Isnin, 15 Julai 2013

Berhati-hatilah! Ayam busuk, jangan makan


http://yongsukakuning.blogspot.com, 15 Jul 2013
AYAM BUSUK

Tak tahu yang busuk ni apa atau siapa. Ayam atau orang?
Menteri kata jangan beli ayam. Tapi Yong degil, Yong beli juga. Kenapa Yong beli? Sebab dah lama tak beli ayam pasaraya. Selalunya Yong beli ayam kampung dari pasar tani. Yong selang seli dengan ayam organik.
Tapi kali ini Yong beli drumstick ayam dari hypermarket terkenal. Hati kecil kata, jangan. Tapi sebab ingat nak grill...
Seperti selalu, ayam campur rempah ratus, masuk dalam ketuhar. Siap.
Masuk waktu berbuka puasa, Yong rasa ayam macam tak segar. Takut mungkin masalah deria rasa Yong minta Bodyguard rasa jugak. Deria rasa Yong memang super sensitif. Tapi kali ini sah! Ayam memang tak berapa segar. Ayam tolak tepi. Nanti basuh, bagi kucing jer.
Mujur ada lauk lain…
Hampeh! Disebabkan harga ayam dah naik, hypermarketpun jual daging ayam yang dah tak berapa segar. Entah bila sembelih.
Kekurangan supply ayam ini nampaknya dah menimbulkan masalah lain. Masalah kualiti ayam sudah diketepikan demi memenuhi permintaan.
Pihak penguatkuasa tolonglah!
Jangan hanya serbu pasar dan peniaga kecil. Hypermarket juga kena selalu dipantau.
Menteri dan peniaga ayam dan ayam nampaknya sama saja.
Menteri bangang. Peniaga ayam tamak. Ayam busuk.
Nasihat Yong: Belilah ayam di pasar basah. Mungkin mahal sikit. Tapi ayamnya lebih segar. Selain kita tolong peniaga kecil, kita juga tidak menyumbang untuk menambah kekayaan kapitalis.

Kurma, buah paling berkhasiat dalam dunia



http://omakkau.blogspot.com, 15 Jul 2013

KURMA ADALAH BUAH YANG PALING BERKHASIAT SEKALI DALAM DUNIA!!!!!!



• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Obama 'pujuk' Morsi 3 kali sebelum rampasan kuasa


Harakahdaily, 15 Jul 2013
MESIR: Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.'Esom Eryan mendedahkan, minggu terakhir sebelum berlaku rampasan kuasa tentera, Presiden Dr. Muhammad Morsi menerima tiga kali panggilan telefon dari Presiden Amerika, Barack Obama yang meminta Mursi bertolak ansur dalam beberapa perkara selain mengugut untuk mengenakan sekatan ekonomi.

Ihkwanonline melaporkan, Eryan (gambar) yang yang juga Ketua Whip FJP dalam Dewan Senat berkata, ketika panggilan kali terakhir Obama kepada Mursi, beliau sendiri memaklumkan bahawa rampasan kuasa akan berlaku terdekat ini dan kata Obama, Amerika sama sekali tidak akan menghalangnya.

Eryan dilaporkan mendedahkan perkara itu dalam temubual dengan stesen Al-Jazeera semalam.

Eryan berkata, berita rampasan kuasa ini turut dimaklumkan oleh Duta Amerika di Kaherah kepada Pembantu Presiden Mesir, Dr.'Esom Haddad.

Eryan yang juga bekas anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin berkata, bekas Menteri Pembangunan Tempatan, Dr. Ali Bishr (dari Ikhwan) menerima panggilan telefon setiap hari dari pimpinan tentera untuk berunding.

Beliau juga mengakui saban hari dihubungi oleh pimpinan tentera atas tujuan yang sama tetapi mereka menolak sebarang rundingan sehingga hak rakyat dan Morsi sebagai Presiden dikembalikan terlebih dahulu.

Beliau juga menggesa agar Morsi dibebaskan dari tempat beliau disembunyikan bagi diziarahi oleh anggota keluarga terdekat, peguam serta badan hak asasi manusia kerana persembunyian beliau mengundang kebimbangan berkaitan keselamatan dan kesihatannya.

Ahad, 14 Julai 2013

[VIDEO] Ucapan Osama Mursi: Teruskan Langkahmu Wahai Ayahandaku!



Memakai t-shirt Polo berwarna ungu dan kaca mata hitam Ray Ban, Osama Mursi berjalan menuju ke ruang temu bual dengan tenang dan yakin.

