undang-undang yang berjalan; dan
Menyempurnakan apa-apa tanggungan dan menggunakan apa-apa hak yang
harus diberikan kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berjalan
kuatkuasanya pada masa hadapan dalam negeri ini.
Orang-orang Besar Jajahan yang dilantik bertanggungjawab kepada Raja
Pemerintah dalam Dewan Negara menerusi Raja Di Hilir bagi kesempurnaan
apa-apa tanggungan yang diamanahkan kepadanya dan bagi kegunaan yang
betul apa-apa hak yang diberi kepadanya.
ORANG BESAR EMPATY.A Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
Y.A Bhg. Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja
Y.A Bhg. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
Y.A Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
ORANG BESAR DELAPANY.Bhg. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota
Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda
Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja
Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja
Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera
Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja
Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Mahakurnia Indera di-Raja
ORANG BESAR ENAM BELASY.D.H Toh Seri Maharaja Lela
Y.D.H Toh Paduka Indera
Y.D.H Toh Maharaja Dewa
Y.D.H Toh Maharaja Indera
Y.D.H Toh Shahbandar Ulu
Y.D.H Toh Tan Dewa Paduka
Y.D.H Toh Paduka Setia
Y.D.H Toh Sedewa Raja
Y.D.H Toh Paduka Raja
Y.D.H Toh Perdana Indera
Y.D.H Toh Indera Jaya
Y.D.H Toh Seri Bijaya
Y.D.H Toh Seri Lela Paduka
Y.D.H Toh Amar Seri di-Raja
Y.D.H Toh Raja di-Raja
Y.D.H Toh Seri Wangsa
TOH MUDA ORANG BESAR EMPATY.D.H Toh Muda Orang Kaya Besar Maharaja di-Raja
Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
TOH MUDA ORANG BESAR DELAPANY.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksmana Raja Mahkota
Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda
Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja
Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja
Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera
Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja
Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Mahakurnia
Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
ORANG BESAR TIGA PULUH DUAY.D.H Toh Tan Dewa Sakti
Y.D.H Toh Kamar Lela
Y.D.H Toh Seri Indera Lela
Y.D.H Toh Sakna Bongsu
Y.D.H Toh Tan Dewa Raja
Y.D.H Toh Rakna Sakti
Y.D.H Toh Purba di-Raja
Y.D.H Toh Jana Pahlawan
Y.D.H Toh Sa Indera Lela
Y.D.H Toh Bahagia Negara
Y.D.H Toh Amar Pahlawan
Y.D.H Toh Mangku di-Raja
Y.D.H Toh Dewa Mahkota
Y.D.H Toh Sakna Menteri
Y.D.H Toh Demang Perwira
Y.D.H Toh Indera Wangsa
Y.D.H Toh Mekong
Y.D.H Toh Lela Indera
Y.D.H Toh Mahkota Lela
Y.D.H Toh Amar Di Wangsa
Y.D.H Toh Pekerma Wati
Y.D.H Toh Johan Pahlawana
Y.D.H Toh Pendewa Sakti
Y.D.H Toh Kelana Perkasa
Y.D.H Toh Kelana di-Raja
Y.D.H Toh Kohor Alam
Y.D.H Sukar Di Lawan
Y.D.H Toh Pendekar Alam
Y.D.H Toh Bijaya Wati
Y.D.H Toh Puspa Wati
Y.D.H Toh Bahtera di-Raja
Y.D.H Toh Suri Wati