Khamis, 23 Mei 2013
KELAB GREENBOC: [HOT] Sistem Pilihan Raya Malaysia Dicipta Untuk K...
KELAB GREENBOC: [HOT] Sistem Pilihan Raya Malaysia Dicipta Untuk K...: B arisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun perse...
KELAB GREENBOC: [IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila
KELAB GREENBOC: [IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila: P agi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada...
Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib
Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib
| Roketkini, | 23 Mei 2013 |
BELUM
pun sempat kerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak panas di
Parlimen. Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti
berpatah balik dua bulan ke belakang. Rakyat masih tidak jemu untuk
berdiri, berhujan, bersesak-sesak mendengar pidato pemimpin Pakatan
Rakyat (PR).
Rakyat Malaysia telah bangun daripada tidur panjang. Kesedaran politik yang tersemai, putiknya sudah menjadi bunga. Sebab itu, BN hanya sekadar mampu senyum terpaksa menduduki semula Putrajaya. Mereka sedar bahawa kemenangan tipis mereka kali ini diselamatkan oleh sempadan kawasan pilihan raya dan kesaktian tangan-tangan ghaib.
Merai dan memanfaat jaminan Perlembagaan tetapi…
BN tidak lagi berhadapan dengan PR semata-mata. PR pula tidak akan sekuat sekarang tanpa dokongan pelbagai peringkat lapisan masyarakat berbilang kaum termasuk golongan masyarakat siswa yang baru keluar daripada bungkaman suara mereka.
Mahasiswa sedar, mahasiswa bangkit, mahasiswa yang ditunjangi anak-anak muda sudah tidak kekok untuk turun ke jalan berdemonstrasi menuntut hak mereka. Inilah suasana baru demokrasi di Malaysia. Hak berhimpun secara aman sebaik mungkin dimanfaat seperti yang dijamin Perlembagaan.
Bagaimanapun, suara rakyat, suara anak muda diperlakukan seperti dahulu. Saling tak tumpah seperti zaman Mahathir dan 1001 hikayat Melayunya.
Demokrasi masih pra-matang di Malaysia, transformasi yang diwar-warkan pemerintah BN hanya sekadar transformasi tong sampah. Suara rakyat, suara anak muda terus diperleceh.
Kita tidak perlu hairan mengapa Adam Adli ditahan mengikut Akta Hasutan lantaran beliau bangun melawan tirani kuasa pemerintah BN yang mahu agar demokrasi negara ini berdaulat.
Bermulanya era Aerosmith dan AUKU
Kebangkitan masyarakat siswa dan golongan cerdik pandai bukan perkara baru. Barisan nama seperti Abu Zer, Yunus Ali, Kamarazaman Yacob, Hishamuddin Rais, Anwar Ibrahim dan ramai lagi aktivis mahasiswa sangat sinonim dengan zaman kegemilangan mahasiswa sebaris dengan kemunculan Deep Purple, Led Zeppelin dan Aerosmith.
Arus kebangkitan masyarakat siswa ini juga menyebabkan kerajaan memperkenalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 1971 untuk mengekang pembabitan mahasiswa daripada berpolitik. Bermulalah saat malap bagi dunia akademik dan aktivisme mahasiswa.
“Satu orang pemuda dapat mengubah dunia..” Sukarno
Kita masih ingat lagi kepada sebuah daerah bernama Sidi Bouzid. Adapun pembangunan di Kuala Lumpur ini jauh bezanya dengan pembangunan di sana, jauh juga melangkaui sudut fikir dan budaya. Apapun bezanya, Kuala Lumpur dan Sidi Bouzid tetap dihuni manusia yang punya hati dan perasaan; cita-cita dan wawasan. Sidi Bouzid dan Kuala Lumpur dihuni oleh manusia yang fitrahnya bebas.
Kalaulah Bouazizi tidak dizalimi, kalaulah gerainya tidak disita dan kalaulah beliau tidak dikasari. Maka beliau tidak akan mati. Kematian mahasiswa bernama Bouazizi ini rupanya menghidupkan lagi jutaan Bouazizi yang lain. Kerajaan Tunisia akhirnya tumbang dimakan sumpah rakyatnya yang setia. Bouazizi telah mengubah Tunisia, Bouazizi telah mengubah dunia, Bouazizi telah mencetuskan Arab Spring yang menggugat keangkuhan pemerintah.
