Selasa, 8 Januari 2013

Makanan ikan tidak halal?

Makanan ikan tidak halal?

Pengguna Islam,
Saya adalah penternak dan pembekal benih ikan komersial. Di samping itu juga, saya menjual makanan ikan kepada penternak-penternak ikan.

Ternakan ikan komersial seperti tilapia merah, tilapia hitam, keli dan patin adalah ternakan ikan yang sinonim di Malaysia ini.

Begitu juga dengan ternakan ikan air masin seperti siakap, dan kerapu memang menjadi sumber pendapatan penternak di Malaysia.

Pelbagai bangsa menternak ikan samada dalam sangkar terapung seperti di Temerloh, mahupun dalam kolam tanah atau simen konkrit.

Penternakan ikan komersial memang telah lama dijalankan oleh penduduk di Malaysia ini untuk menyara hidup. Begitu juga dengan wujudnya makanan ikan jenis pellet di Malaysia.

Rata-rata makanan ikan yang digunakan ini adalah dari pengeluar antarabangsa seperti Thailand dan US.

Mereka telah lama berada di pasaran Malaysia dan mempunyai kilang pemprosesan di Malaysia. Terdapat juga pengeluar tempatan yang rata-rata bukan beragama Islam.

Apa yang merisaukan saya ialah adakah makanan-makanan ikan ini bebas dari unsur-unsur haram?

Saya ada terbaca di internet tentang bahan-bahan yang haram digunakan untuk mempercepatkan proses tumbesaran ikan seperti penggunaan hormon pembesaran.
Hormon yang digunakan dikhuatiri boleh menyebabkan kanser dan boleh merosakkan sistem tubuh badan dalam jangka masa panjang generasi ke generasi.

Selain itu penggunaan bahan-bahan seperti najis seperti darah dan tulang khinzir juga digunakan sebagai sumber protein dan kalsium dalam makanan ikan.
Bukankah hukumnya haram menggunakan unsur darah dalam diet ternakan kerana pengguna ikan adalah di kalangan pengguna Islam.

Walaupun darah lembu yang disembelih, darah itu tetap najis dijadikan sumber makanan. Bloodmeal atau tepung darah yang digunakan dikhuatiri darah khinzir yang harganya lebih murah jika dibandingkan dengan fishmeal atau tepung ikan.

Kini dilihat ada beberapa produk makanan ikan yang diimport masuk ke Malaysia dari Taiwan, Thailand, Indonesia yang seperti tiada sekatan boleh dibawa masuk dan digunapakai oleh pengguna beragama Islam.

Dimanakah letaknya tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan JAKIM dalam menangani isu halal dan haram ini?

Saya sebagai umah Islam di Malaysia yang menggunakan makanan ikan untuk ternakan ikan rasa terpanggil untuk menyetakan rasa tidak puas hati kerana tiada makanan ikan yang diyakini kesuciannya.

Diharap Kementerian lebih menitikberatkan isu halal haram dalam pertanian dan perternakan di Malaysia. Ramai pengguna tidak tahu tentang penggunaan hormon, darah dan tulang khinzir dalam bahan-bahan membuat makanan ikan dan lain-lain makanan ternakan. Mereka tidak didedahkan dengan masalah yang telah lama berlaku ini.
Diharap tuan pengarang boleh membentangkan isu makanan ternakan ini kerana ramai pengguna kita adalah umat Islam.


PENGGUNA ISLAM

Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat

Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat

http://milosuam.blogspot.com, 08 Jan 2013
AKHBAR milik Umno, Utusan Malaysia dalam portal rasminya ada menyiarkan kisah sedih lagi menyayat hati tentang nasib salah seorang daripada lebih 30,000 rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa Jepun namun sehingga kini tidak mendapat pampasan mahupun sebarang pembelaan ~ Kisah Pak Embong.



Pak Embong sama seperti puluhan ribu bekas buruh paksa yang dikerah oleh tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua.

Mereka sangat-sangat mengharapkan wang pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk membela nasib mereka yang kebanyakannya hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.

Memang benar, kerajaan Jepun telah memberikan duit pampasan untuk buruh paksa ini melalui satu perjanjian pada tahun 1967. Namun sebenarnya duit pampasan yang diberikan oleh Jepun sudah digunakan (sebut dirembat) untuk membina Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).



Difahamkan tiada sesen pun wang pampasan yang telah dibayar oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia diserahkan kepada buruh-buruh paksa ini. Semuanya sudah diambil oleh kerajaan untuk menubuhkan syarikat perkapalan negara.

Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000 rakyat negara ini dikerah tenaga mereka dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk menjayakan impian besar negara matahari terbit Jepun meluaskan empayarnya.

Namun hanya 30,000 orang dilaporkan berjaya kembali ke tanah air membawa bersama keperitan dan kesengsaraan yang cukup sukar untuk diungkap serta menjadi kenangan pahit sepanjang hayat.

Walaupun usaha menjejaki mangsa-mangsa berkenaan menemui jalan buntu ekoran ramai daripada mereka sudah meninggal dunia, namun kisah kekejaman tentera Jepun ke atas mereka masih segar di kalangan waris-waris.

ReJaM© "Berhentilah berharap kerana wang kamu sudah kena rembat... "


Peringatan Penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)

Bekas buruh paksa akan turut hadir bersama sejuta rakyat Malaysia!
Bapak segala Himpunan, Bapak Segala Bantahan!

Isnin, 7 Januari 2013

Kesilapan jumlah undi DAP tidak libatkan wang rakyat

Kesilapan jumlah undi DAP tidak libatkan wang rakyat

Aspan Alias, 07 Jan 2013
Saya mengambil sedikit masa untuk memberikan komen tentang isu yang dipanaskan oleh pihak UMNO dan pemimpinnya, iaitu isu kesilapan DAP membuat perkiraan tentang penjumlahan undi dalam konvensyen DAP 15 Disember lepas. Saya mengambil masa untuk memberikan komen sebab saya terlalu asyik membaca komen dari pimpinan UMNO yang menggunakan isu itu untuk melarikan pandangan ramai dari isu-isu besar yang mereka (UMNO) hadapi sekarang.


Dengan mengalihkan pandangan terhadap apa yang berlaku di dalam parti itu UMNO berpendapat ia akan mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka kerana isu mereka sendiri terlalu besar dan tidak terjawab oleh mereka (UMNO).  DAP telah mengambil ‘accountability’ dan mengakui kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan keadaan secara terbuka dan transparent tanpa rasa takut.

Bagi saya tidak ada apa yang perlu disebut tentang kesilapan penjumlahan itu kerana ia telah diperbetulkan dan kita berhenti menyebut di situ. Tetapi yang terpenting sekarang ialah bagi UMNO menyelesaikan masalah mereka sendiri. Masalah mereka masalah dengan orang ramai. UMNO telah melakukan kesalahan kepada rakyat dengan terlalu banyak isu yang berbangkit. Ia melibatkan masa depan rakyat yang ramai. Ia melibatkan rompakan besar-besaran segala harta rakyat melalui kementerian-kementerian serta jabatan-jabatan yang bersangkutan dengan rakyat.

Apa yang berlaku di dalam DAP bukannya melibatkan wang ringgit rakyat. Ia bukannya melibatkan jumlah wang rakyat yang beratus billion yang diselewengkan oleh DAP seperti yang dilakukan oleh mereka dalam BN, dan UMNO khususnya. UMNO mesti berikan jawapan bagaimana wang sejumlah RM250 juta yang diberikan untuk NFC. Selesaikan dan beritahu rakyat bagaimana kerajaan boleh ambil kembali wang sebesar itu yang telah disalahgunakan oleh syarikat yang berkepentingan kepada keluarga Shahrizat Jalil.

UMNO wajar memberitahu bagaimana sejumlah wang yang begitu besar telah diambil sebagai komisyen dalam pembelian Scorpene dari Perancis itu. Selesaikan bagaimana isu RM40 juta yang berkaitan dengan Musa Aman dari Sabah. Bagaimana dengan isu yang membabitkan Deepak dan Raja Ropiah yang melibatkan ratusan juta ringgit dan bagaimana Kementerian Pertahanan terlibat dengan skandal yang se begitu besar.

Beritahu rakyat kenapa semua pemimpin UMNO terutamanya dalam Kabinet selalu terlibat dengan penyelewengan harta rakyat. Setiap isu yang timbul mesti melibat penggunaan wang rakyat yang ratusan juta ringgit jumlahnya. Kenapa di dalam UMNO mereka bergaduh sesama sendiri dan semuanya pergaduhan itu melibatkan rompakan terhadap harta rakyat?

Kenapa mereka tidak bergaduh kerana mencari jalan untuk membina rakyat sebaliknya mereka bergaduh kerana wang ringgit dan harta rakyat?

