Ahad, 23 Disember 2012

Isunya sekarang ni berapa lama Umno BN patut dihukum?

Isunya sekarang ni berapa lama Umno BN patut dihukum?

http://cenangau.blogspot.com, 23 Dis 2012
Walaupun semua isu-isu lampau tu berlaku sebelum tahun 2008, sangat-sangat wajar Pakatan Rakyat membangkitkan isu-isu tu supaya rakyat bukan saja di Selangor tapi juga di Penang dan Kedah supaya rakyat di negeri-negeri tu menghukum Umno BN dihukum lebih lama macam di Kelantan.
Kelmarin Malaysiakini ada melaporkan:
Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya. - Mkini.

Terima kasih untuk Mohd Zin pasai mengaku Umno BN memang perompak hak rakyat. Dan secara tak langsung mengaku rakyat memang patut menghukum Umno atas dosa merompak hak rakyat.

Jadinya rakyat negeri-negeri lain macam Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak jugak patut bersama rakyat Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan menghukum Umno BN di negeri masing-masing.

Pasainya Umno BN di Selangor lebih kurang sama ja macam Umno di negeri-negeri lain, memang jenis merompak duit rakyat.

Takkan kut rakyat di 7 negeri lain tu bangang sangat tak nampak dan tak sedar yang pemimpin Umno BN di negeri depa jugak merompak harta rakyat.

Walaupun semua isu-isu lampau tu berlaku sebelum tahun 2008, sangat-sangat wajar Pakatan Rakyat membangkitkan isu-isu tu supaya rakyat bukan saja di Selangor tapi juga di Penang dan Kedah supaya rakyat di negeri-negeri tu menghukum Umno BN dihukum lebih lama macam di Kelantan.

Dan yang paling cantiknya rakyat perlu menghukum Umno BN bukan setakat di peringkat negeri tetapi jugak di peringkat persekutuan.

Kekayaan milik Dr. Mahathir membuktikan memang pemimpin Umno BN merompak duit rakyat macam bukti kat bawah ni.

Semua pemimpin lain yang berdosa dihukum rakyat tapi Dr. Mahathir belum sempat dihukum



Mulut celupar: Muhyiddin wajar cermin diri

Mulut celupar: Muhyiddin wajar cermin diri

Harakahdaily, 23 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong Umno adalah mungkar.


“DPPNK melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas.

Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu,” kata Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong UMNO adalah mungkar.

Kenyataan Muhyiddin tersebut disiarkan oleh beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan Sinar Harian hari ini 23 Disember 2012.

DPPNK melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas. Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Apa yang patut difahami oleh Muhyiddin ialah kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bermaksud perjuangan UMNO yang berterusan menentang PAS khususnya di Kelantan dan berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan yang jelas melaksanakan dasar-dasar pentadbiran Islam adalah satu perbuatan yang mungkar.

Ini kerana jika PAS diganti dengan UMNO di Kelantan, sudah pasti dasar-dasar mesra syariat yang diperkenalkan di Kelantan akan dirombak semula dan Kelantan akan kembali ditadbir sebagaimana negeri-negeri lain di bawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional.

Ini belum mengambil kira budaya rasuah dan pecah amanah yang sudah mendarah daging di dalam perjuangan UMNO. Justeru, meletakkan parti sebegini sebagai pemerintah adalah merugikan negara dan jelas merupakan perkara mungkar.

DPPNK menyeru Muhyiddin agar bercermin diri terlebih dahulu sebelum melabelkan pihak lain sebagai celupar. DPPNK ingin mengingatkan Muhyiddin keceluparannya sendiri ketika berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Tenang pada 22 Januari 2011 yang memberikan amaran kepada MCA tentang ‘negara Islam yang menjadi matlamat PAS’. Bahkan Muhyddin menyokong tindakan MCA yang memainkan isu negara Islam atas asas ‘untuk mengingatkan masyarakat Cina’. Kenyataannya ini direkodkan sendiri oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan jika Muhyddin lupa, beliau boleh merujuk kepada pautan berikut : (http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=346444)

Untuk lebih jelas, DPPNK menukilkan kembali sebahagian daripada petikan yang terdapat di dalam kenyataan penuh beliau, “Since years ago, PAS has never said it will amend the party constitution, the establishment of an Islamic State is still there..” (Sejak dulu, PAS tidak pernah berkata ia akan meminda perlembagaan parti, cita-cita untuk menubuhkan Negara Islam tetap masih ada..")