Kita mahu aman, damai, undang-undang didaulatkan
Beza Bouazizi dan Adam Adli cuma pada ras dan fizikalnya. Sebagai anak manusia, jiwa kita tetap bebas merdeka. Kita tidak mahu penahanan dan penganiayaan terhadap Adam Adli menjadi titik tolak kepada Malaysia Spring yang dipropagandakan media kawalan pemerintah.
Kita mahu keadilan diberikan terhadapnya dan kita juga ingin agar Perlembagaan Persekutuan dihormati. Keamanan Malaysia harus dijaga dan ini adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat dan pemerintah. Atas nama Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang, Adam Adli wajib dibebaskan.
BN harus akur, BN haru sedar, BN harus tegas; Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan ini juga yang menjamin hak warganya untuk bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman. Ini adalah hak asasi kita sebagai rakyat yang sering dipandang mudah pemerintah BN.
Pemerintah harus bermuhasabah, kembali bertaut pada Perlembagaan yang menjamin kebebasan dan hak asasi rakyat. Ini adalah perkara paling pokok dan perlu menjadi keutamaan yang perlu dipelihara sebaik mungkin melampaui batas agama, bangsa mahu pun ideologi politik.
BN Sabah hilang majoriti 2/3 jika ‘1 orang, 1 undi’
BN Sabah hilang majoriti 2/3 jika ‘1 orang, 1 undi’
| Harakahdaily, | 23 Mei 2013 |
KOTA KINABALU:
Barisan Nasional sudah tentu hilang majoriti dua pertiga di dalam Dewan
Undangan Negeri Sabah pada PRU13 baru-baru ini sekiranya benar-benar
wujud sistem ‘satu orang, satu undi, satu nilai’.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata dengan 55.78 peratus daripada jumlah undi keseluruhan untuk 60 kerusi Dun Sabah, iaitu 427,890 undi, BN sepatutnya hanya berjaya mendapat 34 kerusi Dun bukan 48 kerusi, iaitu 80% kerusi Dun.
Katanya, ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS yang bertanding di kesemua 60 kerusi Dun mendapat 248,185 undi atau 32.36% daripada jumlah undi keseluruhan, dan sepatutnya memenangi 20 kerusi bukannya 11, iaitu 18.33% daripada 60 kerusi.
Menurutnya, Star yang meletakkan 47 calon Dun, memenangi satu kerusi, dengan 5.63% daripada jumlah undi keseluruhan sementara SAPP bertanding di 41 kerusi mendapat 28,305 undi atau 3.69% daripada jumlah undi keseluruhan, tidak memenangi sebarang kerusi.
Beliau berkata, sekalipun oposisi yang kuat dan bersemangat sudah dipulihkan di Dun Sabah selepas dua dekad ketiadaannya, dengan 11 Adun Pakatan Rakyat iaitu 4 daripada DAP dan PKR (7) dan satu dari Star, pilihan raya umum pada 5 Mei merupakan pengajaran berharga buat oposisi di Sabah, yakni BN sudah tentu kalah lagi empat kerusi parlimen dan lapan kerusi Dun jika tidak kerana undi pecah di kalangan calon oposisi.
Empat kawasan Parlimen itu, katanya adalah Keningau, Kota Marudu, Pensiangan dan Tenon sementara lapan kerusi Dewan Undangan Negeri adalah Elopura, Melalap, Kundasang, Liawan, Paginatan, Kiulu, Nabawan dan Tambunan.
“Pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat sedang menganalisa keputusan pilihan raya umum Sabah untuk merangka pelan tindakan bagi memulakan kempen susulan bagi memenangi hati majoriti rakyat Sabah, kerana pilihan raya seterusnya akan menjadi dua perjuangan untuk ‘Ubah – di Putrajaya’ dan juga kerajaan negeri Sabah,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluakan di sini, hari ini.
Rabu, 22 Mei 2013
KELAB GREENBOC: Kerajaan Minoriti BN Tidak Akan Bertahan Lama
KELAB GREENBOC: Kerajaan Minoriti BN Tidak Akan Bertahan Lama: A pa yang hendak dihairankan jika ramai rakyat samada melalui parti-parti pembangkang atau NGO-NGO atau orang persaorangan mempersoalkan hal...
