Ahad, 23 Mac 2014

Penting nya PRK Kajang. Undi Wan Azizah!





Jika UMNO ada peluang besar untuk menang Kajang, adakah PRK Kajang dianggap sebagai membazir? Tentu tidak. Secara bandingan PRK Balingian di Sarawak tidak dianggap sebagai membazir.
Mungkin tangapan membazir itu timbul kerana ramai berpendapat bahawa PRK Kajang tidak perlu kerana ianya sudah dimenangi oleh PKR. Jadi mengapa mahu sengaja dikosongkan untuk mengadakan PRK?
Saya pun tidak dapat memberi rasional mengapa mesti ada PRK Balingian selain dari mengosongkan nya untuk accommodate Taib Mahmud jadi Gabenor. Jika itu rasional nya, maka PRK Kajang pun sepatutnya boleh diterima sebagai sengaja mengosongkan nya untuk accomodate Anwar Ibrahim menmainkan formal role dalam negeri Selangor. Dalam kapasiti apa kita tidak tahu. Dalam kapasiti MB pun apa salahnya.
Saya sebut PRK Kajang ini perlu kerana ia membenarkan (1) pemain politik membuat koreksi keatas set up politik mereka sendiri dan (2) memberi peluang kepada rakyat mengukuhkan lagi penyuaraan bantahan mereka keatas dasar BN .
Saya hanya dapat mengagak apa yang berlaku dalam negeri Selangor. PAS dan DAP ada 15 kerusi masing2 dan PKR ada 14. BN pula ada 12 kerusi. Semenjak tewas dan gagal menawan semula Selangor ( dan ini kegagalan peribadi Najib sebab dia yang jadi pengerusi perhubungan Selangor) , UMNO tidak pernah rehat mencari jalan bagaimana melakukan coup detat untuk menawan Selangor.
Bagaimana? Dengan memain the numbers game. BN tidak mungkin dapat mempengaruhi DAP maka DAP boleh ditinggalkan. Mereka focus kepada PAS dan PKR.
UMNO mempunyai beberapa cara. Untuk menguasai DUN yang ada 56 kerusi, UMNO hanya perlu mempunyai 30 kerusi sahaja. Bagaimana mereka boleh buat demikian? Hanya dengan memancing 9 dari PAS dan 9 dari PKR. Dan jika mahukan PKR jadi MB, mereka akan tarik 10 dari PKR dan 9 dari PAS. Atau sebalik nya, 10 dari PAS dan 8 dari PKR bergantung kepada citarasa mereka.
Kalau BN mahukan suasana yahoo dan yeehaa, mereka akan pilih PKR. Kalau mahu alim dan warak sendikit mereka akan plih PAS. Cara nya ialah cara UMNO- beli mereka ini. Ini sebab nya saya kata, sementara PR mempunyai manifesto, UMNO dan BN ada MONEYfesto.
Jadi apa kena mengena dengan PRK Kajang? Dengan jangkaan PKR boleh menang Kajang, jika Anwar dibenarkan bertanding , dia nanti akan menjadi MB. Saya tidak fikir MB sekarang mahu berdegil nak jadi MB bila ketua partu sudah jadi ADUN Selangor. Sementara Khalidi kata dia tetap mahu jadi MB , bila tiba masa nya, dia mesti berikan kerusi tersebut kepada Anwar.
Tapi pada 7 March , Anwar diihukum bersalah dan tidak boleh bertanding. Plan PKR rosak. Kerusi sudah kosong. Mahu tidak mahu, mereka mesti cari ganti. Dan Wan Azizah di pilih. Dia akan menang, tapi plan awal PKR sudah rosak.
Apa tindakan dan Plan B? Dengan segera, MB mengumumkan bahawa pejabat penasihat negeri Selangor akan diperluaskan dan diberi lebih otoriti. Ini membuktikan bahawa sejak awal lagi, memang PRK Kajang ini mempunyai agenda meletakkan Anwar pada tempat yang powerful.
Perubahan calun merupakan temporary setback. Tapi dengan Anwar diberi kedudukan yang lebih formal dan rasmi, dia masih boleh memainkan peranan menstruktur politik PR dinegeri Selangor. Ini  perlu untuk menyekat tipu muslihat golongan desperate UMNO dan BN.
Apa yang special sangat sehinnga Anwar mesti diberikan kedudukan yang formal di Selangor? Mungkin sebab Anwar lebih berpengalaman untuk mengatasi tipu muslihat UMNO. Pertama dengan memperkasakan tahap kekuatan ekonomi setiap wakil rakyat PR supaya mereka tidak dikalahkan oleh godaan syaitan puak UMNO. Bila setiap wakil PR teguh dan tegap, maka tidak adalah alahan kepaa godaan.
Maka, nilai PRK Kajang ini ialah pertama kepada PR- ia memberi peluang kepada mereka membetulkan poliik dalaman mereka. Itu sahaja yang kita perlu tahu.
Nilai lagi satu ialah yang beroperasi sekarang. Iaitu peluang untuk mendapattkan referendum mengadili dan menyuarakan bantahan yang keras kepada kerajaan federal. Beza nya, kita tidak perlu nanti 5 tahun. Ia boleh dilakukan melalui satu siri PRK.
Bertoak dari situ, jika rakyat menyokong PR di Kajang impak nya kepada negeri lain amat besar. Seluruh rakyat dalam negara ini diingatkan bahawa kuasa ada dalam tangan mereka untuk melakukan perubahan. Pemerintah yang menang teknikal hari ini, UMNO dan BN tidak boleh marahkan rakyat sebab 53% dari pengundi dalam PRU13 sudah tidak menyokong mereka.
Jadi jangan tanya, adakah Kajang ini perlu ada tidak. Tugas kita ialah memenangkan Wan Azizah dengan majoriti yang besar. Jika boleh dengan menyebabkan Chew Mei Fun hilang deposit kerana kekalahan yang demikian membenamkan MCA dan menyebabkan UMNO hilang akal.
Menyebabkan kedua kesan ini adalah perbelanjaan yang berbaloi.

KELAB GREENBOC: [LINTAS LANSUNG] Parodi Raja Bomoh Di PRK Kajang -...

KELAB GREENBOC: [LINTAS LANSUNG] Parodi Raja Bomoh Di PRK Kajang -...: Parodi Raja Bomoh Di PRK Kajang - Videonya ada di bawah S ebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dibuka...

Sabtu, 22 Mac 2014

Selasa, 18 Mac 2014

Khamis, 13 Mac 2014

Isnin, 10 Mac 2014

Bijak membeli, PM dapat ayam RM1


Lawrence Yong | 7:36PM Mar 10 dikemaskini 7.50pm Najib menasihatkan orang ramai membeli belah secara bijak sebelum mengadu berhubung kenaikan harga barangan.

MH370: Warkah tulus kepada YAB PM dan MAS

#PrayForMH370

Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh

Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak.

Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.

YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta.

Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu.

Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.

Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.

MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.

Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat. Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah.

Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.

Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi :
(اللهم أَجِرْنِي مِن مُصِيبَتِي وَخْلُفْنِي خَيرََا مِنها)

Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.

Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doa Ummu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?

Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia.

Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.

Salam Kedamaian.