Apakah matlamat daripada kenyataan Muhyiddin di hadapan pemimpin MCA ini jika tidak bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang negara Islam? Dalam masa yang sama, Muhyiddin di ucapan pembukaaan Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang lalu melabelkan PAS sebagai ‘Lebai Malang’ kerana kononnya terpaksa menggadaikan prinsip negara Islam. Inilah lidah bercabang yang dimiliki oleh Muhyiddin yang wajib diketahui oleh orang Melayu Islam keseluruhannya. Sifat hipokrit inilah yang menjadi senjata UMNO sekian lama untuk meraih sokongan orang-orang Melayu.

Merujuk kepada kenyataan Al-Mursyidul Am PAS yang menyebut perkataan ‘mungkar’ dan didakwa oleh Muhyddin sebagai fatwa, bagaimana pula dengan kenyataan ulama muktabar UMNO di Kelantan, Abdullah Saamah yang mengeluarkan fatwa bahawa berdosa menyokong PAS? Kenyataan ini disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 21 Februari 2012. Ini belum mengambil kira kenyataan Menteri Besar Terengganu yang melabel PAS sebagai ‘parti ajaran sesat’. Tidakkah ini juga boleh disebut sebagai ‘fatwa’ pemimpin Barisan Nasional?

Justeru, dalam hal ini DPPNK menyeru Muhyddin sekali lagi agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Perlu diingatkan bahawa sejarah politik Malaysia menyaksikan tidak semestinya seorang Timbalan Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri. Cita-cita Muhyiddin barangkali tinggi melangit, tetapi nasib jatuh bangun kerajaan Barisan Nasional masih belum diketahui.

Umno Selangor mengaku rakyat sudah hukum mereka

Umno Selangor mengaku rakyat sudah hukum mereka

Harakahdaily, 23 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Jika isu 24 bidang tanah yang dibeli oleh pimpinan Umno Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak dikeluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.
Demikian tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.

Berikut tulisan beliau.

Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat SELANGOR pada pilihanraya 2008 yang lalu. Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama”.

UMNO begitu ‘defensive’ dalam banyak isu. Malahan isu-isu yang diwujudkan oleh UMNOlah yang menjadi penyebab keadaan negara jadi begini. UMNO yang memerintah sejak merdeka maka segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap UMNO dan komponennya. Bukan begitu?

DAP tidak mengungkit cerita lama. Cerita UMNO ini tidak pernah menjadi tua kerana isunya sama sahaja dari dulu. Isunya ialah isu kegagalan parti itu menjadi parti yang memerintah secara adil dan saksama, parti yang telah menggunakan kuasa yang keterlaluan dan parti yang menjadi penyebab rasuah berlarutan sehingga tidak dapat di kawal lagi. UMNO yang menyebut berulang kali yang DAP itu parti rasis dan UMNO tidak rasis. Tetapi hakikatnya UMNOlah yang memainkan isu rasis yang tidak ada batasannya sehinggakan menuduh bangsa lain sebagai pendatang dan bermacam-macam lagi.

UMNO jugalah yang menjadi parti yang sentiasa menanamkan perasaan takut terhadap bangsa lain dan telah menjadikan orang Melayu itu lesu dan sentiasa mengharap kepada UMNO khususnya kepada kepimpinan mereka. UMNOlah yang tidak mahu Melayu itu bebas berfikir dan membangunakan kejatian pemikiran mereka kerana UMNO mengharapkan ahli-ahlinya menjadi bangsa yang sentiasa mengharap kepada kerajaan dan tidak dari yang lain.

Apa yang lebih menyedihkan lagi UMNOlah yang membantutkan matlamat penyatuan dan hidup bersama secara aman denhgan bangsa-bangsa lain. Sebab UMNO berbuat demikian ialah kerana UMNO mempunyai kepimpinan yang lemah. Seorang pemimpin yang lemah selalunya akan melakukan perpecahan sesama rakyat yang bebrilang kaum agar kaumnya, iaitu Melayu akan sentiasa mengharapkan perlindungan dari partinya, sedangkan mereka tidak ada sebab kenapa mereka mesti takutkan. Akhirnya Melayu menjadi parti yang menyebabkan Melayu itu menjadi bangsa yang penakut dan tidak berani bersaing dalam kehidupan.

Apa yang diperkatakan oleh Mohamad Zain itu adalah perkara yang tidak lama kerana itulah dia isunya dari dulu sehingga sekarang. Isu yang disebutkan tadi adalah isu yang tidak akan menjadi isu lama kerana semuanya itu masih berlaku sekarang ini. Jika isu 24 bidang tanah yang dibeli oleh pimpinan UMNO Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak dikeluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.