'GST akan beban setiap rakyat M'sia RM1,000 setahun'
| 2:50PM Mei 22 2013 |
Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, BN akan meraih keuntungan yang besar manakala rakyat yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, akan rugi besar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakankan baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST 7 peratus.
Lim berkata, cukai GST pada kadar 7 peratus itu akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual.
Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan tersebut kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mampan.
Lagipun, tambahnya, keluarga Malaysia membayar 50 peratus daripada pendapatan untuk membayar balik hutang dan tidak sepatutnya dibeban lagi.
"Pakatan akan lawan cadangan cukai GST 7 peratus ini di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan dengan undi popular 47 pertas sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ini ke atas majoriti rakyat.
Bingkisan tarbiyah Syeikh al-Bahi al-Khauly
| Abdul Mu’izz bin Muhammad, | 22 Mei 2013 |
1. Membina individu yang beridentiti Islam.
2. Menegakkan hukum Islam di seluruh pelusuk benua.
3. Menyatukan kuasa politik bagi umat Islam.
4. Mengembalikan sistem khilafah bagi umat Islam.
5. Memastikan syariat Allah dilestarikan di seluruh dunia.
Itulah tugas yang maha berat bagi pendakwah. Namun terkadang wujud kekeliruan istilah antara pendakwah dan penceramah. Seorang tokoh tarbiyyah Ikhwan Muslimin, Syeikh al-Bahi al-Khauly telah menegaskan tentang perbezaan dua gelaran tersebut di awal karya beliau yang berjudul – Tazkirah ad Du’at:
“Sesungguhnya pendakwah tidak sama seperti penceramah. Jika penceramah, tugasnya hanya berceramah. Manakala pendakwah, individu yang optimis dengan pemikirannya. Tugasnya menyampaikan risalah dakwah dengan penulisan, ucapan, perbualan biasa, segala kerja yang dibuat serta segala apa medium yang dirasakan bermanfaat untuk dakwah.”
Penceramah hanya akan beraksi apabila diberi peluang di pentas ceramah. Populariti dan pengikut merupakan bonus baginya. Yang disebut belum tentu menggambarkan hakikat keadaannya yang sebenar.
Sebaliknya aksi pendakwah tidak terhad. Mana-mana peluang yang sempat dicapai akan digunakan dengan sebaiknya untuk menyampaikan risalah Islam. Mereka sangat takut dengan sanjungan, bimbang populariti tersebut akan memesongkan misi dakwahnya. Apa yang disebut, itulah yang terbit dari hatinya. Kesungguhan dan kejujuran pendakwah tiada tandingan. Kesungguhan tersebut pernah ditatah dari kisah Imam Hasan al Banna berdakwah sambil bersosial di kedai kopi. Usaha tersebut berterusan sehingga melewati pintu arena panggung.
Banyak lagi sifat bagi pendakwah yang disebutkan oleh Syeikh al-Bahi al-Khauly. Jika diamati kriteria yang telah tersenarai di dalam buku tersebut, sehingga membuatkan penulis amat malu untuk mengaku bahawa diri ini sebagai pendakwah.
Kerap kali kita mencari idea bombastik dan rumit yang mengujakan untuk disampaikan kepada sasaran dakwah. Moga-moga dengan isi dan gaya penyampaian yang mengujakan itu mampu memukau pendengar-pendengar. Kesungguhan tersebut jika tidak dikawal boleh mengakibatkan kita terlupa bahawa kita belum pun melaksanakan apa yang diucapkan. Terkadang kita menganggap bahawa dakwah seperti menyediakan pentas persembahan yang membenarkan kita melakonkan pelbagai gaya tanpa pantauan amanah terhadap agama dan diri sendiri.
Itulah beza antara pendakwah dan penceramah. Penceramah bebas mengucapkan 1001 mutiara kata walaupun amalan dirinya jauh menyimpang dari apa yang diucapnya. Manakala bagi pendakwah, mereka perlu memastikan dirinya benar-benar layak untuk menyampaikan sesuatu mesej Islami merujuk kepada tanggungjawab dirinya sebagai hamba Allah. Firman Allah Taala:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al Kitab. Tidakkah kamu berakal.” (Surah al-Baqarah : ayat 44)
“Amat besar kemurkaan Allah apabila kamu berkata perkara yang kamu tidak buat.” (Surah as- Saff : ayat 3)
Mesej dakwah yang membekas adalah apabila ia keluar daripada individu yang bercakap melalui hatinya. Hanya hati yang jujur dengan misi dakwah, layak mengetuk hati orang lain. Itulah resepi kejayaan tokoh-tokoh pendidik umat mengetuk hati-hati manusia agar menerima kebenaran.
