Rabu, 2 Januari 2013
Muhyiddin kudeta kuasa Najib?
Muhyiddin kudeta kuasa Najib?
| Mohd Sayuti Omar, | 02 Jan 2013 |
RENCAH FIKIR
Menjelang 1 Januari 2013 dengan rasminya Muhyiddin Yassin mengambil alih (kudeta) 'kekuasan' dalam Umno daripada Najib Razak tanpa menukar status jawatan. Ramai yang tidak terperasan transisi secara senyap ini. Malahan di dalam Umno sendiri ramai yang tidak tahu mungkin menafikan kalau diberitakan hal ini. Mereka mengira ketiadaan Najib dalam negara sejak 30 Disember ialah rutin biasa kerana bercuti di luar negeri.
Orang
Umno apa lagi di peringkat bawahan begitu naif untuk membaca gerak dan
gelombang dalam parti itu. Sebab itulah mereka mudah untuk diperdayakan
oleh pemimpin mereka. Bagi tahu apa saja mereka akan percaya dan tidak
terliur untuk 'mengogeh-ogehkan' apa saja diberi tahu. Kalau dikatakan
ahli Umno taksub sampai peringkat hujung kasut mereka marah.Selain itu mereka yang menyayangi Najib cuba membuat penjelasan pemergian Najib ke luar negara di akhir tahun adalah kebiasaan, untuk berihat atau release tension. Lagi pun kebetulan beliau ada misi perdagangan dalam mencari pelabur untuk membahkan pendapatan negara. Indeks perdagangan negara perlu dinaikkan untuk memberi tahu rakyat Najib layak dan ada wibawa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. Najib kena lakukan dan membukti dia hebat dari Anwar Ibrahim kalau tidak dia akan ditolak oleh rakyat.
Setiap kali Najib ke luar negara dan menanda tangani MoU maka akan dihebohkan kononnya pelabur asing meningkat di negera ini. Kalau dihimpunkan jumlah atau nilai pelaburan asing ke negara ini yang dikatakan Najib rasanya negara sudah kelebihan modal dan rizab negara pun sudah lebih dari mencukupi. Anehnya kenapa pula negara memiliki hutang sebanyak RM476.68 billion?
Najib dikesan berada di luar negara pada hari 28 Disember, beliau sempat hadir menziarahi body Lim Keng Yaik. Sampai hari ini Najib masih lagi belum menampakkan kelibat batang hidung. Sebelum asap pembakaran body Keng Yaik habis berarak ke udara Najib dan isterinya sudah menghilang.
Ada juga desas desus mengatakan Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan Umno di London. Mereka terdiri dari pengerusi perhubungan Umno. Antara yang ke sana ialah Noh Omar, Mustapa Mohamed, Zambry Abdul Kadir dan yang lain-lain. Pertemuan itu kononnya untuk finalis calon-calon Umno. Kok ya pun kenapa sampai ke London tidak bolehkah difinaliskan di dalam negara. Apakah masalahnya?
Biasanya kalau sesuatu bekalan atau bungkusan sylit itu dibawa jauh ke tempat asing besarlah masalah atau pun wap busuk yang ada dalam bungkusan itu pasti memeritkan hidung banyak pihak.
Pun begitu pertemuan itu tidak menjadi isu kerana ia ditenggelami dengan apa yang berlaku di dalam negara. Pemerhati sendiri tidak begitu terfokus kepada Najib tetapi lebih melihat apa yang berlaku dalam negara (Umno). Pemerhati sedang melihat gelagat dan juga tindak tanduk Muhyiddin memenuhi beberapa slog kenegaraan sementera Najib pulang.
Kemunculan Muhyiddin bersama isterinya, Noraini Abdul Rahman di malam mengira detik 12 malam memberi konotasi tersendiri. Tidak sepatutnya Najib masih berehat di luar negara atau shoping mega hujung tahun dengan Rosmah Mansor. Apakah shopping mega itu untuk menghabiskan wang yang diterima Rosmah dari pelbagai sumber komisen? Detik 12 malam tidak penting, namun sebagai PM Najib harus bersama rakyat mengobarkan semangat dan menggelombangkan aspirasi tahun baru.
Najib seharusnya mengepalai menanamkan azam untuk tahun 2013. Walaupun ada perutusan rasmi ia tidak mencukupi kerana rakyat mahukan sentuhan langsung. (Katanya perutusan Najib dipotong 15 minit dari time asal).
