Rabu, 10 Julai 2013

Ibnu Hasyim: Tutup Pintu Rafah, Zalimi Warga Palestin

Ibnu Hasyim: Tutup Pintu Rafah, Zalimi Warga Palestin: MESIR: Hari ini masuk hari kelima pintu di sempadan Rafah ditutup oleh tentera Mesir selepas menjatuhkan Presiden Dr Muhammad Morsi mel...

Ibnu Hasyim: Puasa: Pemangkin Jihad & Perisai Ummah -Dr Harun ...

Ibnu Hasyim: Puasa: Pemangkin Jihad & Perisai Ummah -Dr Harun ...: Oleh Prof Dato' Dr Haron Din SETIAP kali menjelang Ramadan umat Islam seluruhnya akan menunaikan ibadat puasa ke...

Jutaan Penyokong Mursi Solat Tarawikh Di Dataran Rabiatul Adawiyah

 


Di saat kita bergembira menyambut Ramadhan Al-Mubarak, saudara Islam kita di Mesir terus ditindas oleh Tentera negara mereka sendiri yang gilakan kuasa dan mengikut telunjuk Yahudi Zionist Laknatullah.

Mereka kebanyakan pengikut Ikhwan Muslimin terus bersolidariti di seluruh Mesir sehinggalah Dr Morsi dibebaskan dan diangkat kembali sebagai presiden. Kita sebagai Saudara seagama berbanyakkan berdoa untuk saudara kita di sana, semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada Ikhwan dan seluruh Mujahidin seluruh dunia.

Jutaan penyokong Mursi yang tidak berganjak dari Dataran Rabiatul Adawiyah melaksanakan solat terawih dan qiamulail di sana.

Mereka cekal mempertahankan hak mereka menuntut pembebasan Dr Mursi dan mengembalikan kuasa presiden kepada beliau walaupun peristiwa berdarah yang meragut nyawa puluhan penyokong Mursi yang sedang melaksanakan solat subuh masih menghantui fikiran semua penyokong Mursi di seluruh dunia.

Terbaru....Kesatuan Doktor Perubatan Mesir melaporkan jumlah kematian dalam tragedi berdarah "Solat Subuh" pagi kelmarin meningkat 84 orang, dua daripada mereka merupakan anggota kesatuan.

Sementara jumlah kecederaan pula melebihi 1,000 orang dan 7 orang daripada mereka merupakan doktor perubatan, antara mereka Dr.Yahya Musa (jurucakap media Kementerian Kesihatan)

Berikut adalah gambaran suasana sejam yang lalu (sebelum subuh). Para penyokong Dr Mursi qiamullail secara berjemaah di Medan Rabiatul Adawiyah.

TIGA SITUASI YANG MENGERUNKAN ASKAR DI RABA'AH MALAM INI

Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja,Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.

2) "Jabhah Ulamak Al-Azhar", sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Raba'ah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) Dr.Mustafa Mus'ad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP.

Saya yakin ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan "perampas" hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah.. -waksukalu





1 comments:

Anonymous said...
teruskanlah berdoa kpd saudara kita di mesir. mereka kini memerlukan doa agar diberi kekuatan utk menentang musuh - musuh allah (amerika, yahudi laknatullah dan boneka diaorang). teruskan berdoa. semoga kemenangan memihak kpd islam.

Senyumlah, jangan tunjuk muka garang kerana lapar


Hazayani Zakaria, 10 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Umat Islam seharusnya merebut pahala berganda sepanjang Ramadhan dengan meningkatkan amalan bersedekah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, amalan bersedekah sangat dituntut dalam Islam bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Kita harus bersyukur kepada Allah SWT yang memberi kita peluang untuk berada di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Harapan kita Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik.

"Saya menyeru muslimin dan muslimat supaya kita merebut peluang keemasan yang belum pasti kita akan jumpa untuk tahun-tahun seterusnya. Dengan umur yang Allah berikan  kepada kita, kita gunakan sungguh-sungguh. Bulan Ramadhan bulan yang pahalanya berganda terutamanya bagi mereka yang bersedekah ke jalan Allah.

"Kita cuba bersedekah setakat mana kemampuan kita terutamanya kepada umat Islam yang dalam kesudahan sekarang seperti umat Islam di Mesir, Syria dan Palestin," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Bagi yang tidak mempunyai kemampuan untuk bersedekah dengan harta benda, sekecil-kecil amalan turut dikira sebagai sedekah seperti bermuka manis dan mengukirkan senyuman kepada orang lain.