“Apa yang saya nampak pada hari mendatang? Revolusi ini akan berjaya dan pemimpin yang sah bakal kembali.

“Rakyat Mesir tidak akan sesekali takut lagi dengan ancaman penahanan ini,” katanya dipetik CNN.

Lebih seminggu lalu, ayah Osama, Presiden Mesir, Mohamed Mursi telah diguling oleh pihak tentera Mesir.

“Ini adalah satu rampasan kuasa revolusi, rampasan terhadap demokrasi, rampasan kuasa Perlembagaan dan kehendak rakyat.

Sementara itu, Menteri Pertahanan pada dasarnya mengatakan kepada jutaan rakyat yang mengundi dalam pemilihan Presiden dan referendum Perlembagaan "anda tidak tahu apa yang terbaik untuk anda. Saya tahu apa yang terbaik untuk anda’,” katanya.

Menurut agensi berita Al-Ahram, kerajaan baru sedang dibentuk dan Presiden sementara, Hazem El-Beblawi berkata, 70 peratus pemilihan jawatan di kementerian telah selesai.

Pembentukan kerajaan baru dijangka diumumkan Isnin ini.

Jutaan rakyat Mesir memenuhi jalanan pada 30 Jun lalu dan melaungkan ‘pergi’ terhadap Mursi, .

Menurut Osama, perkataan ‘rampasan kuasa’ merupakan penghinaan dan istilah kotor yang merendahkan kepercayaan rakyat selama ini.

Ketika diminta mengulas mengenai Revolusi Redux Osama bagaimanapun tidak bersetuju jika menyamakan ia dengan krisis di Mesir.

“30 Jun bukan revolusi! Sejarah tidak akan pernah merekodkan itu sebagai revolusi.

"....tidak ada sesiapa pun, sama ada pentadbiran Amerika Syarikat (AS) atau sesiapa saja yang boleh memanggilnya revolusi.

"Kenapa? Kerana tidak ada revolusi di dunia ini yang membawa pemerintahan ketenteraan. Tidak ada revolusi di dunia ini yang membatalkan peti undi,” tegasnya.

Sebelum ini, pihak tentera telah memberikan Mursi tempoh 48 jam untuk menyelesaikan krisis.

Dalam pada itu, ulas Osama, bapanya sempat bercakap dengannya untuk kali terakhir sebelum berucap dalam sebuah program televisyen pada 2 Julai lalu.

“Saya beritahu kepada ayah sebagai anaknya untuk dia kekal ingkar dan maju ke depan dan tidak menyerah dengan pihak ketenteraan.

“Mohamed Mursi yang saya kenal ada lambang kebanggaan. Sebagai anak, sekiranya Mohamed Mursi itu berundur atau melarikan diri ia akan sangat memalukan kepada saya, walaupun dia kekal sebagai Presiden,” katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap tentera Mesir, Kolonel Ahmed Ali, Mursi sedang ditahan di satu lokasi yang dirahsiakan atas alasan ‘keselamatan peribadi’ tapi untuk seorang anak yang kehilangan ayahnya, Osama menganggap jaminan itu seolah-olah tidak bermakna.

“Jangan risaukan keselamatan peribadinya. Tak ada sesiapa, bukan menteri pertahanan atau menteri dalam negeri patut risau tentang keselamatannya,” kata Osama dengan sinis.

Tambahnya, “jika situasi penahanan yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang, Mursi mesti dibebaskan.

"...dan jika ia berdasarkan penahanan yang sah di sisi undang-undang, saya mengalu-alukannya dan mari kita ikut undang-undang.

Ketika ditanya sama ada dia ada menghubungi ayahnya yang di dalam tahanan, Osama berkata, “saya sebahagian daripada revolusi dan saya cukup kuat dari seorang tentera, benarkan saya bercakap dengan ayah saya.

"Tidak. Kita dalam revolusi. Angin baru bagi revolusi 25 Januari...laluan demokrasi kita, kami tidak akan melepaskannya,” katanya.

Revolusi pada 25 Januari 2011 menyebabkan kejatuhan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Ratusan penyokong Muslim Brotherhood kekal di dalam tahanan dan pendakwa raya telah mengeluarkan banyak waran tangkap untuk pimpinan atasan tapi Mursi muda ini memilih untuk bertemu di siang hari, di salah sebuah masjid terkenal di Kaherah.

“Revolusi ini akan berjaya. Revolusi yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan Mubarak akan kekal kuat.

