Sabtu, 22 Mac 2014

Selasa, 18 Mac 2014

Khamis, 13 Mac 2014

Isnin, 10 Mac 2014

Bijak membeli, PM dapat ayam RM1


Lawrence Yong | 7:36PM Mar 10 dikemaskini 7.50pm Najib menasihatkan orang ramai membeli belah secara bijak sebelum mengadu berhubung kenaikan harga barangan.

MH370: Warkah tulus kepada YAB PM dan MAS

#PrayForMH370

Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh

Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak.

Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.

YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta.

Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu.

Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.

Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.

MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.

Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat. Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah.

Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.

Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi :
(اللهم أَجِرْنِي مِن مُصِيبَتِي وَخْلُفْنِي خَيرََا مِنها)

Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.

Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doa Ummu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?

Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia.

Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.

Salam Kedamaian.

Ahad, 9 Mac 2014

Kezaliman ini akan percepat tumbangnya BN, insya Allah


"Kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat.”

Itulah amaran Rasulullah S.A.W agar semua pihak menghindari apa jua bentuk kezaliman. Bahkan kezaliman juga adalah dosa besar yang diingatkan oleh Allah agar jangan sesekali kita cenderung untuk menyokong golongan yang zalim, kelak akan disambar oleh api neraka di akhirat.

Terdapat banyak hadis Rasulullah .S.A.W yang memberi amaran agar kita menjauhi perbuatan yang zalim, atau menyokong golongan yang zalim bahkan dilarang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantu kezaliman mereka.

Dalam sepotong hadis Rasulullah S.A.W Baginda memberi amaran: "Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya (melakukan kezaliman), dalam keadaan dia tahu orang yang bersamanya melakukan kezaliman, maka ia terkeluar dari lingkungan orang Islam.”

Semua peringatan ini adalah peringatan Allah dan Rasul S.A.W bertujuan agar kita menegakkan keadilan, memperjuangkannya dan menyokong sebarang usaha bagi menegakkan keadilan di atas muka bumi.

Bahkan Al Quran menegaskan, “Berlaku adillah kamu, kerana adil itu hampir dengan taqwa.”

Atas landasan inilah PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) menggerakkan seluruh tenaga bagi memperjuangkan keadilan berteraskan ajaran Islam, yang bersifat rahmat untuk semua. Perjuangan panjang ini tidak akan berakhir hanya dengan kemenangan beberapa buah negeri, bahkan menguasai Putrajaya sekalipun, kerana ia adalah perjuangan sepanjang zaman dan berterusan.

Tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ratusan insan lain dalam sejarah perjuangan PAS dan rakyat megara ini, adalah lanjutan kerakusan parti pemerintah untuk menyekat apa jua ruang kebangkitan rakyat.

Tindakan ini berlaku dalam sepanjang sejarah perjuangan umat manusia. Sayangnya pemimpin yang bertindak zalim gagal mengambil pengajaran di atas tindakan zalim mereka kepada rakyat.

Puluhan kerajaan besar tumbang akibat kezaliman mereka kepada rakyat. Kemana berakhirnya rejim Firaun yang membunuh anak-anak kecil kerana bimbang dengan kelahiran seorang lelaki yang bakal menumbangkan kerajaannya.

Demikian juga ke mana perginya Hamam, Qarun, Namruz, Abu Lahab, dan ratusan rejim di zaman kita. Kekuasaan dan keegoan mereka tumbang menyembah bumi dan mereka menerima pembalasan di atas kezaliman mereka.

Kita yakin apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan lebih mengukuhkan hubungan PR dan menyemarakkan kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman ini.

PAS yakin dengan janji Allah bahawa kebatilan tidak akan kekal walau kelihatan teguh dan kukuh, manakala keadilan akan tetap mencapai kemenagan, walau kelihatan ia lemah dan tidak ampuh.

Sempena konvensyen PR kali ini, dalam mana kita menghadapi suasana sedih penganiayaan kepada DSAI, kes Karpal Singh, tragedi pesawat MAS yang terhempas, dan PAS kehilangan beberapa tokoh utama parti, mari kita hadapinya dengan penuh ketabahan, kesabaran, kesepakatan, pengukuhan hubungan PR serta membina gelombang kebangkitan rakyat bagi menumbang kerajaan BN dalam PRU akan datang. Insya Allah.

Allahu akhbar.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS

Sabtu, 22 Februari 2014