Selain itu katanya, amalan-amalan seperti mendoakan kebaikan seseorang, memperbanyak bacaan Al Quran dan berzikir dapat menggantikan amalan sedekah yang tidak mampu dilakukan.

Apa yang penting katanya, setiap orang harus mempunyai niat untuk memperbaiki mutu amalan pada bulan Ramadhan supaya lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

"Bagi yang tak mampu bersedekah, kena banyakkan amalan. Seringan-ringan sedekah ialah senyuman. Dalam bulan Ramadhan kita pergi ke pejabat jangan tunjuk muka garang dengan kawan sebab lapar. Senyum itu sedekah. Kita senyum kepada sahabat itu sedekah.

"Sedekah juga membersihkan diri untuk melahirkan jiwa yang bersih supaya lahirnya takwa dan takut kepada Allah. Jadi bulan Ramadhan ini dipanggil juga bulan tarbiyah untuk mendidik jiwa insan supaya kembali kepada Allah dengan hati yang suci bersih sebab kita ini hamba Allah, menumpang di bumi Allah, kita dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah," katanya.

7 khasiat kurma yang patut anda tahu


Detik islam, 10 Jul 2013
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Quran sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ (Surah al-Mukminah : ayat 19)

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.“
Sabda Rasulullah SAW.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5 peratus, serat 8.0 peratus manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63 peratus majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4 peratus sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1. Paling cepat diproses dan diserap, sekali gus memberikan tenaga segera.
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.”
Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2.  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu, kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3.  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,” (Surah Maryam : ayat 25)


Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5. Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah RA, “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6. Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7. Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

http://detikislam.blogspot.com

Selasa, 9 Julai 2013

Melatih anak berpuasa


Ustaz Abulfaruq Ayip Syafruddin, 09 Jul 2013
Walaupun para ulama belum mewajibkan anak-anak yang belum mukallaf (baligh) untuk menunaikan puasa, namun, hal ini tidaklah terlepas kewajipan para pendidik dan ibu bapa untuk melatih anak berpuasa. Hal ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membiasakan melatih anak-anak mereka berpuasa. Hal itu tergambar dari hadis Rubayyi’ bintu al-Mu’awwidz radhiyallahu ‘anha.

Perhatian Islam terhadap anak-anak, dalam hal berpuasa ini, ditunjukkan pula melalui pembahasan khusus dalam Kitab Shahih Al-Bukhari. Al-Bukhari menyebutkan secara khusus terkait puasa anak-anak dengan menyebutkan dalam salah satu bab dengan judul ‘Shiyamu Ash-Shibyan’ (Puasa Anak-anak). Kepedulian ini semestinya dapat memberi galakan tersendiri bagi para ibu bapa atau pendidik untuk menggalakkan anak-anaknya berpuasa. Ada beberapa faedah yang boleh diperoleh melalui upaya melatih anak berpuasa. Antaranya :

Pertama, menanamkan pada anak keikhlasan dan merasa diawasi oleh Allah Ta’ala. Puasa akan melatih diri anak untuk jujur terhadap dirinya sendiri.

Kedua, menanamkan sikap sabar dengan keadaan yang menimpanya. Saat berpuasa, sang anak tentu merasakan lapar dan dahaga. Saat seperti itulah dirinya dilatih untuk menahan diri (bersabar) agar tidak berbuka. Puasa menjadikan dirinya untuk bersikap sabar.

Ketiga, menanamkan nilai-nilai kebaikan. Seseorang yang sedang berpuasa dituntut untuk banyak beramal soleh. Mulai dari menjaga lisan untuk tidak berucap yang tidak baik hingga menyempurnakan ibadah lainnya, seperti solat, membaca al-Quran, sedekah dan sebagainya. Keadaan bulan Ramadhan membuka peluang bagi anak-anak untuk mengerjakan amal soleh.

Keempat, menumbuhkan jiwa kesetiakawanan dan kesetaraan.

Kelima, menanamkan jiwa untuk bermurah hati, suka berderma. Sebagaimana dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika bulan Ramadhan, baginda begitu sangat pemurah.

Demikian diantara kebaikan melatih anak berpuasa. Wallahu a’lam.

http://www.salafy.or.id

Niat puasa Ramadhan kerja hati


Ahmad Baei Jaafar, 09 Jul 2013
Niat masih dibincangkan oleh umat Islam meskipun sudah selalu diterangkan oleh tok-tok guru. Barangkali mereka belum pernah dengar, maklum sahaja tok guru itu bercakap di hadapan 100 orang, tetapi 1000 lagi yang tidak dengar. Jadi, persoalan itu terus ditimbulkan.