Atau apakah Najib sudah dapat merasai bahawa rakyat terutamanya generasi muda tidak begitu mengkaguminya jadi kehadirannya tidak dinanti. Mungkin Najib ingin mengelakkan malu sekali lagi seperti berlaku pada tahun lepas. Countdown detik 12 malam tahun baru yang dihadiri Najib tidak berapa ramai berbanding dengan majlis sama yang dihostkan oleh Azhar Idrus di Shah Alam. Jadi untuk tidak berulang aib itu lebih baik dia tidak bersama detik 12 malam untuk dia tidak dibandingkan sekali dengan Azhar Idrus.
Ketiadaan Najib dan diganti dengan Muhyiddin itu katanya ada sangkut paut dengan perkembangan terbaru di dalam Umno. Laporan terbaru mengenai prestasi UBN dan Najib tidak memihak kepada Najib. Najib yang sebelum ini dilaporkan oleh berbagai pusat penyelidikan yang menjadi pak angguk kepada Umno, memberi nilai dan graf tinggi kepada Najib.
Peratus popularitinya meningkat dari bulan ke bulan, kononnya jauh meninggalkan populariti bakal PM Anwar Ibrahim. Tetapi laporan lain yang boleh dipercayai pula mendapati populariti Najib menurun di bawah 50%. Satu laporan kajian disediakan sebuah Pusat Pengajian Tinggi baru-baru ini katanya palsu dan ia dibuat untuk mempengaruhi pemikiran umum serta menyedapkan hati Najib saja. Najib sendiri tahu akan kebenaran dan result kajian itu. Ada cerita mengatakan pengarah kajian itu kena sepak oleh pegawai Najib.
Penampilan Najib di perhimpunan agung Umno yang tidak begitu memberangsangkan turut memberi kesan kepada UBN. Antara punca utama ialah tiada apa-apa pembaharuan dan lonjakan semangat dilakukan Najib dalam perhimpunan agung Umno lalu. Najib dilihat gagal untuk membangkitkan semangat orang di luar Dewan Merdeka menerusi perhimpunan berkenaan. Perhimpunan ke 60 itu sendiri lunyah dan lemah tanpa bersemangat.
Tindakan Najib dan beberapa pemimpin lain terus menyerang dan menghina pemimpin Pakatan Rakyat tidak mendapat tindak balas memuaskan dari rakyat. Satu kajian sikap selepas itu mendapat kredibiliti Umno di tangan Najib semakin jatuh dan merendah ke bumi hina. Orang ramai yang mengharapkan menjelamanya politik yang gentleman dan berdasarkan fakta kecewa degan Najib.
Selain itu pendedahan tauke karpet yang baik dengan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan turut memberi kesan buruk kepada Najib. Pendedahan itu menyebabkan rakyat mengenang kembali kepada kejadian yang menimpa jelitawan Altantuya Shaariibuu. Kegagalan Najib untuk menjawab dan menjelaskan menyebabkan rakyat mengesahkan bahawa apa-apa yang didedahkan oleh Deepak.
Najib sendiri terkaku tatkala isu itu didedahkan. Seluruh sendi dan ototnya menjadi lemah gemulai sebaik mendengar pendedahan itu. Orang yang dijadikan pendukung dan hambanya dalam politik, Ahmad Zahid Hamidi yang mula menunjukkan kejantanan beriya untuk menjawab apa yang didedahkan Deepak akhirnya diam membisu. Pembisuan Zahid itu menambahkan kecurigaan orang ramai kepada Najib dan menganggap apa didedahkan Deepak itu benar. Zahid hari ini jadi seperti tak ubah anak burung yang baru tetas yang tergelongsor dari sarangnya yang dibuat atas pokok tinggi. Kepanasan. Dia dikatakan melakukan kesilapan besar bila memberi reaksi terhadap pendedahan Deepak itu. Dalam politik kalau ada reaksi bermakna sesuatu itu ada prima facie.
Atas prestasi dan perkembangan baru itulah menyebabkan ada olak baru di dalam Umno. Ada konsensus kecil dibuat di kalangan tertentu bahawa Najib tidak mampu untuk mengemudikan pilihan raya umum akan datang. Masalah dan isu yang mengelilingi dirinya dan isterinya menjadi liabiliti kepada Umno. Justeru konsesus itu membuat keputusan orang lain hendak diletak di hadapan bagi mengelirukan rakyat bagi tidak menampakkan Umno bermasalah.
Dalam hal ini Muhyiddin telah diberi tugas dan tanggungjawab. Konsesus itu membuat penilaian kalau Muhyiddin duduk di hadapan menyebabkan rakyat tidak akan nampak Rosmah dan Altantuya serta Deepak. Muhyuddin pula setakat ini tidak ada isu-isu peribadi yang boleh menggeletek hati rakyat untuk diketawakan seperti mana rakyat mentertawakan Najib yang cuba menyembunyikan segala macam isu itu.