Kita tidak boleh mengharapkan sesiapa di dalam UMNO untuk memberitahu rakyat. Sebagai parti yang bertanggungjawab maka tentulah DAP akan memberitahu rakyat supaya ia tidak berulang lagi dilakukan oleh BN. Bukan sahaja DAP, sesiapa juga mesti keluar dan memberi tahu rakyat tentang apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO dahulu kerana mereka (UMNO) tidak boleh lagi kembali berkuasa di Selangor. Jika mereka kembali berkuasa maka budaya itu pasti akan wujud kembali.

Jika UMNO kembali di berikan mandat ia akan tetap di ketuai oleh pemimpin-pemimpin  yang dahulu juga, iaitu yang melakukan kerja-kerja tidak baik itu. UMNO Selangor bukan ada pun pimpinan gantian kerana yang pandai sudah tidak ada lagi dalam UMNO kerana mereka telah disisihkan dari dulu lagi. Mereka kini berada dalam PAS, DAP dan PKR. UMNO Selangor hanya mempunyai pemimpin seperti Noh Omar sahaja. Noh sendiri sedang menghadapi berbagai-bagai isu termasuk isu pembekalan benih padi yang berkaitan dengan salah guna kuasa melibatkan puluhan juta ringgit.puluhan juta ringgit.

Dalam keadaan UMNO menghadapi isu-isu berat pemimpin seperti Noh ini masih menggunakan kuasa di kementeriannya untuk melakukan perkara yang menipu rakyat tani ini. Itu sebabnya saya selalu berkata yang UMNO dan pimpinan mereka sedang menghadapi krisis ketagihan rasuah yang merupakan ketagihan yang lebih merbahaya dari ketagihan dadah. Ketagihan ini menghinggapi keseluruhan kepimpinan UMNO di setiap peringkat.

Siapa lagi yang ada dikalangan UMNO yang menjadi pimpinan gantian bagi menerajui kerajaan Selangor itu? Kalau ada pun tentu lah nama yang baru yang belum tentu baiknya. Ramai juga mereka yang baik-baik dalam UMNO yang pernah diberikan tempat oleh parti duduk di dalam kerajaan.

Tetapi yang baik ini pun akan menjadi tidak baik kerana jika mereka mengekalkan sikap baik mereka, pemimpin seperti ini tidak akan kekal dalam kedudukan mereka. Itu sebabnya ramai yang bersetuju jika kita bersedia untuk bersekongkol dengan mereka yang berbudayakan rasuah itu mereka akan kekal dalam jawatan mereka. Bukan kah ini sudah menjadi ‘attribute’ UMNO yang tegar?

Oleh itu Datuk Seri Mohamad Zain mesti faham DAP atau parti-parti lain dalam PR, mereka bukannya mengungkit perkara lama tetapi perkara itu masih manjadi isu yang sentiasa baru. Datuk Seri Zain mesti terima kenyataan yang UMNO begitu susah untuk kembali berkuasa di Selangor sekarang ini.

Jika Zain sendiri mengaku yang UMNO pernah buat salah dan telah menerima hukumannya kenapa pula bersungut-sungut. Jika mengikut etika dan moral demokrasi sebenarnya UMNO tidak sepatutnya menyertai pilihanraya kali ini.

Sabtu, 22 Disember 2012

Amanat Haji Hadi: Umno terasa pedasnya cili?

Amanat Haji Hadi: Umno terasa pedasnya cili?

Khair Mutanazzar Ismail, 22 Dis 2012
Tiba-tiba sahaja isu PAS kafirkan UMNO melalui 'Amanat Haji Hadi' timbul.

Sekian lama ia tidak pernah dibicarakan, tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media seolah-olah ada perancangan rapi dan tujuan tertentu ia dibangkitkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sedang mencari isu untuk menyediakan suasana kondusif untuk mengadakan pilihanraya.

Untuk menang, UMNO perlu mencari isu-isu yang menyerang PAS dan Pakatan Rakyat iaitu isu-isu yang boleh menjadi 'kambing hitam' untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional.

Pengakuan Deepak melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembunuhan Altantuya dan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap campurtangan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam urusan polis sangat merimaskan UMNO untuk menghadapi pilihanraya.

Amat sukar untuk UMNO dan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya jika mereka dalam keadaan bertahan, tidak menyerang.