Sebenarnya, niat yang selalu dibincangkan ialah lafaz niat, sedangkan yang lebih penting ialah niat. Oleh sebab niat tidak dijelaskan dengan cara yang betul, maka timbul pelbagai tanggapan mengenainya. Sepatutnya isu niat tidak sukar untuk difahami kerana niat adalah kerja hati, bukan lidah.

Contoh mudah, seseorang yang keluar rumah untuk sesuatu destinasi, tentu sewaktu melangkah keluar itu dia telah berniat untuk ke satu tujuan. Bukan dia melangkah keluar mengikut gerak kaki, lalu penat berhenti, dan berjalan tanpa tujuan. Kalau dia keluar tanpa tujuan tentulah tiada niat khusus, maka kerjanya sia-sia.

Baiklah, jika dia berniat untuk pejabat sebagai contoh, adakah dia melafazkan sesuatu atau terus melangkah. Ya, kalau dia melafazkan dengan lidah untuk keluar ke pejabat, mungkin dia menyatakan demikian kepada isterinya atau temannya. Tetapi niat di dalam hatinya tidak siapa yang dengar. Allah sahaja yang mendengar malah Dia hanya mahu menerima niat hati hamba-Nya.

Dalam hal ini ulama menyediakan lazat niat adalah hanya sebagai panduan untuk kita berniat, bukanlah lafaz itu yang penting. Jadi, kalau kita baca lafaz niat itu belum lagi diterima, tetapi lafaz itulah yang perlu jelmakan dalam hati. Kalau begitu, niat bukanlah susah kerana tidak perlu lafaz pada lidah, tidak perlu disebut hingga mengganggu orang lain.

Sesuai dengan kedatangan Ramadan, saya contohkan di sini bagaimana kalau kita hendak berniat puasa Ramadan. Menurut Mazhab Syafi’i niat puasa Ramadan perlu dilakukan setiap hari pada malamnya sebelum terbit fajar. Lafaznya seperti yang tercatat dalam kitab ialah:

Ù†َÙˆَÙŠْتُ صَÙˆْÙ…َ غَدٍ عَÙ†ْ Ø´َÙ‡ْرِ رَÙ…َضَانَ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰

Itu lafaz dalam bahasa Arab, lafaz dalam bahasa Melayunya ialah: Aku berniat puasa esok hari dalam bulan Ramadan kerana Allah Taala.

Jadi, niat puasa yang sebenarnya ialah gerak hati seperti yang dilafazkan itu. Tentu niat itu tidak sampai sesaat, bahkan sedetik sahaja.

Berdasarkan itu, kalau seseorang itu bangun untuk bersahur, secara tidak langsung dia sudah berniat untuk berpuasa. Hal ini kerana bersahur hanya berlaku untuk ibadah puasa. Lainlah kalau dia bangun untuk bersolat tahajud, dan dikesempatan itu dia terus bersahur, maka ketika bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Cuma kadang-kadang kita tidak sempat untuk bersahur kerana tak sedar. Untuk mengelak daripada terlupa atau tidak terbangun sahur, ulama mencadangkan kita menggunakan niat sebulan pada malam pertama. Pendapat ini bukan daripada Mazhab Syafi’i tetapi tidak salah kita meminjamnya untuk menyelamatkan keadaan. Lafaznya ialah

Ù†َÙˆَÙŠْتُ صَÙˆْÙ…َ Ø´َÙ‡ْرِ رَÙ…َضَانَ ÙƒُÙ„ِّÙ‡ِ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰

Itu lafaz dalam bahasa Arabnya, dan lafaz dalam bahasa Melayu pula ialah, aku berniat puasa bulan Ramadan seluruhnya kerana Allah Taala.

Jadi, niat yang perlu dijelmakan dalam hati ialah seperti yang dilafazkan. Tidak perlu disebut dan dilafazkan oleh lidah. Mungkin dalam sekelip mata, niat itu sudah bertahta di hati kita. Dan niat ini hanya berlaku sekali pada malam pertama. Adapun pada malam-malam seterusnya niat harian masih diperlukan setiap malam. Dengan cara ini kalau mana-mana malah yang tidak sempat bersahur atau berniat, niat sebulan itu akan diambil kita.

Dengan penjelasan ini diharapkan umat Islam boleh menempuh puasa dengan baik lagi cemerlang. Maka di kesempatan ini saya mengucapkan selamat berpuasa dan melakukan segala ibadah bersangkutan dengan jayanya.
http://baei.blogspot.com/