Dalam pada itu Mahathir Mohamad direstui memainkan peranan besar. Mahathir kini secara tidak langsung menjadi penasihat kepada pengarah pilihan raya BN, yang disandang oleh Muhyiddin secara kudeta dari Najib. Sebab itulah kini Mahathir bergerak ke hulu ke hilir memberi penerangan dan juga arahan. Demi untuk menang Mahathir terpaksa menambah beberapa jenis pil suplimen lagi untuk menjadi kesihatannya tidak terganggu. Katanya Mahathir sendiri mengakui kerjanya untuk memastikan UBN menang kali ini adalah paling kuat berbanding dengan kerja yang sama sebelum ini. "Saya tidak sesungguh hari ini untuk memenangkan BN," katanya.
Beberapa siri pertemuan dengan pimpinan bahagian atau pun entiti Melayu dan NGO yang kononya berjuang membela Melayu dan Umno juga diadakan. Hampir setiap hari program untuk Mahathir diatur. Lihat di media PB siapa yang kerap muncul hari ini, Mahathir atau siapa. Kekerapan Mahathir muncul dan ruang yang diperolehinya di tv lebih tinggi berbanding dengan pemimpin kanan Umno yang lain, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafei Apdal dan lain-lain. Mahathir seakan bertindak menjadi ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri! Hebat.
Mengenai Najib di luar negeri, apakah dia sengaja untuk menguji keupayaan Muhyiddin dan Mahathir? Kalau benar seperti yang dijangkakan itu ia adalah satu kesilapan. Mahathir yang kini dianggap sebagai bomoh tua yang mampu mengubati sakit Umno dan menyihirkan orang Melayu tua dengan mitos dan bidaahnya sudah memperolehi momentum untuk bergerak terus mengatur strategi dan agendanya.
Apa dilakukan Mahathir dan Muhyiddin ialah untuk memastikan Najib tidak mengepalai pilihan raya. Sudah ada agenda di sebalik kerjakuat untuk kemenangan UBN itu adalah untuk menyingkir Najib dari menjadi perdana menteri. Mahathir ada perhitungan lain dalam hal ini, bukan dia begitu rindu sangat Muhyiddin jadi PM, tetapi dia mahu anaknya Mukhriz segera menduduki kerusi timbalan perdana menteri.
Kemenangan UBN bagi Mahathir bukan juga untuk menyelamatkan Najib, Rosmah dan lain-lain tetapi utamanya menyelamatkan dirinya sendiri. Kerana sudah pasti kalau UBN jatuh nasib Mahathir akan jadi seperti Hosni Mubarak atau Saddam Hussein ataupun para diktator lain. Yang terbayang di mata Mahathir kini bukan lembaga anaknya berada di kerusi TPM tetapi jerjak-jerjak besi, tirani.
Sesunggunya ketiadaan Najib sehari dua ini bukan satu kebiasaan tetapi ia perlu dilihat dengan penuh misteri. Ha guana Mat, Mat mana lagi Mat Maslan lah. Fikir Mat... - http://msomelayu.blogspot.com
Selasa, 1 Januari 2013
2013: Fajar untuk Negara Berkebajikan
2013: Fajar untuk Negara Berkebajikan
| Syahir Sulaiman, | 01 Jan 2013 |
Yang benar tidak terikat dengan waktu – Pak Hamka
Tanpa sedar, masa begitu pantas berlalu. Segala hiruk-pikuk 2012 yang ditinggalkan kekal menjadi batas tauladan baik dan buruk dalam kelangsungan rentak hidup yang kian pantas.
Pengundi muda pemangkin kebangkitan
Tahun 2013 bakal menjadi medan penentu kepada golongan muda untuk mencorak peta masa hadapan Malaysia.
Melihat kepada peningkatan pengundi baru dan pengundi muda yang dianggarkan sekitar 50% daripada jumlah pengundi berdaftar kali ini, keputusan penentu PRU13 jelas terletak di tangan pengundi muda di saluran tiga dan saluran empat peti undi yang pastinya teruja untuk memilih pemimpin yang mampu membawa sinar baru di Malaysia.
Cadangan daripada Ketua Penerangan PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, agar SPR mempamerkan pecahan pengundi mengikut usia mahupun jantina sebagai data rasmi yang disalurkan kepada media dan rakyat, amat bertepatan dengan demografi pengundi dan kematangan politik generasi muda yang tidak lagi termakan dengan agenda dan dakyah berbau perkauman.