UMNO tidak payah menyibuk dengan kesilapan penjumlahan undi dalam konvensyen DAP itu. Kesilapan itu tidak melibatkan wang rakyat walaupun satu sen. Kalau mereka dalam DAP berselisih faham di antara satu dengan lain pun ia tidak melibatkan rompakan wang rakyat.

Kepada pemimpin UMNO terutamanya mereka yang besar-besar pangkatnya itu, jangan sibuk dengan apa yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri. Kita bukan tidak nampak apa yang sedang berlaku dalam UMNO itu.

Mereka (UMNO) itu akan mula berpecah dengan lebih besar sejurus nama calon diumumkan nanti. Selesaikan masalah anda sendiri kerana masalah anda dalam UMNO itu melibatkan harta benda rakyat. Jika boleh carilah jalan untuk mengembalikan wang rakyat kepada Perbendaharaan Negara.

Cari jalan bagaimana hendak memulangkannya kembali kepada rakyat. Apa yang berlaku di dalam DAP, usah di sibukkan. Masalah anda di dalam UMNO itu terlalu serius dan jika anda semua masih memberikan masa untuk menyibuk tentang DAP, ia menunjukkan yang UMNO tidak serius untuk memperbaiki diri sendiri.

Jika itu sikap mereka tunggu sahaja lah pilihanraya nanti. Saya ingin juga melihat bagaimana setengah pimpinan UMNO begitu berkeyakinan yang UMNO serta BN akan mendapat 2/3 sokongan dalam PRU ini.

Saya pun hendak juga tahu bagaimana mereka mengira. Dr Mahathir dulu telah membuat dasar pelajaran yang berbeza dan salah satu dari yang diperkenalkan ialah 3M…..membaca, menulis dan mengira.

Itulah sebabnya saya pun sudah tahu sedikit-sebanyak mengira, dan membaca dan boleh menulis sedikit sebanyak. Hasilnya dalam perkiraan saya UMNO akan kalah lebih banyak kerusi dan MCA akan kalah hampir kesemua kerusi yang mereka sandang sekarang.

Selain dari itu jika dulu Sabah hanya mempunyai satu kerusi pembangkang, kali ini angka itu akan bertambah lagi dalam pilihanraya kali ini. Begitu juga di Sarawak. Dari dua kerusi pembangkang sekarang kekalahan beberapa kerusi dalam pilihanraya kali ini akan membuatkan kedua-dua negeri Melaysia Timur itu tidak lagi menjadi ‘fixed Deposit’ bagi BN. Kepada siapa yang masih keliru tentang 3M anjuran Mahathir dahulu, elok ulang kaji kembali terutama sekali dalam cara mengira dengan betul.

Tetapi itu tidak perlu dibahaskan. Hanya sebagai penutupnya anda di dalam UMNO itu gunakan sepenuh masa untuk memperbaiki diri anda sendiri. Jika boleh mulakan perubahan anda semua dengan bersama-sama berhimpun bersama Pakatan Rakyat pada 12hb yang akan datang ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Ahad, 6 Januari 2013

Ibnu Hasyim: Konsert Ambang 2013, Apa Faedah Untuk Islam?

Ibnu Hasyim: Konsert Ambang 2013, Apa Faedah Untuk Islam?: HAMPIR 500,000 pengunjung membanjiri Konsert Ambang 2013 yang menampilkan artis seperti Mizz Nina, Jamal Abdillah dan Ramli Sarip.  H...

Ibnu Hasyim: Kawat Gigi Palsu,Trend Fesyen Remaja A/Tenggara.

Ibnu Hasyim: Kawat Gigi Palsu,Trend Fesyen Remaja A/Tenggara.: BAGI remaja di negara Barat, menggunakan kawat gigi adalah hal yang memalukan. Kawat gigi digunakan untuk membetulkan posisi gigi ya...

Ibnu Hasyim: Cerita Saksi Bersama Mangsa Rogol Dlm Bas

Ibnu Hasyim: Cerita Saksi Bersama Mangsa Rogol Dlm Bas: O RANG ramai berhimpun untuk meratapi kematian mangsa rogol berusia 23 tahun di New Delhi, India semalam.   Teman lelaki buka mulut NEW...

Ibnu Hasyim: Amanat A/Hadi: 'Saya Tetap Dg Pendirian Saya'

Ibnu Hasyim: Amanat A/Hadi: 'Saya Tetap Dg Pendirian Saya': KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menar...