“Ini adalah revolusi keamanan melawan rampasan kuasa tapi revolusi ini akan menjadi lebih penting daripada 25 Januari kerana ia akan turut menghentam akar umbi.”

Sebelum mengakhiri temu bual, Osama memandang ke kamera dan menyampaikan mesej ini buat ayahnya.

“Ayah adalah pemimpin yang sah, ayah adalah pemimpin dan Presiden yang terpilih. Kami sokong sebarang keputusan yang ayah buat walaupun ayah memilih untuk meninggalkan pejabat.

"Keluarga ayah, kami semua bangga dengan ayah. Tuhan merahmati ayah.”


Anak Mursi turun gelanggang di Dataran Rab'ah


Usamah, anak kepada Presiden Dr. Muhammad Mursi berucap di hadapan jutaan penyokong di Dataran Rab’ah, menyatakan bantahan beliau terhadap rampasan kuasa: “Elakkan pertempuran atas nama Revolusi”.

Beliau turut menujukan ucapan kepada ayah beliau Dr Muhammad Mursi dengan berkata:

"Sesungguhnya aku tujukan seruan kepada ayahku, bertahanlah wahai ayahku, teruskanlah langkahmu dan jangan sesekali tunduk dengan mereka yang zalim, dan kami sekeluarga nazarkan dikau kepada kepada tanah air ini, cukup lah Allah bagi kami, dan janganlah terbeban Wahai Ayah terhadap dasar Revolusi kami”

Beliau juga dalam ucapannya di atas pentas Dataran Rab’ah menyeru Pakatan Nasional untuk mempertahankan syar’iyyah, “Aku katakan kepadamu Wahai ayahku, jika kamu dapat mendegarku sekarang, atau Allah pasti akan menyampaikannya kepadamu"

"Seluruh keluarga Mursi berada di dataran, dan aku datang hari ini ke Dataran Rab’ah, bukan untuk berucap atas nama individu atau parti, tapi aku aku berucap atas nama kebenaran, aku mengatakan kepadamu wahai ayah atas nama keluarga Presiden : Pergilah kamu wahai ayahku untuk berperang kerana Tuhanmu maka kami akan berperang bersamamu”.

Beliau menyambung lagi,"Aku berwasiat kepada ayahku dan berkata jika kamu melihat darahku mengalir, ketahuilah bahawa aku di atas jalan kebenaran, dan jika kamu melihatku serasi bersama mereka yang batil, maka ketahuilah bahawa aku bersama kebatilan".

Beliau juga memberi ucapan kepada rakyat Mesir, "Aku mengatakan kepada kamu Wahai rakyat Mesir yang mulia, revolusi ini atas nama Mesir, maka bangkitlah dan sempurnakanlah revolusi ini, maka dengan kehendak Allah dan takdirNya jua."

" Kita berada di pihak yang benar bermula hari ini sehinggalah Allah berkehendak melaksanakan suatu urusan yang harus dilaksanakan".
(nota: iaitu kemenangan kaum muslimin dan kehancuran kaum musyrikin)

Beliau kemudian meneruskan ucapannya kepada Dr. Muhammad Mursi presiden Mesir,"Aku titipkan kepadamu salam wahai ayah, dan aku berikan penghormatan yang mulia kepada seluruh rakyat Mesir, tetaplah atas jalan kamu, dan dengan nama Allah janganlah takut kepada celaan orang yang suka mencela, dan semoga Allah membantu kita memelihara revolusi ini dengan darah-darah kita". - ikhwanonline


KELAB GREENBOC: [VIDEO] Ucapan Osama Mursi: Teruskan Langkahmu Wah...

KELAB GREENBOC: [VIDEO] Ucapan Osama Mursi: Teruskan Langkahmu Wah...: M emakai t-shirt Polo berwarna ungu dan kaca mata hitam Ray Ban, Osama Mursi berjalan menuju ke ruang temu bual dengan tenang dan yakin. “A...

Ibnu Hasyim: David Teo Masuk Islam?

Ibnu Hasyim: David Teo Masuk Islam?: HALAMAN HIBURAN Betul Ke David Teo Masuk Anut Agama Islam? Blog Hiburan Mohdrohaizad.com telah lama mengetahui yang David Teo bel...

Ibnu Hasyim: AS Jangan Angkuh Dengan Kuasa -Nik Aziz

Ibnu Hasyim: AS Jangan Angkuh Dengan Kuasa -Nik Aziz: TINDAKAN Amerika SYARIKAT (AS) dan sekutunya menyokong rampasan kuasa adalah menghina umat Islam Mesir yang telah membuat keputusan mem...