“Berdasarkan data-data sedemikian, parti parti dan ahli-ahli politik akan berbicara mengenai keperluan masyarakat mengikut usia, dan secara automatik isu-isu yang dibangkitkan akan meliputi semua kaum”, ujar beliau.
Robert Frost (1874-1963) ada mengungkapkan saranan untuk menempa perubahan di dalam syairnya yang popular, The Road Not Taken, “Dua denai yang tersimpang, dan aku.. aku memilih denai yang jarang ditempuhi, dan ia telah mengubah segalanya”.
Agenda mencorak masa depan
Dalam tempoh kritikal ini, kepimpinan pemuda di semua peringkat perlu melaksanakan apa yang disarankan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan, “Kita menyertai PRU-13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan, insyaAllah.
Seluruh Pemuda PAS khususnya yang terlibat di Unit Pengundi Muda di peringkat JPRN, JPRK, JPRD, dan JPRU perlu tangkas bergerak mengikut perancangan dan strategi yang telah disusun.
Medan kita kini adalah untuk menyantuni generasi muda di padang dan gelanggang sukan, pasar malam mahupun uptown, dengan menyusun aktiviti anak muda secara berkala seperti aktiviti futsal, wayang pacak di pasar malam dan kaunter-kaunter semakan daftar pemilih.
Aktiviti kebajikan di semua peringkat perlu dipertingkatkan dengan gerakkerja ziarah dan bantuan kebajikan rakyat secara berterusan sebagai ‘Duta Penyelamat dan Kasih Sayang’ bersama dengan gerakkerja pilihanraya yang dikemudi Jabatan Pilihanraya di semua peringkat.”
Ini adalah selaras dengan ketetapan Halatuju Pemuda PAS untuk sesi 2011/2013 bahawa Pemuda PAS di seluruh peringkat perlu menggerakkan segala sumber yang ada ke arah mencapai 5 halatuju secara kolektif iaitu:
1) Menggerakkan pendaftaran dan menguasai sokongan pengundi muda
2) Mengoptimum penggunaan media baru bagi mendominasi pemikiran rakyat
3) Menampilkan PAS sebagai parti yang
prihatin dan pembela nasib rakyat
4) Membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara
5) Memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan memposisikan PAS sebagai parti teras dalam Pakatan Rakyat.
Pemuda PAS harus sedar bahawa amanah yang terpikul di bahu adalah besar, bukan sekadar untuk memenangi pilihanraya, tetapi turut memikul amanah untuk mencorak kemenangan. Cabaran besar terhadap dayasaing kita pada hari ini bukan lagi bersifat ‘antara-pakatan’ (inter-coalition) tetapi turut bersifat ‘sesama-pakatan’ (intra-coalition).
Cabaran pasca UMNO/BN kelak lebih mencabar sifatnya kerana kita bukan lagi bersaing dengan penguasa diktator yang zalim lagi jelas kemungkarannya, tetapi kita berdepan dengan sahabat politik dan rakan NGO yang sama-sama bersaing dengan dasar yang berbeza bagi mengisi vakum yang bakal ditinggalkan oleh regim UMNO/BN.
Ketika itu, apa yang menjadi faktor penentu terhadap jatuh-bangun PAS dalam memposisi perjuangannya sebagai gerakan tarbiyah, dakwah dan siasah, bergantung kepada kompetensi dan integriti yang dipamerkan oleh kaderkader jamaah dalam mengemukakan corak dan bentuk bernegara yang lebih baik.
Justeru, ia bukan lagi suatu pilihan tetapi merupakan satu kewajipan yang sangat mendesak bagi setiap individu pemuda untuk menyerlahkan kekuatan dan kepakaran masing-masing, sehingga mampu membuktikan kepada rakyat betapa ‘malaikat tidak dikenali’ (the unknown angel) ini benar-benar mampu untuk diberikan amanah mencorak masa depan negara.
Ini adalah suatu kewajipan kolektif dalam merealisasikan secara praktikal agenda ‘Islam sebagai ad-Din’ dalam ruang dan peluang demokrasi di Malaysia.
“Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (As-Saff: 13)
2013, fajar untuk negara berkebajikan, insyaAllah.
*Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM. Beliau mendokong agenda Mencorak Masa Depan berdasarkan gagasan Membangun Negara Berkebajikan.
