Isnin, 16 Disember 2013

Kenyataan Ketua Syiah Kedah yang amat mengecewakan Umno

KENYATAAN KETUA SYIAH KEDAH YANG AMAT MENGECEWAKAN UMNO .... MENGESAHKAN BAHAWA MAT SABU BUKAN PENGANUT SYIAH !!!!

 

Sebuah akhbar arus perdana telah jumpa dengan Ketua Syiah Kedah semata-mata nak mendapat pengesahan dan kepastian dari Ketua Syiah Kedah sama ada Timbalan Presiden PAS adalah menganut fahaman syiah sepertimana 10 "bukti kukuh padu" yang didedahkan oleh KDN.
Baca lagi

Jumaat, 13 Disember 2013

Catatan menyayat hati seorang ahli Umno... bacalah!



Surat yang meluahkan isi hati seorang penyokong tegar UMNO ini asalnya disiarkan oleh sebuah Blog Pro UMNO yang boleh dianggap sebagai otai dalam UMNO..

Dalam surat ini penyokong tegar yang juga ahli UMNO sejak berumur 18 tahun lagi meluahkan kekecewaannya terhadap Najib yang jelas telah memungkiri janji-janjinya sebelum pilihanraya tempoh hari..

Korang bacalah... sedih oooo....


Assalamualaikum Pak Syed.

Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim, agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu dengan niat kerana Allah jua. Hidup ini ringkas, singkat.

Saya bimbang jika saya bertangguh, tidak sempat maka saya akan gagal mnjawab di Mahkamah Allah Rabbuljalil.

Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah mnjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun

(Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana datuk nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka. Menjadi ahli UMNO yang setia sehingga ke akhir hayat.

Setelah sekian lama, baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir daripada sudut hati saya. Jauh terbenam. Bergelora dan bercampur baur. Sayu, bimbang, kasih, marah saling kait mengait. Keliru juga sedang ikut sama mengisi secara serentak perasaan dan pemikiran saya.

Kalau boleh saya ingin berdiri di puncak gunung. Seluruh saf kepimpinan UMNO duduk bersila di sekeliling saya, berteleku mendengar saya bercakap meluahkan segala perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha mengadap Tuhan dengan mata tertutup rapat.

Saya ini orang UMNO. Dulu, kini dan insyaallah selamanya. Ini amanah datuk nenek saya. Saya genggam erat amanah ini. Tapi pada masa datuk saya menjadi ahli UMNO, beliau beberapa kali berjabat salam dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.

Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti, bahkan tidak bersekolah tinggi. Masih ada gambar kenangan mereka bersama tersimpan dalam almari peninggalan nenek. Walaupun telah kabur tapi ia tetap jelas dan dapat dikenali.

Pada masa itu tiada slogan atau ungkapan ' merasa denyut nadi rakyat '. Tetapi memang Presiden Parti turun ke cawangan cawangan UMNO , bercakap tentang hasrat dan cita cita parti. Arahala negara ke mana hendak dibawa.

Saya bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya, pernahkah bersalaman dengan Presiden UMNO? Tidak kata mereka sebab sewaktu Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan Negeri yang berpeluang berdialog bersamanya.

Bahkan saya terkejut apabila diberitahu ada pemimpin cawangan tidak pernah bersua muka dengan Menteri Besar , tidak pernah. Maka sayapun mula rasa keliru, adakah benar UMNO ini parti inklusif atau sekadar pemanis mulut semata mata. UMNO sudah menjadi elitis dan bangsawan lebih bangsawan dari zaman Allahyarham ayahanda Tengku dulu.

UMNO mesra rakyat, UMNO pejuang masa depan melayu, UMNO penyelamat melayu dan 1001 macam lagi retorik dan hegemoni politik yang berterusan disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala otak orang melayu sehinggakan orang melayu sekarang ini sebegitu takut untuk berfikir dan bertindak melainkan terus memilih UMNO. Terus percaya UMNO pejuang dan menjamin survival melayu.