Justeru, peluru 'zaman Jepun' perlu digunakan untuk menyerang balas Pakatan Rakyat.

'Amanat Haji Hadi' dilihat isu yang terbaik untuk menyerang walaupun ia adalah isu lapuk.

UMNO silap jika menyangka bahawa peluru tersebut boleh mematikan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Rakyat telah pun memahami bahawa isu ini ditimbulkan hanyalah kerana pilihanraya makin hampir.

'Amanat Haji Hadi' bukan ucapan menghukum orang UMNO sebagai kafir.

Ia adalah ucapan untuk menerangkan kepada seluruh umat Islam tentang batas iman dan kufur.

Tugas menerang adalah tugas yang menjadi tanggungjawab semua para pendakwah agar umat Islam tidak tergelincir daripada aqidah yang sebenar.

Perhatikan kata-kata 'amanat' tersebut:

"Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku."

Jelas, ia adalah amaran agar umat Islam perlu berhati-hati agar tidak mengamalkan politik suku, agama suku kerana ia boleh merosakkan aqidah.

Begitu juga perkataan: "Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam."

Perkataan ini bukan bermaksud orang UMNO itu kafir, jika mati berlawan dengan mereka maka ia mati syahid.

Tetapi maksud mati syahid di sini ialah mati dalam keadaan memperjuangkan Islam dan menegakkannya. Perjuangan PAS adalah jihad yang mendapat balasan pahala daripada Allah s.w.t.

Jihad itu sendiri mempunyai makna yang luas yang tidak terhad pada peperangan dan pembunuhan.

Ia melingkupi semua usaha dan pengorbanan sama ada masa dan harta untuk menegakkan agama Allah.

Kenyataan bahawa "Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah" menguatkan lagi bahawa 'amanat' tersebut ditujukan kepada semua orang Islam.

Ia bermaksud sesiapa sahaja sama ada UMNO atau pun tidak yang mengekalkan perlembagaan sekular penjajah akan ditentang.

UMNO perlu membezakan di antara 'menerang' dan 'menghukum'.

'Menerang' adalah menyebut secara umum tanpa disebut nama individu yang terlibat sebagaimana yang terdapat dalam 'amanat' tersebut.

Ada pun menghukum, ia adalah dakwaan terhadap individu tertentu. Ia bukan kerja para pendakwah tetapi ialah adalah tugas para hakim.

Hakim perlu mendapatkan bukti bahawa fulan bin fulan telah mengatakan sesuatu yang menjejaskan aqidah tanpa dipaksa dan dalam keadaan jahil.

Jika cukup keterangan maka hakim boleh menjatuhkan hukuman kafir terhadap individu tersebut.

UMNO umpama orang yang memakan cili dan merasai pedasnya. Adakah orang UMNO merasai bahawa mereka telah memisahkan antara politik dengan agama?

Oleh kerana itu mereka merasakan bahawa 'amanat' tersebut hanya ditujukan kepada mereka sedangkan ia ditujukan kepada semua orang Islam hatta kepada orang PAS sendiri.

Hakikatnya, UMNO tidak dapat membezakan di antara 'menerang' dan menghukum'.

Mereka tidak terasa jika mereka tidak pernah menganggap politik tiada kena mengena dengan agama.

Mereka sepatutnya menyedari pentingnya agama dalam memandu politik.

*Penulis adalah Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

Ibnu Hasyim: Sandainya Nik Aziz Gubernur Aceh? - Harian Aceh

Ibnu Hasyim: Sandainya Nik Aziz Gubernur Aceh? - Harian Aceh: BANDA RAYA 9 JUN 11: Fakhruddin Lahmuddin bersama kawan-kawannya dari Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh Besar bersilaturrah...

Ibnu Hasyim: UMNO Ni Kalaulah Kafir...

Ibnu Hasyim: UMNO Ni Kalaulah Kafir...: Oleh: LensaHandphone DAP vs UMNO   "DAP sekarang ini menjadi sasaran utama UMNO. Seolah-olah DAP akan memerintah. Teruk sangat ke DAP i...

Ibnu Hasyim: Alamak, Telekung Tiada! Bagaimana Hendak Solat?

Ibnu Hasyim: Alamak, Telekung Tiada! Bagaimana Hendak Solat?: By Shahmuzir NADHIRAH adalah seorang Pengawas dan juga ahli BADAR sekolahnya.  Beliau akhir-akhir ini berasa rungsing dengan keadaan p...