1 Januari 2013
Ustaz Azhar Idrus
Personaliti Tahun 2012 Ustaz Azhar Idrus
| http://www.utusankini.com/, | 01 Jan 2013 |
PENCERAMAH BEBAS
Ustaz Azhar Idrus adalah personaliti
paling menyerlah pada tahun 2012. Beliau merupakan seorang penceramah
bebas yang paling mendapat sambutan dalam tahun 2012. Cara ceramahnya
yang bersahaja dan mudah difahami serta di selang seli dengan jenaka
telah dapat menarik ribuan golongan muda hadir dalam setiap cermahnya.


Bukan mudah untuk mengumpulkan orang
menghadiri ceramah agama pada masa ini. Tetapi nama Ustaz Azhar Idrus
telah berjaya menarik kehadiran ramai orang dalam mana-mana program
yang dianjurkan. Walaupun ada yang mempersenda dan meremehkan
kehebatanya. Ini adalah lumrah biasa selagi namanya manusia.
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang namanya sahaja Melayu yang
berketurunan Islam.
Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus kerana
berjaya mengubah dirinya dari seorang penyanyi kepada seorang pendakwah
yang berjaya. Semoga tahun 2013 akan lebih berjaya lagi.
Ibnu Hasyim: Haiwan-haiwan Ini Pun Berpuasa..
Ibnu Hasyim: Haiwan-haiwan Ini Pun Berpuasa..: Wanita-wanita dari kaum Badwi.. Unta antara binatang yang berpuasa banyak membantu mereka.. UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG BERPU...
Gerbang 2013 - Nasrudin bin Hassan Ketua DPP Malaysia
Gerbang 2013
| -, | 01 Jan 2013 |
1. Hari demi hari malah detik demi detik sangat berharga dan bernilai buat hidup dan perjuangan suci yang didokong ini. Sementelah Allah swt bersumpah demi masa bahawa manusia umumnya terperangkap dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan juga berpesan dengan kesabaran.
2. Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya dengan 1001 kenangan buat diriku, pula membungakan 1001 keinsafan terhadap kelemahan dan kekurangan dalam menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia dan juga amanah sebagai khalifah Allah di bumi bertuah ini.
3. Segalanya menjadi pelajaran yang sangat berharga dan sukar diperolehi. Saya mengharapkan tahun 2013 ini akan menjadi lebih baik berbanding 2012 yang telah berlalu dengan pahit getir dan suka duka perjuangan bersama rakan - rakan saff kepimpinan dan seluruh warga DPPM [seluruh saff kepimpinan dan anggota pemuda PAS disemua peringkat].
4. Saya mengambil kesempatan sedetik menyambut tahun baru untuk saya dedikasikan ucapan setinggi - tinggi penghargaan buat seluruh saff kepimpinan dan warga DPPM yang begitu cekal meredah tribulasi demi menyahut seruan perjuangan. Sabar menyerap tekanan saban masa dan matang membuat perkiraan tatkala berdepan fitnah. Tanpa saya nafi masih terdapat kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki, namun mereka telah melakukan yang terbaik. Saya bangga memiliki rakan dan sahabat seperjuangan seperti mereka malah mereka jualah sumber inspirasi saya untuk terus sabar dan tabah mengharungi leliku dan selekoh tajam sepanjang saya diamanah memimpin DPPM.
5. Berbekal pengalaman bermutu tinggi yang dipungut dan dikutip sepanjang 360 hari yang lalu, saya berharap DPPM akan bertambah baik. Semangat juang dan kesungguhan jitu dari seluruh saff kepimpinan dan warga DPPM akan membentuk team pejuang yang kental dan mantap sekaligus membantu parti memenangi PRU 13 kelak.
a] Peliharalah hubungan dengan Allah swt dan jangan sekali - kali biarkan ia retak dan putus justeru kemenangan yang diimpi adalah ketentuan muktamad dari Allah swt.
b] Tingkatkan kualiti diri dengan menambah ilmu pengetahuan, koleksi ibadah kepada Allah dan skill kepimpinan yang baik dari masa ke semasa.
c] Laksanakan arahan jamaah dan patuhi segala disiplin yang telah ditetapkan dengan benar dan sabar.
d] Dekati dan santuni masyarakat khasnya anak - anak muda dengan adab dan akhlak Islami yang terpuji.
e] Bina ukhuwwah sesama anggota jamaah. Elakkan berburuk sangka dan membuat tohmahan serta berwaspadalah senantiasa agar jamaah tidak ditembusi fitnah yang merobohkan kekuatan kita.
Salam perjuangan dari saya buat semua pemuda dan saya menyeru semua anak - anak muda di luar sana, jom sokong perjuangan suci ini. Orang Muda Geng Kita !
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)