Barangkali kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90 peratus lagi adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus kenyang dsn berisi. Hebat politik UMNO ni.

Saya mohon maaf kerana menjangka nyawa UMNO ini sudah tidak lama. Percayalah. Kunci nyawa UMNO adalah cawangan cawangan. Saya mula dapat rasakan pemimpin dan ahli di cawangan cawangan mula rasa seperti 'tidak berguna'.

Pengalaman menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di cawangan cawangan. Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak kerja sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan. Pusat Daerah Mengundi ditubuhkan, Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.

Di tempat saya, Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima. Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja kerja Jalinan Rakyat, Ceramah dan bengkel. Tiada peruntukan, itulah alasan yang diberikan oleh Bahagian. Atas nama perjuangan, segala tanggungjawab dilaksanakan.

Tiba tiba kami terkejut apabila mendapat tahu, Kampung Baru Cina diberi peruntukan ratusan ribu ringgit. Hampir setiap minggu diadakan makan malam bertaraf hotel, menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali program. Maaf, saya kedengaran seperti cemburu, tetapi hakikatnya setiap minggu Ahli Parlimen kami hadir untuk program program bersama pengundi Cina dan India.

Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat, Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.

Di waktu PRU 13 makin hampir, kami di cawangan semakin tertekan. Program semakin banyak, peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen dibubarkan. Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana diperuntukkan dengan biskut mayat, air mineral dan rokok jenama OK (Kononnya diimport dari India)

Merokok adalah amalan tidak sihat, tetapi Pemuda kita di cawangan sebahagiannya merokok. Kata mereka rokok OK ini, nyamukpun pengsan kerana asapnya.

Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.

Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN ini. Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah berlaku.

UMNO menunggu dan menunggu. Apakah pengumuman besar Perdana Menteri untuk membalas pengorbanan kami selama ini. Sehingga kini tiada apa sebenarnya, tiada.

Yang diumumkan kenaikan harga minyak. Yang diumumkan kenaikan harga gula. Yang diumumkan kenaikan harga rokok. Dan yang diumumkan hari ini kenaikan tarif elektrik. Kami terkedu, malu. Kami beberapa hari tidak keluar ke kedai kopi kerana sewaktu kempen PRU13, kami janjikan Kerajaan yang prihatin dan memahami kesukaran rakyat.

Kami telah gagal mengotakan janji. Kami menjadi bahan lawak rakan rakan kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada apa apa yang istimewa untuk kita Orang Melayu yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN.

Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada Perdana Menteri, saya ingin katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO di kampung kampung. Rakan rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang kawalan. Gagal mengawal segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada orang datang dan beritahu orang kampung DS Najib sangat kuat membazir, mereka datang dengan data. Saya pula hampir percaya kerana Perdana Menteri tidak pernah menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak ketawa.

Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir apabila untuk ubahsuai rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri 100 juta sedangkan untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya hanya lima ribu diperuntukkan.

Ada orang memberitahu saya, Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya sendiri dan diwartakan dalam Bajet Negara. Apa agaknya yang patut saya nyatakan. Dalam Parlimenpun namanya disebut mengguna ' jet peribadi untuk lawan peribadi keluar negara '.

Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13 telah menyokong UMNO hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan face book banyak dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan. Berbilion ringgit digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang dan memberi cadangan. Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti ialah kami di cawangan cawangan.

Anak anak kami celik maklumat. Mereka membaca berbagai cerita di dalam blog dan setakat ini tiada satupun yang dijawab oleh Perdana Menteri. Diam bermakna benar. Kami diminta untuk berhemah dalam berbelanja sedangkan Perdana Menteri dengan mudah berbelanja untuk sesuatu yang tidak pasti arah tujuannya.

Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula meragui kemampuannya mentadbir negara.

Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah ?

Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.

Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.

Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.

Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.

Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.

Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong.

Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.

Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.

PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!

Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar, kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"

Sumber surat dari SINI

Sedihnyaaaaaa.... kah.. kah.. kah...

Dah kena kencing tunggu apa lagi?.. Jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO...

Tulisan di atas diambil daripada blog Anak Sungai Derhaka.

Selasa, 10 Disember 2013

Jika Syiah menipu, nasionalis sekular apa kurangnya?

Saya terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu. Saya sekadar ingin memberikan respons ringkas sahaja.

Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.

Tidakkah menipu namanya apabila mewar-warkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut?

Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum Allah SWT? Sedangkan Allah SWT yang disembah di dalam masjid itu ialah Allah yang sama yang berkuasa di luar masjid? Atau mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid?

Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di dalam banyak penulisan. Tinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah.

Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala. Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa.

Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar umat Islam tidak berpecah belah. Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini.

Namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang. Benarlah tanpa lampu suluhan akidah yang benar, meraba-rabalah dalam kegelapan sekalipun mata tidak buta.

Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia. Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung.

Sedarkah bahawa dahan yang didakwa kuat itu sedang mereput dimakan anai-anai?

Di zaman Rasulullah SAW, bangsa Habsyah dan bangsa Parsi boleh tunduk di bawah naungan Islam dan bukannya seruan kebangsaan. Rasulullah SAW seorang yang berbangsa Arab tidak pernah sesekali menyeru kepada semangat kebangsaan.

Bahkan sekalipun bangsa Arab seringkali mendakwa diri mereka sebagai bangsa yang mulia, ia tidak sekali-kali diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW. Inilah yang memikat bangsa lain untuk tunduk kepada Islam.

Jika nasionalis sekular itu benar-benar mahu masyarakat bersatu, campakkanlah ke laut ideologi kebangsaan yang tidak membawa apa-apa manfaat itu. Palsunya seruan yang dilaungkan sehingga bangsa pun tidak pernah dijaga. Kelantan menjadi bukti nyata. Negeri Melayu dipinggirkan dari pembangunan semata-mata kerana kerasukan politik sang harimau yang berpura-pura baik.

Justeru, janganlah mendabik dada diri sangat sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah. Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan.

Jika benar ingin membasmi Syiah, lakukan sahaja tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik. Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat.

Saya tidak menamakan sesiapa di dalam tulisan ini. Alhamdulillah jika ia boleh difahami dengan baik.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Hukum berkabung kerana kematian pembesar negara

Soalan:
 1. Apabila berlaku kematian membabitkan pembesar negara. Kita sering melihat sebahagian rakyat memakai pakaian tertentu seperti baju hitam/sokong berlilit putih dan sebagainya. Adakah amalan ini ada dalam ajaran Islam?

2. Sebagai kakitangan kerajaan, adakah wajar saya mematuhi arahan ini sekiran bukan daripada ajaran Islam?

Jawapan 1:
Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234, maksudnya:

“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, 10 hari..”.

Dalam hadis Nabi SAW bersabda:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan 10 hari.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai latar sejarah yang tersendiri yang berasal daripada amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Walau bagaimanapun, Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik agar dapat menjaga serta memelihara nama baik seorang isteri.

2. Hadis Nabi SAW:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi SAW ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW : Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan 10 hari.”

3. Telah wafat Rasulullah SAW sedangkan para sahabat baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabat Nabi SAW yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam juga tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak.

Jawapan 2:
Sabda Nabi SalLahu alayhi wasallam :

"Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat pada Khaaliq (Allah)" - Hadis Riwayat Ahmad, Syaikhan, Abu Daud, Nasaie dan Ibnu Majah.

Saudara tidak wajar untuk mematuhi arahan yang bercanggah dengan syariat (sekalipun arahan tersebut datang daripada pemimpin Islam). Cubalah sedaya upaya untuk tidak terlibat dengan sebarang perkara yang tidak terkandung dalam ajaran Islam  seperti berkabung dan juga program yang melalaikan umat Islam.