- Jan 09, 2014
-
DR DZULKEFLY AHMAD
1. Apabila Pakatan Rakyat meletakkan syarat-syarat yang ketat dan
tegas kepada kerajaan Najib yang mesti dipenuhi sebelum GST boleh
dilaksanakan, BN dan pengkritik kami menyelar kami sebagai hanya mahu
membangkang. Pakatan tak tahu mentadbir dakwanya. Akhirya ada firma
audit besar yang berani bersuara. Erti dan maksudnya perlu difahami.
2.
Dengan kenyataan Pengarah baru KPMG, firma audit yg antara terbesar,
the Big Four itu terserlah hakikat senario yang mendatang. Sukar untuk
mereka menyatakan sikap dan pendirian yang tegas seperti itu kerana
tentunya punya kepentingan bisnes dengan Putrajaya.
3. Namun KPMG
menggesa supaya pihak awam dan swasta menaikkan gaji pekerja sebanyak
6% berdepan dengan perlaksanaan GST tahun depan, April 2015.
4.
Ini tambah beliau adalah kerana kos barangan dan perkhidmatan yg semua
mengalami kenaikan harga. Untuk ingatan umum, pelbagai subsidi ditarik
balik bermula, sekaligus mencetuskan kenaikan 11% bahan bakar, 14% gula
berserta dgn kenaikan tarif elektrik dari 15% hingga 16.9%, tol dan
pengangkutan awam dan pelbagai lagi.
5. Persoalan yang tidak
digarap oleh KPMG adalah bagaimana pula dengan golongan yang tidak punya
gaji untuk dinaikkan. Mereka adalah rakyat yang terdiri dari golongan
petani sawah, pekebun kecil, nelayan dan peniaga pasar malam dan yang
mengambil upah bekerja dikampong.
6. Pendapatan mereka kekal pada
takuk lama sementara kos sara hidup terus melambung. Bahkan sebaliknya
ada peniaga di kalangan mereka berdepan dengan pengurangan pendapatan,
apabila rakyat umumnya mengalami penguncupan kuasa membeli dengan
kenaikan harga barang.
7. Inflasi diramalkan ke paras 2.9% tahun
2014 sehingga ke paras setinggi 3.3% tahun 2015. Ramalan inflasi ke
tahap Harga Pengguna (CPI) mencecah 3.3% ke 3.5% adalah ganas atau
‘vicious’.
8. Sementara pihak Eksekutif akan mendapat kenaikan
gaji sebanyak 5.63% berbanding 6.31% di tahun lalu 2012 dan golongan
bukan-eksekutif akan mendapat kenaikan ke 5.65% berbanding 6.7% tahun
2012.
Dapatan ini adalah dari informasi Persekutuan Majikan
Malaysia (MEF). Perlaksanaan gaji minima sepatutnya membantu golongan
pekerja sokongan dan pihak non-eksekutif diharap mendapat bonus yang
lebih baik.
9. Sekali lagi golongan yang tidak terbela adalah
golongan bekerja sendiri, yang akan menjadi sasaran. GST jelasnya akan
memangsakan golongan berpendapatan rendah dan yang bekerja sendiri. Ini
yang dimaksudkan dengan kesan "regressif" atau ‘songsang’ kerana 6% GST
dari ‘pendapatan boleh berbelanja’ berpendapatan rendah ini adalah jauh
lebih besar peratusya dari golongan berpendapatan tinggi.
10. Justeru kerana itu hujjah meletakkan syarat-syarat perlaksanaan GST adalah menasabah antaranya;
a. Tingkatkan dahulu pendapatan rakyat khususnya golongan rendah dan sederhana.
b.
Tutup dahulu lubang2 kebocoran bagi meningkatkan pendapatan kerajaan
dan kenalkan cukai-cukai seperti CGT dahulu atau..Capital Gain Tax...
atau cukai untung modal seperti saham dan bon. Contoh yang dilaksanakan
kerajaan sekarang ialah cukai keuntungan menjual haratnah atau cukai
RPGT.
c. Pastikan dahulu amalan tender terbuka bagi mendapatkan
'value for money'..nilai terbaik dan elakkan amalan runding langsung
dgn “harga membengkak"..atau "bloated prices".
d. Elakkan dahulu
pembaziran dan projek mega infrastuktur yg didakwa pakar-pakar integriti
adalah sarat dengan amalan 'kickback' , rasuah dan amalan kronisme dan
selalu berakhir dengan ‘cost-overrun’ yang besar. (buku Combating
Corruption, Anis Yusal et al)
Sebab itu kami tegaskan jangan
memangsakan rakyat kerana untuk tangani kebejatan hutang kerajaan Pusat
dan defisit fiskal dengan menarik balik subsisdi dan mengenakan cukai
regressif seperti GST adalah satu langkah ‘jalan pintas’ yang tidak
bertanggungjawab.
Reformasi struktural serta penambahbaikan dalam
aspek tadbir-urus serta komitmen kepimpinan untuk menadayakan pelbagai
polisi-polisi
Laksanakan langkah-langkah yang lebih utama dan mapan yang dicadangkan pelbagai pihak dahulu termasuk Pakatan Rakyat.
Sesungguhnya
KPMG, sebagai sebuah entit korporat juga tahu bahawa impak kewangan
kenaikan kos barangan dan perkhidmatan tambahan dengan GST adalah sangat
BERAT dan PARAH kepada rakyat teramai.
Itu tidak lagi mengambil
ramalan impak sosial, gejala jenayah termasuk kemalangan apabila rakyat
mula membuat segala-galanya untuk menyara kehidupan keluarga dengan
merubah cara hidup termasuk naik motor ke pejabat dan cari pekerjaan
kedua dan ketigayang mengancam kesejahteraan hidup berkeluarga.
Apakah cukup untuk KPMG dan seangkatan dengannya sekadar membuat saranan?
* Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS merangkap AJK PAS Pusat.