Syeikh al-Bahi al-Khauly turut menegaskan, “Apa yang penting hubungan antara jurudakwah dan sasaran dakwah adalah dengan roh mereka. Bukan dengan seni bicara dan kelancaran tutur kata.”
Bagi pendakwah, cukuplah jika diberi peluang berkata dari lubuk hatinya tentang kebenaran. Walaupun isinya versi ulangan atau tidak dilihat begitu ‘akademik’, ia dirasakan mencukupi sesedap rasa dengan apa yang perlu diterima oleh sasaran dakwah.
Oleh itu, Syeikh al-Bahi berterus-terang mengungkapkan, “Saya tidak kesal jika karya ini tidak disajikan dengan tutur kata yang indah berseni. Bahkan saya sangat redha dengan cara tersebut. Bukanlah karya ini ditujukan kepada penceramah-penceramah atau mereka yang ingin belajar seni pidato. Sebaliknya karya ini dedikasi kepada para pendakwah yang jujur menyeru manusia kembali kepada Allah.”
Justeru, tidak hairanlah sejarah Para Sahabat terdahulu hanya membaca beberapa potong ayat al-Quran dan tidak akan menyambung bacaannya melainkan mesej di dalam ayat tersebut telah dilaksanakan. Mereka sangat memelihara akhlak ‘cakap serupa bikin’. Sehingga ada riwayat yang dinaqalkan daripada Ibnu Umar bahawa ayahnya, Umar al-Khattab RA mendalami dan mengamalkan Surah al-Baqarah selama 12 tahun.
Berikutan itu, Umar kerap bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai RasulAllah, adakah kehidupanku telah mencerminkan surah al-Baqarah, jika belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya”.
Begitu jugalah yang berlaku kepada Ibn Umar, beliau turut berusaha menjadi seorang yang faqih (faham) setiap petikan ayat di dalam Surah al-Baqarah selama 8 tahun.
Terdapat hadis riwayat Imam Bukhari yang menceritakan perihal penceramah yang ‘cakap tidak serupa bikin’, mafhumnya, “Dicampak seseorang ke dalam api neraka pada hari kiamat. Maka dia diikat seperti ikatan keldai. Dia berpusing-pusing seperti keldai mengikut arah ikatan tersebut. Lantas ahli neraka yang lain mengerumuninya lalu bertanya: Mengapa kamu jadi begini? Bukankah dahulu kamu yang menyeru kami perkara kebaikan dan melarang kami dari perkara kemungkaran? Lalu dijawab: Memang aku yang menyeru kalian agar berbuat perkara kebaikan tapi aku tidak melaksanakannya, dan aku melarang kalian dari melakukan perkara kemungkaran tapi aku yang melaksanakannya.”
Berdasarkan pengamatan penulis tentang buku - Tazkirah ad Du’at - penulis boleh menyimpulkan bahawa Syeikh al-Bahi sedikit kecewa dengan keghairahan sesetengah golongan yang bersungguh ingin menjadi penceramah sehingga lupa matlamat asal, iaitu tanggungjawab menyeru ke jalan Allah. Mereka yang menggalas tanggungjawab sebagai penceramah hendaklah benar-benar memfokuskan penglibatannya sebagai peluang untuknya menyeru kepada Islam, bukannya menagih populariti agar ia tidak dilihat sebagai pencemaran terhadap kemuliaan dakwah Islamiyyah.
Yang ingin disampaikan di sini adalah agar kita semua menjadi pendakwah yang terarah meneruskan perjuangan Baginda Nabi SAW. Jalan dakwah Baginda bukanlah jalan yang mudah, jalan yang dihemburkan dengan bunga-bunga pujian, jalan yang dibentangkan dengan permaidani merah, tetapi jalan Baginda penuh dengan liku dan tarbiyah dari Allah Taala.
http://www.tarbawi.my
Langgan:
Catatan (Atom)